SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 23, 2009

Kearah Memperkasakan SAM.

Untuk memperkenalkan SAM kepada masyarakat tidak cukup sekadar SMS, mengkhabarkan, email atau melalui blog. Pendekatan yang saya kira menarik adalah dengan menggunakan sticker yang dilekat pada keenderaan atau cermin-cermin pejabat atau mana-mana tempat yang sesuai. Hal ini penting untuk menarik lebih ramai masyarakat untuk melayari blog SAM. Apabila ramai pengunjung mengunjungi SAM maka informasi yang terdapat didalamnya lebih luas tersebar. Hal ini juga penting terutama bagi memperkasakan SAM di mata masyarakat Malaysia khususnya di KM.(Klik di sini/pada gambar untuk imej yang lebih besar)
Dalam entri kali ini saya memuatkan contoh sticker cadangan dari saya dengan menggunakan logo sementara. Memandangkan keputusan logo terbaik untuk Marudu Bloggers belum diumumkan, terlebih awal saya suka untuk mengetengahkan cadangan ini. Sebelum ini saudara Little Mike dan mungkin juga sahabat SAM yang lain telahpun mengutarakan cadangan ini. Kalau boleh, kita tidak mahu hastrat baik ini hanya tinggal kata-kata. Sekiranya warga SAM bersetuju untuk cadangan ini, saya tidak keberatan untuk menjadi salah seorang pengelola hal-hal berkenaan perkara ini. Apa-apa pun, ini cuma cadangan dan selebihnya tanya Tikung.. Hehe.. p/s:Contoh gambar sticker tersebut hanyalah sebagai sample, kalau ada persetujuan, yang original dijangkakan lebih mantap dari ini. InsyaAllah...

18 comments:

NONG said...

Salam SAM...
Ainaaa,cantik bana stiker ini LtM Muss.
Saya ni OK ja untuk sesuatu yang baik..
Mau oder ni sedia stiker.. mau lakat sana kereta..

Baa..kawan2 SAM,apa tunggu lagi! JOM

tompinai said...

Sangat Setuju...sebagai tanda sokongan dan juga untuk menyedarkan orang ramai tentang kewujudan SAM...

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Kak Nong lampu hijau..

Bro Tompinai..


Gambar yang dalam blog ni contoh saja, Bro and sis. Yang orinya ada logo SAM and pastinya lebih mantap.InsyaAllah..

Untuk pengetahuan smua, bro LM ada cadangan tu mau buat T-Shirt dan official Jacket SAM.. Cadangan2 kami ni bertujuan untuk mempromosikan SAM dan seperti yang telah dijelaskan juga oleh Bro Tompinai iaitu untuk menyedarkan orang ramai..

Pertanyaan..

Bro Tompinai ni suami Kak Nong ba kan?? Kalau tidak silap la.. Nampak dalam blog bah..Hehe

Dr. Nellson Maisin said...

Setuju bana aku te. Cadangan yg mantap dan memberangsangkan.

Kalu buli Tikung aturkan miting kadai kupi utk bincang2 ini perkara.

Saya buli aturkan utk order printing dgn harga yg ok punya. Yg penting itu design ada.

Apa macam tikung? Hee...

Muss N Sue said...
This comment has been removed by the author.
Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Dr. Nellson pan lampu gadung no. Terimo kasih. Pasal design Dr. enggak usah risau, perkara simple. Byk juga ni urang2 SAM yang kreatif . Kalau kompom sudah itu logo terus start bikin.InsyaAllah..

ILLIE said...

wow kalu ada stiker..sia booking 1 ah..mau kasi lakat sana balakang cermin kurita buruk sia...

nanti kalu suda logo SAM kompom..kalu ngam timing..sia pun bulih atur made in japan punya stiker..limited edition lah...sia cari dulu tampat printing stiker sini...

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Bah..Lagi smart tu kalau dari Jipun..Urang bilang banyak teknologi canggih bah sana..Hehe

Umar al-Longobi said...

sy setuju. cadangan yg amat baik dan sy percaya telah lama bermain-main dlm fikiran ahli dan pembaca SAM. cuma, 1 lah... sebelum edar tu sticker, kita kasih kemas2 dulu ni blog. bagus juga kalau kita panggil panel penilai utk menilai blog ini (kalau ada sesiapa yg ada kenalanlah). kalau kita sudah berpuas hati, barulah kita edarkan sticker itu. mungkin boleh buat taklimat umum, gantung banner di tempat2 strategik di km dll yg praktikal. sy rasa tikung pun byk idea ttg ini. tapi, mgkin persoalan yg bermain di minda tikung adalah, "bersediakah kita memikul amanah yg lebih besar lepas ini..." kalau think big, sy yakin kita sudah lama sedia utk bekerja... tahniah muss! alap... hehe

azirulgcarl said...

wow.. SAM fever!!

ehehheehe...

teruskan...

SANGURU said...

tahniah Lt.M Mus atas inisiatif. LULUS. cuma kita tunggu LOGO muktamad kita. Bulan Depan boleh ON ini permuafakatan. Besok kita mulai undi logo mana paling ngam.

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Berita faham, rojer n out..

SANGURU said...

1. ada lagi kerja mo kasi sama pegawai muda ni(LT.M MUS). Bikin satu blog simple2, guna akaun baru. Blog ni khas untuk AHLI/penulis SAM sahaja. Laman perbincangan TERTUTUP. Umpama laki bini, nda bagus kalau hal2 SULIT didengarin oleh anak2...hehehe.
2. bila sudah siap, kasi "kunci" kepada semua AHLI/penulis SAM.

SANGURU said...

1. ada lagi kerja mo kasi sama pegawai muda ni(LT.M MUS). Bikin satu blog simple2, guna akaun baru. Blog ni khas untuk AHLI/penulis SAM sahaja. Laman perbincangan TERTUTUP. Umpama laki bini, nda bagus kalau hal2 SULIT didengarin oleh anak2...hehehe.
2. bila sudah siap, kasi "kunci" kepada semua AHLI/penulis SAM.

ILLIE said...

sokong sama tekong..kita harus ada 1 blog khas untuk ahli panel SAM..macam tempat untuk miting baitu..kalu ada cadangan..ahli2 panel SAM perlu berbincang dahulu sebelum diputuskan dan di pos ke sini..

1 lagi..sia mencadangkan agar dibuat carta organisasi pentadbiran SAM..supaya blog ini teratur dan sentiasa diurus.

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

OK.. Tekong.. Dilaksanakan serta-merta..

Sorry baru buka komputer.. ada kerja tadi..Hehe

SANGURU said...

Lt.M Mus, SAM menghargai ketangkasan anda.

RIDWAN.ct said...

bah ka..... lawa bana sob tu....atur te?.....