SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, December 31, 2009

PERUTUSAN TAHUN BARU 2010

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM SATU TANDEK,
Bersempena Tahun Baru 2010 , kami di SAM mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2010" sambil mengajak khalayak pembaca agar sama-sama memantapkan jati diri, semangat, motivasi dan komitmen dalam apa jua bidang lapangan dan pekerjaan. Marilah kita jadikan "Kerja Sebagai Satu Ibadah" sebagai satu budaya.Di kesempatan ini juga kami ingin memohon kemaafan jika sekiranya sepanjang tahun 2009 SAM memaparkan aneka artikel yang mungkin menguris atau menyinggung perasaan atau sensitiviti mana-mana individu, suku atau kaum. Pihak kami sentiasa berusaha mengelakkan perkara ini namun sesuai dengan konsep SAM sebagai 'Pendidik dan Pemberi Ingatan" memang akan ada yang merasa tersinggung, namun ketahuilah bahawa kami bukan bermotif jahat kepada individu atau agensi, sebaliknya sebagai media alternatif masyarakat, kami bertanggungjawab sekadar memaparkan agar berlaku penambahbaikan di kemudian hari. Khusus kepada para Blogger seluruh Malaysia, marilah kita sederap langkah menjadikan blog sebagai wadah yang boleh menjadi agen perubahan positif kepada agama, bangsa dan negara, sambil meminimakan penyalahgunaan blog demi kebaikan bersama. Marilah kita jadikan "Blog Untuk Masyarakat" sebagai satu amalan. Kepada rakan-rakan di SAM, saya mengingatkan diri saya dan diri sdr/i agar terus mengekalkan niat, gaya penulisan, jati diri serta kecintaan kepada SAM dan Kota Marudu khususnya dan 1 Malaysia amnya. Tahun demi tahun, cabaran demi cabaran, godaan demi godaan dan wawasan demi wawasan kita tempuhi. Semua itu memerlukan kebijaksanaan, kesabaran, kerjasama dan kesinambungan visi dan misi yang telah menjadi tonggak dan rukun SAM. " Yang Lemah Dibantu, Yang Tidur Dikejutkan, Yang Silap Dibetulkan, Yang Lupa Diingatkan..." "SAM BOLEH!" Sekian, terima kasih. ............................... (ANDROD SADIAN) Presiden SAM b/p Seluruh Warga SAM.

NEW YEAR COUNTDOWN


New Year Countdown - New Year Layouts

MAJLIS PERASMIAN DAN MAKAN MALAM MDKM/P

KOTA MARUDU: Majlis Daerah Kota Marudu/Pitas telah merayakan jubli peraknya iaitu tahun ke 25 penubuhannya semalam. Majlis itu telah dirasmikan oleh Yb Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. Pelbagai acara persembahan kebudayaan dan juga persembahan artis kelahiran daerah ini. Selain itu, persembahan bunga api juga diadakan di padang daerah pekan.
Posted by Picasa

ANONYMOUS YANG GENTLEMAN...

Pernah berlaku "kegemparan" kecil di wad kecermasan HKM. Seorang budak kecil yang tenat didapati oleh penjaganya (kedua ibu-bapa budak itu berhijrah ke semananjung mencari kerja) sedang mengengam wang RM5 berserta nota kecil bertulis: jaga budak ini baik2. Kulihat ia ada masa depan...". Siapakah yang empunya kerja? Kita tak tahu. Maka kita boleh memanggilnya - "anonymous". Sebenarnya ada beberapa insan "anonymous". Bukankah Robin Hood, Zoro, Super Man , Umar Abd. Aziz, dan lainnya, juga pernah menjadi "anonymous"? Mereka membuat bakti tanpa dikenali, dan hingga kini tetap harum dalam ingatan manusia sejagat. Anonymous seumpama inilah yang SAM/kita harapkan...

Wednesday, December 30, 2009

Serahkan kepada-Nya


Penulis baru sahaja selesai membaca sebuah buku bertajuk Alam Semulajadi Penyembuh Ajaib tulisan Dr.Ethel R.Nelson (Pakar Patologi). Penulis tertarik dengan ayat berikut:-


DAN AKHIRNYA, CUBALAH INI
"Serahkan segala kemahuan anda,kesukaan anda,kesusahan anda,keperluan anda, dan ketakutan anda kepada Tuhan. Anda tidak akan membebankan Dia;anda tidak akan membuat Tuhan letih.Tuhan yang tahu jumlah rambut di kepala anda tidak pernah lalai terhadap kemahuan dan keperluan manusia.....Kasih sayang-Nya terharu oleh kesusahan kita lebih lagi jikalau kita memberitahu segalanya kepada-Nya. Bawa kepada-Nya semua yang membebankan fikiran anda.Tidak ada beban yang terlalu berat bagi-Nya, kerana Dia yang memegang alam semesta.
       
     "Dia memerintah dan menguasai segala urusan alam semesta. Tidak ada yang berkenaan dengan kebahagiaan kita yang terlalu kecil untuk perhatian-Nya. Tidak ada bahagian didalam kehidupan kita ini terlalu gelap bagi-Nya untuk dibaca;tidak ada kerumitan hidup yang terlalu sukar bagi-Nya untuk diselesaikan. Tidak ada bahaya menimpa manusia, tiada keresahan menyiksa jiwa,tiada kebahagiaan,tiada doa yang sungguh-sungguh yang kita layangkan, terlepas dari perhatian-Nya. Tuhan mendengar dan memperhatikan semuanya. (E.G.White)


Semoga ayat ini memberikan penghiburan bagi mereka yang memerlukan.
Salam Sayang dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010...


Sumber Rujukan: Buku Alam Semulajadi Penyembuh Ajaib


SAM DIIKTIRAF

(Langsung dari Vanue) DEWAN KOMUNITI, KM: SAM telah diundang ke majlis Perasmian dan Makan Malam Sempena Sambutan Ulangtahun ke-25 Majlis Daerah Kota Marudu/Pitas. Jemputan ini adalah tanda pengiktirafan dan persahabatan dari phak MDKM yang selama ini walaupun lantang tetapi ikhlas menegur dan mengemukakan cadangan2 ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan disamping memacu arus perubahan khususnya di Kota Marudu. SAM berharap MDKM terus cemerlang dan gemilang. Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

TERIMA KASIH HKM

Salam ...penulis kali ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada warga HKM kerana begitu prihatin dengan keperluan para pesakit. Sekalung ucapan terima kasih kepada Dr Rosfinah, Pengarah Hospital Kota Marudu, yang begitu komited dalam membuat pemeriksaan dan pendekatannya yang sabar membuatkan ramai pesakit puas hati.
Kita semua tahu, tugas seorang doktor bukannya mudah. Pelbagai situasi pesakit yang mereka temui dan keadaan ini pasti akan memberi tekanan kepada mereka. Namun, penulis percaya yang Doktor ini sebaik mungkin berusaha memberi yang terbaik. Penulis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada MA dan rakan2nya di Unit kecemasan, yang bertugas pada malam 23/12 / 2009. MA dan Jururawat memberi rawatan yang sebaik mungkin kepada isteri saya yang mendapat kemalangan terjatuh dari kenderaan. Terima kasih juga kepada pembantu hospital yang begitu cepat bertindak membawa isteri masuk.
Namun penulis agak terkilan kerana Doktor yang 'On Call' pada malam itu tidak datang walaupun telah dihubungi oleh MA tersebut. Walaupun hanya kemalangan kecil, kehadiran seorang Doktor sekurang2nya dapat mengurangkan sedikit kerisauan. Penulis berharap agar keadaan ini tidak akan berulang lagi pada mana2 pesakit yang memerlukan penelitian Doktor. Kemampuan MA dalam membuat keputusan adalah terhad. Jangan biarkan MA dan jururawat bersendirian dalam situasi seperti itu.
Namun seperti yang penulis nyata diawal2 tadi, rasa terkilan ini terubat dengan keprihatinan Dr Pengarah yang telah memberikan penjelasan dengan lembut. Mungkin tidak salah saya katakan Dr Rosfina antara Doktor yang komited dan sabar. Penulis juga tahu yang HKM antara Hospital yang menerima ramai pesakit...
Posted by Picasa

THE BOY WHO PAINTS LIKE AN OLD MASTER

Saya seorang peminat seni lukisan. Bahkan melukis adalah salah satu hobi saya yang sudah agak lama 'terbiar'. Dalam kami adik-beradik, abang saya yang kedua, Nius, merupakan idola saya dalam karya seni lukis sejak di zaman bangku sekolah lagi. Hari ini saya mula melayari internet dengan membuka Yahoo! Saya tertarik dengan satu berita tentang seorang kanak2 yang sangat istimewa kerana bakat melukisnya yang luar biasa. Kanak2 tersebut baru berumur 7 tahun tetapi hasil karyanya menandingi pelukis dewasa yang hebat. Kanak2 yang dimaksudkan ialah Keiron Williamson, anak sulung kepada pasangan Keith dan Michelle, dari Holt, Nortfolk, England. Sila hayati beberapa hasil lukisan kanak2 tersebut;
Sila klik di sini untuk membaca artikel penuh berita tersebut.

NOTIS DARI ADMIN SAM

Salam hormat,salam perpaduan dan salam 1Malaysia kepada semua warga SAM dan juga pembaca2 SAM. Sejak kebelakangan ini saya dapati terlalu banyak komen dari pembaca SAM yang mengelarkan diri mereka sebagai ANONYMOUS yang begitu keras dan melampau sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang kepada pembaca2 SAM lain.Komen2 yang memburukkan hal peribadi orang sehinggalah ada komen yang boleh disifatkan sebagai penghinaan agama.Perkara ini nampaknya tidak boleh dibiarkan kerana yang mendapat nama buruk adalah blog SAM. Pihak SAM sudah lama memberikan kebebasan kepada semua pembaca SAM untuk menulis komen terhadap entri2 yang diposkan dalam blog ini.Kebebasan yang saya maksudkan ialah admin SAM tidak menapis komen dengan alasan supaya semua boleh berkongsi idea dan maklumat penting dari pembaca dan penulis komen.Namun kebebasan yang telah diberikan telah disalah gunakan.Ada yang membuat komen hanya untuk melepaskan geram terhadap beberapa individu termasuklah menghina dan memburuk-burukkan penulis2 SAM.Namun admin masih lagi memberi ruang dan memberi peluang dengan harapan tidak adalagi komen2 yang boleh mencetuskan perbalahan atau yang boleh menguris perasaan orang lain. Tetapi nampaknya ada lagi komen dari ANONYMOUS yang kalau dibiarkan akan mencetuskan perbalahan.Komen terbaru melalui entri sanguru yang bertajuk KEAJAIBAN nampaknya jika dibiarkan pastinya mendatangkan bencana.Anda baca sendiri komen ANONYMOUS ini:
Anonymous said... ahhh..itu satu kebetulan ja ba...apa la kamu ni....klu bgitu ja mana2 pun bole carii..hahahaha December 30, 2009 12:57 AM
Dengan ini,atas kapasiti saya sebagai pemilik akaun blog SAM dan juga admin SAM,mengumumkan..mulai hari ini 30/12/2009,segala komen2 yang hendak dibuat pada setiap entri perlu melalui tapisan dari admin ataupun penulis SAM.Hanya komen yang dikira bersih akan dipamirkan untuk bacaan umum. Jangan salahkan pihak SAM dalam soal ini kerana sebahagian daripada anda diluar sana adalah penyebabnya.

KALAU DAH NAK JADI...

Peminat Chelsea tentu menarik nafas lega, dapat 3 mata bertemu Fulham yang sebelum ini membelasah MU, 3-0. Dalam kedudukan 1-1, nasib menyebelahi Chelsea, apa tidaknya, bola tampanan penjaga gol, kena buntut pertahanan sendiri lalu bergolek masuk gawang. Nah, alkisah benar ini, menguatkan lagi keyakinan kita bahawa kalau dah nak jadi sesuatu tu, maka akan pasti terjadi. Jadi...kalau dah Chelsea ka, MU ka, Arsenal ka, atau apakah jadi juara, ada macam2 cara tak terduga akan terjadi. Harap2 artikel pendek ini memotivasikan. Yakin saja bahhh...

Tuesday, December 29, 2009

VISION 2010 part two

Salam perpaduan.
Akhirnya dapat juga menyembung entri ini walaupun terpaksa banyak bersabar dengan perkhidmatan internet streamyx yang teramat 'lilung' (istilah kampung2 yang merujuk kepada sesuatu benda/perkara yang mempunyai kualiti teramat rendah) sejak 3 bulan kebelakangan ini. Inilah juga antara punca kenapa saya 'malas' mengarang entri baru atau meninggalkan ulasan di ruangan komen entri rakan-rakan. Sedang siuk2 menaip atau mem'publish post' entri/komen, line terus terputus dan hanya reconnected balik selepas 2/3 jam atau 2/3 hari. Semua yang ditaip hilang atau kalau sempat save pun separuh2 saja. Betul-betul bikin hilang mood! bikin panas pun ada...Bilalah agaknya daerah Kota Marudu yang mundur ini mampu menikmati perkhidmatan internet yang lebih baik? Internet pantas dan free seperti di Jepun? Dalam mimpi saja kali...sudahlah urusan dengan Telekom pun terpaksa pergi ke Kudat. Ini lagi satu hal saya 'tidak habis fikir'...kenapalah pejabat Telekom di KM itu tidak berfungsi dan semua urusan di'angkut' ke Kudat. Menyusahkan orang kampung saja! Saya ingin terminate streamyx dan bertukar kepada broadband (celcom or digi, which one is better? Any idea?) tetapi nampaknya terpaksa ke Kudat untuk buat urusan termination itu...huh what a procedure for a disabled person like me! Very inconvenient!
Ok, kembali kepada topik entri...sebelum hilang idea...Vision 2010...tinggal dua hari setengah, maka 2009 akan berakhir. Apakah yang bakal kita tempuhi pada satu tahun yang mendatang ini? Walaupun hakikat kehidupan menyatakan bahawa kita tidak tahu dan tidak dapat menjangkakan hari esok mahupun masa depan kita namun jangan lupa bahawa siapa dan bagaimana kita hari esok juga sangat dipengaruhi oleh apa yang kita tanam dalam fikiran sebagai visi kita hari ini. Visi itulah yang memandu dan memotivasikan langkah perjuangan kita yang seterusnya ke arah merealisasikannya.
Kebelakangan ini, saya amat tertarik dengan perkataan 'transformasi'. Saya tidak perlu menghurai lebih panjang tentang perkataan ini kerana saudara Carl SAM sudah pun mengulas istilah ini dengan baik dalam entrinya. Secara peribadi, saya amat teruja dengan laungan transformasi oleh Pertubuhan Kimaragang Malaysia (PKM) dan seterusnya Rukun Kimaragang yang menggariskan jenis-jenis transformasi yang harus dicapai oleh bangsa Kimaragang. Dalam hati saya ketika membaca Rukun itu, "mampukah impian/visi yang begitu besar dicapai oleh bangsa kecil yang bahasa ibundanya saja sudah hampir pupus akibat globalisasi (kelalaian sendiri?)?" Kemudian, hati saya menjawab balik...inilah permulaannya. Segala-galanya bermula apabila kita mulai menyimpan visi besar dalam minda kemudian menterjemahkannya kepada pelan tindakan yang mantap. Samada tercapai atau tidak, itu perkara kedua kerana visi yang besar mampu menjadi pemangkin semulajadi yang ajaib dalam melaksanakan strategi dan usaha hingga impian tercapai. Mungkin begitulah yang terjadi kepada Ming, anak petani yang akhirnya menjadi perintis dan maharaja kepada Dinasti Ming yang hebat. Dalam kata lain, tidak ada yang mustahil untuk dicapai jika kita membuka mata minda luas-luas dan memandang jauh ke hadapan dan memiliki visi yang besar dalam hidup.
Milikilah visi yang besar pada tahun baru ini. Selamat menyambut tahun baru 2010!
All the best to everyone....bersambung lagi..hehe.

KEAJAIBAN...

Tengahari tadi saya menerima sms mengenai penemuan kalimah ALLAH (alif lam lam ha) pada daun pisang di Kg. Mosolog, Tandek, Kota Marudu. Saya segera ke lokasi untuk mengesahkan dan membuat liputan ini. Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar. Memang benar kejadian tersebut (Lihat gambar atas), sehingga kanak2 pun turut dapat mengesan kalimah tersebut (lihat gambar bawah). Menurut Ustaz Jasni yang pertama perasaan tentang kalimah ALLAH ini, pagi tadi beliau merasakan sesuatu yang "luar biasa"; udara nyaman yang sejuk dan wujud perasaan yang lain dari biasa. Semasa duduk di anjung rumah beliau ternampak kalimah tersebut. Semoga keajaiban ini merupakan petunjuk awal tentang perkara kebaikan khusnya kepada warga kampung ini dan SATU Tandek amnya. Amin.

As I See It: Konsep 1 Malaysia, 1 Tandek dan Transformasi

KUALA LUMPUR, Dec 28 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak has called on the people to join him in ushering in the new year by making the 1Malaysia concept a reality. The year has certainly brought its share of rewards and challenges, but I look forward to 2010, so that we can continue to chart our path together towards realising the 1Malaysia concept in spirit and practice. Kelmarin PM kita sekali lagi menggesa agar konsep “1 Malaysia” dijadikan landasan utama serta amalan ke arah pengujudan “1 bangsa Malaysia” yang bersatu – hakikatnya, anjakan yang sedemikian sudah tentu menuntut pelbagai proses tranformasi yang memerlukan komitmen serta kesediaan daripada semua pihak untuk sama-sama berganding bahu bagi merealisasikan konsep berkenaan. Tidak perlu diulas panjang berkenaan dengan proses transformasi berkenaan – saya yakin para pembaca SAM khususnya faham akan proses transformasi yang saya maksudkan itu. Saya ingin mengajak para pembaca SAM untuk merujuk semula kepada perkataan transformasi itu sendiri; atau lebih mudah dirujuk secara literal sebagai “perubahan” (Kamus Dewan,1990) . Apabila membaca “excerpt” berkenaan, saya amat tertarik apabila PM kita mengaitkannya konsep “1 Malaysia” dengan “perubahan”; perubahan yang holistik merangkumi kerangka minda, mentaliti, perspektif sosial dan politik kita dan sebagainya – semuanya dikaitkan dengan “perubahan”; yang mana pada hemat saya, sebaik-baiknya harus “dialignedkan” dengan halatuju dan intipati konsep berkenaan - jika ia benar-benar ingin direalisasikan – bukan sekadar jadi bahan retorik dan omong politik. Yang menarik lagi, sejak akhir-akhir ini juga konsep berkenaan sering diwar-warkan, dilaung-laungkan; bahkan diduplikasi, seperti mana wujudnya “1 Tandek” – satu cetusan idea yang seiring dengan konsep nasional berkenaan. Ia mungkin kedengaran seperti terlalu optimistik; tapi tidak salah untuk kita menduplikasi sesuatu konsep itu jika ia boleh mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada komuniti kita – dan sudah tentu, perlu adanya kesediaan dan “kekuatan” dalam diri kita untuk menghadapi cabaran yang sedang dan yang bakal ditempuhi … Bercakap tentang tranformasi, ia juga mengingatkan saya terhadap satu jurnal artikel yang pernah saya jadikan sebagai bahan rujukan semasa mengikuti kursus Sarjana Pengurusan Modal Manusia di UMS setahun yang lalu; yakni berkaitan dengan Pengurusan Perubahan (Change Management); berikut sedikit petikan daripada jurnal berkenaan: Organizational change has emerged over the past two decades as one of the most prevalent topics of management theory and practice (Doolin, 2003; Pettigrew et al., 2001; Sturdy and Grey, 2003; van de Ven and Poole, 1995). The language of change is often coached in a context of fear or failure, and the motivation to “embrace” change is often borne of a fear of being destroyed by the change if unable to adapt to it. As Sturdy and Grey (2003, p. 653) point out, the underlying assumption that connects this plethora of work on organizational change, is that change “should, can and must” be managed. Three fundamental assumptions about change characterize this dominant approach to change management within the literature. First, there is an unquestioning acceptance of change as essential to organizational survival (French and Bell, 1999). Second, change is characterized as a threat to organizations (Peters and Waterman, 1982). Third, change is represented as an issue of leadership (Bass, 1999; Woodward and Hendry, 2004). “Perubahan” atau transformasi khususnya dalam organisasi manusia sudah menjadi satu elemen yang signifikan dalam mana-mana teori dan amalan pengurusan itu sendiri, dan sudah tentu dalam organisasi politik khususnya– dan ia juga diindoktrinasikan dan dikaitkan dengan perasaan “takut” dan “gagal” dalam menangani perubahan serta ketidakupayaan beradaptasi dengan gelombang perubahan berkenaan – dan elemen-elemen tipikal inilah juga yang bakal menjadi cabaran ke arah merealisasikan konsep “1 Malaysia”; dan di peringkat paling fundamental sudah tentu ia juga menjadi cabaran bagi merealisasikan konsep “1 Tandek”. Hakikatnya, dan juga agak ketara; bahawa komuniti kita tidak mahu ketinggalan di belakang arus “mainstream”; sebab itulah apabila membaca beberapa rencana, entri dan info piktorial SAM, pelbagai inisiatif dan program yang bersifat “penyatuan” dilihat sebagai sejajar dengan Konsep 1 Malaysia. Ini membuktikan bahawa wujudnya kesedaran di kalangan kita akan peri pentingnya transformasi untuk meneruskan survival komuniti “Tandek” dan Kota Marudu secara keseluruhannya. Perasaan takut dan skeptikal menghadapi dan menyahut cabaran transformasi juga sering dikaitkan dengan ancaman dalaman bagi mana-mana organisasi manusia – ancaman yang dicetuskan oleh perbezaan fahaman ,ideologi dan perspektif politik, ancaman kehilangan status quo, dominasi politik, ekonomi dan sosial – juga boleh menjadi kekangan terhadap proses memperkenal dan membawa perubahan ke dalam mana-mana organisasi – apatah lagi untuk memperkenal satu konsep baru... Apa pun jenis perubahan yang diperkenalkan, asas utama dan tonggak bagi kejayaan pengurusan perubahan adalah ditentukan oleh aspek kepimpinan – kepimpinan yang adil, telus, demokratik dan efisen (jika mengambilkira konteks memperkenal dan membawa perubahan ke dalam organisasi). Sesuatu perubahan itu harus, boleh dan mesti diurus serta dipimpin. Banyak teori kepimpinan yang telah diketengah, dipraktik dan dikaji berulangkali dalam pelbagai jenis organisasi dan komuniti manusia: Kepimpinan Transformational, Charismatic , Transactional dan bermacam-macam lagi. Sesuatu perubahan itu tidak akan dapat direalisasikan jika hanya segilintir atau beberapa pihak sahaja yang akan mendapat faedah dan manfaat,; manakala yang lain pula terpinggir dan “dimarginalise”... Walaupun “pemimpin” yang mencetuskan inisiatif transformasi dianggap berpengetahuan dan efisen... Apa pun, secara peribadi saya menyokong penuh idea dan konsep “1 Malaysia” yang dicetuskan oleh PM kita; dan sudah tentu jika ia diamalkan dan “dipimpin” setelus-telusnya serta dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat, sudah pasti kita akan mendapat manfaat dan faedah daripadanya. 1 Malaysia, 1 Tandek & Tokou e tokou...

selamat tinggal tahun 2009 : TINGGAL KENANGAN...

Pernah ada rasa cinta antara kita Kini tinggal kenangan Inginku lupakan semua tentang dirimu Namun tak lagi kan seperti dirimu Oh bintangku Jauh kau pergi meninggalkan diriku disini aku merindukan dirimu ohh.. Kini ku coba mencari penggantimu namun tak lagikan seperti dirimu oh kekasih Pernah ada rasa cinta antara kita kini tinggal kenangan (lirik lagu: Saleem) nota: Tinggalkan kenangan 2009 yang menyingkap banyak sejarah sejak penubuhan SAM, transformasikan azam tahun 2010

Monday, December 28, 2009

Azam baru .... azam lama?

Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2010.Biasanya orang akan bertanya...apa azam baru? Setiap awal tahun saya buat azam dan setiap akhir tahun saya akan buat post mortem.....hmm. Terus terang saya katakan....tahun silih berganti....macam tiada pun azam saya yang tercapai... hahaha....adalah satu dua begitu....azam yang kecil-kecilan.Jadi tahun ini saya berazam lagi...adehhh....tapi kali ini bukan azam baru....saya berazam untuk mencapai azam yang saya tetapkan ditahun yang lepas-lepas....hehehe. Setiap orang punya cara tersendiri sambut tahun baru....ada yang buat barbeque sambil mandi manda dilaut....ada yang terjun dalam sungai tepat jam 12 malam....ada yang ramai-ramai duduk dipadang buat Count Down.Tapi saya ni memang dasar pemalas lah barangkali....masa saya remaja saya sambut tahun baru baring2 depan tv....orang buat count down saya pun ikut tapi dirumah sajalah bersama tilam dan bantal whuakaka....Adik beradik saya pergi New Year Ball...saya tetap dengan bantal buruk kasi bau-bau itu ruang tamu sampai mama saya gerigitan......'Kenapa juga kau suka bekindang-kindang sama kain ini?' Inilah ayat favorite mama saya.Orang malas macam saya saja faham apa itu bekindang-kindang hehehe. Tapi itu dulu....time saya remaja.Sekarang saya gontuo sudah.Orang sambut tahun baru saya sambut juga tapi lain....saya nampak tiap kali tahun baru banyak orang buang duit...jadi saya pungut itu duit.Hehehe....saya buka kadai kupi....24jam.Ramai orang buat count down di padang....teriak2 last-last lapar,haus....bah apa lagi...siiiini kamurang minum teh tarik makan mi guring dusun style.Satu saja ini ada di KK. Sempena tahun baru ini, bah kawan-kawan di KM jangan lepas peluang....ada juga itu orang sambut tahun baru buat count down di padang KM kan? Nahh...inilah masa ambil peluang... orang buang duit kita pungut sama dia....jual mineral water saja pun ada untung bah.... Bah...revolusi minda....berazam untuk tingkatkan ekonomi keluarga....mulakan langkah pertama anda. Selamat Tahun Baru

TERPENJARA DALAM DUNIA SENDIRI

(Sekadar Gambar Hiasan )
Dalam berberapa waktu lagi, kita akan berada di tahun yang baru yakini tahun 2010. Apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi semuanya?.
Pasti dikalangan kita sudah ada yang menyedia senarai yang perlu ditinggalkan dan akan dibuat. Kita mengharap agar kehidupan kita terus bahagia dan berhasil dalam segala perkerjaan kita.
Namun apakah kita sanggup membuat perubahan pada cara pemikiran kita, pendekatan kita atau pun cara dan tingkahlaku kita ataupun hanya membiarkan kita terus terperangkap dalam dunia minda kita?
Biarlah pada tahun 2010 nanti, kita semua akan memperolehi sesuatu yang baik dan menjadikan setiap kejadian pada 2009 sebagai pengajaran kepada kita semua....
Posted by Picasa

KUNTUM MEKAR vs PEMADU

Posted by Picasa

Sunday, December 27, 2009

YAKIN BOLEH...

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Birmingham 0-0 Chelsea; Liverpool 2-0 Wolves; Fulham 0-0 Tottenham; Manchester City 2-0 Stoke; Sunderland 1-1 Everton; Wigan 1-1 Blackburn; West Ham 2-0 Portsmouth; Burnley 1-1 Bolton (Sumber: Berita Harian, 27.12.2009).

Nampak gayanya, sejak kebelakangan ini banyak kebangkitan di sana-sini termasuk dalam dunia boleh sepak. Lihat sajalah keputusan di atas. Agak mengejutkan juga. Kejutan seumpama ini bagus dijadikan motivasi namun menyakitkan jiwa peminat pasukan yang berkenaan. Apakah nasib MU malam ini?

Sabar...

rakan sekerja dengan spesies ikan putih 5.5 kg !
hasil dari marina, kudat...
pinjam bergambar dengan ikan untuk memori... hari ini adalah dalam sejarah rakan saya apabila beliau berjaya menaikkan seekor ikan seberat 5.5 kg. setahu saya ikan ini adalah dari spesies ikan putih. malah saya turut berbangga dengan rakan saya ini. (beliau juga adalah rakan sekerja saya) di mana, beliau dan saya telah mencuba banyak kali untuk memancing di marina kudat ini. batu ladung, tangsi, mata kail sudah banyak beliau korbankan di spot ini. namun, beliau tetap bersemangat dan sabar menunggu hasilnya. pada hari ini, kesabaran beliau telah terbayar dengan hasil yang juga adalah rekod peribadi ikan terbesar yang pernah dipancing. terbukti, segala usaha dan kesabaran kita akan terbayar jika kita tidak putus asa dan patah semangat. hari ini jadikan tauladan untuk hari seterusnya dalam hidup kita. tidak ada yang mustahil dalam dunia ini...

MENARIK...

Mari kita bermain bahasa dan kata-kata. Bukan mengata sebaliknya mempertajam minda.Menarik adalah kata sifat yang merujukkepada sesuatu yang menawan hati. Misalnya, model BMW baru yang anggun menarik perhatian pengemar kereta mewah. Menarik juga membawa maksud kata kerja yang merujuk kepada mengenakan daya ke belakang agar sesuatu bergerak ke belakang objek tetapi ke arah hadapan kita (maaf saya bermain konsep Fizik). Misalnya, grup "4WD" menarik tali sehingga lawannya tersungkur ke hadapan. Tapi ada yang MENARIK iatu "menarik" - satu istilah kalangan peminat mistik atau paranormal iaitu satu tindakan atau upacara untuk mendapatkan sesuatu dari alam ghaib, biasanya dengan menggunakmisalnya aura besi kuning, delima merah, batu buluh dan sebagainya. Hmm, apakah ini menarik?

Saturday, December 26, 2009

Hidup Berani Setelah Gagal

Kulanz

Oleh : Kulanz ( Semua Jadi Satu )

Dalam hidup ini, siapa yang tidak pernah gagal walaupun sekali atau sekecil-kecil kegagalan?.. Rasanya semua pernah mengalami kegagalan… yang membezakannya hanyalah sebenar mana kegagalan yang kita alami itu.

.. ada yang mengatakan hidup harus berani untuk gagal. Adakah ini bermaknahidup tidak dapat dipisahkan daripada kegagalan? Jika saya ditanya, memang saya akui. Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Setiap hari aku berhadapan dengan kegagalan. Gagal tidur atau bangun mengikut waktu sepatutnya. Gagal menepati janji terutamanya waktu yang telah ditetapkan.. gagal menunaikan ibadah..dan macam-macam kegagalan lagi..

..kadang aku memang sedar akan kegagalan itu, cuma mungkin sudah menjadi tabiat aku dan kelemahan aku, semua itu sukar untuk dielakkan.. tapi ini bukan bermakna aku menyalahkan takdir yang telah menetapkan kegagalan itu.. yang aku tahu, memang ia daripada kealpaan sendiri.. dan itu tidak akan berubah selagi aku tidak mengubahnya sendiri..

Satu yang aku selalu tertanya-tanya, benarkah kegagalan akan memberikan kesedaran dan kekuatan kepada kita? Jawapannya ada pada diri masing-masing.. terpulanglah kepada kita sendiri bagaimana kita menghadapi situasi kegagalan itu.. Jika kita ambil perkara positif daripadanya, maka kegagalan hari ini akan jadi pendorong kepada kita di masa hadapan.. tetapi jika kita semakin lemah akibat kegagalan itu, maka untuk membina hidup yang lebih baik pada masa akan datang hanya tinggal harapan..

..apa yang penting.. hidup mestilah lebih berani walaupun setelah kita gagal.. jadikan kegagalan hari ini sebagai pengajaran dan pengalaman yang berguna supaya kita tidak mengulangi kegagalan besok hari..

Hanya sekadar perkongsian sahaja…

HORMATI, HARGAI DAN SAYANGI AYAH KITA ..

Foto Saya
Oleh : MindaGuruSabah(MGS)
Semasa bulan puasa dan seterusnya musim perayaan hari raya tahun ini terdapat iklan yang berbentuk cerita ditayangkan di peti televisyen. Iklan ini banyak yang memberikan pengajaran yang baik kepada manusia terutama dalam aspek pembentukan institusi keluarga.
Misalnya paparan cerita yang amat menarik perhatian saya ialah cerita tentang seorang ayah (datuk pada dua cucu) yang sudah tua, mula nyanyuk dan tuli (perlu alat khas untuk mampu mendengar) yang tidak dipedulikan oleh anak dan menantu lelakinya (saya tidak ingat saluran siarannya). Semasa makan si ayah yang terketar2 tangannya tanpa sengaja telah menjatuhkan makanan dari mulut akibat ketidakmampuannya menggunakan sudu, bahkan kadangkala piring dan mangkuk juga terjatuh akibat kesihatannya yang uzur. Sang ayah juga terceret di seluarnya kerana tidak memakai "pampers" dan akibatnya dia disindir dan diketawakan oleh darah dagingnya sendiri. Akhir sekali tanpa belas kasihan, sang ayah mereka asingkan tempat makannya dengan meja/kerusi sendiri dan menggunakan cawan dan mangkuk yang tidak mudah pecah walaupun terjatuh. Ini mungkin disebabkan anak / menantunya merasa jijik dan "geli" terhadap keadaan ayah/mertuanya yang uzur. Ironiknya, bentuk mangkuk yang digunakan sama seperti mangkuk makan si kucing. Anak dan menantu yang tidak berbudi ini tidak sedar bahawa si ayah yang mereka anggap nyanyuk sebenarnya mampu mendengar, memerhati, menyelami dan merasai kerana dia memiliki hati dan jiwa. Dia tahu yang dia dilayan dengan buruk oleh anaknya yang selama ini telah dijaganya sepertimenatang minyak yang penuh sehingga berjaya. Kesedihan dan kekecewaan hati sang bapa ini dapat dilihat melalui titisan air mata yang mengalir pada pipinya.
Pada plot yang berikutnya si cucu yang masih polos dan bersih hatinya, meminta ayah dan ibunya menyimpan meja dan kerusi makan datuk mereka, kerana mereka mahu menggunakannya untuk ibu dan bapa mereka apabila mereka sudah tua dan uzur (sama seperti datuk mereka). Ini satu tamparan hebat bagi anak dan menantu yang tidak mengenang budi ..akhirnya mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan pada ayah mereka akan dilakukan juga oleh anak-anak mereka apabila mereka sudah tua dan uzur nanti.Ini seolah-olah satu" kitaran perlakuan" berdasarkan" konsep sebab dan akibat"
Persoalannya, kenapa iklan dalam bentuk cerita-cerita yang sangat baik seperti ini hanya dipaparkan semasa musim puasa/hari raya dan tidak diteruskan selepas perayaan?. Adakah insan hanya perlu menjadi "baik" pada musim berkenaan sahaja?.. Adakah ia benar2 merugikan dari segi kos jika sekiranya ditayang sepanjang masa...kemana perginya konsep tanggungjawab sosial para syarikat dan mungkin kerajaan. Bukankah pembentukan nilai itu perluberterusan dan antara kaedah yang paling berkesan ialah melalui televisyen. Saya yakin ramai yang disedarkan melalui iklan cerita pendek tersebut supaya lebih bertanggungjawab terhadap ibubapa dan keluarga. Anak saya yang baru berumur 6 dan 11 tahun pun masih tercari-cari iklan ini dan mereka menghargainya.
Moral daripada iklan ini ialah..mari kita kasihi orang tua / datuk nenek kita...jangan sisih ataupun abaikan mereka..mari tunaikan tanggungjawab kita sebagai anak dan menantu..walaupun orang tua kita sudah lanjut usia, mereka ada hati dan perasaan, mereka tahu menilai sejauhmana anak-anaknya menjaga mereka dalam keadaan ketidakmampuan mereka. INGAT apa yang kita lakukan pada orang tua kita mungkin akan dilakukan oleh anak-anak kita pula dan kitapun akan merasai penderitaan yang dialami oleh orang tua kita. Ya..hukum karma menyatakannya...
Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru 2010

PANTAS DAN CEPAT

Tajuk diatas adalah motto salah satu unit di dalam ATM. Ada kaitan dengan artikel ini. SAM juga suka dengan motto ini. Sebentar tadi saya menerima salinan aduan via SMS kepada YB yang dibuat oleh permastautin di Kg. Timbang Batu sekaligus pengguna Jalan Timbang Batu yang sedang dinaiktaraf/dibaiki. Menurut pengadu, jalan tersebut dalam keadaan teruk dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil/rendah. Ini bermakna, perhubungan mereka terjejas dan suka keluar masuk. Saya telah foward SMS tersebut kepada sahabat SAM iaitu Tuan DO. Harap aduan ini pantas diambil respon oleh YB dan Tuan DO, dan cepatlah pula pihak kontraktor berbuat sesuatu untuk menyelesaikan kesulitan para pengguna jalan raya tersebut. Jangan marah, tugas SAM memaparkan demi kebaikan bersama juga.

Kehebatan Permata Bangsa Dulu-Dulu (Siri 2)..."Mulut Masin"

Sidang pembaca budiman, adapun tujuan artikel bersiri ini diterbitkan adalah untuk berkongsi pengetahuan kepada mereka yang kurang tahu, khususnya anak-anak muda tentang kehebatan Permata Bangsa dulu-dulu. Paling tidak, saya mengharapkan agar perkongsian ringkas ini dapat menaikkan semangat kita untuk menjadi hebat seperti mereka. Kalau tidak sama hebat pun, sekurang-kurangnya ke arah itu. Baiklah, tajuk seterusnya adalah, "Mulut masin". Apa yang saya maksudkan di sini adalah, kebanyakan doa, sumpah ataupun mantera yang keluar dari mulut Permata Bangsa dulu-dulu ini menjadi. Kalau didoa, makbul. Kalau disumpah menjadi. Kalau dimantera, sembuh. Apakah rahsianya? Menurut arwah datuk dan nenek saya, mereka ini tidak suka berbohong dan keyakinan mereka bahawa Tuhan akan membantu mereka itu amat tinggi. Kalau kita tengok mantera-mantera mereka tidaklah canggih manapun. Bahasanya saja yang bercampur-campur dan agak pelik kedengaran (Contohnya, "... Tembaga ketubigan alan ketutupan... hingga akhir ayat, hehe...). Cuma orang kata, seringkas manapun ayat yang kita baca, kalau lidah terjaga dan keyakinan kita tinggi biasanya ia akan menjadi. Walaupun agama yang kita sedang anuti sekarang ini belum sampai, mereka tetap percaya akan kewujudan satu kuasa besar yang mengatur seluruh alam. Saudara, selama ini kita selalu memandang permata-permata dari luar, sedangkan di tempat kita sendiri pun ramai dan tidak kurang hebatnya. Sedarkah kita bahawa, dalam diri ini sebenarnya sedang mengalir darah mereka? Oleh itu, menjadi tanggungjawab kitalah untuk memartabatkan ikon-ikon lagenda bangsa, khususnya dari bumi Marudu yang bertuah ini. Nantikan siri yang seterusnya...

ORANG BERBUDI, KITA BERBAHASA...

Keterangan Gambar: Sdr. Jaimbol Dangus (CEO Urban Storm Sdn. Bhd) dan isteri, sedang memperagakan T-Shirt sumbangan beliau kepada Pasukan Tarik Tali Kg. Mosolog yang mengelar diri mereka "4WD". Upacara penyerahan T-Shirt kepada penyumbang ini dilakukan secara ringkas di rumah kediaman ayahanda beliau di Kg. Mosolog Selasa lepas. Adalah diharapkan pasukan ini terus melipat gandakan usaha untuk mengungguli kejohanan di masa akan datang.

JALAN TERUSS...

Jika anda berkunjung ke Youtube dan taip "jalan teruss" anda akan melihat penyanyi kampung2 yang dipaksa menyanyi oleh kaum kerabat di malis "ramai2". Beliau telah MENYUMBANGKAN (mencacatkan) lagu Ebit G. Ade, "Berita Kepada Kawan". Ini penyumbang memang suka dengar ini lagu tapi tidak pandai nyanyi lagu ini. Menurut beliau, ini lagu memberinya inspirasi dan penawar duka dan lelah dalam perjuangan kecil2an dalam sebuah kehidupan... BOLEH DENGAR TAPI JANGAN KASI KETAWA. (Tom SAM punya kerja laini. Hehehe...)

SAMBUTAN KRISMAS MERIAH DAN BERMAKNA

(Wartawan SAM: Langsung dari Lokasi) KOTA MARUDU, SABAH, JUMAAT: Majlis Hari Krismas yang dihostkan oleh Datuk Seri Dr Maximus (Gambar tengah) dan YB Anita Baranting berlangsung meriah sebentar tadi bertempat di Dewan Komuniti. Antara kenamaan yang hadir ialah Datuk Jahid Jahim, YB Sarapin N4 Matunggung serta para pemimpin parti2 politik setempat. Pelbagai lapisan kaum dan agama turut hadir memenuhi undangan serta mengambil peluang beramah mesra. Dalam majlis ini juga, DS Dr. Maximus menyampaikan "duit raya" kepada para pelajar cemerlang UPSR 2009 peringkat Kota Marudu (Gambar bawah). Inilah yang amat bermakna dan perlu dicontohi.

Friday, December 25, 2009

SELAMAT HARI NATAL & TAHUN BARU (2010)

Kehebatan Permata Bangsa Dulu-Dulu (Siri 1)... "Banyak Bini"

Jikalau kita rajin bertanya dengan orang-orang lama, kita pasti akan dapat mengetahui sedikit sebanyak kehebatan para Permata Bangsa dulu-dulu yakni moyang kita. Semasa arwah datuk dan nenek saya masih hidup, saya banyak bertanya kepada mereka. Kadang-kadang, tanpa ditanya pun mereka sendiri akan menceritakannya. Banyaklah kehebatan mereka, antaranya badan yang besar dan gagah perkasa, tajam pemikiran, kuat angkat berat, petah berhujah, hebat memimpin, boleh jalan jauh dalam masa yang singkat, ada kebal, keyakinan diri yang tinggi, berbudi pekerti mulia, pakar mineral, ahli perubatan tradisional, ahli nujum, pengembara dan lain-lain lagi. Namun ada satu lagi yang tiada dalam senarai di atas dan akan saya kongsikan dalam Siri 1 ini, iaitu berani beristeri lebih daripada seorang.
Keberanian dan kemampuan mereka beristeri lebih daripada seorang ini telah menyebabkan keturunan mereka berkembang dengan pesat sekali. Bab-bab seperti ini sering menjadi gurauan pakcik-pakcik dan makcik kita, ha ha ha... Biasanya lelaki yang suka bergurau tentang "poligami" ini takut untuk berpoligami. Suami pendiam itu yang makcik-makcik kena pantau betul-betul. Bak kata ayah Rohani dalam filem P. Ramlee (Madu 3), "Diam-diam ada makne tue...". Ya, memang ramai wanita yang tidak ingin dimadukan. Bagaimanapun, moral yang kita boleh ambil daripada penceritaan di atas adalah, kita perlu melahirkan ramai zuriat yang bertaraf Permata Bangsa (bukan sampah masyarakat). Sekurang-kurangnya dari segi prinsip demokrasi, kita sudah menang... Betul tak makcik? Nota: Selamat bergembira diucapkan kepada saudara/sahabat handai yang merayakan Hari Natal. Berhati-hati di jalanraya dan jangan gaduh-gaduh di musim perayaan ini... :-)

MAJLIS PELANCARAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DUN N.5 TANDEK 2009

KOTA MARUDU: Liga Sukan Komuniti peringkat DUN N.5 Tandek telah dilancarkan dengan rasminya pada 23/12/2009. Pelancaran ini telah dilakukan oleh Yb.Anita Baranting yang juga merupakan ADUN N.5 Tandek. Beberapa hadiah telah disampaikan terutama acara sukan yang sudah berakhir iaitu Pertandingan Bola Jaring.

PESTA KHAWIN DI TANDEK...

TANDEK, KHAMIS: Sepanjang cuti ini cikgu2 sibuk memenuhi undangan bekas-bekas pelajar yang mendirikan rumah tangga. Di Kg. Salimandut (Gambar atas), En. Juani Tuyunod dan xxx (berbanyak maaf terlupa namanya) melangsungkan persandingan sambil diserikan dengan acara tradisional dan muzik/nyanyian moden. Paling menarik perhatian saya, rakan2 sepasukan menghadiahkan bola kepada ayam tambatan Salimandut FC ini. Di Kg. Damai (Gambar bawah), turut meraihkan majlis "maganda'a" (bertandang ke rumah lelaki) bagi pasangan pengantin En. Sebastian Dayou (Jurutera) dan Joelene. Majlis diserikan dengan persembahan okestra "Kumpulan Muzik Bambu Marudu". Saya ucapankan semoga berbahagia kepada kedua orang bekas pelajar saya ini. Posting ini bolehlah dianggap sebagai hadiah daripada saya...

Thursday, December 24, 2009

SELAMAT HARI KRISMAS 2009

Saya bagi pihak rakan2 SAM yang beragama Islam mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada rakan2 SAM yang beragama Kristian, dan saya bagi pihak SAM secara keseluruhannya turut mengucapkan ucapan yang sama kepada seluruh warga pembaca SAM yang meriahkannya walau di mana jua. Marilah kita mengekalkan semangat toleransi dan hormat menghormati sesama kita walaupun berbeza fahaman agama, politik, budaya dan bangsa. Sesungguhnya itulah kunci keharmonian kita selama ini yang perlu dipertahan dan disuburkan.

MERRY CHRISTMAS FROM TOMPINAI AND FAMILY

Tompinai mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Merry Christmas and Happy New Year 2010' kepada semua warga SAM dan pembaca SAM yang merayakannya. Tidak lupa juga ucapan Tahun Baru kepada warga SAM dan Pembaca SAM. Semoga kegembiraan dan kebahagian sentiasa kita miliki. Tompinai juga berdoa agar SAM akan terus maju dan kukuh sebagai pencetus idea kepada warga Kota Marudu. Salammmmmmm....

SELAMAT MERAYAKAN HARI KRISMAS

Tanggal 25 Disember 2009, merupakan tarikh penting kepada semua penganut agama kristian. Justeru itu, kepada semua masyarakat yang beragama kristian ;
SELAMAT MERAYAKAN HARI KRISMAS
*bagi pengunjung atau pembaca dan Ahli SAM, adalah dialu-alukan untuk memberi ucapan krismas diruangan "ulasan" dibawah.

Kota Marudu Bertuah Wujudnya SAM

Ya, memang Kota Marudu bertuah kerana wujudnya Blog Suara Anak Marudu (SAM). Banyak informasi yang dapat dikongsikan. Beberapa kebobrokan dalam masyarakat dapat diperbetulkan. Dan, bagi saya SAM berjaya menyuntik semangat juang kepada anak-anak Marudu walau di manapun mereka berada. Secara peribadi saya juga berasa amat bersyukur dan bertuah kerana terpilih menjadi salah seorang ahli keluarga SAM. Namun, saya tidak menyatakan bahawa kamilah yang terbaik. Saya percaya di luar sana masih ramai lagi yang lebih hebat. Jika berminat, kami sentiasa terbuka kepada sesiapa yang ingin menyertai perjuangan SAM. Sekurang-kurangnya sebagai Penulis Tamu. Sebagai bukti penghargaan saya akan keberadaan SAM, saya telah memasukkan aktiviti saya di SAM dalam borang Penilaian Prestasi Tahun 2009. Saudara, SAM dan seluruh pembaca SAM pastinya akan terus mara ke hadapan!

HITAM-PUTIH KEHIDUPAN (II)

Artikel saya "Bukan Saya Tidak Sabarrr" mengundang sedikit impak positif dan negatif. Positifnya, orang yang dulunya kurang mengerti, telah mulai memahami siapa, kenapa dan bagaimana aku. Negatifnya, ada yang menyangka bukan2. Tidak ada keretakan dalam SAM. Tidak ada yang tersurat dalam artikel saya. Semuanya tersurat dan "direct to the point". Kerana ia terlalu "direct" pasti ada yg tersinggung namun saya percaya mereka boleh memahami atau cuba memahami. Dan itulah juga sebabnya mengapa saya berani buat "direct kick" (istilah bola sepak bermaksud - tendang terus, tiada pas-pas punya...) Bah, untuk mengalihkan perhatian dan mendinginkan keadaan , saya paparkan satu lagi "HITAM,PUTIH" kehidupan. Menurut yang empunya barang, yang hitam adalah "nipon sumisi" (taring sang petir) dan yang putih adalah "buntat kelapa". Menurut yang arif, yang "hitam" itu atau yang "putih" itu, boleh saja menyebabkan "putih" atau "hitam" atau kedua2nya sekali. Demikianlah kehidupan. AKU SEBENARNYA INGIN BENAR MENINGGALKAN LEGASI PUTIH DALAM KEHIDUPAN, maka harap sangatlah agar tidak menyenarai hitam namaku dan rakan2ku...

Monday, December 21, 2009

Vacancies

Di sini, saya ingin berkongsi maklumat vacancies ini untuk semua warga SAM, rakan2 serta semua yang mengikuti blog SAM ini. Kepada para fresh graduates yang ingin mencari kerja atau kepada sesiapa saja yang ingin mencari pekerjaan sekarang, anda boleh lawati laman syarikat kami iaitu: - http://glob.com.my/careers/login.php Mana lah tau jika ada diantara rakan SAM atau pembaca yang dapat mengisi kekosongan kerja ini. borang boleh diisi online. boleh juga hubungi saya di talian 019-8955883 / 013-8568122 MING

SAYA BUKAN TIDAK SABARRR ...

Sudah lama saya ingin mengeluarkan kenyataan ini. Hari ini saya menulisnya kerana saya telah melihat perubahan positif yang saya impikan dalam masyarakat saya. Malu rasanya, dan rasa malu adalah kesakitan yang paling dahsyat bagi lelaki seperti saya. Malu bila setiap kerja2 NGO, bakti masyarakat dan perjuangan "politik" dianggap MAU JADI YB/MP. Hampir saban hari saya dimalukan dan saya sabarkan hati kerana perjuangan tetap diteruskan sehingga ada tanda2 kejayaan. Hari ini saya ingin mengulangi : SAYA BUKAN POLITIKUS, BUKAN KEMARUK JADI APA2. Hari ini juga saya ingin mengeluarkan satu kenyataan rasmi: Pada hari jadi saya ke-43 (13.O3.13), saya akan berhenti dan melepaskan semua jawatan saya dalam NGO dan berhenti menjadi seperti "sekarang". Atau mungkin lebih awal dari itu jika apa yang saya perjuangkan sudah tercapai. Perjuangan saya simple: 1. NGO2 yang saya pimpin telah berkembang dan boleh berdikari. Tidak wajar kalau saya tinggalkan terkontang-kanting... 2. Keluarga besar saya bersatu dan punya kebanggaan diri serta pandai membawa diri. Kerana saya melihat mereka perlu kita bantu berdiri, bila mereka telah berdiri, mereka sendiri akan mahu dan tahu berlari.... 3. Kerusi Kepimpinan Tandek telah diduduki semula oleh anak watan tandek. Perkara ini telah saya perjuangkan sejak 2004 dan 2008. Maaf kalau pihak berkenaan terasa hati namun percayalah bahawa saya ikhlas utk bangsa saya. Bukankah setiap anak bangsa ada tanggungjawab sosialnya kepada bangsanya?Saya konsisten memperjuangkan HAK ini bagi pihak rakyat, dan rakyat tahu perkara ini, dan saya ada bukti rakyat mengkehendakinya. Saya tidak berselindung, tidak perlu bersabar untuk menyuarakan suara hati rakyat yang telah sekian lama bersabar dan pasrah pada nasib, tidak perlu mengampu dan hipokrit kerana saya tidak mengharap dipilih kerana "lobby" saya dalam PBS (2004,2008) hanyalah tiket untuk saya menyalurkan kehendak rakyat yang dimandatkan kepada saya untuk disuarakan. Jika bukan saya yang melobi, siapa yang telah melobi dengan cara saya melobi? Jika saya tidak bersuara "keras", apakah suara lembut akan didengar dan berhasil? Seribu kali sayang, ada yang tidak mengerti...Namun saya bersyukur pihak atasan PBS/BN sudah mulai responsif, dan anak2 watan Tandek sudah mulai diberi tugas dan kuasa. Satu proses transformasi agaknya atau apa? Dalam kesempatan ini juga, sekali lagi saya tegaskan : "PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG, APAPUN PARTI, CALONKAN ANAK WATAN TANDEK DI N5 TANDEK. AGAR SIAPAPUN YANG MENANG, RAKYAT TANDEK DIPIMPIN ANAK WATANNYA SENDIRI. SUDAH HAMPIR 15 TAHUN N5 TANDEK TIDAK DIPIMPIN ANAK WATANNYA SENDIRI. DAN HAL INI MENYENCETUSKAN BEBERAPA KELEMAHAN..." Justeru, nah, sudah jelaskah sekarang, siapakah sebenarnya yang akan menuai perjuangan ini takala saya memilih untuk menyepi diri tidak berapa lama lagi? - Itulah antara maksudku, yang selalu saya katakan: BERSANGKA BAIKLAH:.. Siapa kata saya seronok sangat melakukan kerja2 perjuangan? Semua ini merampas ketenangan hidupku dan keluargaku sebelum ini. Siapa tahu betapa sukar dan sakitnya ia? Saya menjadi begini secara kebetulan. Saya dah lama ingin berhenti, menjalani kehidupan pilihan sendiri, tapi setiap kali ingin berhenti ada2 saja penghalangnya. Hingga saat ini saya terus ingin berhenti. Saya sedang melihat reformasi ke arah itu dan saya amat senang sekali melihatnya.

BERSATU HATI DALAM PERJUANGAN: Final Episode

Kalau sudah otak politik, semua benda pun akan dipolitikkan dan fokus penglihatan juga hanya memihak pada sudut politik sahaja. Demikianlah pandangan individu2 tertentu terhadap beberapa perkembangan yang berlaku di Tandek sejak kebelakangan ini; khususnya perjumpaan 1Tandek dan pelancaran Pertubuhan Kimaragang Malaysia. Saya bukan anti-politik atau menafikan kewujudan elemen politik dalam kedua2 program tersebut. Saya hanya mengajak semua pembaca supaya berpijak di bumi nyata. Bukankah sesungguhnya politik itu sendiri adalah sebahagian daripada kehidupan kita di dunia ini? Walau bagaimanapun janganlah kita terlalu menyempitkan fikiran dengan hanya fokus kepada politik sahaja sehingga perjuangan untuk memartabatkan bangsa kita terabai begitu saja. Tidak ada yang boleh menghalang seseorang daripada berpolitik, tetapi politik itu sendiri tidak harus menjadi penghalang untuk kita bekerjasama dalam memperjuangkan nasib bangsa. Hanya mereka yang fanatik terhadap politik dan membelakangkan bangsanya sahaja yang menidakkan kesatuan dalam memperjuangkan nasib bangsa ini. Sila perhatikan penggerak2 utama PKM, dan para pembaca akan dapat melihat bahawa mereka adalah gabungan para pemimpin politik (kerajaan dan pembangkang), pegawai2 tinggi kerajaan, usahawan2, dan golongan cedekiawan. Dengan komposisi sedemikian, berilah sedikit ruang untuk mempertimbangkan bahawa banyak agenda lain yang diperhitungkan dan perlu diperjuangkan oleh pertubuhan ini selain daripada berpolitik. Jika ada individu dalam barisan kepimpinan pertubuhan ini atau mana2 persatuan lain pun yang mendapat manfaat dan menjadi Yang Berhormat pada masa akan datang, saya tidak nampak di mana salahnya. Apa yang salah sebenarnya ialah apabila kita saling memburuk2kan dan menjatuhkan satu sama lain sehingga bangsa kita tidak mampu 'berdiri di bumi sendiri'. Ayuhlah! rakan2 dan para saudara sekalian, kita ketepikanlah semangat saling bermusuhan dan bersatu di bawah bumbung kemandirian dan kebangunan bangsa kita. Kita boleh berbeza ideologi politik, berbeza anutan agama dan kepercayaan, tetapi kita masih satu bangsa yang dipanggil Kimaragang. Kita boleh memilih untuk berjuang di bawah bumbung pertubuhan/persatuan atau bergiat secara solo atau hanya dalam kumpulan kecil yang terasing, tetapi kita masih 1Tandek, dan 1Kota Marudu dan kita masih memiliki hasrat yang sama untuk memerdekakan bangsa kita daripada cengkaman kemiskinan dan kemunduran. Last but not least, izinkan saya memetik kata2 seorang rakan dan permata bangsa kita sedikit waktu yang lalu. Kurang lebih begini bunyinya; "Kota Marudu merupakan antara daerah yang termiskin di Malaysia. Penduduk daerah ini pula majoritinya Kimaragang. Dari segi logik perbandingan biasa, bangsa Kimaragang merupakan antara bangsa yang termiskin di Malaysia. Kita sendiri mungkin tidak lagi miskin, tetapi masih ramai orang2 kita yang miskin." Nota: Sungguh benar kata2 ini, "nasib sesuatu bangsa tidak akan berubah melainkan bangsa itu sendiri berusaha untuk mengubahnya." And you know what my friend, "Kita mampu mengubahnya!"

TUAN RUMAH MALUKAN "MU"

Bola itu bulat! Kaki bola sedia maklum perkara ini. Dalam dunia, macam2 boleh jadi, seumpama main bola juga. Macam semalam ayam saya - MU, dibelasah pasukan tuan rumah, Fulham. Dan sekarang saya sedang melihat ayam si LM (staf SAM) - Chealsea sedang seri dengan satu lagi pasukan Tuan Rumah (Westham United). Sengsara juga team bintang2 (Chealsea) ni dikerjain oleh TUAN RUMAH, walaupun tuan rumah ni pemainnya biasa2 saja. Demikianlah kekuatan motivasi, kerjasama, keikhkasan bermain, tidak takut pada "pendatang"/pelawat yang kuat, dan ada kemahuan utk menang - kalau ada ramuan ini, BOLEH MENANG punya: InsyaAllah... Fulham telah membuktikan. MU telah dimalukan. Bukan 1-0, tapi 3-0. Bukan "menang nasib" tapi bermain dengan cantik. Nama pun TUAN RUMAH, patut ada kelebihan sebagai TUAN...(siapapun tidak akan marah kalau TUAN RUMAH mendapat kemenangan walaupun itu mungkin bukan HAK MUTLAKNYA) Bukan begitu tuan-tuan?...

Sunday, December 20, 2009

Berkat " SABAR "

Akhirnya, setelah mencuba banyak kali untuk casting ikan air masin, akhirnya hari ini dalam lipatan sejarah saya apabila berjaya menaikkan seekor ikan air masin dengan panggilan tempatan ikan " titir " usaha yang saya lakukan tidak lah sia-sia setelah mencuba, mencuba, dan mencuba. akhirnya berkat kesabaran casting ikan air masin ini telah saya capai pada hari ini 20-12-2009 dengan menggunakan joran 20 lbs (abu garcia hornet stinger 6'6") reel abu garcia (soron stx 20) tali sulam spider wire 15 lbs dan leader line 20 lbs (sufix) gewang pula adalah dari jenama seahawk (spoon). gewang ini hanya berharga RM 4.50 Dengan Posting ini, ingin saya kongsikan bersama, bahawa tidak sia-sia untuk kita bersabar untuk mencapai sesuatu dalam hidup kita. kita harus lah sabar dalam melakukan sesuatu, agar ianya dapat memberikan kita pengajaran, pembelajaran & pengalaman untuk menempuh lagi rintangan-rintangan yang bakal kita hadapi.

AL KISAH TERSEBUTLAH KISAH (2)

(Pembaca baru disyorkan membaca siri I agar tidak terpingga-pingga membaca Al-kisah siri II ini - Penulis). Dikesempatan yang lain, datuk itu bercerita lagi kepada cucu kesayangannya. Ceritanya begini: Atuk dan rakan2 pernah mengusahakan pertemuan keluarga besar kita. Banyak kepincangan pada tahun pertama penganjuran dan banyak tohmahan kami terima namun atuk dan rakan2 tidak berputus asa kerana golongan tua memberikan semangat dan peransang. Warga emas itu juga mengamanahkan agar kami meneruskannya sebagai satu tradisi. Tahun demi tahun berlaku penambahbaikan dan semakin ramai ahli keluarga berkhidmat secara sukarela kerana sayang kepada keluarga. Hasilnya, orang kita semakin faham salasilah mereka, berbagai dokumentasi berjaya dihasilkan. Melalui pameran, kaum keluarga semakin bangga dengan pencapaian silam ahli2 keluarga. Inilah hasilnya yang kamu nampak hingga ke hari ini. Tapi atuk dah lama berhenti kerana beri peluang orang2 muda berbakti kepada keluarga besar kita..." Akhirnya datuk itu menitipkan pesan yang diwarisinya dari bapanya, yang diwarisi bapanya dari bapanya...: "tokou e tokou". Si cucu kehairanan, bertanya: "apa itu tuk?". Datuknya sedikit kesal tapi akhirnya mengukir senyum lalu berkata; "adeh bapamu ini tidak mengajar bahasa ibunda kepada kalian", lalu dia menyambung: "maksudnya, kalian bani Kimaragang di Tandek dan beberapa kawasan lain adalah bersaudara. Kamu-kamu juga yang berkulut2 khawin...itulah kita-kita juga ini..." Cucunya tersenyum. Kita tidak tahu sama ada cucu tersebut benar-benar faham atau apa...

Saturday, December 19, 2009

SAMBUT 1 MUHARAM DENGAN CARA BERLAINAN...

(Gambar atas: Antara hantaran pihak lelaki Gambar Tengah: Upacara akad nikah Gambar bawah: Pasangan pengantin bergambar bersama dengan keluarga Datuk Saidi dan Datin Rafeah Kee Hj. Abd. Jalil ) No.K6, Taman Likas Jaya, KK, 1 Muharam 1431H : Majlis akad nikah diantara En. Jumat T. dengan Sarah Jane Datuk Saidi Suari (Mantan Ketua Bahagian UMNO, P168 Kota Marudu) selamat dilangsungkan malam tadi. Kaum keluarga kedua belah pihak telah hadir bagi menyaksikan majlis tersebut sambil mengambil peluang beramah mesra sesama keluarga dan sahabat handai. Majlis persandingan pula akan diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri pada malam nanti hari ini (19.12.2009). Pihak SAM mengucapkan selamat pengantin baru semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Friday, December 18, 2009

Uninstall (Siri 3)... "Kebesaran Makhluk"

Sebelum ini kita sudah banyak didedahkan tentang para Permata Bangsa khususnya di Kota Marudu. Samada yang lama, baru, besar atau kecil. Saya percaya pendedahan ini bukanlah bertujuan untuk saling membanggakan diri, tapi sebagai wasilah untuk memperkasakan motivasi anak bangsa dan lain-lain objektif lagi. Namun, harus kita sedari bahawa pendedahan sahaja tidak memadai. Ianya mestilah disusuli dengan lontaran idea bagaimana mengasah kepermataan itu agar lebih cantik dan terus berkilau. Maka, atas sebab itu saya tampilkan penulisan bersiri "Uninstall" yang hari ini sudah sampai ke siri 3, di dalam ruangan Permata Bangsa. Baiklah, tajuk seterusnya adalah, "Kebesaran Makhluk". Sebahagian besar kerosakan yang berlaku di muka bumi ini, saya percaya bahawa ianya berpunca daripada sikap kebanyakan manusia yang mengabaikan Tuhan dan pada masa yang sama membiarkan makhluk bermaharajalela di dalam hati mereka. Mustahil kita boleh meletakkan dua kebesaran (makhluk dan Tuhan) di dalam hati kita serentak. Jika makhluk yang dominan, pastinya kebesaran Tuhan itu akan hilang dari hati kita. Begitu juga sebaliknya. Sebagaimana air dengan minyak, tidak mungkin ia bisa dicampur adukkan. Justeru, pilihan yang tepat adalah meletakkan (menginstallkan) kebesaran Tuhan di dalam hati. Apabila kebesaranNya itu terpasak kukuh di dalam hati, kebesaran makhluk dengan sendirinya akan terbuang (teruninstall). Apa dia makhluk? Semua orang tahu kan... Ianya termasuklah wang, harta, kerjaya/perniagaan dan pelbagai lagi yang lain. Apa yang saya maksudkan dengan perbuatan membesarkan makhluk adalah, jika diberikan pilihan di antara wang, harta dan kerjaya/perniagaan dengan Tuhan misalnya, kita lebih rela memilih makhluk itu dan membelakangkan Tuhan. Maka di situ berlakunya perbuatan membesarkan makhluk. Golongan manusia seperti ini rela membunuh dan yang sewaktu dengannya, semata-mata untuk mendapatkan wang. Mereka tidak hiraukan halal haram, yang penting harta dapat ditumpukkan. Mereka lebih tega meninggalkan sembahyang hanya kerana sibuk bekerja/berniaga. Saya bukan menuduh, tapi kita harus sedar bahawa inilah realiti kehidupan majoriti masyarakat kini. Sidang pembaca budiman, berkebetulan dengan kehadiran tahun baru Hijrah 1431H dan ambang tahun baru Masihi 2010M, saya ingin menyeru marilah bersama-sama kita menguninstallkan "kebesaran makhluk" dari hati kita segera. Sebelum terlambat. Sebelum matahari terbit dari sebelah barat. Sebelum roh kita sampai ke tenggorokan. Kita harus sedar, sepatutnya yang yang layak dibesarkan adalah Tuhan. Tuhan yang Maha Besar itulah yang menciptakan sekalian makhluk. Bukan makhluk yang menciptakan Tuhan. Ramai yang melihat akan kebenaran ini, tapi ramai juga yang tidak nampak. Ayuh! Cetuskan hijrah di dalam diri, keluarga dan masyarakat kita. Memantap ukhuwah, memperkasa ummah!

PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1431H

HARI ini Jumaat, 1 Muhamarm 1431H, tahun baru kalendar Hijrah. Saya bagi pihak SAM mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua khususnya kepada staf SAM dan pembaca SAM yang kami hargai. Setiap kali tahun baru hijrah, umat Islam khususnya diseru berhijrah atau membuat anjakan paradigma ke arah kecemerlangan. Tidak ada salahnya kita semua mengunapakai konsep hijrah kerana setiap insan perlu berhijrah dari takuk lama ke takuk baru yang lebih baik. Saya pasti rakan-rakan SAM juga telah memasang azam baru di tahun baru. Semoga SAM terus cemerlang sebagai media alternatif mesra rakyat....

Thursday, December 17, 2009

VISION 2010 part one

Salam sayang dan salam perpaduan kepada semua pembaca dan pengunjung SAM.

Walaupun agak lama tidak menulis dalam SAM kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, namun SAM tetap di hatiku. Perkembangan dalam SAM dari masa ke semasa tetap saya ikuti walaupun jejak kemunculan kelibat lama tidak kelihatan di sini sehingga ada beberapa pembaca yang mengirim personal message dalam email meminta saya meneruskan penulisan dalam blog SAM…hehehe. Mohon dimaafkan ya, mudah-mudahan saya dapat memberi sumbangan entry yang lebih konsisten selepas ini.

Seperti yang sepatutnya, saya ingin kembali kepada ruangan penulisan motivasi saya dengan harapan semoga boleh memotivasikan masyarakat (juga untuk diri saya sendiri) agar sentiasa berfikir dan bertindak secara progresif ke arah kehidupan yang lebih baik, lebih tinggi, lebih hebat, lebih berhasil, lebih berjaya, lebih mulia…pendek kata apa saja yang ‘lebih’ asalkan baik dan benar di sisi undang-undang dan agama.

Beberapa hari lagi, samada kita mahu atau tidak tahun 2009 akan berlalu pergi meninggalkan kita bersama pengalaman suka duka, pahit manis dan jatuh bangun yang telah kita tempuhi sepanjang tempoh 351 hari (setakat ini) yang lalu. Bagi sesetengah orang, hari-hari terakhir ini biasanya digunakan untuk merenung, menilai dan mencongak kembali sejauh mana pencapaian hidupnya selama 1 tahun yang telah dilalui. Gunanya? Bukan untuk meratapi kegagalan mahupun meratapi apa saja yang tidak baik telah terjadi, bukan juga untuk berpuas hati atau mendabik dada kerana berasa diri sudah cukup berjaya tetapi untuk mendapatkan satu inspirasi baru di dalam mengatur strategi untuk mencapai (mencipta bagi yang belum memiliki visi) visi hidup yang lebih mantap, lebih besar dan lebih berpandangan jauh pada tahun baru yang bakal menjelma tiba.

“Hidup tanpa cita-cita adalah umpama orang yang tidak mempunyai tujuan hidup”…inilah antara nasihat yang sering saya dengar semasa zaman kanak-kanak dulu. Keluarga dan guru-guru sering mengingatkan saya (dan pastinya anda juga) supaya mempunyai cita-cita dalam hidup. Bahkan tajuk karangan “Cita-cita saya” dan “My ambition” adalah antara tajuk paling popular dan paling awal dijadikan sebagai assignment karangan kepada para pelajar sekolah, seawal usia 7 tahun (tahun 1) kerana menyedari kepentingannya yang tidak ternilai. Bermula dari pendidikan yang sederhana itu, berbekalkan panduan semangat oleh cita-cita yang ada dalam minda, akhirnya ramai di antara kita telah berjaya menjadi seperti apa yang pernah kita cita-citakan. Tetapi persoalannya ialah…

Setelah berjaya menjadi seperti yang diimpikan, sudah cukupkah perjuangan cita-cita kita setakat di sana saja? Jawapan sewajarnya, sudah tentu TIDAK.

Di sinilah visi hidup memulakan peranannya. Sesuai dengan meningkatnya usia kita, cita-cita itu sepatutnya turut mengalami ‘pendewasaan’ dan penganjakan kepada visi hidup yang lebih besar, lebih luas dan pastinya tidak bernoktah. Jangan pernah berhenti ‘bervisi’ kerana hidup tanpa visi adalah umpama orang yang tidak mempunyai tujuan hidup yang pasti…orang kampung bilang hidup lugai-lugai...Bersambung.