SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 23, 2009

Apa Kata Kita ...

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com ' Lensa Minda '
Siapa Mereka ...
Rakyat ...
Di Mana...
N. 5 Tandek, Kota Marudu, SABAH.

4 comments:

NONG said...

TAHNIAH brother Nazri Aldusuni..
N3 yang betul2 menyentap ulu hati kepada mereka2 yang ada 'hati' dan 'perasaan'..

'Kenapa?' dan 'mengapa?' masih ada rumah2 dari bambu beratapkan nipah sedangkan telah wujud bantuan Program Kesejahteraan Rakyat? Kalau tahun dulu2 tidak tersenarai dalan list takkan tahun2 yang mendatang sampai sekarang ini pun tidak juga dapat2..

Salah dan silap siapa bila RAKYAT mula mengalihkan sokongan pada pembangkang?
Rakyat boleh menghitung dan berfikir akan perbezaannya. Menyokong kerajaan pun tiada beza dengan menyokong pembangkang sebab corak hidup TETAP sama tiada perubahan..

Saya berbicara BUKAN dari sudut saya ini penyokong pembangkang kerana saya memang TIDAK menyokong pembangkang sebaliknya PRO KERAJAAN..tetapi saya MALU dan TIADA kekuatan untuk mempertahankan kerajaan bila melihat kepada senario gambar2 di atas.

Harap pihak berwajib dapat 'Berjalan kaki' meninjau tempat2 seperti gambar di atas..

Salam Hormat

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Saya bersetuju dengan kenyataan Kak Nong. Saya percaya situasi pada gambar adalah sebahagian kecil sahaja dari rumah2 sebegitu di KM. Kalau diperhalusi oleh pihak yang berkuasa ada banyak lagi yang teruk dan serba daif. Terima kasih atas pendedahan Bro ALdusuni.

Kadang2 mereka(YB, MP dan lain2 pihak berkuasa tempatan) sibuk sampai tiada masa mau lawat semua tempat yang bermasalah. Kami warga SAM secara sukarela membantu pihak berkuasa dalam mencari dan mendedahkan masalah yang terdapat di KM khususnya. Kami sebagai warga SAM tidak kira apa ideologi politik, bangsa dan agama sentiasa bersatu semata-mata untuk kebaikan bersama rakyat KM. Kadang2 perbezaan pendapat juga wujud antara kami, dan bagi kami itu merupakan cara bagaimana untuk mencari bagaimana jalan terbaik sebagai penyelesaian apa2 masalah berkaitan.

Sabah khususnya di KM merupakan kubu kuat parti kerajaan sepatutnya ada kelebihan berbanding kawasan yang terdapat di lain-lain negeri. Dan kami tidak pun mengharapkan yang sepatutnya itu, kami hanya mahukan kesamarataan dan keadilan. Agihlah peruntukan dengan samarata. Tidak kiralah sama ada peruntukan itu datang dari kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan..

Little Mike said...

Kepada pihak yg berkenaan...

Perhatikan dan mengertilah...

ILLIE said...

Kepada pemimimpin2 yang "berkenaan"..kamu diberi mandat oleh rakyat untuk memimpin mereka..jadi jalankan lah tanggungjawap anda sebagai pemimpin..

Kalau tidak dapat memberi bantuan segera kepada pemilik rumah ini..sekurang-kurangnya kunjungilah rumah dalam gambar ini dan tanya tuan rumah..paling tidak pun anda telah menjalankan kewajipan sebagai pemimpin.

Kota Marudu tidak perlu tapak pelancaran roket untuk ketika ini!!