SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, January 15, 2009

Antara Contoh Layout

Contoh pertama ini menawarkan 3 colum yg boleh diisi dengan apa-apa bentuk iklan. Contohnya kalau c yus ada idea untuk 'cari duit maya'

3 colum seperti di atas juga. Konsep buah apel saya cuba memberikan deskripsi kesegaran, kematangan (buah ranum) dan warna kontra merahnya kelihatan menarik yang boleh membawa maksud blog ini menawarkan idea yang sentiasa menarik perhatian pembaca.

Hanya menawarkan 2 colum dengan background tangga yang boleh membawa maksud blog Kota Marudu dalam proses 'memajukan diri' setapak demi setapak ke hadapan.
Juga menawarkan 3 colum.. Matahari terbit melambangkan permulaan blog ini memulakan langkahnya membawa sinar harapan baru kepada kawasan sasaran yang diperjuangkan oleh blog ini.
Ini juga menawarkan 3 colum. Agak ringkas dan simple. Sebuah buku, beberapa keping nota dan mata pena yang melambangkan minda para bloggers membawa seluas idea, gagasan, tanpa jemu memacu wawasan seperti mana yang kita cita-citakan.
Saudaraku yang kukasihi sekalian, ini antara beberapa contoh layout yang saya usahakan buat permulaan sebagai 'pembuka' menjana dan mencambah idea kreatif para blogger yang lain. Boleh pilih yang mana satu atau mungkin ada gesaan lagi untuk menampilkan beberapa layout yang difikirkan lebih sesuai.
Saya telah membuat eksperimen terhadap blog Kota Marudu dan secara peribadi mampu menganjakkan lagi semangat kekuatan seterusnya kesungguhan blog ini dalam memperjuangkan kebaikan serta memberikan aspirasi kepada kumpulan pencetus blog dan pembaca.
Mohon maaf kerana saya terpaksa remove sekejap blog header kita untuk saya dapatkan skop penghayatan yang lebih luas. Pada mulanya eksperimen, saya mendapati ada beberapa masalah teknikal yang berlaku seperti beberapa widget yang sedia ada seperti ruang follower, ruang chat, ruang pembahagian tugas, ruang lagu, ruang blogger KM dan apa sahaja bentuk add widget akan hilang. Selepas beberapa jam memerah otak, saya mendapat satu idea dan harap-harap itu menjadi. Kalau tidak ada sebarang masalah, saya MUNGKIN akan berjaya meletak kembali semua seperti sediakala dengan layout baru yang dipilih.
Sesungguhnya, saya terkesan dengan komitmen yang ditunjukkan oleh orang kuat Marudu Blogger's, tekong kita SANGURU, illie, Lt. Muda Muss, Saudara nazri, Saudara Umar, Puan Justina, Dr. Nellson, Srixon ( dan beberapa nama lain yang tidak sempat saya sebut. Mohon maaf.. kalian tetap nyawa dan nadi blog ini). Atas sebab ini, saya TERDORONG!. Benar-benar terdorong.
Serangkap pantun dari saya;
Hatiku rindu sambil berangan
menyulam rasa menyimpul janji
Satu hati satu perjuangan
Membina bangsa sehidup semati

4 comments:

Umar al-Longobi said...

sdr. mick,

tahniah atas komitmen yg membanggakan. yg 3 ruang tu lebih baik bagi sy memandangkan blog ini dijangka akan membesar dgn pantas. yg iklan tu kena bayar ka bos? sy pun ada barang mau jual ni, hehe. ebook ttg motivasi. Tq

Little Mike said...

umar,

iklan2 apa2 saja 'free add'... tiada bayaran dikenakan... masukkan dalam apa2 yg perlu di 'add a gadget' di ruang tepi kiri atau kanan...

terima kasih atas sokongan!

MARUDU BLOGGERS said...

sdr. umar, sebagai ahli, free la bah, tapi jgn laa bah pula pajak semua page. heehe....dan hujung2 tahun kalau ada "annual dinner"...sopnsor laa bah sikit2...hehe

LM,...entah apa lagi bentuk tabik hormat yang harus kuberi kepada anak marudu sepertimu...teruskan.
"KALAU FIKIR IANYA BAIK, TERUS DIBIKIN" - Prinsip kerja SAM.

MARUDU BLOGGERS said...

3 kolum memang sangat baik. Banyak kemajuan blog kita ini. Headernya saja yang akan kita mantapkan nanti. Gerak hati ini berkata : - satu hari kita ada web site canggih. dari sulap jd walai jd banglo jadi istana jadi mahligai...

* sanguru (komen no.3 pun saya jg tu)