SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 30, 2009

EPISOD II... KUTIPLAH PERMATA BANGSA WAIMAH IA DATANG DARI SERAMBI MEKAH (KELANTAN).

Oleh, Umar al-Longobi http://geomotivator.blogspot.com/
2. Makanan. Kebanyakan kita tahu bahawa cara pemakanan, akan mempengaruhi pertumbuhan tubuh badan termasuklah otak manusia. Apa yang saya lihat, di Serambi Mekah (Kelantan) ini jenis makanan seperti ikan atau apa-apa makanan yang telah diproses berasaskan ikan merupakan makanan utama mereka. Makanan yang saya maksudkan adalah seperti ikan, keropok lekor dan budu. Saya pernah bertanya kepada bekas Pengarah (C 54) saya tentang petua mendidik anaknya yang semuanya cemerlang (semua subjek dapat A dan yang di universiti dapat 1st class). Dia kata, "... bagi anak kamu makan ikan secukupnya. Kerana, protien yang ada pada ikan adalah khas untuk pembinaan otak...". Nasihat atau petua yang diberikan oleh bekas Pengarah saya ini pastinya bukan satu rekayasa. Pertama pengalamannya sendiri. Kedua, mungkin penyelidikan melalui pembacaan/perbincangan yang telah dijalankannya. Bukan setakat itu sahaja, kalau kita buat kajian sendiri pun... kita pasti akan menjumpai bahawa ikan merupakan penyumbang utama protein untuk badan manusia.
Menurut Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan KL, "...ikan membekalkan 60 hingga 70 peratus protein haiwan kepada manusia. Protein penting untuk pertumbuhan dan perkembangan semua anggota badan dan berfungsi membina tisu, kulit, rambut, kuku dan organ dalaman termasuk otak serta jantung. Pada 1995, kadar pengambilan ikan di Malaysia ialah sebanyak 39.1 peratus dan dijangka meningkat 56 peratus menjelang 2010. Protein digunakan sebagai sumber haba dan tenaga sekiranya bekalan lemak serta karbohidrat dalam badan tidak mencukupi...".
Justeru, ikan merupakan rahsia kedua anak-anak bangsa di sini cemerlang. Boleh saya sifatkan sebagai `terlalu` kuat makan ikan dan yang sewaktu dengannya. Persoalan saya sekarang ialah, bagaimana dengan anak-anak Marudu? Saya pun tidak pernah membuat kajian tentang ini. Berapa agaknya kadar pengambilan protein ikan di kalangan anak Marudu? Tapi, secara kasar saya berani katakan masih kurang. Kerana, ikan mahal. Kebanyakan kita di Kota Marudu ini `sedang-sedang` sahaja. Kalau keluarga yang kaya okeylah... boleh makan ikan setiap hari. Kalau yang miskin macam saya ini? Selalu juga makan ikan... tapi ikan masin, hehehe. Bukan yang segar. Si Lt M Muss tidak hairanlah, selalu makan ikan. Rumahnya tepi laut mungkin. Dulu... semasa masih kecil, ikan seperti turongou dan koruk sahaja sandaran kami untuk mendapatkan protein ikan. Sekarang, cuba tanya si Sanguru dan sdr. Nazri al-Dusuni... susah sudah mau dapat koruk. Hehehe... Rasanya, kena buat sesuatulah agar rakyat di Kota Marudu mendapat ikan yang secukupnya. Apa macam itu YB......?
3. Rakyat diajar berdikari..... Nantikan episod III! pastinya lebih masam tapi ada manisnya... hehe
Bersambung....

5 comments:

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Salam Bro Umar,

Satu entry yang cukup menarik dan berinformasi. Terima kasih kerana mengongsikan petua tersebut. Untuk makluman Bro Umar, saya memang suka makan ikan, terutamanya ikan goreng..Hehehe..

Saya juga percaya asbab makan ikan kita boleh bijak. Kerana ikan klu yang halal dimakan ia tetap halal, dan memakan benda-benda yang halal akan menyihatkan badan dan mencerdaskan fikiran, inda' begitu bro umar. Saya ni, walaupun selalu pigi laut, tapi nda' selalu juga makan ikan, kadang2 tu habis semua ikan kena jual. Konon mo cari duit lebih baaa..Hehe.. Dulu la time sekolah SMK lagi.

Adeh bro, jadi segan silu saya terus oo dicakap mcm tu.. Hehe.. Sederhana saja klu saya ni, lain la mcm sanguru, bro Umar dan lain2 tu terutama yang sudah bekerja tetap tu. Lumayan ba itu kamurang.. Sekurang2nya ada juga bikin beli ikan hari2 bah.. Hehehe..

Umar al-Longobi said...

tq muss... insyaAllah tidak lama lagi sdr pun akan bekerja, berkahwin dan beranak-pinak, hehe. bagi saya, sebaik2 cara utk cari makan adalah perniagaan. sebaik2 pekerjaan adalah mengajak org lain kepada kebaikan (dakwah). Makan gaji mcm sy dll ini bagus juga, tapi kena lalui 3 fasa. fasa 1 (10 tahun pertama) menderita (byk hutang kot?). fasa 2 (10 tahun kedua) selesa. dan, fasa 3 (10 tahun terakhir) barulah rasa mewah. selamat maju jaya!

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Bro jangan lupa sambungan. Hehe.. Teruskan bersama SAM..

Little Mike said...

Kandungan protien dalam daging ikan sangat bermanafaat utk otak..

biasanya dulu2 orang masak ikan main rebus saja. Rasa yg original.. otak diaktifkan bersama sokongan protien yg cukup tanpa elemen bahan kimia. skarang nie bermacam resepi yang banyak menggunakan bahan-bahan yang memberikan implikasi kepada otak dan kesihatan badan... goreng pedas, goreng kari, goreng yg sangat 'cukup rasa'...

Sebaik-baiknya makan ikan segar dengan resepi original. maksudnya, sup sahaja tanpa bahan berminyak, kurang garam dan penggunaan ajinomoto.. rasa ikan sudah cukup memberikan aroma jika tahu menyukat air mengikut kuantiti daging ikan (ikan juga ada perasa ajinomotonya sendiri)... yang ini saya rasa dapat memberikan kesan baik kepada otak...

Umar al-Longobi said...

tq LM... anda betul. cara memasak yg terbaik adalah dgn mcthi cara nenek moyang kita. rebus, sup dan bakar. tapi jgn talampau masak, nanti kandungan zatnya hilang. hehe.. majulah ikan utk kota marudu! :-)