SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, January 20, 2009

Salam SAM!! Coret-Coret Sekilas Kenangan. Pekan Tandek Terbakar.. (http://www.morionexpress.blogspot.com)

Saya tidak ingat tahun bila Pekan Tandek terbakar. Setahu saya, waktu itu saya masih bersekolah di SK. Tandek. Mungkin kejadian kebakaran berlaku sekitar saya berada di tahun 2 atau tahun 4. Maknanya, antara tahun 1982-1984 (mungkin SANGURU boleh mengingati tarikh/tahun tepat berlakunya kejadian kebakaran itu). Sehingga sekarang saya masih ingat kedudukan kedai yang sudah 'terkenal' di kalangan warga desa. Antaranya kedai Tauke Kim Soon, Kedai Sup si Kumin, Kedai Tauke Ah ku (taukeh kelapa), Kedai Tauke To'ing termasuk deretan panjang 'stall' kayu milik kalangan peniaga kecil orang kampung daripada pelbagai tempat. Kedudukannya di tepi sungai, penuh dengan juadah yang memang sedap-sedap belaka termasuk jualan sayur-mayur dan hasil tangkapan laut dan air tawar. Di tepi jambatan yang menghubungkan Pekan Tandek dengan SK.Tandek dan klinik desa, terdapat dua tiga sampan lusuh sedang memuat naik beberapa tong hasil tangkapan ikan para nelayan. Yang saya paling ingat ialah bagaimana taukeh kedai menyimpan wang dengan cara yang agak klasik. Saya selalu memerhatikan bila mama beli garam (waktu itu harga garam masih lagi 10 sen satu bungkus) dan membuat bayaran di kaunter, taukeh kedai akan menarik bekas wang (biasanya tin milo bersaiz besar) yang tergantung di atas kepala, lalu memasukkan wang didalamnya. Jika ada baki, taukeh tersebut menarik satu lagi bekas wang yang dikhaskan untuk duit syiling dan mengembalikan bakinya. Ternganga mulut saya memerhatikan bekas yang penuh dengan wang kertas dan syiling tergantung, 'terapung-apung', sekejap ditarik turun dan pandai naik sendiri bila dilepaskan.
Di sudut lain, para ibu santai melunjur kaki sambil sibuk melayan kunjungan para pembeli, sempat berkongsi cerita suka-duka, gelak ketawa sambil melayan sigup dan menginggat (makan pinang). Kereta pick-up berderet menunggu penumpang yang selesai 'bertamu' hari Isnin. Pelbagai suku kaum berkumpul di Pekan Tandek dan sangat dikenali di seluruh daerah Kota Marudu. Saya suka pergi ke kedai Taukeh Toing kerana kedudukan kedainya yang strategik. Saya masih ingat tangga lebar kedai Toing menjadi tumpuan rehat saya sekejap sebelum berjalan kaki balik ke rumah. Suatu pagi, seperti biasa saya bertolak dari rumah pergi ke sekolah. Ketika menghampiri Pekan Tandek, dari balik rimbun saya ternampak asap tebal yang tidak begitu pekat lagi warna kelabunya. Terdapat 3-4 kepulan asap naik ke awan. Saya mula mendengar keriuhan orang ramai. Hingar-bingar. Saya sangat terkejut melihat Pekan Tandek 'rata' hilang dari pandangan. Hanya kesan kebakaran yang tinggal. Pemilik kedai kelihatan berkumpul sambil menangis. Orang kampung juga ikut menangis kerana begitu sayangkan Pekan Tandek yang sangat berjasa menyediakan ruang rezeki yang dikongsikan oleh pelbagai kaum yang sepakat dan harmonis. Semua kedai menjadi debu. Sangat ramai orang sibuk menggali, mengorek sesuatu di celah runtuhan. Rupanya mereka mencari duit syiling. Saya ikut 'mengorek' rezeki. Kedai tumpuan saya pastilah milik Taukeh Toing kerana saya tahu kedudukan kaunter dan tempat 'tergantungnya rezeki'. Hehe.. Adalah saya jumpa syiling berbekas hitam lebih kurang 3-4 ringgit dan terus ke sekolah. Waktu rehat wang itulah yang saya gunakan untuk membeli mee goreng 20sen satu bungkus (masa itu saiz bungkusan mee goreng kalau ikut harga sekarang rm1.00). Saya belanja kawan-kawan. Tuan punya kedai runcit sempat marah-marah 'sayang'. Katanya bersihkan dulu duit siling dengan pasir di sungai. Hehe Selepas itu, saya tidak ingat berapa lama Pekan Tandek menyepi. Saya hanya tau ada dua buah deretan 'stall' kayu yang tidak terbakar di seberang jalan yang menjalankan perniagaan makan dan minum. Tempat itu mengambil alih menjadi kawasan tamu tapi tidak semeriah lagi seperti sebelum itu. Selepas itu saya berpindah sekolah di SMK ABD Rahim, Kudat dan SM All Saints' Kota Kinabalu. Jarang balik kampung dan tidak lagi tau perkembangan seterusnya. Sekian lama Pekan Tandek suram, entah beberapa tahun kemudian (2-3 tahun), barulah berdirinya sebuah pekan bangunan batu yang seperti yang ada sekarang. Kenangan Pekan Tandek lama tetap melekat dalam ingatan, masih jelas wajah pekan 'koboi' dan keriuhannya dalam minda. Beberapa waktu kebelakangan ini, terdengar bisik-bisik nakal. Saya juga tidak lari daripada terfikirkan hal ini. Kalau Pekan Tandek tidak terbakar, akan adakah wajah Pekan Tandek seperti sekarang ini? Itu pun seperti kurang meriah rasanya. Alangkah baiknya kalau Pekan Tandek lama itu tetap ada dan ditambah lagi dengan landskap pembangunan sebagai menampung keperluan perniagaan mengikut peredaran masa. Bukankah itu sangat klasik? Boleh pilih ikut rasa. Pekan 'koboi' atau bangunan batu.. Kedua-duanya gabungan dua zaman yang menjadi sejarah pelbagai generasi. Pekan Tandek sekarang tidak semeriah dulu. Perlu dilakukan sesuatu untuk mengembalikan 'zaman kegemilangannya'.

21 comments:

SANGURU said...

peristiwa penting itu berlaku tahun 1982. Saya darjah 6. ada juga ikut2 "cari-cari" duit syiling. Orang pangil "sin tunu" (syiling terbakar).
Kedai lama pekan Tandek memang nostalgik. Antara yang tertua di Kota Marudu dan terkenal. Kelahirannya hampir tahun yang sama dengan GPS Tandek dan klinik tandek. 3 saudara yang saling berkait dan sokong menyokong. Nenek moyang dan ibu-bapa kita tak mungkin dapat melupakannya. Saya juga pernah ikut berjual-jual di pekan ini. Pekan yang menautkan ikatan silaturahim sesama keluarga dan antara bangsa.
Ingat ini : "TALOB DOT TARI SATU"....Alalala...ramaiii bah dulu2!

JMimie Mabin said...

thn 1982..patutlah sy nda ingat ada peristiwa ini...baby lagi ba time tu..LM, knpa inda kana sebut 'kedai si Robot'? sama ja ka tu dgn salah 1 kedai yg ko sebut dlm artikel?...duit syiling dbersihkn dgn pasir sungai...hehe..sy pernah cuba ni dulu2...turus 'opupulang' la itu siin pisa owo..hee..betul2 nostalgik!

Umar al-Longobi said...

Diharapkan YB, PKR and the gang ambil tindakan segera. Kembalikan kegemilangan Pekan Tandek! saya yakin dan percaya, ia mampu menjadi pemacu ekonomi org2 kg yg susah dan miskin. Terima kasih...

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

LM kalau peristiwa tu berlaku tahun 1982 bermaksud saya tidak lahir lagi time tragedi tu.. Dan seingat saya, semasa saya kecil lebih kurang umur 4/5 tahun saya masih ingat pernah ikut tamu dari perahu semasa tinggal dengan keluarga di Kuala Bungun dulu.. Pernah dengar ka ini nama itu tempat? Di laut bah itu.. Dari situ kami membawa hasil laut seperti ikan kering, ikan basah serta hasil2 laut yang lain.. Dan saya kira masa tu masih meriah lagi bah.. Saya ingat lagi si Obou. Mesti kamurang ingatkan.. Mendiang seorang yang cukup kreatif. Dulu, kalau setiap kali pigi tamu tandek mesti ternampak dia. Suka saya memerhati gelagatnya betitik sambil tarik-tarik kereta mainan buatannya.. Kreatif bah itu..

Little Mike said...

Ya..

memang masih ingat lagi si obou. Bagus juga dia. Pandai tolong orang angkat barang2 jualan.

Pandai lagi tu menitik. Cantik bunyi dia.

memang Pekan Tandek dulu meriah. Sangat meriah. Seolah-olah hari itu adalah hari untuk menikmati keriangan... Satu hari yg sangat harmonis...

Saya terlupa pula kedai c robot.. Hehe... Mangkali sanguru lagi ingat sepa2 yg ada kedai tu. Ada juga org tempatan yang memiliki kedai di sana.

Setuju dikembalikan semula kegemilangan Pekan Tandek...

SANGURU said...

ada satu lagi sejarah. barisan hujung paling kanan sekali tu adalah kedai hak milik bumiputera/Dusun. Datuk sya/ pangkat datuk sdr/i jg, iaitu arwah Unggut B. Lindungan bersama anaknya cikgu/MP Hj. Baudi Unggut. Tapi akhirnya tutup sebeb pindah bidang ekonomi.

pemilik2 kedai di sana tu; si ah siong, si angi, si robot, si abui. Kedai sup yang TOP si kimin. alalala....semua nama tu orang kita yang kasi.

C Robot tu gang karas sy skg. Nanti sy crita asal usul nama si robot dn apa rancngan bisnes si robot di KM.

Little Mike said...

adehh.. banyak inda saya tersebut tu nama tokeh2 kadai.. Minta maaf ya para tauke

Baru sya ingat si abui.. hehe dan sya ingat juga ada kedai org tempatan.. Rupanya milik arwah unggut. Si kimin pula tu panggilan betul dia.. hehe

Budak2 lagi sya masa tu. umur baru 7 tahun... Jadi ingatan saya berdasarkan ingatan budak2 lagi.. hehe

azirulgcarl said...

sy ingat lagi masa kecil2. kalau bapa sy (jikal) balik dari Tamu di Tandek dia selalu cakap teda kui..tebakar tu kadai..wakaka..

NONG said...

saya sendiri sangat teruja dengan Pekan Tandek 'dulu2'. Kadang2 dalam setahun adalah kali 5 kali dapat turun pekan ikut mama..itu pun time sakit tu kana bawa sana hospital yang mau seberang sungai dulu..panjang juga itu jambatan. gigisom e gumirot sama mama tu takut jatuh bo..

Ya..memang top betul itu gerai sup arwah si Kimin dan arwah Sorinah (Suami isteri) yang baik..semoga roh mereka dicucuri rahmat..Amin

Dan kenangan TERINDAH saya di Padang Pekan Tandek masa tu yang bila kejohanan MSS Zon 2.. ada sekali pertandigan bola sepak perempuan, saya lah penjaring dan kami menang..

Memang indah..jika dibandingkan dengan Pekan Tandek Konkrit sekarang dengan Pekan Tandek Kayu dulu, kemeriahan Pekan Tandek Kayu lagi hebat kesannya dalam sanubari masyarakat kita..kita yang pada ketika itu masih kecil masih terasa kemeriahannya sehingga kini..
Kesian ba Pekan Tandek kita sekarang ni.."HIDUP SEGAN,MATI TAK MAHU" bilang Sanguru...
Dengan lahirnya SAM ni dapat memandu masyarakat kita memandang 'realiti'..

ILLIE said...

terima kasih LM kerana membawa ingatan sia kepada pekan tandek yang lama...waktu kedai2 itu terbakar..sia indada ikut 'mengurik' siling...kana marah sama bapa...tapi merasa juga lah..kawan2 balanja..tapi kenangan yang paling manis sia masih ingat ialah time pergaduhan kumpulan TANDEK vs samseng polipin..kejadian itu ngam2 berlaku pada hari isnin..kisah dia..ada polipin pigi kacau sumandak Tingkalanon..

Jadi berlakulah pergaduhan hebat..bukan alang2..yang sia butul2 tingu dapan mata ialah si Saibon sama Olot (Jusup Kambang)..1 vs 4..di tangga kadai diurang balawan..si olot pigi tandang tu dada polipin..batarbangan tu duit kuluar dari poket baju..nah apa lagi..barabut urang pigi ambil..sia sampat pungut note 50..hehehe..sia dangar2 ada polipin yang kana antar rumah sakit sabap patah tulang rusuk..

Ada kedai yang jadi pusat katam2..lupa suda sia kadai siapa tu..yang tampat jual kelapa..sana hari2 sia tingu si Kodou jadi tokey dadu..1 hari sia ada pigi tingu diurang main..tapi sia inda pasang lah..hehehe..si kodou banyak manang suda..jadi si inson pigi tiup2 tu buah katam2 turus dia ampai..jadi time mamasang..si inson suruh sumua pasang tampayan..sakali di buka..ampai2 bah tampayan.2/3 kali si kodou membayar abis..tampayan sija urang pasang..hahahaha..last2 si kodou bingkrap abis..urang pun inda mau pasang suda..sakali chek..1 buah katam2 malakat pakai gula2 getah..

Pendek kata..pekan lama Tandek adalah tempat penduduk2 sekitar Tandek berurusan..apa juga masalah akan diselasaikan apabila bertemu di tamu Tandek pada hari isnin.Contohnya bapa sia..dia adalah seorang penangkap/penanda kerbau yang bagi sia adalah cekap..jadi ramai urang yang minta tulung tangkap kerbau/minta tanda telinga kerbau..bayaran nanti akan di buat pada hari tamu..asal hari isnin belanja sia agak lumayan sabap bos dapat duit lebih hehehe..bulih makan sup kimin 2 x (sebelum/selepas sekolah)

Komen akan datang..sia akan cerita..pasal urang bertempiaran lari sebap kana serbu pulis time basabung ayam di pekan Tandek..hahahaha

Nazri Aldusuni said...

ada lagi inda kamu urang ingat kadai si olian kakak .... tukang beli kalapa urang kampung. si tukan n si bilis pusing kampung2....

SANGURU said...

...btl2 ini pekan bnyk nostalgia...tiap hari tamu, banyak botol sana-sini, saya ikut kawa-kawan cari botol dan jual. 1 botol 10 sen. lima botol sudah boleh makan sup arwah si kimin. Dekat kedai sup itu tempat orang kampung "BICARA" . kdg2 kami duduk2 curi-curi dengan kes bicara. Kadang-kadang kami nda faham bila sampai kes laki bini. bikin katawa mendengar oooo....

SANGURU said...

Oya, hampir lupa janji. Nama si robot (Taukeh More Chance) itu si Abui yang kasi. dmikian cerita si robot sama saya. Dia bilang masa itu dia remaja2 lagi ikut mamanya jual2 di tamu Tandek. Di kedai si abui itulah dia melepak selalu. Bila orang tanya siapa. Si abui pun jawab: "si robot". Nah! kekal sampai skg itu nama. Top satu marudu sampai kudat, paitan, KB dll. Kekawan yg pernah bertugas di KM pun bila balik semennjung masih teringat-ingat More Chance - kedai harga murah!
Planing si robot mau buat perumahan mewah. Saya yg kasi keyakinan sama dia agar buat model banglo bertingkat pada harga yang mampu dimiliki oleh kakitangan kerajaan. Kpd bakal-bakal kakitangan kerajaan, eloklah tunggu itu perumahan. Kontek saya nanti kalau nampak itu projek dah mulai sebab saya ....hehehe...

Little Mike said...

padang tandek juga bikin aramai tu Pekan Tandek... Selalu dibuat kejohanan sekolah2 di sana termasuk pertandingan bola sepak yang dibarisi pasukan hebat2..

antaranya yg saya ingat ialah pasukan sabanuri, pasukan dari Taritipan dan tingkalanon.. morion pun ada juga...

tiap2 petang ada org main bola. sampai ada penonton ramai yg sanggup turun memberikan sokongan... raaaaamai lagi tu.. banyak kereta, banyak juga jualan.. siuk ba mo diingat2... antara pasukan bola yang saya rasa'sakti' betul ialah pasukan sabanuri.. hehe

ada juga kejadian org gaduh yg saya pernah nampak di pekan tu. Terutama sekali si JIDIN.. dia kasi pacah tu butul bikin belawan sama ada satu org lagi... mcm mo pingsan saya tingu tu pergaduhan..

masa tu sya rasa c JIDIN la yg paling kuat.. keke.. hebat juga cerita tu illie pasal gaduh2 yg ko kasi cerita tu... kasi sambung ka tu cerita.. mcm siuk pula...

Sanguru.. kestau sya kalau mula da tu projek perumahan... sya mo intai satu rumah sana.. hehe

ILLIE said...

mike..sabar ko...sini inda bulih cerita pasal2 urang bagaduh..tungu sia kasi cerita dalam blog sia lah..hehehehe

RumbiaMasolog said...

hehehe...betul2 sorita pasal pekan tandek ni mengungkit kenangan yg membuatkan sya senyum2 saturang... thanks LM sb post kan artikel mcm ni. Sesungguhnya mmg pekan Tandek sgt nostalgic. Sebelum sya sekolah di smk tandek pada tahun 1984-1985 (form 1,2), masa tu smk tandek menumpang sk tandek lg, amat jarang sya dpt ikut mama or bapa pi sana. So klu dpt ikut tu memang sangat2 mengembirakan sebab banyak benda baru dapat dilihat. So sya suka ceritakan satu pengalaman sya ber'tamu' di tandek semasa sya kecil2 lg...

Sya ingat lg klu smpi di pekan masa tu mesti 'sumantak' di kedai arwah Kimin dulu dan bersarapan mee goreng 50sen dgn sup kosong. Lepas tu baru p 'shopping' dan antara tpt yg paling sya suka ialah di gerai jual ikan sebab dpt tingu berbagai jenis dan saiz ikan. Kadang2 tu terlalu khayal meningu ikan sampai sya tidak sedar yg sya telah ditingalkan mama. Apa lg meraung la menangis sb takut kana tinggal dan takut diculik polipin...(antara sorita org tua yg paling bikini takut). Kemudian mama datang dgn muka marah dn 'adoii' hampir putus telinga kana tarik. Walaupun sakit tp gombira juga sb jumpa mama dan tidak jadi kana culik polipin.. hehe..

Selepas membeli barang2 basah baru pi ikut mama bili barang2 keperulan di kedai si robot. Benda yg paling sya suka di sana apa lagi kalau bukan barang2 mainan terutama tu pistul koboi. Masa tu sya cuma mampu meningu dan kemudian berhayal betapa bahagia n bergayanya sya klu dpt tu pistul. Lama menghayal bila tersadar mula takut trus masuk kadai cari mama tidak jumpa juga, air mata mula mengalir lg, nafas teresak2 menahan agar tidak menangis namun tidak tertahan juga lalu baru mau teriak mau panggil mama tiba2 terdengar suara mama memangil nama sya sambil menyerahkan sebungkus ais krim (ais krim 20sen perisa coklat), mama cakap gaji angkat barang. Masa tu sya rasa syalah yg paling bahagian di dunia.

Selesai 'shopping' dan sebelum balik harus 'sumantak' lg di kadai arwah Kimin, kedai makan yg paling sedap n terkenal pada masa itu. Kali ni makan sup 50sen tp sgt memuaskan selera.

Hari tu sya balik dgn hati yg sgt gembira dan berbunga2 sb di tangan sya sedang memegang erat sepasang kasut 'tungku' budak2 berwarna biru, kasut pertama dalam hidup sya.

SANGURU said...

alalala...kedai sup si kimin memang bikin "gila". sanggup kami budak2 merayau sana-sini cari botol, dijual dapat duit. bikin katagih itu sup. popular sampai daerah lain. apa lg klu musim2 gompus, baru sumantak di sana, aluuuunnaaaaa....nda pyh cerita la, tuan2 sendiy suda rasa dia punya "umphhhh..."

Jawapan utk LM,
Ok, itu taman perumahan bersebelahan ja dgn taman saya. beseberang jalan saja. ada parit/anak sungai, klu musim gompus, kita turun momukot koruk. hehehe

ILLIE said...

hahahah..bila terbaca sanguru bilang jual botol..sia pun parnah jual botol tampat si abui kaitu..sama juga kegunaan..apa lagi kalu bukan sup kimin..adedei..kadang2 sampai katampak mari kih takod dot kasah..gara2 mogiim..hehehe

JMimie Mabin said...

hahaha..makin siuk pula baca ni ruangan komen ni tau...seorg demi seorg teruja utk terus mnambahkan cerita dan nostalgia kenangan indah yg mnmbahkan lagi rasa rindu pd suasana meriah pekan tandek dulu2...betul2 mcm down the memory lane oh ni...dalam byk2 yg kawan2 sebut sy pun paling ingat sup si kimin dan suda pasti kadai si robot...bahh..sy pun mcm nda tahan jga mo tambah cerita d sini ohh..hehe...itu sup si kimin bah..babanar ko asadap...setiap kali kalau sy demam dulu2, mama akan bawa sy saana klinik tandek..antara tukang jarum/ambil darah yg sy nda lupa, si awasang... time demam2 mimang gerenti tiada selera makan langsung. satu-satunya yg nda hilang selera sy ialah makan sup si kimin. mimang ajaib sedapnya..bygkan sja semua makanan enak lain sy teda selera mau makan tapi kalau sup si kimin bilang...adeh...turus kobi'is biarpun demam..hehe..yg bestnya klu time mcm tu, mama pun tidak akan berkira sgt pasal duit..makan smpai 1.50 sen (byk tu) pun nda kisah...sumakit gima..hehe..ada ka gerai sup skrg yg buli tanding sup si kimin tu aah? kalau ada...mau sy makan hari2..

Little Mike said...

sya masih ingat lagi.. kedai sup si kimin la tempat 'lepak' kumpulan pendekar dan harimau berantai Tandek. suka sya melepak tingu dorang satu2.. hehe

Nazri Aldusuni said...

tahun 60an n 70an kalau pi tandek ada 2 sja cara jalan kaki atau kalau yg kaya naik karabau... sup c kimin bikin katagiii urang bilang d campurrrr heheheh. ada lagi acara main dadu, katam-katam kekek.