SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, January 19, 2009

BILA SI BAJU HITAM MULA BICARA...

Oleh, Umar al-Longobi http://geomotivator.blogspot.com/
Sidang pembaca SAM yang dihargai, isu berkenaan dengan kemenangan PAS (PR) dalam PRK-KT menewaskan UMNO (BN) masih panas diperbincangkan di media-media cetak/elektronik. Walaubagaimanapun, saya kurang berminat mengikuti perkembangannya dengan lebih terperinci. Kerana, itu adalah Kuala Terengganu yang kemajuan pembangunannya bolehlah dibanggakan.
Tapi, bagaimana dengan keadaan kita di Kota Marudu ini? Ada yang baik, banyak juga yang dhaif kan? Hehe... Oleh sebab itu, saya lebih teruja memanjangkan perbincangan ini dengan menyentuh tentang masalah/isu di dalam 'rumahtangga' kita sendiri. Ya, Kota Marudu... tempat lahirku. Bagi melanjutkan perbincangan ini, sila ikuti dialog di bawah. Dialog ini dipetik daripada ruangan komen entri yang bertajuk "Masam Tapi Manis..." oleh Sanguru. Dalam dialog ini saudara akan menemui jawaban kepada persoalan, apa peranan SAM dalam membentuk minda anak Marudu dan bagaimanakah kita melahirkan anak Marudu sebagai pemilih yang bijak.
Umar al-Longobi bertanya:
"di satu sudut yg lain pula, kita lihat peralihan undi dari BN ke PR banyak dilakukan oleh pengundi2 yang tinggal di bandar spt Wilayah Persekutuan KL. di kg2 ini sy lihat kurang... adakah ini ada kaitan dgn kematangan berpolitik dan kecelikan mereka terhadap maklumat dan internet? atau media alternatif? sy fikir... SAM bakal menjadi penentu siapakah pemimpin KM (N & P) selepas ini. tapi kena fikirlah, bagaimana maklumat yg ada dlm SAM boleh sampai ke setiap pintu pddk di KM khususnya di N5 Tandek.. bukan utk kebaikan parti tapi, utk kebaikan rakyat. apamacam itu wahai yg berbaju hitam? hehe."
Sanguru menjawab:
"... Khusus untuk soalan sdr Umar, sya dah tanya sama baju hitam. Dia bilang: "ahli-ahli SAM bawa meting laa. Yang terbaik ialah didik rakyat cara berfikir waras, adil, bijak dan rasional. Lepas itu, biarkan mereka memilih. SEHARUSNYA MEREKA AKAN JADI PEMILIH YANG BIJAK..."
Saudara, demikianlah jawaban berhikmah si Baju Hitam. Bagi saya, saya bersetuju dengan jawaban beliau, kebetulan pula jawaban itulah yang bermain di benak saya selama ini. Saya teruja untuk menjadikan komen ini sbg entri kerana walaupun ianya ringkas, tapi jawaban si Baju Hitam... amat penting untuk kita sama-sama hayati demi pembangunan minda anak Marudu. Wallahu`alam...
Nota: Kartun di atas adalah sedikit ubahsuai drp karya asal Sanguru. Memandangkan entri ini adalah berkaitan, maka saya meminjam sebentar kartun beliau sebagai gambar hiasan bermesej. Tq Sanguru...

5 comments:

SANGURU said...

Hmm...nda lama lg sdr umar boleh sudah berkartun. bah, sama2 kita (dlm SAM @ luar SAM) mencelikkan rakyat. Mendidik lebih baik dari mengajar lebih baik dari MENGEMPEN (KEMPEN)...halus tapi tajam tapi tidak melukakan...

tompinai said...

Melihat kepada senario sekarang ini,SAM mempunyai peranan penting dalam usaha untuk mencelikkan minda penduduk di daerah ini. Satu tugasan yang telah diabaikan sekian lama. SAM harus mempunyai halatujunya sendiri. SAM mempunyai kekuatan dari pelbagai sudut dan dengan himpunan pemikir,pencetus idea dan juga yang mungkin akan menjadi peneraju dalam arus perubahan ini. Selama ini kita inginkan perubahan, jadi biarlah perubahan itu bermula dari yang paling asas iaitu minda, celikkan dulu minda warga kota marudu khususnya tandek. dari situ pasti akan terhasil perubahan yang akan menyatukan suara warga kota marudu. Pasti suara yang seirama dengan intonasi yang tepat akan menghasilkan satu lagu kejayaan.. Pemulanya tidak lain dan tidak bukan SAM.

Umar al-Longobi said...

Sanguru,

terima kasih. sikit2... itupun tambah teks sija, hehe. ya, sy amat setuju... dlm & luar SAM mesti bergerak bersama. kalau buli, yg luar tu palan-palan masuk dalam SAM. yg di luar tu kita tau ramai yg ada sisik tapuk. kalau kita bersatu, SAM lagi powerrr! sy harap entri ini tidak ekstrim ah tekong...hehe

Umar al-Longobi said...

sdr. tompinai,

terima kasih atas pandangan. syabas kerana menjadi commentator yg konsisten dlm SAM. komen sdr amat membina dan bersama2lah kita merealisasikan harapan sdr terhadap SAM itu. sokongan sdra amat dihargai. :-)

Little Mike said...

Mendidik itu penting. Berkat daripada mendidik, menghasilkan kecekapan dalam membuat keputusan..

Setuju dengan tompinai...