SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, January 25, 2009


http://nazri-suaramualaf.blogspot.com
Coretan Dari Nabalu

Seawal pagi hari ini Tikung SAM menghubungi saya melalui SMS. Beliau mengajak saya untuk sama-sama ke majlis pembukaan klinik salah seorang pengarang SAM Dr. Nellson Maisin di Kota Belud. Sebelum itu, saya sempat melayari laman SAM dan membaca berita mutakhir SAM. Sempat juga saya bersembang dengan Lt. Musli dan Tompipiris yang berada di Negara Matahari Terbit. Silalah layari blog bersekutu ‘ Suara Anak Marudu ‘

Ketika asyik melayari SAM hp saya berdering kuat lalu saya bergegas mencapainya. belum pun sempat saya menjawab panggilan, ia tiba-tiba terputus. saya semak panggilan terabai tapi, tiba-tiba hp saya berbunyi lagi. Terpampang nama Rosnani Untol di skrin hp . Biasanya saya panggil dia ‘akak Nani’. Sejurus menekan punat hijau, tanpa beri ruang untuk saya menarik nafas dia terus perintah “ kita ke Keningau, sahabat-sahabat kita ditenggelami banjir, cepat bersiap. ..”

Perjalanan tanpa dirancang hari ini, memberi ruang untuk saya meng’klik’ beberapa panorama sepanjang jalan ke Keningau. Kawan-kawan yang berada nun jauh di seberang sana, kalau ada ruang dan kesempatan, bolehlah tinguk-tinguk gambar ni bikin pengubat rindu. Kira-kira jam 1.40 petang, kami sampai di kampung Ansip kira-kira 8 kilometer dari Pekan Keningau. Tiga buah kampung yang terjejas banjir sejak semalam antaranya ialah kampung Ansip, kampung Mempulut dan kampung Membuluh. Kira-kira 700 lebih orang penduduk sehingga waktu ketibaan kami di situ, masih belum dapat keluar ke pekan Keningau.

Berikutan kegagalan saya menghubungi YB. Datuk Sairin Karno, Wakil Rakyat Liwan, saya cuba menghubungi YB. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Kewangan Negeri Sabah dan mengkhabarkan tentang bencana banjir kepada beliau. Alhamdulillah, keprihatinan YB. Datuk Tawfiq membolehkan pihak-pihak berwajib di Daerah Keningau termasuk YB. Datuk Sairin Karno dapat dihubungi. Beliau maklumkan kepada saya berkaitan perkara ini kira-kira 10 minit selepas saya hubungi beliau.

Apa yang saya kesali adalah sikap pihak berwajib yang lambat menghantar bantuan kepada penduduk kampung menyebabkan timbul banyak rungutan di kalangan penduduk. Makanan dan minuman misalnya, lambat dihantar ke tempat-tempat yang sepatutnya. Begitu juga ahli parti-parti politik dalam komponen Barisan Nasional yang tidak kelihatan di tempat kejadian semasa tenaga dan sokongan mereka diperlukan para mangsa banjir. Kalaupun tidak berdaya memberi bantuan material, sekurang-kurangnya mereka dapat memberi kata-kata semangat untuk para mangsa. Samalah juga ketika mereka berkempen meraih undi dahulu, kata-kata semangat Barisan Nasional tidak pernah sunyi dari bibir mereka. Tapi, lihatlah semasa rakyat perlukan semula semangat itu, ke mana perginya mereka?Jangan hairanlah kalau rakyat bakal meluat pada tingkah mereka lalu nanti memberi undi kepada pembangkang. Ingatlah, rakyat itu penentu sebuah kerajaan Kami juga datang tanpa membawa apa-apa.... Tapi masyarakat kampung cukup mesra dan kemesraan mereka terpancar dari wajah kerana penderitaan yang dialami mereka, sekurang-kurangnya dapat dikongsi bersama.

Pasukan penyelamat BOMBA dan POLIS bersedia membantu mangsa.
Bot perseorangan satu-satunya digunakan sebagai pengangkutan.
Penduduk terpaksa mengharungi banjir untuk mengangkat barang-barang makanan.
Antara rumah penduduk dimasuki air dalam rumah.
Menurut penduduk kampung yang kami temui lewat petang tadi seramai lebih 700 orang telah terputus hubungan akibat banjir.
Tiga Kampung yang terlibat banjir dalam Daerah Keningau antaranya Kg. Ansip.
Masyarakat Dusun sinonim dengan sawah padi Tambunan dan keningau musim menuai di ketika ini.
Ustaz. Hj. Abdul Halim Abas pendakwah bebas bersilaturahim dengan jamaah Tabliq, selepas solat zohor.
Tugu peringatan pejuang Tempatan Tambunan ( SMS mohon maaf tidak dapat memberi info terperinci tugu peringatan ini disebabkan kawasan ini berpagar )
Masjid Daerah Tambunan.
Pekan Tambunan, tempat kelahiranHuguan Siou Datuk Pairin Kitinggan.
Suasana Pekan Tambunan.
Pintu masuk ke pekan Tambunan Daerah yang banyak melahirkan artis-artis tempatan.
Paku pakis gergasi antara tumbuhan yang menghiasi panorama alam.
Bukit Emas, Tambunan merupakan tempat ke 2 tersejuk di Sabah. Menjadi tumpuan para pelancong menikmati udara segar.
Bukit Emas, Tambunan keadaan berkabus perkara biasa di ketika pagi dan petang.
Inanam, Kota Kinabalu.

3 comments:

SANGURU said...

TAHNIAH ATAS DAYA USAHA. SAM BERKONGSI DUKA DENGAN SELURUH RAKYAT SABAH. NAH, APA KU BILANG, SAM BUKAN HANYA "TANDEKIAN"...KELUAR MARUDU SUDAH! "THINK BIG" BAH...

Umar al-Longobi said...

tahniah sdr. nazri! inilah yg dikatakan turun padang. moga kami dll dapat mcthinya...

Nazri Aldusuni said...

pujian utk Allah kerana bagi kekuatan utk ke tempat kejadian.