SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 23, 2009

Jalan Popok.

gambar belakang
gambar depan
Setelah bertungkus - lumus untuk membaik pulih kerosakan di Jalan Popok ini, akhirnya petang tadi jam 5:10 pm laluan ini telah dibuka semula untuk penduduk kampung. Selama 3 hari saya dan rakan sekerja yang lain berusaha membaik pulih jalan yang putus akibat banjir ini. Laluan ini adalah sementara, kerana pihak atasan saya akan menambah bilangan pembentung di spot tersebut (dalam tahun ini juga) untuk memudahkan lagi laluan air ketika waktu banjir. Selepas pembentung tambahan siap ianya akan di turap semula untuk kemudahan para pengguna jalanraya menuju ke kg Popok.

6 comments:

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Terima kasih atas informasi terbaru Ming2elly.. Kalbut baru ka itu? Terima kasih kepada pihak yang telah membaiki jalan Popok.. Diharap supaya kawasan yang musnah teruk juga perlu diambil perhatian secepat mungkin.ini pening untuk kesejahteraan hidup penduduk setempat.

Nazri Aldusuni said...

ini baru kerjaaa .... thnia utk anda dan semua yg terlibat. d talantang bagai mana ming2elly

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Aik..Sorry, ada typing error. Baru perasan..
"penting" bkn pening ah..Hehe

Umar al-Longobi said...
This comment has been removed by the author.
Umar al-Longobi said...

tq sdr. ming atas info terkini ttg pembaikan. sy dan mungkin ahli SAM yg lain tiada masalah dgn pihak kontraktor/pelaksana. kita tabik kecekapan mereka. cuma, pemimpin kita. kalau boleh jangan sebahagian shj tempat yg dapat peruntukan itu. di talantang dan tempat2 lain juga perlu diberikan perhatian. dan, bantuan2 yg diberikan perlu dihebahkan utk makluman umum. rakyat berhak utk tahu. siapa yg dapat? berapa? dimana? drp siapa? dll. kalau maklumat ini diberikan kpd SAM, sy percaya kita boleh memaparkannya dlm blog ini. tq

SANGURU said...

thniah ming kr cepat melaporkan. wartawan dan penulis yang bagusss...