SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, January 27, 2009

Keindahan Pekan Tandek 1960an

Hi Salam semua, Terlebih dahulu saya dengan penuh rasa takzim ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada tekong SAM En Androd Sadian kerana telah menjemput saya menjadi tetamu undangan dalam laman blog Suara Anak Marudu.Dan ucapan ribuan terima kasih juga kepada Illie yang telah menghantar surat jemputan rasmi SAM kepada saya sekaligus membolehkan saya membuat entri pertama saya di laman ini.Terima kasih sekali lagi. Saya sebenarnya merasa sangat teruja dan terharu dengan tawaran ini, kerana bagi blogger yang baru belajar seperti saya, ini adalah satu penghormatan yang sangat tinggi. Jika anda pernah melayari laman blog saya http://akibaragon.blogspot.com saya ada menceritakan bahawa saya sebenarnya tidak dilahirkan di Tandek dan hanya berpeluang tinggal di Tandek selama 8 tahun iaitu dari umur 6-14 tahun.Tapi kenangan terindah dalam hidup saya adalah di Tandek. Saya di lahirkan di Bandau pekan lama Kota Marudu.Hehehe jomo bandau tek tu...nia pan teo.. sekot jo....bersekolah rendah di GPS Tandek kemudian bersekolah menengah di SMK Kota Marudu tapi masa itu bangunan sekolah SMK Kota Marudu belum ada jadi kami belajar di bangunan sekolah SRK Kota Marudu dan sebahagian lagi di Khoi Ming School,Kota Marudu. Pekan Tandek di awal tahun 1960an tidak ada jalan raya tapi sungguhpun begitu pekan Tandek sangat ramai dan sentiasa happening.Manakan tidak...pekan Tandek waktu itu adalah pekan penghubung kepada pekan-pekan besar di Sabah.Orang ramai dari sekitar Bandau,Pitas,Tg Batu,Teritipan dan kawasan sekitar yang hendak bermusafir ke Kudat atau Jesselton (Kota Kinabalu) dan Labuan terpaksa menaiki kapal laut dari Tandek ke Kudat kemudian menaiki pesawat Twin Otter sejenis kapal terbang kecil. Mungkin ada yang kehairanan ya...bagaimana kapal laut boleh masuk ke sungai Tandek.Sungai Tandek dulu-dulu airnya sangat dalam dan jernih.Gotong royong membersih sungai hampir setiap bulan di lakukan dengan diketuai oleh seorang insan yang baik hati bernama Latip.Kapal laut yang dimaksudkan juga tidaklah terlalu besar mungkin dalam 30 kaki sahaja dilengkapi dengan dek dan kabin.Kapal laut jenis ini pada hari ini lebih banyak digunakan untuk menangkap ikan. Terdapat sebuah jambatan di pekan Tandek yang mempunyai dwifungsi.Sebagai jambatan dan juga jeti.Di tepi jambatan itu ada sepohon kayu yang sangat besar.Tidak tahu nama saintifiknya tapi di kalangan orang Tandek ia dikenali sebagai Pokok Ramag.Di bawah pokok inilah saya selalu duduk melihat gelagat orang yang berpergian sambil makan kuaci hitam kegemaran saya.Biasanya saya duduk bersendirian kerana abang saya Anang belajar di sekolah.Dan kalau dia cuti sekolah pun dia lebih gemar main guli bersama kawan-kawan lain. Kadang-kadang saya ditemani oleh adik sepupu saya Ramli Hj Madina.Dia pun suka makan kuaci tapi kuaci biji labu yang berwarna putih.Pernah dia memaksa saya makan kuaci putih kegemarannya itu.Kata Ramli ...ini yang sadap boleh makan sama-sama kulit....bila saya try, kira ok juga lah cuma masin sikit.Sekarang ni samada Ramli masih suka makan kuaci saya tidak tahu.Tapi saya tetap suka dan bertambah lagi menu kuaci saya kuaci bunga matahari bersalut madu.Hehehe.Kononnya kuaci ini bagus untuk mata tapi saya dan Ramli sama-sama rabun.Kwang,kwang,kwang. Saya memang sangat suka duduk dibawah pokok ramag tersebut melihat gelagat orang ramai.Ada yang baru hendak belayar dan ada pula yang baru tiba.Bagi yang baru tiba terpancar kegembiraan diwajah mereka begitu juga saudara-mara yang menyambut ketibaan mereka.Mereka bersalaman dan berpelukan diiringi tawa riang.Bagi yang hendak belayar pula wajah mereka menampakkan kesedihan terpaksa meninggalkan orang tersayang.Kesedihan juga terpancar diwajah keluarga yang mengiringi mereka. Setelah bersalaman mereka berpelukan sambil mengucapkan selamat pergi dan selamat kembali.Di atas dek kapal mereka berdiri sambil melambai-lambaikan tangan,ada yang melambai-lambaikan saputangan,tidak kurang juga ada yang menitiskan air mata.Kaum keluarga yang menghantar mereka pula setia berdiri diatas jeti melambai tangan sehingga kapal tidak kelihatan lagi.Kalau lah waktu itu saya mempunyai kamera tentu sekali akan saya rakam suasana indah itu. Disebelah kiri pokok ramag itu terdapat sederetan kedai menghadap ke sungai yang diperbuat daripada kayu.Kedai-kedai ini dimiliki oleh orang-orang tionghua yang menjalankan perniagaan runcit dan kedai kopi.Manakala disebelah kanan pula terdapat dua deretan warong kepunyaan orang-orang bumiputra Tandek yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman.Menu lazim yang dihidangkan di warong-warong ini ialah sup/soto dan kuih-muih. Diantara 2 deretan warong tersebut terdapat sebuah rumah wakaf.Rumah Wakaf ini dijadikan tempat bermalam bagi orang-orang yang bermusafir sementara menunggu ketibaan kapal laut yang akan membawa mereka ke destinasi.Saya tidak tahu siapa yang menyumbangkan rumah wakaf ini malah rumah ini tidak ada penjaga yang ditugaskan untuk menjaga tetapi rumah wakaf ini sentiasa bersih hasil kerjasama para musafir yang menginap disitu. Selain itu terdapat sebuah kawasan lapang diantara deretan kedai milik orang-orang tionghua dan warong milik bumiputra di Tandek itu.Di atas tanah lapang ini di letakkan beberapa buah deram berisi minyak Benzin untuk kegunaan kapal laut.Dan disebelah kawasan lapang ini pula terdapat sebuah rumah milik orang tionghua yang dijadikan Salon Mendandan Rambut. Jangan tak tahu...wanita-wanita di Tandek dulu-dulu stylo.Kalah orang sekarang.Rambut mereka sentiasa didandan rapi ada yang keriting panjang dan ada pula yang keriting pendek.Keriting panjang atau keriting pendek ini adalah istilah yang mereka gunakan dulu-dulu.Dengan peralatan yang serba sederhana mereka mendandan rambut disalon itu dan hasilnya....wow!!...saya selalu kagum dan ternganga melihat kejelitaan mereka.Antara yang menjadi pujaan hati saya waktu itu ialah Rukinah, Lansiau, Rongkumas, Murinang, Makburah, Baiduri,Balkis dan ramai lagi amoi-amoi cantik waktu itu. Diseberang sungai Tandek, selain daripada GPS Tandek terdapat sebuah dispensari dan sebuah masjid.Disebelah masjid berhampiran sungai terdapat sebuah lagi rumah milik orang tionghua. Rumah ini pula dijadikan kedai jahit.Disinilah bapa saya selalu memotong (menempah) seluar. Tukang jahit ini lebih dikenali dikalangan orang-orang kampung dengan nama si kajam mata.Sebabnya ialah mata lelaki tionghua ini selalu terpejam-pejam seperti orang kenan atau kepaingan kata orang Sabah.Sehingga ke hari ini saya tidak mengetahui nama sebenar tukang jahit ini. Pekan Tandek dulu-dulu sangat bersih dan cantik.Ada seorang hamba Allah yang sangat rajin membersihkan pekan Tandek ini setiap hari tanpa jemu.Kemana-mana dia akan sentiasa bersama kereta sorongnya.Umuk - itulah nama beliau.Setiap hari dia akan menyapu dan memungut sampah diseluruh kawasan pekan Tandek.Hasilnya pekan Tandek begitu ceria terhias indah dengan bunga-bungaan pelbagai warna serta pohon-pohon rendang yang sentiasa menyegarkan udara. Saya sangat rindu akan keindahan Pekan Tandek ini dan sangat berharap ia dapat dihidupkan semula.Kalau ada sesiapa diantara anda pernah membaca buku WAWASAN TANDEK yang di tulis oleh salah seorang daripada warga Tandek yang berjaya iaitu En Jonathan Kandok, rancangan atau saranan beliau dalam buku itu wajar di pertimbangkan.Mungkin tekong boleh menjemput beliau juga untuk menulis dalam SAM.Disamping menyumbangkan idea-idea bernas kehadiran beliau sudah pasti akan memperkasakan lagi SAM. Sudah terlalu panjang saya berceloteh.Eloklah saya akhiri dulu disini.Hingga berjumpa lagi di lain entri.....salaaammmmm.

8 comments:

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Selamat Datang saudara Kyro. Kedatangan mu sangat dialu-alukan. Dengan pertambahan anggota SAM ini diharap dapat menambahkan SAM bukan sahaja blog yang mantap malah mampu menarik perhatian pihak2 berkewajipan, diatas suara-suara/cadangan2 yang telah kita usulkan.

Saudara bangsa bajau ka? Pandai pala' ko ling Sama.?? Sekali lagi diucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat untuk SAM.

NONG said...

Salam...
Siuk betul entry ini.Macam saya ada ja pada zaman ini bila terlalu menghayati cerita ini.

LtM Muss..zaman sekarang ni terutama di kawasan kita Tandek, yang bukan bangsa Dusun pun pandai cakap Dusun.Begitu juga dengan Bajau dan lain2 bahasa.. Macam Pakcik Kyro ni BAJAU + DUSUN = BADUS (bilang TEKONG SANGURU) hehe

Mama saya pun pandai juga cakap Sama tu banyak keluarga yang terkahwin SAMA..

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Kak Nong, suka betul saya dengar ni lagu Todindot tau..Hehe..Ingat saya time dulu2, masa budak2 belawan bah kami tu, macam lawan pantun bah.

"Simpangan do garuda
Ogumu do pamuda,
Monginum suka muda,"

Nda' tau betul juga ka itu bahasa kami, tapi mimang inilah lagu2 kami selalu nyanyi. Best ba tu lagu "I aka Ku majalin.."

Kira Sdr Kyro ni abang la ni di SAM ni, 1960 tu mama saya pun masih remaja/bujang2 tu..Hehehe.. Ngam betul tau, urang bpengalaman bah ni..Salam sekilo'o kiti dinakan ko' Selamat teko mentedo lagi untuk Bro Kyro...

Little Mike said...

bagi mereka yang lebih mengenali wajah tandek, pasti boleh membawa cerita yang begitu dekat dengan Tandek waktu itu..

Syabas kryo... sangat klasik cerita tentang tandek... seronok membacanya..

Saya ada ingat juga pokok besar tu.. di situ la para ahli silap mata menunjukkan 'kekuatan ilmunya'.. selalu sya singgah sana lepas sekolah sebab ada saja 'pertunjukan'.. hehe

ILLIE said...

selamat datang boss kryo...mimang nostalgia butul bah entri boss..selain pekan lama tandek..kalu boss ada ingatan pasal pekan lama bandau..bagus kasi cerita sini juga...sekitar taun 1984 masih operasi lagi tu kadai lama di bandau..kebetulan sia tingal di asrama yayasan sabah sana pakan lama..bulih dikatakan hari2 juga roun sana...

SANGURU said...

Bro kyro, tk kerana sudi terima tawaran jadi penulis. entry yg sangat bagus. Tidak salah saya memilih. Saya pilih sdr kr tulisan2 klasik ttg tandek/kota marudu. saya sdg meneropong bloggers lain juga ikut keperluan SAM. Kita ingin mempelbagaikan ruangan. Branngkali ngam la bro kekalkan imej "klasik" itu. Unik dan jarang2 diketengahkan.

Anonymous said...

A job well done =D!!!! saya masih ingat about 22 tahun lepas... saya masih kecil and nenek selalu bawa balik ke Tandek... saya terlalu kecil untuk ingat what day the tamu was tapi nenek selalu bawa saya berjualan di tamu... jual mangga.. hahah.. i have the fondest chilhood memory in TANDEK =)... saya rasa saya macam character dalam alice in wonderland... mystified by its beauty... tapi tinggal kenangan ja... manada tamu sudah ... and Tandek isn't the same anymore... quiet... kedai kopi... kedai baiki tv... tepekong cina sebelah sungai.. all are gone.. gone with the chirpy cheerful little town that i adore... it used to have a wonderful character =(... btw, keep up the good work... I like to read more of this lovely page~

Baju Batik said...

Salam semua,

Nostalgia sekali cerita ni.
Saya sendiri sempat juga mengunjungi pekan dan tamu Tandek sekitar thn 70an dan 80an. Itu zaman kanak2 saya.

Malang sekali tiada sebarang gambar kenangan tentang wajah sebenar pekan tandek ketika itu.

Boleh tak siapa2 memberikan gambar2 pekan tandek, jalan tandek, pekan lama Kota Marudu dsb. pada tahun2 70an atau 80an.

Kalau sudi. tq