SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, January 18, 2009

Coret-Coret PRK

SALAM SAM! - sudah mengagak kemenangan akan berpihak kepada pembangkang tapi tidak menyangka jumlah undi mencapai kelebihan majoriti sedemikian rupa. Sebelum ini, saya memberikan nisbah 45:55 kemungkinan berpihak kepada calon Barisan Nasional menunjukkan betapa saya juga merasai kesukaran yang bakal dilalui oleh calon pilihan 'kerajaan' dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Bahang pembangkang dan 'revolusinya' dalam PRK Kuala Terengganu terasa sangat dekat di Kuala Lumpur.
Antara catatan ringkas LM di sebalik kemenangan pembangkang antaranya;
1. Kerajaan memukul canang di dada media bahawa calon BN bakal ditawarkan jawatan dalam kabinet jika menang dalam PRK. Sebagai rakyat yang 'tertindas' oleh kemalaratan dan kacau bilau kos hidup, apa priority utama yang ingin 'orang-orang kerajaan' beritahu kepada rakyat yang rimas dengan keadaan kehidupan semasa mereka?
2. Penglibatan media massa secara besar-besaran dalam cubaan mempengaruhi pengundi. Artikel yang 'bias', mengambil ruang kolum luas menonjolkan 'kebaikannya' jika mengundi calon pilihan kerajaan. Harus diingatkan, kawasan tersebut bukan kubu kuat BN. Majoriti lepas hanya 628. Sejarahnya juga mencatatkan kawasan tersebut ditawan silih berganti antara PAS dan UMNO. Media massa kurang disenangi kerana disifatkan oleh orang kampung sebagai 'asyik bercakap besar'.
3. Mesej jelas kepada barisan kepimpinan BN dalam kabinet bahawa ada beberapa keputusan kerajaan yang tidak disenangi rakyat. Tidak dapat dinafikan dalam PRK, isu nasional tidak dapat dipinggirkan malah mempunyai peranan lebih besar berbanding dengan isu-isu tempatan. Barisan kabinet yang dipandang lemah, isu kronism, isu proksi, termasuk beberapa keputusan kerajaan yang membebankan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Mereka menjadikan PRK sebagai medan melempiaskan rasa tidak puas hati, 'sakit hati' oleh derita yang ditanggung akibat kos hidup yang melambung tinggi. Pertimbangan politik mereka bukan lagi ditentukan oleh siapa calon PAS, siapa calon UMNO tapi lebih kepada satu pernyataan jelas - mahu menyampaikan PESAN EMOSI yang tidak senang dengan kredebiliti kerajaan mentadbir bangsa dan negara.
Harus diingatkan juga, mentaliti seumpama ini sudah bersarang juga di jiwa anak-anak sabahan. Bukan kerana mereka tidak menyokong siapa yang memimpin mereka tapi kerana CARA mereka melaksanakan tanggungjawab politik yang tidak komitmen membawa keluar rakyat daripada kepompong kemiskinan terutama sekali di ceruk desa mana sekalipun. Ada projek yang dirancang baik tetapi lebih memberikan 'kebaikan' kepada kocek orang-orang tertentu. Manafaatnya tidak sampai kepada golongan sasaran. Mengapa sukar sangat untuk membangunkan kawasan sendiri?
Ada segelintir individu yang mahu jadi pemimpin tapi akhirnya tenggelam arah bila mengangkat beban antara KUASA politik, KUASA wang dan KUASA memimpin. Ini belum kita sentuh tentang soal komitmen, soal budaya kerja, soal keupayaan minda dalam melahirkan idea, soal dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan soal pengorbanan.

7 comments:

Mrs.Lia said...

Terlalu sedih bila melihat masyarakat Tandek ( tpt kita) cetek pengetahuan politik.Bukankah bagus kalau majoriti masyarakat kita mempunyai kesedaran politik mcm ko.
bagi saya Politik itu "pengunaan pelbagai taktik"..taktik for memancing undi/proxy/lobi dsb samada secara bersih ataupun kotor.

Carl S. Adun said...

Kupasan & ulasan yang hebat mike.Justifikasi yg cukup jelas.

SANGURU said...

mcm ngam pula tuan handle ruanga "CORET-CORET...". Ok? Tuan coret-coretlah apa2 isu yang bagus. cubit-cubitan oo...oo..cubit-cubitan....

tompinai said...

kalah menang adat dalam pertandingan.. politik sekarang tidak sama dengan politik dulu. minda pengundi sudah jauh berubah, pengundi sekarang sudah tahu kekuatan 'vote'. permainan kata2 tidak mampu membodek tetapi kesungguhan dan keiklasan dalam memperjuangkan nasib anak bangsa adalah kunci utamanya..SAM, jalan tanggungjawab anda dalam membuka minda warga kota marudu..khususnya warga tandek..

Little Mike said...

Coret, usik, cuit, cubit,... kalau ikut konsep SAM ia menjadi.. coretan minda, mengusik 'lena', cuitan rasa , cubitan sayang...

Minda itu ekspresi rasa yang sayangkan masa depan anak-anak bangsa..

Umar al-Longobi said...

aiiikkk mike... laku kau punya kadai ini, hehe. sia nda jadi belilah, cari kedai lain yg belum laku. hehe.. sbelum tu, mcm bagus pula kalau si sdr. tompinai menulis sstu dlm SAM. apa mcm itu tompinai? :-)

Little Mike said...

alala.. beli ja ba umar.. bukankah barang laku terus-menerus memberikan rezeki kalau terus laku... hehe

Saya sukung tu Umar. Minta dia jadi sidang..