SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, January 14, 2009

DARI KACA MATAKU

Oleh: Nellson (M.D),
Selamat datang kepada semua pengunjung blog 'Suara Anak Marudu' ini. Kami komuniti bloggers Kota Marudu (KM) mengalu2kan kedatangan semua bloggers khususnya yang berasal dari daerah Kota Marudu, walau di mana pun anda berada ketika ini (macam orang kuat persatuan maya kita ni, si Tompipiris, yang saaana di Kyoto Jipun. Hee...) Di kesempatan ini saya ingin membuat satu catatan permulaan mengenai pandangan saya secara kasar dan menyeluruh tentang daerah kita yang tercinta ini. Pandangan ini bukan berdasarkan kepada kajian yang terperinci, tetapi sekadar 'dari kaca mataku'. Kita sama2 fikirkan. KM merupakan daerah yang diberkati Tuhan. Walaupun daerah ini telah dicopkan sebagai antara daerah yang termiskin di Malaysia, tetapi sebenarnya 'dari kaca mataku' daerah ini adalah 'bumi' yang bertuah. Cuba kita renungkan dengan sejenak; 1. KM terletak di kawasan teluk yang saya kira terbesar di Malaysia. Adakah lagi teluk lain yang lebih besar dari Teluk Marudu di Malaysia? 2. KM juga ada tanah rata dan tanah berbukit-bukau yang luas dengan jaringan sungai2 yang 'hidup'. 3. Kompisisi penduduk di KM lebih berbilang kaum berbanding kawasan lain; Kimaragang, Rungus, Tobilung, Talantang, Dusun (yang macam di KB), Bajau, Suluk, Cina, dsbg. Tempat lain yang saya pernah jumpa ramai suku kaum ialah di daerah2 Pantai Timur seperti di Tawau, tapi kebanyakannya orang asing dan bukan anak jati Sabah. Kita di KM ni 'pure Sabahan'. 4. Anak2 KM sebenarnya pintar2. Ramai anak jati KM yang sudah menempa nama yang gah di universiti, jabatan2 kerajaan, agensi2 swasta dan pengusaha syarikat/perusahaan sendiri. Dan ramai lagi yang sedang menyusul. 5. KM merupakan antara pengeluar padi yang terbesar di Sabah di samping tanaman2 lain seperti jagung dsbg. Saya lihat2 bila balik KM, banyak jenis tanaman sudah yang sedang diusahakan oleh orang2 kita. 6. Kalau mahu cari tempat yang menarik untuk berkelah, KM sebenarnya ada banyak tempat yang menarik, cuma perlu perhatian untuk dinaiktarafkan dan diperkenalkan kepada umum. Cuba kau kasi senarai nama2 tempat2 yang menarik di KM ni sanguru. 7. Walau pun berbilang kaum dan keturunan, kita hidup aman dan damai KM. KM merupakan antara daerah yang mencatatkan kes2 jenayah yang kurang berbanding tempat lain. Cuma saya sedih dan malu dengan kes beberapa waktu yang lepas apabila tiba2 KM terkenal dengan berlakunya kes pelajar UMS yang menyayat hati tu. Tak perlulah diceritakan di sini. Tapi kita sama2 ambil ikhtibar daripada perkara tersebut dan marilah bersatu untuk menidakkan daripada perkara itu berulang kembali. Saya rasa cukuplah dulu untuk kali ini. Kalau kawan2 ada yang mau tambah lagi. Bah, silakan. Nanti saya sambung cerita lagi 'dari kaca mataku'. Love Kota Marudu. :) Best regards, http://kimaragangwagu.blogspot.com/

2 comments:

azirulgcarl said...

pesta jagung pun cuma di KM paling terkenal.. :D

MARUDU BLOGGERS said...

Tuan Dr, "kerendahan hatilah yang paling sukar untuk didaki". Tuan antara insan tersebut.
"Rendah atau tinggi" - adalah hak dan pilihan tiap insan. "Mau tinggi?" - SILAKAN. tapi sangat ramai yang boleh mendakinya kemudian kesemuanya mungkin akan turunnn...
(Telah kudaki...dan aku telah turun).
TERUSKAN MEMBANTU KAMI DI KAMPUNG-KAMPUNG...