SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, January 21, 2009

N. 5 Tandik Banjir Lumpur

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com ' Lensa Minda '
Rumah-rumah di sekitar turut mengalami kerosakan.
Tiang elektrik dan telelfon hampir tercabut
Ratusan ekar padi ditimbusi pasir.
Kg. Talantang, Tandik.
Keadaan ini berlaku tiap-tiap tahun.
Tindakan segera oleh pihak kerajaan menangani keadaan ini di tunggu-tunggu.
Calbot tersungkur.
Jalan terputus akibat banjir.
NOTA: Minta semua warga SAM memberi ulasan tentang gambar ini di muka depan agar pihak kerajaan mengambil tindakan segera.

8 comments:

SANGURU said...

Tahniah sdr kami Nazri aldusuni. Paparan yang amat bagus dan berguna buat memaparkan realiti. Komen saya simpe buat masa ini: KALAU BENCANA SEUMPAMA INI BERLAKU "DI SANA" dah lama dah masuk TV1, TV2, TV3 dll saluran. Dah lama dah diumumkan bantuan kilat...DI SINI? - SAM (dan blogger2 lain) mungkin sandaran rakyat...maka, tanggungjawab kita memaparkan setakat terdaya...
"KITA TELAH BERSUARA..."

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Saya kira, perlu ada sistem perparitan yang baik bah untuk mengurangkan kesan buruk banjir di kawasan KM ni.. Saya perhatikan kawasan sungai dan sistem perparitan sekarang ada yang terbiar, tersumbat dan tidak terurus..

Mintak peruntukan sama itu MP/YB/DO?urang kaya-kaya ka bikin kurik sungai kasi dalam dan kasi besar, kasi gobion/kasi simin(Untuk kurangkan hakisan). Juga bikin kasi tambah itu parit, tidak cukup untuk air mengalir pigi salurannya yang betul.

Kita perlukan sistem saliran yang betul bah.. Bah, Umar al-longobi pakar geografi tulung ka kasi ulas ini barang.. cadangan saya ni setakat yang saya tahu sija ni... Mana sudah jurutera/jabatan pengairan dan saliran KM ni.. Ada jalankan tugas sebaiknya??? Kalaupun ada mintak tulung kasi perkasa lagi ya..

ILLIE said...

Wakil rakyat kawasan harus berani bersuara kepada ketua menteri untuk meminta peruntukan tambahan atau meminta kelulusan segera tabung bencana kerajaan.Demi rakyat paksa..paksa..paksa sampai peruntukan ada dan dijalankan.

Kota Marudu punya wakil parlimen yang bukan alang-alang..bukan sekadar YB biasa tetapi seorang yang saya rasa terkenal.Anda seorang menteri penuh sudah tentu ada sedikit kelebihan untuk bertemu Perdana Menteri.Suarakan segera kehendak rakyat Kota Marudu.Tolong minta dan kalau boleh demi rakyat tercinta anda merayulah kepada PM agar diberi kelulusan segera peruntukan khas.

Sekiranya YB-YB dapat melaksanakan perkara ini,saya pasti kedudukan anda untuk pilihanraya akan datang masih selamat sekiranya "dicalon" semula kerana anda telah menyelamatkan rakyat.

Jangan fikir rakyat Kota Marudu berdiam diri sija.Setiap saat,minit,jam,hari,bulan dan tahun rakyat Kota Marudu melihat gerak geri dan tindakan YB2 sekalian.

azirulgcarl said...

Parlimen Kota Marudu berjawatan sbg Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi!!

napa dia kasi biar ni KM ni?

huhuhuhu

Little Mike said...

tidak faham kenapa banjir sebesar begini melanda Kota Marudu langsung seperti dianak tirikan.. Tiada susulan yang terbaik daripada orang politik..

kalau tempat lain, sudah ribut di media dengan bantuan2 yg bersesuaian....

Umar al-Longobi said...

Tahniah sdr. nazri aldusuni atas paparan yg bisa membuka mata sekitar melihat `akademi realiti`. jgn asyik tengok akademi fatasia saja (AF)!

Muss, aik perli nampak. hehe.. itu bukan bidang sylah bos, itu bidang jurutera JPS/JKR. apapun sy rasa org kg pun tau tu puncanya. Dr. Nelson pun ada masukkan dlm post dia dulu.

tapi bulilah coret-coret (pinjam si mike punya). Pada asasnya, 1. pembalakan tidak terkawal di kws perbukitan (projek kayu balak). hutan berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan dan menyerap air hujan serta mengalirkan perlahan-lahan ke dalam anak sungai. kalau hutan semakin pupus, tidak mustahil banjir lebih besar akan berlaku (palis-palis). 2. dasar sungai yg rendah. semakin dalam sungai, maka semakin kuranglah limpahan yg belaku. mana2 yg tidak `dalam` itu `kurik`lah kasi dalam. dan jgn lupa buat penstabilan tebing bagi sg2 yg besar. 3. sistem perparitan- mesti diperkemaskan.

di samping badan berwajib, Ketua
Kg + Pengerusi JKKK mesti proaktif menyuarakan masalah rakyat n struktur bumi di kg masing2. kalau pihak atasan tidak mau dengar, buat demonstrasi secara aman (pastikan dapat permit polis aaaah gaman). sy yakin, ketua2 kita ini hebat2 belaka. lebih byk makan garam, sampai ada yg kena high blood. fikir2kan. tq

Dr. Nellson Maisin said...

'Dari Kaca Mataku'

Sekali pandang tu gambar2 nampak cantik. Seperti satu pemandangan yang sejuk mata memandang.

Dua kali pandang, tertanya2 dalam hati, "di manakah gerangannya tempat2 yang 'cantik' ni?"

Tiga kali pandang, terasa sebak di dada, menahan kesedihan melihat kampung2 halaman kita pula ni yang dilanda banjir.

Pandangan2 selepas itu 'kabur2' sudah. Fikiran pun berserabut memikirkan betapa nasib rakyat yang menetap di KM menderita saban tahun kerana bencana yang seperti tidak dihiraukan oleh pihak2 berwajib ini.

Nota: "Sekali air bah, sekali pasir berubah." Entah bila pemimpin2 kita akan berubah!

Little Mike said...

saya juga teringin utk 'memuji' betapa cantiknya landskap yang terakam dalam gambar...

akhirnya saya terjaga, rupanya ada khabar sedih di sebalik wajah alam yang tersenyum indah...

sekali lagi saya ingin ulang perkataan yang sama.. ORANG YANG BERKENAAN, SILA PERHATIKAN DAN MENGERTI LA...