SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, January 31, 2009

Jalak Chinese New Year!

jalak dengan gewang bomber bushwhacker saya...
saiz dengan set casting saya...
berat 1.1 kg. tengok jarum dalam yang bulatan merah, di luar tu kiraan lbs...
jalak di timbang untuk kepastian beratnya...
rekod baru untuk tahun baru, harap lepas ni ada lagi rekod yang lebih besar...
selepas sibuk beberapa hari dalam chinese new year ini, bawa family jalan2 dan balik kampung, akhirnya saya dapat juga meluangkan sedikit masa untuk casting di kampung mentua saya. kolam ini adalah kolam mentua saya. selalu juga budak2 kampung datang pasang rawai dan memancing di sini. ada yang dapat bermacam-macam ikan. cuma target saya ini macam biasa lah, ikan jalak. mula-mula saya cuba cast dengan umpan soft plastic yang saya baru beli. lama juga mencuba dan belum ada di strike oleh sang jalak ni... Dalam hati cuma bersabar dan menunggu saja... selepas tu saya tukar gewang saya kepada jenis spinnerbait. dan gewang ini saya semburkan dengan perasa / bau tiruan untuk memberikan selera kepada ikan ( ada banyak jenis bau & perasa tiruan yang boleh didapati di pasaran sekarang ). selepas tukar gewang ni, saya mula mencuba di segenap pelusuk kolam tersebut. dan tidak lama sebelum saya ingin bertukar gewang. tiba-tiba gewang saya disentap kuat dan cuba dilarikan oleh sang ikan. saya membalas dan terus terasa beban yang berat di joran saya. sah ikan jalak besar ni! selepas strike saja, ikan jalak tersebut terus melompat keluar dari air serta cuba meloloskan dirinya dari gewang saya. saya kemudian menarik perlahan-lahan jalak ini, tapi masih lagi cuba masuk ke kawasan kangkung di tepi kolam. Akhirnya dengan bantuan seorang anak buah, kami berjaya menaikkan ikan ini ke tebing. selepas ambil gambar dan buka hook, akhirnya timbang saya terus mencecahkan jarum ke 1.1 kg! ini adalah rekod baru saya untuk tahun baru ini, jalak yang beratnya melebihi 1 kg ke atas. harap-harap lepas ni ada lagi rekod baru saya untuk dikongsikan semua ahli dan pambaca SAM. Casting atau memancing ini perlukan kesabaran yang tinggi, selain itu kesabaran ini juga akan memberikan kita lebih semangat untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini dalam hidup kita. Semoga kita semua dapat meningkatkan lagi kesabaran dalam diri kita masing-masing. tunggu lagi selepas ini dari saya, harap-harap ada hasil yang boleh pecahkan rekod 1.1 kg saya ini... SABAR...........

12 comments:

SANGURU said...

tahniah atas tangkapan. Ruangan pancing memancing ini antara daya penarik dalam blog ini. Bukan semua orang mau baca tentang politik, kutuk mengutuk dan sebagainya. semoga sdr terus dapat pelbagaikan entry khususnya - PNDIDIKAN TENTANG "TANGAP LEPAS" itu...

Umar al-Longobi said...

tahniah sdr lim! kerana berjaya mencipta rekod 1.1kg. sy setuju dgn sdr lim bhw, kesabaran itu amat penting. tanpa sifat ini, buatlah apa shja... tapi, penghujungnya adalah kegagalan dan penyesalan. gd luck lim!

ILLIE said...

lim pancing ikan like sports juga bah kan..catch & release..kalu macam pancing ikan untuk kasi jadi lauk..macam mana pula?..maksud saya adakah lim juga memancing ikan untuk di makan..hehehe

ming2elly said...

pancing ikan untuk di makan pun boleh, tapi tak kira spotrs sudah la... saya jarang bawa ikan jalak tu balik, selalunya saya lepas balik. tapi kalau cast di kolam orang, saya pun tak bawa balik, ikan tu saya bagi sama tuan kolam & yang saya mahu cuma pancing & ambil gambar hasil saja. kalau di laut saya jarang pancing, kadang2 saja... cuma kalau saya bawa balik pun jika ada yang perlukan jalak tu untuk perubatan, tapi saya bawa pun ikut saiz juga, yang kecil sangat saya lepas balik, yang dalam 500 gram ke atas saja saya bawa balik jika ada permintaan perubatan... ;o)

Carl S. Adun said...

Mana lokasi ko ni chief,sia mo balajar memancing beinie - skrg azam baru, hobi baru - memancing, ada 2-3 kali sia join kwn2 tpi semua suda terer...sia jak yg rookie

ming2elly said...

sia di kota marudu juga ni... sia selalu juga sama adik ko, c clay casting sana longob kg kamu tu... sia guna umpan tiruan saja, umpan hidup sia tidak guna suda... selalu men " jalak " saja ni sekarang...

Carl S. Adun said...

ohh ya ka - adess tau la tua2 sudah nie - capat lupa, ba ada masa datang Tambunan ba...

ming2elly said...

buli bah, nanti ada masa sia p tambunan jalan2... sambil casting kalau ada port cantik sana... ;o)

SANGURU said...

sy ada beli panjing sampai skg ampai-ampai...hehehe...senang2 ada niat juga joint grup joran.

Little Mike said...

saya masih ingat aktiviti saya kalau saya agak lama bercuti di kg.

Saya dgn adik saya nuar biasanya aktif menangkap ikan dengan kaedah tradisional..

Sebagai contoh mengikatkan kail pada bambu mati panjang lebih kurang 10-15 kaki(ringan sudah ba, kalau bambu hidup tenggelam tu bambu.. hehe)pada jarak setiap 3 kaki.. lebih kurang ada 5-7 mata kail yang berumpan usus ayam dan dibiarkan semalaman..

awal pagi lagi sudah mencubuk di kolam semulajadi di tanah milik uncle ambal (cikgu Jeleson-pegawai pendidikan daerah KM).. nampak ja tu bambu mcm kena heret naga ke sana kemari... haha... memang lumayan.. besar2 semua sangkut di kail. Susah mo handle kena sabar naikkan bambu ke darat... teruja juga tengok semua mata kail sangkut... ada 3-4 ekor yg saiz boleh mencapai 1kg.

yang ini bukan catch & release... terus ja masuk kuali.. macam mana la tu ming2elly? mcm sedih pula sya tidak mempunyai semangat yg sama seperti ming.. catch and release.. itu satu cara yg lebih mendidik saya kira.

ILLIE said...

LM...relak ko..inda payah2 sedih sabap itu suda rezeki bah..hehehe

Little Mike said...

ok la.. hilang sudah sedih sya... betul juga ba.. rezekiiii... hehe