SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, January 31, 2009

Jalak Chinese New Year!

jalak dengan gewang bomber bushwhacker saya...
saiz dengan set casting saya...
berat 1.1 kg. tengok jarum dalam yang bulatan merah, di luar tu kiraan lbs...
jalak di timbang untuk kepastian beratnya...
rekod baru untuk tahun baru, harap lepas ni ada lagi rekod yang lebih besar...
selepas sibuk beberapa hari dalam chinese new year ini, bawa family jalan2 dan balik kampung, akhirnya saya dapat juga meluangkan sedikit masa untuk casting di kampung mentua saya. kolam ini adalah kolam mentua saya. selalu juga budak2 kampung datang pasang rawai dan memancing di sini. ada yang dapat bermacam-macam ikan. cuma target saya ini macam biasa lah, ikan jalak. mula-mula saya cuba cast dengan umpan soft plastic yang saya baru beli. lama juga mencuba dan belum ada di strike oleh sang jalak ni... Dalam hati cuma bersabar dan menunggu saja... selepas tu saya tukar gewang saya kepada jenis spinnerbait. dan gewang ini saya semburkan dengan perasa / bau tiruan untuk memberikan selera kepada ikan ( ada banyak jenis bau & perasa tiruan yang boleh didapati di pasaran sekarang ). selepas tukar gewang ni, saya mula mencuba di segenap pelusuk kolam tersebut. dan tidak lama sebelum saya ingin bertukar gewang. tiba-tiba gewang saya disentap kuat dan cuba dilarikan oleh sang ikan. saya membalas dan terus terasa beban yang berat di joran saya. sah ikan jalak besar ni! selepas strike saja, ikan jalak tersebut terus melompat keluar dari air serta cuba meloloskan dirinya dari gewang saya. saya kemudian menarik perlahan-lahan jalak ini, tapi masih lagi cuba masuk ke kawasan kangkung di tepi kolam. Akhirnya dengan bantuan seorang anak buah, kami berjaya menaikkan ikan ini ke tebing. selepas ambil gambar dan buka hook, akhirnya timbang saya terus mencecahkan jarum ke 1.1 kg! ini adalah rekod baru saya untuk tahun baru ini, jalak yang beratnya melebihi 1 kg ke atas. harap-harap lepas ni ada lagi rekod baru saya untuk dikongsikan semua ahli dan pambaca SAM. Casting atau memancing ini perlukan kesabaran yang tinggi, selain itu kesabaran ini juga akan memberikan kita lebih semangat untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini dalam hidup kita. Semoga kita semua dapat meningkatkan lagi kesabaran dalam diri kita masing-masing. tunggu lagi selepas ini dari saya, harap-harap ada hasil yang boleh pecahkan rekod 1.1 kg saya ini... SABAR...........

SURAT KHABAR SAM

Photobucket

Friday, January 30, 2009

SECAWAN KOPI...

Oleh: TEKONG SAM
"LUAR LAWA, PEDALAMAN?..."
Beberapa hari lepas saya dan keluarga bercuti di KK (Kota Kinabalu). Menginap di salah sebuah hotel yang digemari oleh golongan berpendapatan sederhana. Dari tingkap hotel itu saya melihat kepesatan pembangunan pesisir pantai. Mungkin inikah KORIDOR SABAH yang disebut-sebut sebagai pembangunan bertaraf MEGA?
Kemudian, saya "zoom in" pandangan mata saya. Kelihatan kampung air. Rumah-rumah usang dengan atap yang "batagar" (berkarat). Mengingatkan saya kepada pembangunan di KL dan senario di Kampung Baru. Amat ketara kalau kita "zoom out" dari bangunan tinggi.
Bila saya pejam mata dan "zoom" dari sudut yang lebih jauh, tergambar di benak saya satu dimensi - Sabah yang maju di pesisir pantai (khususnya bandar-bandar) tetapi amat daif bila masuk pedalaman. Seumpama "tubuh penuh kurap" yang ditutupi oleh "baju mahal yang lawa". Orang yang tidak tahu akan cakap: "Wah! lawanyaaa..."
Awal-awal lagi saya sudah rasa ada yang akan tidak kena dengan "KORIDOR SABAH". Ada seorang kawan saya (seorang duta dari Kota Marudu) pernah bergurau: " ...takut kalau-kalau orang kita hanya jadi JAGA di KORIDOR itu...". Ya, saya juga risau, KORIDOR saja yang lawa, dalam rumah , orang Sabah bilang - "di pisuk-pisuk"...bikin sedih.
Jadi pada hemat saya....LUAR dan DALAM kena dikasi lawa-lawa. Jangan abaikan di PEDALAMAN kerana penyakit biasanya bermula dari dalam...

EPISOD II... KUTIPLAH PERMATA BANGSA WAIMAH IA DATANG DARI SERAMBI MEKAH (KELANTAN).

Oleh, Umar al-Longobi http://geomotivator.blogspot.com/
2. Makanan. Kebanyakan kita tahu bahawa cara pemakanan, akan mempengaruhi pertumbuhan tubuh badan termasuklah otak manusia. Apa yang saya lihat, di Serambi Mekah (Kelantan) ini jenis makanan seperti ikan atau apa-apa makanan yang telah diproses berasaskan ikan merupakan makanan utama mereka. Makanan yang saya maksudkan adalah seperti ikan, keropok lekor dan budu. Saya pernah bertanya kepada bekas Pengarah (C 54) saya tentang petua mendidik anaknya yang semuanya cemerlang (semua subjek dapat A dan yang di universiti dapat 1st class). Dia kata, "... bagi anak kamu makan ikan secukupnya. Kerana, protien yang ada pada ikan adalah khas untuk pembinaan otak...". Nasihat atau petua yang diberikan oleh bekas Pengarah saya ini pastinya bukan satu rekayasa. Pertama pengalamannya sendiri. Kedua, mungkin penyelidikan melalui pembacaan/perbincangan yang telah dijalankannya. Bukan setakat itu sahaja, kalau kita buat kajian sendiri pun... kita pasti akan menjumpai bahawa ikan merupakan penyumbang utama protein untuk badan manusia.
Menurut Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan KL, "...ikan membekalkan 60 hingga 70 peratus protein haiwan kepada manusia. Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan semua anggota badan dan berfungsi membina tisu, kulit, rambut, kuku dan organ dalaman termasuk otak serta jantung. Pada 1995, kadar pengambilan ikan di Malaysia ialah sebanyak 39.1 peratus dan dijangka meningkat 56 peratus menjelang 2010. Protein digunakan sebagai sumber haba dan tenaga sekiranya bekalan lemak serta karbohidrat dalam badan tidak mencukupi...".
Justeru, ikan merupakan rahsia kedua anak-anak bangsa di sini cemerlang. Boleh saya sifatkan sebagai `terlalu` kuat makan ikan dan yang sewaktu dengannya. Persoalan saya sekarang ialah, bagaimana dengan anak-anak Marudu? Saya pun tidak pernah membuat kajian tentang ini. Berapa agaknya kadar pengambilan protein ikan di kalangan anak Marudu? Tapi, secara kasar saya berani katakan masih kurang. Kerana, ikan mahal. Kebanyakan kita di Kota Marudu ini `sedang-sedang` sahaja. Kalau keluarga yang kaya okeylah... boleh makan ikan setiap hari. Kalau yang miskin macam saya ini? Selalu juga makan ikan... tapi ikan masin, hehehe. Bukan yang segar. Si Lt M Muss tidak hairanlah, selalu makan ikan. Rumahnya tepi laut mungkin. Dulu... semasa masih kecil, ikan seperti turongou dan koruk sahaja sandaran kami untuk mendapatkan protein ikan. Sekarang, cuba tanya si Sanguru dan sdr. Nazri al-Dusuni... susah sudah mau dapat koruk. Hehehe... Rasanya, kena buat sesuatulah agar rakyat di Kota Marudu mendapat ikan yang secukupnya. Apa macam itu YB......?
3. Rakyat diajar berdikari..... Nantikan episod III! pastinya lebih masam tapi ada manisnya... hehe
Bersambung....

SAM ada surat khabar???

Photobucket Apakah akan wujud surat khabar SAM yang sebenar? semua ini akan menjadi kenyataan sekiranya ada usaha dan permuafakatan yang kukuh dikalangan ahli.

Thursday, January 29, 2009

SALAM DARI PERANTAUAN ( Mari Belajar Bahasa Jepun)

Konbanwa!! Bagi semua yang telah pun menguasai Perkataan Asas (Basic Words), Hari ini, kita akan mempelajari sesuatu yang kamu semua akan biasa dengannya... NOMBOR ( SUUJI ) BAHAGIAN 1 !!!! Nombor sangat berguna dan sangat mudah untuk mengingatinya. list nombor 1-10: 1 一=ichi 2 二=ni 3 三=san 4 四=yon/shi 5 五=go 6 六=roku 7 七=nana/shichi 8 八=hachi 9 九=kyu/ku 10 十=jyuu Untuk menggunakan nombor di mana mereka penuh dalam bahasa Jepun, kamu hanya perlu tahu Bilangan (Counters). Bilangan ini ada sedikit kekeliruan jadi kita akan mempelajarinya kemudian.Walaupun kamu masih kurang faham bilangan tepat lagi, kamu sepatutnya berlatih mengira dalam bahasa Jepun terlebih dahulu. INGAT! setiap latihan membuat kita SEMPURNA atau paling kurang, SANGAT BAGUS!..aiseh butul2 macam sigu oooo..hehehe Ini ialah nombor dari 11 hingga ke 15. Jadi, kamu boleh mengira lebih tinggi lagi. Perhatikan, kita cuma letakkan NOMBOR PULUH (jyuu)sebelum nombor kita hendak katakan. Nombor-nombor ini HANYA BOLEH GUNA sehingga ke 19...selepas itu sebutannya berubah iaitu:nijyuu(20) KERJA RUMAH: sila tulis dalam bahasa jepun nombor2 ini: 21= 22= 23= 24= 25= 26= 27= 28= 29= peringatan: hanya perlu letakkan nijyuu sebelum nombor tersebut.Selepas dapat hafal basic nombor kiraan selanjutnya adalah mudah sehingga nombor 99(kyu jyuu kyu). Akan datang saya akan ajar HARI DALAM SEMINGGU (DAYS OF THE WEEK)!!

Wednesday, January 28, 2009

SILA MENGUNDI DAN BERI ULASAN MEMBINA...

Nota: Sila Lihat No. Logo (A-G) sebelum mengundi.
Inilah tujuh logo yang diterima sehingga 25/1/2009. Semua pembaca termasuk ahli keluarga SAM diminta mengundi LOGO TERBAIK yang akan digunakan sebagai LOGO SAM (Marudu Blogger's). Sila mengundi di ruangan "UNDIAN LOGO" yang disediakan pada "side bar" blog ini. Sila rujuk No. Logo (A-G) sebelum mengundi. UNDI sdr/i RAHSIA. Undian Ditutup: 31/1/2009Logo Terpilih : Berdasarkan majoritiLogo Terpilih akan dimurnikan lagi untuk menjadikannya LEBIH BAIK. Satu Entry Khas akan diwujudkan bagi memberi peluang pembaca memberi idea.Khas untuk entry ini, ruanngan "comments" ditiadakan untuk mengelak "KEMPEN". "Bagi Pihak SAM, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pereka cipta logo. Terpilih atau tidak, anda telah melakar SEJARAH!..." (*) Harap maklum bahawa untuk beberapa hari entry ini akan KEKAL DI ATAS untuk memudahkan semua pembaca membuat undian/ tidak terlepas entry ini.
Nota: Copy & paste drp post asal Sanguru.

KEPUTUSAN: RAJA LAWAK BISTARI (SAM)

(Inilah Kartun Yang Dipertandingkan)
Beberapa penyertaan diterima. Setelah dinillai, saya memilih tiga penulis dailog lucu/sinis paling LAWAK BISTARI, iaitu:
JOHAN: AzirulCarl : "SabarJib, perjuanganku belum selesai..."
NAIB JOHAN : Illie: " Masa untuk pemulihan, bukan peralihan, faham tak?"
KETIGA: Umar al-longobi: "Adeh...bah, logot-logot kamu ah Jib (Datuk Najib)!"
Terima kasih kepada semua peserta. Kepada para pemenang, Tahiah! Yang tidak berjaya, cuba lagi dalam PERTANDINGAN RAJA LAWAK BISTARI akan datang.
Penganjur & Hakim: Sanguru (kartunis)

KUTIPLAH PERMATA BANGSA WAIMAH IA DATANG DARI SERAMBI MEKAH (KELANTAN)...

Gambar: Kuliah jumaat sedang disampaikan.
Oleh, Umar al-Longobi http://geomotivator.blogspot.com/
Apa khabar rakan-rakan pembaca SAM sekalian? Ya... macam-macam khabar kan. Biasalah tu, namanya pun kehidupan. Apapun, moga-moga semua dalam keadaan sihat dan mendapat rahmatNya. Emmmm, dalam masa beberapa minit ini saya cuba berkongsi dengan anda semua tentang beberapa `petua kehidupan` yang saya kutip daripada bangsa di Serambi Mekah (Kelantan). Saya mengharapkan agar permata ini boleh kita jadikan panduan untuk membentuk permata yang lebih baik lagi di dalam diri anak bangsa Kota Marudu khususnya pada masa-masa akan datang. Baiklah, saya cuba ringkaskan. Sejurus sahaja disebut nama `Kelantan`, apa yang bermain dalam fikiran anda semua? Jawablah secara jujur... ha ha ha. Barangkali, apa yang terpacul dari kotak fikiran sesetengah kita adalah, `Kelantan, miskin`, `Kelantan kerajaan PAS-pembangkang`, `Kelantan, Islam`, `Kelantan, Tok Guru` dan bermacam-macam lagi tanggapan lain. Benar atau tidak tanggapan-tanggapan itu, perlu ruang lain untuk membahaskannya. Tapi, tahukah anda bahawa ramai pemegang jawatan tertinggi di mana-mana jabatan adalah daripada orang Kelantan. Ramai pelajar cemerlang seMalaysia pun datang dari negeri Kelantan. Ramai pemimpin yang hebat khususnya di kalangan bangsa Melayu juga datang dari negeri Kelantan. Lalu, apa sebenarnya rahsia mereka??? Berdasarkan pemerhatian kasar saya dan perbincangan informal dengan rakan-rakan kelantanese, rahsia mereka adalah seperti berikut:
  1. Konsep pemerintahan Kerajaan Negeri yang bersandarkan kepada keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Saya tidak kata, negeri lain tidak seperti ini. Tapi kebetulan saya memilih tajuk ini maka kita fokuskan diskusi dalam konteks Kelantan. Hasil daripada konsep pemerintahan seperti ini, maka kebajikan rakyat menjadi keutamaan, budaya ilmu dijulang menenggelamkan program-program hiburan melampau dan rakyat saling hormat-menghormati walaupun berbeza agama. Walaupun majoriti beragama Islam, tapi agama lain tidak rasa tersisih malah turut sama bergerak atas dasar kebebasan beragama. Bagi mereka yang dahagakan ilmu, Majlis Perbandaran Kota Bharu (Bandaraya Islam) menganjurkan Kuliah Mingguan. Setiap pagi hari jumaat. Yang menariknya, kuliah itu disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Kelantan. Terbuka untuk semua lapisan rakyat Kelantan/luar Kelantan tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Ribuan rakyat yang hadir. Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah, alangkah baiknya kalau konsep ini dapat kita amalkan di negeri Sabah amnya dan Kota Marudu khususnya. Berkenaan dengan kuliah itu, pilihlah tajuk-tajuk yang sesuai dengan hadirin tanpa mengganggu sensitiviti mana-mana parti politik, bangsa dan agama. Bagus juga buat kuliah mingguan setiap hari tamu di Kota Marudu. Sebagai contoh... YB. Max kah atau YB. Anita kah, atau Sanguru kah yang bagi kuliah. Atau Dr. Nellson kah. Atau motivator SAM sdri. Mimie kah. Atau pensyarah-pensyarah UMS kah dan lain-lain lagi yang saya fikir, kita tidak kekurangan golongan-golongan seperti ini.

  2. Makanan.............

Bersambung.....

OKU

Aldusuni
http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/ CORETAN DARI NABALU
Rumah Jaibal Injap 2008

Coretan dari Nabalu merupakan ruangan khas yang ‘Tikung’ bagi untuk saya menyampaikan gagasan dan percikan fikiran. Kalau sebelum ini, saya hanya melihat panorama sekitar kaki gunung, tapi kali ini saya panjat puncak Nabalu untuk melihat betapa luasnya negeri Di Bawah Bayu dengan seribu satu macam peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Puas saya meneropong segenap penjuru, ke timur, barat, utara dan selatan tapi teropong saya masih juga melihat Kota Marudu sebagai fokus utama lensa minda saya.

Barangkalilah, teropong saya ini tahu Kota Marudu perlukan fokus serius, hehehe... Seminggu lebih lalu, ‘Tikung’ menghubungi saya dan memberi tahu bahawa OKU Jaibal Injab yang sebelum ini saya perjuangkan melalui badan NGO di samping liputan akhbar Utusan Malaysia beberapa bulan lalu telahpun mendapat bantuan rumah PPRT bernilai RM 44, 000. 00 ( Ringgit Malaysia empat puluh empat ribu sahaja ) . Rumah beliau sudah hampir siap ketika ini. Terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan membantu membina rumah kepada OKU Jaibal.

Namun, saya agak terkejut bila mendengar kononnya peruntukan membina rumah PPRT ini tidak mencukupi untuk melengkapi rumah Jaibal dengan tandas dan beberapa bahagian lain dalam rumah. Mentang-mentanglah rumah yang dia buat itu dimiliki seorang OKU, senang-senang saja kontraktornya kata peruntukan tidak cukup . Lebih dari itu, tuan kontraktor minta pula Jaibal memohon peruntukan tambahan kepada pihak kerajaan. Jenis manusia macamanalah agaknya tuan kontraktor kita ini.

Janganlah disebabkan ketamakan pihak-pihak berkaitan menyebabkan orang yang sudah sekian lama menunggu untuk mendapatkan haknya tiba-tiba, diambil sedikit demi sedikit pula hak itu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga akhirnya yang didapati oleh Si Empunya yang sepatutnya tinggal sedikit, ‘cukup pun tidak’ kata orang. Mana nilai kemanusiaan pihak-pihak ini? Nampak sangatlah sikap rakus menguasai mereka sehinggakan orang kurang upaya seperti Jaibal pun mahu ‘dimakan’ juga. Apapun, orang-orang seperti ini, hati-hatilah...kalaupun di tempat lain, anda biasa berurusan seperti ini, ‘makan-makan’ di mana ada kesempatan, tapi di kawasan kami, hati-hatilah sebab kami juga tahu di mana tempat yang sesuai untuk berurusan.

Sebuah lagi rumah PPRT di Kampung Salimandut nampaknya sudah siap tapi, dukacita, kerana lantai rumah yang disimen boleh dimasuki air ketika tanah dibasahi hujan. Pihak kontraktor mungkin tidak mengambil kira hal-hal seperti ini ketika menyiapkan rumah kerana yang penting bagi mereka ialah siap dan dapat wangnya. Tuan kontraktor....ini rumah orang kampung, tuan untung sedikit pun kira ok lah. Janganlah sebab buat rumah PPRT, tuan buat alah kadar saja. Hairannya lagi, di antara rumah-rumah PPRT ini, saiz dan bentuknya sama tapi zink berbeza-beza. Tidak percaya? Cuba tinjau-tinjau rumah PPRT sekitar Kampung Nolotan dan Kampung Salimandut. Tempat-tempat lain belum tahu lagi. Macam-macam pula masalah rumah PPRT ini. Jelasnya, jawapan untuk persoalan ini hanya boleh diketahui melalui pihak pejabat daerah yang bertindak sebagai pelaksana.

Terkilan dengan situasi ini, saya cuba menghubungi Pejabat Daerah Kota Marudu. Bagaimanapun, saya gagal bercakap dengan Tuan DO kerana menurut PA, beliau ketika itu sedang bermesyuarat. Saya kemudiannya, hanya sempat meninggalkan pesanan agar kontraktor berkaitan diberi pemantauan segera. Hingga kini saya belum mendapatkan maklumat terkini berkaitan perkara ini. Cerita lanjut mengenai OKU Jaibal boleh diikuti di http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/

Tuesday, January 27, 2009

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/ ' Lensa Minda '
Lok Kawi Wildlife Park ( Sabah Wildlife Department ) Jalan Penampang-Papar Lama, Sabah.

Keindahan Pekan Tandek 1960an

Hi Salam semua, Terlebih dahulu saya dengan penuh rasa takzim ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tekong SAM En Androd Sadian kerana telah menjemput saya menjadi tetamu undangan dalam laman blog Suara Anak Marudu.Dan ucapan ribuan terima kasih juga kepada Illie yang telah menghantar surat jemputan rasmi SAM kepada saya sekaligus membolehkan saya membuat entri pertama saya di laman ini.Terima kasih sekali lagi. Saya sebenarnya merasa sangat teruja dan terharu dengan tawaran ini, kerana bagi blogger yang baru belajar seperti saya, ini adalah satu penghormatan yang sangat tinggi. Jika anda pernah melayari laman blog saya http://akibaragon.blogspot.com saya ada menceritakan bahawa saya sebenarnya tidak dilahirkan di Tandek dan hanya berpeluang tinggal di Tandek selama 8 tahun iaitu dari umur 6-14 tahun.Tapi kenangan terindah dalam hidup saya adalah di Tandek. Saya di lahirkan di Bandau pekan lama Kota Marudu.Hehehe jomo bandau tek tu...nia pan teo.. sekot jo....bersekolah rendah di GPS Tandek kemudian bersekolah menengah di SMK Kota Marudu tapi masa itu bangunan sekolah SMK Kota Marudu belum ada jadi kami belajar di bangunan sekolah SRK Kota Marudu dan sebahagian lagi di Khoi Ming School,Kota Marudu. Pekan Tandek di awal tahun 1960an tidak ada jalan raya tapi sungguhpun begitu pekan Tandek sangat ramai dan sentiasa happening.Manakan tidak...pekan Tandek waktu itu adalah pekan penghubung kepada pekan-pekan besar di Sabah.Orang ramai dari sekitar Bandau,Pitas,Tg Batu,Teritipan dan kawasan sekitar yang hendak bermusafir ke Kudat atau Jesselton (Kota Kinabalu) dan Labuan terpaksa menaiki kapal laut dari Tandek ke Kudat kemudian menaiki pesawat Twin Otter sejenis kapal terbang kecil. Mungkin ada yang kehairanan ya...bagaimana kapal laut boleh masuk ke sungai Tandek.Sungai Tandek dulu-dulu airnya sangat dalam dan jernih.Gotong royong membersih sungai hampir setiap bulan di lakukan dengan diketuai oleh seorang insan yang baik hati bernama Latip.Kapal laut yang dimaksudkan juga tidaklah terlalu besar mungkin dalam 30 kaki sahaja dilengkapi dengan dek dan kabin.Kapal laut jenis ini pada hari ini lebih banyak digunakan untuk menangkap ikan. Terdapat sebuah jambatan di pekan Tandek yang mempunyai dwifungsi.Sebagai jambatan dan juga jeti.Di tepi jambatan itu ada sepohon kayu yang sangat besar.Tidak tahu nama saintifiknya tapi di kalangan orang Tandek ia dikenali sebagai Pokok Ramag.Di bawah pokok inilah saya selalu duduk melihat gelagat orang yang berpergian sambil makan kuaci hitam kegemaran saya.Biasanya saya duduk bersendirian kerana abang saya Anang belajar di sekolah.Dan kalau dia cuti sekolah pun dia lebih gemar main guli bersama kawan-kawan lain. Kadang-kadang saya ditemani oleh adik sepupu saya Ramli Hj Madina.Dia pun suka makan kuaci tapi kuaci biji labu yang berwarna putih.Pernah dia memaksa saya makan kuaci putih kegemarannya itu.Kata Ramli ...ini yang sadap boleh makan sama-sama kulit....bila saya try, kira ok juga lah cuma masin sikit.Sekarang ni samada Ramli masih suka makan kuaci saya tidak tahu.Tapi saya tetap suka dan bertambah lagi menu kuaci saya kuaci bunga matahari bersalut madu.Hehehe.Kononnya kuaci ini bagus untuk mata tapi saya dan Ramli sama-sama rabun.Kwang,kwang,kwang. Saya memang sangat suka duduk dibawah pokok ramag tersebut melihat gelagat orang ramai.Ada yang baru hendak belayar dan ada pula yang baru tiba.Bagi yang baru tiba terpancar kegembiraan diwajah mereka begitu juga saudara-mara yang menyambut ketibaan mereka.Mereka bersalaman dan berpelukan diiringi tawa riang.Bagi yang hendak belayar pula wajah mereka menampakkan kesedihan terpaksa meninggalkan orang tersayang.Kesedihan juga terpancar diwajah keluarga yang mengiringi mereka. Setelah bersalaman mereka berpelukan sambil mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali.Di atas dek kapal mereka berdiri sambil melambai-lambaikan tangan,ada yang melambai-lambaikan saputangan,tidak kurang juga ada yang menitiskan air mata.Kaum keluarga yang menghantar mereka pula setia berdiri diatas jeti melambai tangan sehingga kapal tidak kelihatan lagi.Kalau lah waktu itu saya mempunyai kamera tentu sekali akan saya rakam suasana indah itu. Disebelah kiri pokok ramag itu terdapat sederetan kedai menghadap ke sungai yang diperbuat daripada kayu.Kedai-kedai ini dimiliki oleh orang-orang tionghua yang menjalankan perniagaan runcit dan kedai kopi.Manakala disebelah kanan pula terdapat dua deretan warong kepunyaan orang-orang bumiputra Tandek yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman.Menu lazim yang dihidangkan di warong-warong ini ialah sup/soto dan kuih-muih. Diantara 2 deretan warong tersebut terdapat sebuah rumah wakaf.Rumah Wakaf ini dijadikan tempat bermalam bagi orang-orang yang bermusafir sementara menunggu ketibaan kapal laut yang akan membawa mereka ke destinasi.Saya tidak tahu siapa yang menyumbangkan rumah wakaf ini malah rumah ini tidak ada penjaga yang ditugaskan untuk menjaga tetapi rumah wakaf ini sentiasa bersih hasil kerjasama para musafir yang menginap disitu. Selain itu terdapat sebuah kawasan lapang diantara deretan kedai milik orang-orang tionghua dan warong milik bumiputra di Tandek itu.Di atas tanah lapang ini di letakkan beberapa buah deram berisi minyak Benzin untuk kegunaan kapal laut.Dan disebelah kawasan lapang ini pula terdapat sebuah rumah milik orang tionghua yang dijadikan Salon Mendandan Rambut. Jangan tak tahu...wanita-wanita di Tandek dulu-dulu stylo.Kalah orang sekarang.Rambut mereka sentiasa didandan rapi ada yang keriting panjang dan ada pula yang keriting pendek.Keriting panjang atau keriting pendek ini adalah istilah yang mereka gunakan dulu-dulu.Dengan peralatan yang serba sederhana mereka mendandan rambut disalon itu dan hasilnya....wow!!...saya selalu kagum dan ternganga melihat kejelitaan mereka.Antara yang menjadi pujaan hati saya waktu itu ialah Rukinah, Lansiau, Rongkumas, Murinang, Makburah, Baiduri,Balkis dan ramai lagi amoi-amoi cantik waktu itu. Diseberang sungai Tandek, selain daripada GPS Tandek terdapat sebuah dispensari dan sebuah masjid.Disebelah masjid berhampiran sungai terdapat sebuah lagi rumah milik orang tionghua. Rumah ini pula dijadikan kedai jahit.Disinilah bapa saya selalu memotong (menempah) seluar. Tukang jahit ini lebih dikenali dikalangan orang-orang kampung dengan nama si kajam mata.Sebabnya ialah mata lelaki tionghua ini selalu terpejam-pejam seperti orang kenan atau kepaingan kata orang Sabah.Sehingga ke hari ini saya tidak mengetahui nama sebenar tukang jahit ini. Pekan Tandek dulu-dulu sangat bersih dan cantik.Ada seorang hamba Allah yang sangat rajin membersihkan pekan Tandek ini setiap hari tanpa jemu.Kemana-mana dia akan sentiasa bersama kereta sorongnya.Umuk - itulah nama beliau.Setiap hari dia akan menyapu dan memungut sampah diseluruh kawasan pekan Tandek.Hasilnya pekan Tandek begitu ceria terhias indah dengan bunga-bungaan pelbagai warna serta pohon-pohon rendang yang sentiasa menyegarkan udara. Saya sangat rindu akan keindahan Pekan Tandek ini dan sangat berharap ia dapat dihidupkan semula.Kalau ada sesiapa diantara anda pernah membaca buku WAWASAN TANDEK yang di tulis oleh salah seorang daripada warga Tandek yang berjaya iaitu En Jonathan Kandok, rancangan atau saranan beliau dalam buku itu wajar di pertimbangkan.Mungkin tekong boleh menjemput beliau juga untuk menulis dalam SAM.Disamping menyumbangkan idea-idea bernas kehadiran beliau sudah pasti akan memperkasakan lagi SAM. Sudah terlalu panjang saya berceloteh.Eloklah saya akhiri dulu disini.Hingga berjumpa lagi di lain entri.....salaaammmmm.

SALAM DARI PERANTAUAN ( Mari Belajar Bahasa Jepun)

inda tau apa mau di isi..jadi tiba2 timbul idea mau kongsi bersama sedikit pasal bahasa Jepun..sia ajar yang basic sija dulu... Apabila kali pertama berkenalan/bertemu sama seseorang..ini adalah perbualan2 ringkas yang penting dan harus dipelajari...adeh masam sigu pula hahahaha... .HELLO:こんにちは KONNICHIWA .HOW ARE YOU?:お元気ですか。O-GENKI DESU KA? .FINE,THANK YOU:元気です。GENKI DESU .WHAT IS YOUR NAME?:お名前は何ですか。O-NAMAE WA NAN DESU KA? .MY NAME IS_______:私の名前は_____です。WATASHI NO NAMAE WA_____DESU. .NICE TO MEET YOU:始めまして。HAJIMEMASHITE. .PLEASE(request):お願いします。ONEGAISHIMASU. .PLEASE(offer):どうぞ。DOUZO. .THANK YOU:どうもありがとう。DOMO ARIGATO. .YOU'RE WELCOME:どういたしまして。DO ITASHI MASHITE. .YES:はい。HAI. .NO:いいえ。IIE. .EXCUSE ME:すみません。SUMIMASEN. .I'M SORRY:御免なさい。GOMEN NASAI. orang2 jipun memang terkenal dengan budi bahasa dan hormat antara 1 sama lain.. .SELAMAT PAGI(5am-11am):おはようございます。OHAYOGOZAIMASU. .SELAMAT TENGAHRI/SELAMAT PETANG(pm):こにちは。KONNICHIWA. .SELAMAT MALAM:こんばんは。KONBANWA. .UCAPAN SEBELUM MASUK TIDUR:おやすみなさい。OYASUMINASAI. .UCAPAN PERPISAHAN:さよなら。SAYONARA. ...bah nanti sambung lagi...

SILA MENGUNDI DAN BERI ULASAN MEMBINA...

Nota: Sila Lihat No. Logo (A-G) sebelum mengundi.
Inilah tujuh logo yang diterima sehingga 25/1/2009. Semua pembaca termasuk ahli keluarga SAM diminta mengundi LOGO TERBAIK yang akan digunakan sebagai LOGO SAM (Marudu Blogger's). Sila mengundi di ruangan "UNDIAN LOGO" yang disediakan pada "side bar" blog ini. Sila rujuk No. Logo (A-G) sebelum mengundi. UNDI sdr/i RAHSIA. Undian Ditutup: 31/1/2009 Logo Terpilih : Berdasarkan majoriti Logo Terpilih akan dimurnikan lagi untuk menjadikannya LEBIH BAIK. Satu Entry Khas akan diwujudkan bagi memberi peluang pembaca memberi idea. Khas untuk entry ini, ruanngan "comments" ditiadakan untuk mengelak "KEMPEN". "Bagi Pihak SAM, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pereka cipta logo. Terpilih atau tidak, anda telah melakar SEJARAH!..." (*) Harap maklum bahawa untuk beberapa hari entry ini akan KEKAL DI ATAS untuk memudahkan semua pembaca membuat undian/ tidak terlepas entry ini.

SECAWAN KOPI...

"Kongsi Raya..."
Oleh: TEKONG
Tadi pagi saya memenuhi undangan seorang sahabat Cina, yang kami suka panggil "cifu". Beliau terkenal di kalangan masyarakat Cina Kota Marudu. Bagaimana saya boleh rapat dan apa bentuk pertalian kami, tidak terlalu mustahak untuk dinukilkan kerana ia boleh mencuri ruang yang besar. Setelah beberapa lama duduk-duduk sambil pekena "Susu Kacang" (dalam tin) dan kuaci-kuaci, saya nampak sebuah kereta mewah masuk perkarangan "cifu" sahabat kami. Tak lain tak bukan taukeh besar di Kota Marudu.
"Aik, cikgu pun ada di sini?" terkezut isteri taukeh itu yang memang mengenali saya juga.
"Eya bosss..." jawab saya.
Point utama dalam "cerpen" ini ialah - Raya Memang Wajar Dikongsi Tanpa Perlu Mengubah Terlalu Banyak sehingga mengubah budaya bangsa. - Perpaduan tidak perlu dipaksakan. Perpaduan itu hendaklah disemai dengan ikhlas.
Saya dan "cifu" pun terus bercerita. Terungkit sikit pasal politik. Saya tertarik pandagan "cifu" cina ini, kata beliau: "...saya risau, kemasukan terlalu banyak parti dari seberang akan merosakkan keharmonian kaum dalam ini negeri kita..."
Yaaa....saya pun menyedari hal ini sudah agak lama...
(ANDA BAGAIMANA?...)

MY HUSBAND

Salam SAM buat semua warga dan pembaca SAM.. Saya minta maaf banyak2 kalau posting saya kali ini tiada kena mengena dengan ruangan saya dalam SAM ini..Minta maaf seribu ampun TEKONG SANGURU.. Sebenarnya saya mahu manjawab pertanyaan adik LtM Muss siapakah gerangan TOMPINAI ini.Saya kira mau posting sana blog saya 'salimandutvilla.blogspot.com' atau 'my3hero.blogspot.com' tapi mungkin ada dikalangan warga SAM ni yang tiada follow salah satu blog saya, jadi sukar untuk mereka mengetahuinya. Ya..adik LtM Muss dan semua warga SAM..TOMPINAI is MY BELOVED HUSBAND. Tiada niat untuk menyembunyikan identiti Sang Suami ini dari pengetahuan semua lebih2 lagi sebelum beliau diiktiraf sebagai WARGA SAM.. Kita dalam SAM adalah telus. Biar semua orang mengenali TOMPINAI dalam dunia blog dan SAM melalui usaha dan hasil penulisannya. Bukan kerana TOMPINAI adalah suami kepada NONG yang lebih dulu menjadi warga SAM.. Sebenarnya TOMPINAI mau post sudah dalam SAM ba tapi masalahnya email dia tu tiada daftar dalam yahoo..jadi macam mana nak invite dia bo..Mungkin ada sesiapa dalam SAM ni dapat bantu dia ni....Keciaaan yelo..heheee

Monday, January 26, 2009

Kota Kinabalu Raya Cina

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com ' Lensa Minda '
Kira-kira jam 4.45 petang matahari agak suram tempias dari gerhana matahari. Bangunan pentadbiran persekutuan Sabah.
Pintu masuk ke Labuan turut sepi.
Jalan GayaStreet, Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu

KITI NYIA ELUM SEBETA-BETA NI.

Diom kesibukanku muat final report ku, masih sempat lagi aku ngepost entri bau untuk S.A.M. Bau tu sini', sambil cek-cek blog see' ai keboso aku entry ta' blog si Kak Nong (Salimandut Villa) pasal dinakan ti yang ngemban. Menurut entry diom blog Kak Nong Ustaz Ismail yang ngajar ta' SK Tumunda Salimandut boi ngemban gara ai kemalangan laman kerita pesorong pe KK. Sedih reso ni lepas moso serita Kak Nong. Itu no oron ni keeluman. Setiap kiti yang elum tu nyia ngerati semberan kiti lumaan/ngemban. Ustazku boi perna mara' ta' aku bahawasani matai no perkara yang paling sikot ta' kiti. Persoalanni, setio pien kesedaran ti diom benda tu. Nyia' ka kiti sadar bahawa sukup iko no suntu ta' bunda' moto tentang ketentuan matai? Sangkan no kiti tu manusia, selalu binara' sebagai makhluk yang sanang lupo. Kiti tu semberan-semberan buli matai. Amun ajal ti teko, temban oron ti loso. Doa ku ta' arwah semoga binuanan rahmat ko berkat oleh Allah s.w.t. Semoga keluarga arwah nyia putus maku dua untuk kealapan laman Allah s.w.t. Kiti yang elum tu peterus ti jo keeluman ti. Pasti' ti diri ti ko' keluarga ti muat kealapan. Supaya matai kaang kiti nyia nyesol atas perbuatan ti sebeta elum ta' Dunia tu. Sien pan kiti, samada kaya atau miskin, somo jo ta' sisi-Ni. Beza ni amalan ti. Amun kiti raat, maka raat no balasan ni ko' bege'eh no sebalikni.
Al-Fatihah untuk arwah ko muslimin-muslimat yang ai lumaan ngembanan kiti dau..

Sunday, January 25, 2009


http://nazri-suaramualaf.blogspot.com
Coretan Dari Nabalu

Seawal pagi hari ini Tikung SAM menghubungi saya melalui SMS. Beliau mengajak saya untuk sama-sama ke majlis pembukaan klinik salah seorang pengarang SAM Dr. Nellson Maisin di Kota Belud. Sebelum itu, saya sempat melayari laman SAM dan membaca berita mutakhir SAM. Sempat juga saya bersembang dengan Lt. Musli dan Tompipiris yang berada di Negara Matahari Terbit. Silalah layari blog bersekutu ‘ Suara Anak Marudu ‘

Ketika asyik melayari SAM hp saya berdering kuat lalu saya bergegas mencapainya. belum pun sempat saya menjawab panggilan, ia tiba-tiba terputus. saya semak panggilan terabai tapi, tiba-tiba hp saya berbunyi lagi. Terpampang nama Rosnani Untol di skrin hp . Biasanya saya panggil dia ‘akak Nani’. Sejurus menekan punat hijau, tanpa beri ruang untuk saya menarik nafas dia terus perintah “ kita ke Keningau, sahabat-sahabat kita ditenggelami banjir, cepat bersiap. ..”

Perjalanan tanpa dirancang hari ini, memberi ruang untuk saya meng’klik’ beberapa panorama sepanjang jalan ke Keningau. Kawan-kawan yang berada nun jauh di seberang sana, kalau ada ruang dan kesempatan, bolehlah tinguk-tinguk gambar ni bikin pengubat rindu. Kira-kira jam 1.40 petang, kami sampai di kampung Ansip kira-kira 8 kilometer dari Pekan Keningau. Tiga buah kampung yang terjejas banjir sejak semalam antaranya ialah kampung Ansip, kampung Mempulut dan kampung Membuluh. Kira-kira 700 lebih orang penduduk sehingga waktu ketibaan kami di situ, masih belum dapat keluar ke pekan Keningau.

Berikutan kegagalan saya menghubungi YB. Datuk Sairin Karno, Wakil Rakyat Liwan, saya cuba menghubungi YB. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Kewangan Negeri Sabah dan mengkhabarkan tentang bencana banjir kepada beliau. Alhamdulillah, keprihatinan YB. Datuk Tawfiq membolehkan pihak-pihak berwajib di Daerah Keningau termasuk YB. Datuk Sairin Karno dapat dihubungi. Beliau maklumkan kepada saya berkaitan perkara ini kira-kira 10 minit selepas saya hubungi beliau.

Apa yang saya kesali adalah sikap pihak berwajib yang lambat menghantar bantuan kepada penduduk kampung menyebabkan timbul banyak rungutan di kalangan penduduk. Makanan dan minuman misalnya, lambat dihantar ke tempat-tempat yang sepatutnya. Begitu juga ahli parti-parti politik dalam komponen Barisan Nasional yang tidak kelihatan di tempat kejadian semasa tenaga dan sokongan mereka diperlukan para mangsa banjir. Kalaupun tidak berdaya memberi bantuan material, sekurang-kurangnya mereka dapat memberi kata-kata semangat untuk para mangsa. Samalah juga ketika mereka berkempen meraih undi dahulu, kata-kata semangat Barisan Nasional tidak pernah sunyi dari bibir mereka. Tapi, lihatlah semasa rakyat perlukan semula semangat itu, ke mana perginya mereka?Jangan hairanlah kalau rakyat bakal meluat pada tingkah mereka lalu nanti memberi undi kepada pembangkang. Ingatlah, rakyat itu penentu sebuah kerajaan Kami juga datang tanpa membawa apa-apa.... Tapi masyarakat kampung cukup mesra dan kemesraan mereka terpancar dari wajah kerana penderitaan yang dialami mereka, sekurang-kurangnya dapat dikongsi bersama.

Pasukan penyelamat BOMBA dan POLIS bersedia membantu mangsa.
Bot perseorangan satu-satunya digunakan sebagai pengangkutan.
Penduduk terpaksa mengharungi banjir untuk mengangkat barang-barang makanan.
Antara rumah penduduk dimasuki air dalam rumah.
Menurut penduduk kampung yang kami temui lewat petang tadi seramai lebih 700 orang telah terputus hubungan akibat banjir.
Tiga Kampung yang terlibat banjir dalam Daerah Keningau antaranya Kg. Ansip.
Masyarakat Dusun sinonim dengan sawah padi Tambunan dan keningau musim menuai di ketika ini.
Ustaz. Hj. Abdul Halim Abas pendakwah bebas bersilaturahim dengan jamaah Tabliq, selepas solat zohor.
Tugu peringatan pejuang Tempatan Tambunan ( SMS mohon maaf tidak dapat memberi info terperinci tugu peringatan ini disebabkan kawasan ini berpagar )
Masjid Daerah Tambunan.
Pekan Tambunan, tempat kelahiranHuguan Siou Datuk Pairin Kitinggan.
Suasana Pekan Tambunan.
Pintu masuk ke pekan Tambunan Daerah yang banyak melahirkan artis-artis tempatan.
Paku pakis gergasi antara tumbuhan yang menghiasi panorama alam.
Bukit Emas, Tambunan merupakan tempat ke 2 tersejuk di Sabah. Menjadi tumpuan para pelancong menikmati udara segar.
Bukit Emas, Tambunan keadaan berkabus perkara biasa di ketika pagi dan petang.
Inanam, Kota Kinabalu.