SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 16, 2009

SECEBIS BICARA UNTUK WANITA..

KEKAL CERGAS DAN SIHAT Saya bukan PAKAR dalam aspek kecergasan dan kesihatan tetapi saya berkongsi bicara dari sudut orang yang sihat dan cergas setakat ini. Tidak dinafikan ramai wanita yang agak 'liat' untuk memulakan senaman. Tambahan pula senaman sesuatu yang amat meletihkan dan membuatkan badan mengeluarkan peluh. Sudah pasti ini mendatangkan kejengkelan kepada anda bukan? Tapi bagi mereka yang telah sinonim dengan senaman, ini bukan suatu yang membebankan pada mereka. Malah ada yang sakit kalau tidak bersenam..emm,like me lah.(kabarasan beno) Justeru itu..mulai hari ini, buka minda dan lihat aktiviti senaman dari sudut yang positif. anda tidak rugi untuk mencubanya kerana imbalannya terhadap diri anda terlalu besar. Kalau tidak percaya, tanya Dr SAM kita (Dr.Nelson). Untuk melakukan senaman, anda tidak perlu joging berbatu-batu, angkat beban berjam-jam mahu pun bermain bole keranjang setiap hari. Cukup dengan mengenali minat anda dan pilih senaman yang difikirkan sesuai dengan fizikal dan kelapangan anda..jangan malas sudahlah. Senaman membantu jantung bergerak lebih aktif selain membantu membakar lemak serta membentuk otot-otot anda.. Jadi, apa tunggu lagi. Jom mula bersenam!

Pilih yang mana satu?..semua pun boleh ba..

  • BERJALAN KAKI : Aktiviti ini sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak mahu bersenam.
  • BERLARI (JOGING) : Cara baik meningkatkan sistem kardiovaskular dan cara terbaik membakar lunok (lemak) dalam tubuh.
  • MENDAKI (CLIMBING) : Salah satu cara pembakaran lemak yang amat efektif selain berlari.(Naik tangga pun mendaki juga ba..saya ni hari2 turun naik flat tingkat 3)
  • BADMINTON & TENIS : Aktiviti ini lebih cepat! otot-otot pada bahagian paha,lengan,bahu dan punggung bergerak serentak. (Tapi carilah kawan yang sama kekuatan fizikal atau up sikit dari dari anda)
  • REGANGAN : Aktiviti senaman yang paling mudah kerana boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa(Sebelum tidur pun boleh)
  • BERENANG : Bagi wanita yang mahukan susuk tubuh yang menawan, rajin-rajinlah berenang.(Bagi mereka yang tidak pandai berenang macam saya kena belajar dululah)
  • ANGKAT BERAT : Cara terbaik untuk meningkatkan tenaga dalaman. (Bagi mereka yang sudah berkahwin tu nah..memang selalu 'angkat berat' laitu) hehe.

Sebelum bersenam, PASTIKAN anda;

  • Memakai pakaian dan kasut yang sesuai dan selesa.
  • Bersenam ketika cuaca yang baik
  • Ambil makanan berat dalam tempoh 2 jam sebelum bersenam
  • Banyakkan pengambilan air sebelum,semasa dan selepas bersenam
  • Melakukan senaman di tempat yang lapang seperti padang dan dewan yang besar. (Kalau ada pilihan lain selain ini pun JUST DO..)

Bila anda sudah serasi dengan DUNIA SENAMAN..tahulah anda bahawa inilah antara PETUA untuk memiliki susuk tubuh yang langsing...SYYY..JAGA BODYYY..ahh!

NOTA: KITA BICARA DARI AURA YANG SAMA

3 comments:

Sang Kancil said...

Senaman untuk penghuni rimba tiadakah? rasanya perlu juga memanaskan badan dimasa hujan ini. Rasa2nya kalau penghuni rimba amalkan ini, sesuaikah? Any way satu petanda bahawa SAM bekal menjadi penyalur pelbagai maklumat. keep it.

Tanak Gouton said...

aik?.Penghuni Rimba kan suka mengejar..menangkap..makan..dan kenyang..

hehehe...
Rasanya c 'pengENTRY' seorang yang aktif bersukan dan pastinya memiliki bentuk tubuh yang..MMMM

SAYA said...

Senaman penting untuk awet muda.
part angkat berat tu yang menarik perhatian saya...He3

Saya setuju benar dengan ulasan tu Tanak Gouton tu..kancing sama Sang Kancil kaitu.Sama2 dari hutan.
haha..kada tumogod kio.