SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, January 13, 2009

KEMISKINAN KOTA MARUDU: KITA BANTU APA YANG TERDAYA...

BERSAMA WODIT KAMPUNGAN...
Oleh : Wodit Kampung (http://posikpo.blogspot.com/)
Sudahkah daerah kita terkeluar dari antara daerah termiskin di Malaysia? Ada yang kata "sudah' ada yang kata "belum". Tak payahlah kita tengkar-tengkar pasal "sudah' atau "belum". Yang pasti, cuba pandang kiri-kanan, khususnya di kampung-kampung, di bukit-bukit, di hulu-hulu...
Saya yakin, kalangan blogger Kota Marudu tidak lagi termasuk dalam kategori miskin tegar. Ada yang boleh dianggap "ORANG KAYA". Hampir semua ada "kapasiti" untuk membantu, setidak-tidaknya kaum keluarga atau jiran-jiran di kampung.
Saya jenis orang berfikiran kampung-kampung, maksud saya, dalam mengetengahkan idea-idea, saya suka idea yang kecil tapi praktikal. Misalnya, untuk apa kita mengusulkan buat itu-ini yang besar-besar sedangkan keluarga sendiri kelaparan, jiran sendiri terkapar-kapar. Baiklah kita bermula dari lingkungan keluarga dulu dan dalam komuniti sekeliling dulu. Yang paling penting...mari kita gunakan kapasiti yang ada untuk membantu. Bukan "kronisme"...tapi memang itu hak-hak kaum keluarga dan jiran tetangga...
.

No comments: