SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, January 13, 2009

BICARA BERSEJARAH

DARI MEJA KETUA PENGARANG Kami bersyukur kerana dengan izin dan rahmatNya cita-cita kami untuk mewujudkan blog bersekutu telah tercapai. Walaupun belum begitu sempurna namun umpama perjalanan jauh, ini adalah langkah pertama. Langkah bersejarah khususnya bloger dari Kota Marudu. Idea mewujudkan laman blog bersekutu seumpama ini sebenarnya sudah lama terfikir dalam benak saya, dan telah pun saya sediakan satu blog khas yang saya namakan “MARUDUKINI” tapi….saya peram dahulu sehinggalah beberapa rakan-rakan “mengilhamkan” penubuhan blog bersekutu. Hatta, bila mereka mengusulkan cadangan tersebut saya terus sahaja bersetuju dan merealisasikannya dengan bantuan mereka. Header bagi blog ini dicipta oleh Sdr. Jaymon Musit (http://illie-tingkalanon.blogspot.com/). Sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam blog saya (http://yomogun.blogspot.com) , kami masih dalam usaha mendapatkan logo yang terbaik. Justeru, para blogger terus dipelawa mengemukakan logo-logo untuk kita nilai bersama. Logo yang disepakati sebagai yang terbaik akan dijadikan logo rasmi “MARUDU BLOGGER’S”. Hasrat kami menubuhkan permuafakatan Marudu Bloggers ini sekadar untuk menyatukan suara dan fikir kami untuk mengetengahkan blog yang lebih menarik dan berkualiti terutamanya dari segi masejnya. Jika selama ini kami berkarya dalam blog masing-masing, kini dalam satu blog, sdr/i pembaca dapat menemui kami sekaligus! Bagaimanapun, blog persendirian kami tetap juga beroperasi sebagaimana biasa. Berbagai kolum akan kami wujudkan bagi memenuhi variasi citarasa pembaca. Sesungguhnya kami tidak mengharapkan hamburan pujian. Harapan kami semoga laman blog ini sentiasa dekat di hati para pembaca. -SANGURU 13/1/2009.

No comments: