SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 16, 2009

Banjir 'dari kaca mataku'

Untuk beberapa waktu ni, saya seperti 'berkabung' daripada rancak membicarakan banyak isu. Pandangan jadi 'kabur2' gara2 cerita2 banjir di KM ni. Abang saya juga tinggal di Kg. Kuranji, dan sudah pasti mereka juga tidak ketinggalan daripada 'projek' pemindahan mangsa banjir di sana.
Banyak isu lain juga yang boleh dibicarakan, tetapi saya tunggu 'hujan' berkurangan dan 'banjir' surut barulah 'pandangan' ni jelas semula untuk melihat banyak isu2 lain. Sekarang ni kita seperti sudah 'preocupied' dengan masalah banjir di KM.
Sebenarnya masalah banjir di KM ni sudah saban tahun berlaku. Sejak saya mula kenal apa itu banjir, ia sudah seperti menjadi sebahagian daripada 'kehidupan' orang2 KM. Kita semua tahu fakta ini, tetapi kenapa seolah2 tidak ada usaha yang begitu berkesan dapat dilakukan oleh pihak2 berwajib? Mentang2lah KM memiliki kawasan tanah rata rendah yang luas, keadaan ini seperti 'dibiarkan' begitu saja tanpa pembelaan yang serius. Betulkah tiada yang boleh dibuat selain berserah kepada takdir? Cuba (walaupun pandangan masih kabur dan bukan 'expert' dalam bidang ni) saya senaraikan yang berikut, perkara2 yang boleh dibuat dengan masalah banjir di KM ni, selain daripada baru kelam kabut memindahkan orang2 kampung apabila banjir berlaku;
1. Pihak berkuasa tempatan boleh meminta Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengemukakan laporan taburan dan corak pergerakan saliran di kawasan KM secara terperinci (kena buat kajianlah, bukan main 'tingu' tu sungai begitu-gitu saja).
2. Daripada maklumat di atas sekali lagi pihak berkuasa tempatan boleh merangka pelan tindakan untuk mencegah banjir dari awal lagi dan bukan pada ketika banjir sudah berlaku baru 'sibuk' panggil mesyuarat 'tergempar' tindakan daerah.
3. Antara usaha awal yang boleh dilakukan ialah membesar/mendalam dan meluruskan sungai yang berpotensi untuk menampung air banjir supaya tidak melimpah 'keluar'. Saya tahu ada juga dibuat ni, tapi macam 'hangat2 tahi ayam saja saya 'tingu'. Kurang usaha berterusan untuk mengekalkan 'kapasiti' sungai.
4. Pembersihan sepanjang sungai dan kawasan sungai perlu selalu dilakukan dan ia boleh dibuat dengan kerjasama penduduk2 kampung yang tinggal di sekitar kawasan sungai. Ketua kampung dan JKKK perlu memainkan peranan yang aktif dalam hal ini.
5. Kawasan jalan raya yang terlalu rendah macam yang di simpang Kg. Damai dan sebelum/selepas jambatan sungai Lamou tu perlu 'ditinggikan' supaya bukan sahaja tidak menghalang perjalanan di jalan raya, tetapi memudahkan proses pemindahan mangsa banjir apabila diperlukan.
6. 'Hutan' sebenarnya sangat penting kerana ia bertindak sebagai span untuk menampung air hujan yang banyak supaya banjir tidak sekejap berlaku walaupun hujan baru 2/3 jam saja. Oleh itu usaha untuk 'memulihara' hutan terutamanya di kawasan bukit perlu diperkasakan. Nota: Salah satu punca kenapa banjir sering berlaku di KM ialah kerana kerakusan orang2 'tertentu' dulu menggondolkan kawasan bukit atas nama 'kayu balak' dan RM.
7. Masalah banjir di KM adalah tanggungjawab setiap warga KM dan bukan sibuk meninggikan tiang rumah sendiri saja dan tidak ambil peduli samada jiran di sebelah rumah sudah ditenggelami oleh air atau tidak. Maksudkan kita mesti sentiasa tolong menolong tanpa mengira bangsa, keturunan, darjat, dan agama, serta satu lagi, fahaman politik.
Seperti kawan2 yang lain, saya juga menyeru dan sangat mengalu2kan segala usaha pihak2 berwajib untuk menyelesaikan masalah banjir di KM ni. Di samping itu kita terus berdoa kepada Tuhan agar banjir ini akan beransur pulih dan nasib orang2 KM khususnya yang menjadi mangsa banjir dapat dibela dengan saksama.
Nota: Catatan ini hanya apa yang terlintas dalam fikiran saya saja ni. Sudah tentu idea/pelan tindakan yang lebih bernas dapat dibuat oleh pihak yang berwajib jika mereka 'buat kerja' betul2, dan sudah semestinya para YB dan PKR juga termasuk dalam 'list' posting ini ditujukan.

3 comments:

Umar al-Longobi said...

tuan duktur,

betul itu. oleh krn banjir ini selalu berlaku, jadi Jawatankuasa Tindakan Banjir Daerah perlu diwujudkan. Kalau sudah diwujudkan, perlu lebih pantas dan efesien! sy merupakan salah seorang pegawai data dlm JK Tindakan banjir di kelantan. sy pujilah cara pengurusan org2 sini. sudah bersedia setahun sebelum banjir. cth yg baik ini mungkin boleh PBT KM jadikan teladan. apapun, tahniah kpd mereka yg telah bekerja keras...!

MARUDU BLOGGERS said...

Hmm...manusia mesti belajar dan terus belajar dan harus menjadi lebih pandai. Untuk itu - manusia mesti buka hati dan minda menerima pelajaran, teguran dan kesilapan. Jika tidak...manusia tidak mungkin bertambah pandai...

*TEKONG SAM.

Carl S. Adun said...

Idea & cadangan yg konstruktif Doc...rasanya dulu telah pun diwujudkan committee yg dsebutkan olh umar-al-longobi; cuma ia (klu sia tida silap la) diletakkan sbg. sub-committee di bawah Jawatankuasa Tindakan Daerah.
Cuma apa yg sya perhatikan...terlalu banyak "red tape" & "politicking" serta "delivery system" yg lemah & x efficient dlm pengimplementasian tindakan mrk - segregasi fahaman politik menyebabkan agihan projek khususnya yg berkaitan dengan "banjir" turut dipolitikkan...mcm jga jalanraya...walaupun dlm satu bumbung..tapi selalunya rakan kompenen yg dominan dlu yg diberikan "priority"..."representative" kita sibuk mau bwa teknologi kincir angin, ICT hub la...aii mcm2 lagi la..mimang bagus...tapi bila tingu keadaan banjir di KM - dari duluuuu..lgi beini...mcm kana "overlooked" pula - bila "musibah" sudah melanda bru muncul cari publisiti...biasala politik kan...