SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, January 15, 2009

Banjir di Kota Marudu dan Keinsafan...

Oleh, Umar al-Longobi http://geomotivator.blogspot.com/
Saudara pembaca SAM yang dihormati, kaum atau bangsa pertama yang dibinasakan dengan banjir oleh Allah adalah kaum Nabi Nuh. Allah memusnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar yang menenggelamkan mereka. Kisah Nabi Nuh ini bukan sahaja diceritakan di dalam Al-Quran (Surah Al-A`raf: 64). Malah, juga ada di dalam Perjanjian Lama (Kejadian, 6: 5-8). Kalau kita lihat kedua-dua ayat ini, memang wujud persamaan. Bahawa, Allah turunkan banjir itu sebagai balasan kepada umat Nabi Nuh yang mendustakan Nabi Nuh dan kepada yang mengecewakan Tuhan yang menciptakan mereka. Ringkasnya, yang baik diselamatkan. Manakala yang buruk akan ditenggelamkan oleh banjir besar itu. Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah, di samping kita risau dengan keselamatan mangsa-mangsa banjir... di samping kita berusaha membantu mereka. Dan... di samping kita berdoa untuk mereka, jangan lupa untuk bertafakur. Merenung apakah kesilapan yang kita telah lakukan kepada Tuhan yang menciptakan kita. Kemudian, sama-samalah kita menginsafinya dan bertaubat kepadaNya. Balik ke pangkal jalan dan mulakan hidup baru walau apa dosa yang pernah kita lakukan. Banjir yang saya sifatkan masih kecil ini, sebenarnya sebagai ujian dan tanda kasih-sayang Tuhan kepada kita. Saya katakan begitu kerana, Dia masih memberikan peluang untuk kita memperbetulkan silap-salah kita kepadaNya dan kepada sesama manusia. Dia masih memberikan kesempatan untuk kita memperbaiki kelemahan teknikal seperti sistem perparitan yang tidak betul, saluran sungai yang sempit dan pembangunan yang melanggar hukum alam. Kita masih diberikan peluang berbanding dengan nasib saudara-saudara kita, mangsa Ribut Grik di Keningau beberapa tahun lalu. Takziah untuk keluarga mereka. Peristiwa ribut itu sesuatu yang amat menyayatkan hati kita. Itulah peluang terakhir kepada mereka... Jadi, gunalah peluang yang diberikan kepada kita ini sebaik-baiknya.
Di kejauhan, saya mendoakan agar banjir di Kota Marudu khususnya, cepat pulih. Mangsa-mangsa banjir selamat bersama harta-benda, binatang ternakan dan tanaman mereka. Betul kata Sanguru..."Bila memikirkan kesusahan kaum keluarga dan orang-orang kita ini... secawan kopi yang biasanya manis dan umphhh... tiba-tiba menjadi "pahit" dan "ughhh...". Jumpa lagi...

No comments: