SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, January 24, 2009

Jalak Tandek...

hasil hari ini... gambar ambil sendiri saja...
jalak dalam saiz 400 gram ke 500 gram... lepas siap gambar, jalak ini dilepaskan semula ke habitat asalnya...
Kali ini saya postkan tajuk memancing untuk SAM. Lepas2 ini juga akan saya tambah lagi cerita2 memancing dari saya di Kota Marudu. Setelah lebih seminggu saya tidak dapat CASTING (mengilat), akhirnya hari ini saya singgah sekejap di Tandek. Parit besar yang saya selalu casting ni, dulu banyak dihuni oleh ikan seperti tilapia, koruk, turongou, keli, sepat siam dan jalak. Tapi apabila parit ini dibersihkan setiap tahun, setiap kali itu juga lah seperti pesta menuai ikan di spot tersebut. Sungguh sedih dan terkilan saya apabila parit tersebut hampir zero ikan setelah habis dipukat & dirambat oleh orang2 kampung berdekatan. Bukan saya melarang ataupun marah, tapi kalau yang sekecil-kecil iakn pun ditangkap, maka kita tidak akan lagi dapat melihat kehadiran ikan di tempat tersebut. Saya turut paham bahawa mereka ini mencari rezeki dan makan, tapi agak2 la jangan sampai habis tu ikan sana, nanti tiada bikin kasi ganti balik untuk tahun depan. Berbalik kepada tujuan asal saya untuk casting tadi. Kali ini lepas banjir melanda kawasan Tandek, akhirnya saya lihat sudah banyak ikan2 spesies lain yang telah bermastautin di kawasan tersebut, termasuk lah jalak. Kesempatan saya cuma sejam saja. jadi saya pun casting di segenap kawasan parit tersebut. beberapa rise jalak saya dapat lihat dan dari pelbagai saiz juga. Akhirnya setelah hampir setengah jam casting, barulah saya menerima strike dari seekor jalak yang berat cuma dalam 400 gram - 500 gram sahaja. lepas ambil gambar dan buka hook nya, saya lepaskan semula jalak tersebut kembali ke parit besar tersebut, dengan harapan agar jalak itu akan membiak lagi dan membesar. Cara Tangkap & Lepas ( CATCH & RELEASE ) ini saya amalkan untuk menjaga stok2 ikan kita yang ada, dimana ikan jalak merupakan ikan native kita di Malaysia yang boleh dijumpai hampir di setiap kawasan. Amalan Tangkap & Lepas ini sangat bagus untuk dipraktikkan di tempat kita ini. Sportfishing seperti yang saya lakukan ini masih belum lagi berkembang sangat di Kota Marudu. Harapan saya agar amalan tangkap lepas ini dapat diamalkan dari semua segi lapisan umur. sehingga berjumpa lagi di hasil saya akan datang.

6 comments:

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Posting yang sangat menarik. Saya juga merupakan salah seorang penggemar aktiviti memancing. Di rumah banyak tu CD joran. Ada gambar sia pegang ikan besar, cubamklik ni link.Gambar hasil tangkapan

Teruskan bersama memperkasakan SAM sdr.

Little Mike said...

Saya kalau balik kg, saya ambil bambu mati sepangang 10 kaki dan ikat dengan 5-7 tangsi yang diletak mata kail. Umpan letak usus ayam. Kalau tengok awal2 pagi tu bambu ke sana-kemari menandakan ada hasil. selalunya semua mata kail menyangkut badus...

puas hati juga la...

ILLIE said...

lama suda sia inda makan badus..kali terakhir mangkali sekitar taun 1987..

SANGURU said...

ada BADUS di SMK Tandek. Tapi bukan ikan! Cikgu Jod Bungas, tulis BADUS di keretanya. BADUS = BAJAU + DUSUN..hehehe

NONG said...

BADUS bo...hehee

sya pun suka juga memancing tapi inda pernah sudah diri..
Ba..LimFM,teruskan hobi yg baik ini.

RIDWAN.ct said...

Badussssssssssssss.....

Ming ajak2 bah kalau pg mancing tu...
inda dapat bakar ikan pun indapa bah asalkan joran ditarik cukulah... hahahaha