SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, January 13, 2009

BAGAIMANA MENJADI SIDANG BLOGGER "MB"?

Ada dua cara: 1. Anda ditawarkan "jawatan" sebagai penulis/pengelola ruangan (pilihan anda sendiri). Untuk melayakkan diri anda, pihak pengurusan Marudu Bloggers akan memantau blog-blog yang ada (setakat yang kami tahu). Hanya blog yang profilenya jelas menunjukkan identiti lengkap akan diberi pertimbangan. Untuk memudahkan pihak kami, sila "follow" blog ini. 2. Anda menawarkan diri sendiri. Pihak kami akan menilai sejauhmana anda benar-benar blogger marudu atau tidak. Anda boleh membuat permohonan dalam ruangan Forum/Chating yang disediakan. Pastikan anda menulis alamat e-mail untuk dihubungi oleh setiausaha. Setelah itu: Ketua Editor (sanguru) akan mengeluarkan arahan kepada "setiausaha" iaitu (sdr. Jaymon musit, yang berada di Jepun) untuk menghantar e-mail tawaran dan pengesahan (untuk maklumat lanjut tentang ini sila layari http://illie-tingkalanon.blogspot.com). Baca: "Bgaimana Anda Boleh Akses di Marudu Blogger's" Selepas itu: Anda telah SAH menjadi blogger bersekutu bagi laman blog ini. Anda merupakan penulis/pelukis/editor bagi ruangan anda sendiri. MENGAPA "AGAK" KETAT? 1. Untuk mengelakkan penyusupan masuk blogger luar yang berniat kurang baik. 2. Untuk memastikan tidak ada blogger yang menjejaskan blog ini. Kita tidak mahu, kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. 3. Untuk memastikan hanya blogger yang beretika dan tidak ekstrimis menjadi penulis dalam blog ini. INGATAN KEPADA SEMUA BLOGGER/ TERMASUK SAYA: Maju mundur blog ini di tangan kita. Walau apapun ruangan yang kita wujudkan, pastikan cara penulisannya mengikuti piawaian/etika penulisan. Elakkan terlalu ekstrim. Elakkan terlalu "mengusik' sensitiviti agama dan kaum.

No comments: