SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, January 22, 2009

Kepada Kerajaan

Blogger SANGURU said...

Tahniah sdr kami Nazri aldusuni. Paparan yang amat bagus dan berguna buat memaparkan realiti. Komen saya simpe buat masa ini: KALAU BENCANA SEUMPAMA INI BERLAKU "DI SANA" dah lama dah masuk TV1, TV2, TV3 dll saluran. Dah lama dah diumumkan bantuan kilat...DI SINI? - SAM (dan blogger2 lain) mungkin sandaran rakyat...maka, tanggungjawab kita memaparkan setakat terdaya... "KITA TELAH BERSUARA..."

January 22, 2009 12:19 AM

Blogger Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Saya kira, perlu ada sistem perparitan yang baik bah untuk mengurangkan kesan buruk banjir di kawasan KM ni.. Saya perhatikan kawasan sungai dan sistem perparitan sekarang ada yang terbiar, tersumbat dan tidak terurus.. Mintak peruntukan sama itu MP/YB/DO?urang kaya-kaya ka bikin kurik sungai kasi dalam dan kasi besar, kasi gobion/kasi simin(Untuk kurangkan hakisan). Juga bikin kasi tambah itu parit, tidak cukup untuk air mengalir pigi salurannya yang betul. Kita perlukan sistem saliran yang betul bah.. Bah, Umar al-longobi pakar geografi tulung ka kasi ulas ini barang.. cadangan saya ni setakat yang saya tahu sija ni... Mana sudah jurutera/jabatan pengairan dan saliran KM ni.. Ada jalankan tugas sebaiknya??? Kalaupun ada mintak tulung kasi perkasa lagi ya..

January 22, 2009 12:48 AM

Blogger ILLIE said...

Wakil rakyat kawasan harus berani bersuara kepada ketua menteri untuk meminta peruntukan tambahan atau meminta kelulusan segera tabung bencana kerajaan.Demi rakyat paksa..paksa..paksa sampai peruntukan ada dan dijalankan. Kota Marudu punya wakil parlimen yang bukan alang-alang..bukan sekadar YB biasa tetapi seorang yang saya rasa terkenal.Anda seorang menteri penuh sudah tentu ada sedikit kelebihan untuk bertemu Perdana Menteri.Suarakan segera kehendak rakyat Kota Marudu.Tolong minta dan kalau boleh demi rakyat tercinta anda merayulah kepada PM agar diberi kelulusan segera peruntukan khas. Sekiranya YB-YB dapat melaksanakan perkara ini,saya pasti kedudukan anda untuk pilihanraya akan datang masih selamat sekiranya "dicalon" semula kerana anda telah menyelamatkan rakyat. Jangan fikir rakyat Kota Marudu berdiam diri sija.Setiap saat,minit,jam,hari,bulan dan tahun rakyat Kota Marudu melihat gerak geri dan tindakan YB2 sekalian.

January 22, 2009 1:14 AM

Blogger azirulgcarl said...

Parlimen Kota Marudu berjawatan sbg Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi!! napa dia kasi biar ni KM ni? huhuhuhu

January 22, 2009 1:44 AM

Blogger Little Mike said...

tidak faham kenapa banjir sebesar begini melanda Kota Marudu langsung seperti dianak tirikan.. Tiada susulan yang terbaik daripada orang politik.. kalau tempat lain, sudah ribut di media dengan bantuan2 yg bersesuaian....

January 22, 2009 6:59 AM

Blogger Umar al-Longobi said...

Tahniah sdr. nazri aldusuni atas paparan yg bisa membuka mata sekitar melihat `akademi realiti`. jgn asyik tengok akademi fatasia saja (AF)! Muss, aik perli nampak. hehe.. itu bukan bidang sylah bos, itu bidang jurutera JPS/JKR. apapun sy rasa org kg pun tau tu puncanya. Dr. Nelson pun ada masukkan dlm post dia dulu. tapi bulilah coret-coret (pinjam si mike punya). Pada asasnya, 1. pembalakan tidak terkawal di kws perbukitan (projek kayu balak). hutan berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan dan menyerap air hujan serta mengalirkan perlahan-lahan ke dalam anak sungai. kalau hutan semakin pupus, tidak mustahil banjir lebih besar akan berlaku (palis-palis). 2. dasar sungai yg rendah. semakin dalam sungai, maka semakin kuranglah limpahan yg belaku. mana2 yg tidak `dalam` itu `kurik`lah kasi dalam. dan jgn lupa buat penstabilan tebing bagi sg2 yg besar. 3. sistem perparitan- mesti diperkemaskan. di samping badan berwajib, Ketua Kg + Pengerusi JKKK mesti proaktif menyuarakan masalah rakyat n struktur bumi di kg masing2. kalau pihak atasan tidak mau dengar, buat demonstrasi secara aman (pastikan dapat permit polis aaaah gaman). sy yakin, ketua2 kita ini hebat2 belaka. lebih byk makan garam, sampai ada yg kena high blood. fikir2kan. tq

January 22, 2009 9:28 AM

7 comments:

Umar al-Longobi said...

Makluman: ruang komen ini masih terbuka. sdr/sdri boleh menghantar komen. inysaAllah sdr. aldusuni akan update post ini dr masa ke masa. kalau tiada halangan, mungkin post ini boleh dihantar kpd yg berkenaan sbg mewakili luahan rasa penduduk. berserta gambar2 sekali. sekadar cadangan...

SANGURU said...

Hmm...usaha yang bagus tapi saya harap tidak ada pembaca yang terkeliru bila komen dari entri lain tiba-tiba masuk ke entri baru ini. Harap diambil perhatian serius oleh sidang redaksi SAM. Harap maklum. - Tekong SAM.

ILLIE said...

Sekali lagi saya menarik perhatian kepada YB N.5 Tandek & YB Parlimen Kota Marudu.Jadikan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini sebagai satu peringatan dan pengajaran.

Bersuaralah dan biar melutut merayu kepada Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri agar diberi segera peruntukan khas untuk memulihkan dan mengatasi masalah banjir.YB tidak perlu rasa malu kerana apa yang YB lakukan ini adalah demi rakyat YB.

Tidak perlu tunggu masa yang sesuai kerana YB sendiri sudah tentu tahu apa puncanya.Pegawai-pegawai pentadbiran YB sudah tentu telah memberi taklimat yang cukup.Jangan tunggu sampai bencana akan datang berlaku lagi atau tunggu sampai rakyat YB kehilangan nyawa.

Saya tahu,sahabat saya PKR N.5 Tandek membaca blog ini.Sila baca betul-betul dan catit dalam buku nota anda apa yang patut.Saudara sebagai pemimpin nombor 2 N.5 Tandek,oleh itu saudara juga harus memainkan peranan yang penting dalam masalah ini.Jawatan saudara ialah PEMIMPIN KEMAJUAN RAKYAT sudah tentu saudara tahu apa tugas-tugas yang perlu dibuat.Anda lebih tahu masalah rakyat daripada 2 orang YB Kota Marudu.Oleh itu sampaikan masalah rakyat ini kepada BOSS saudara.

kalau tidak ada tindakan susulan dari YB...ini bukan ugutan tetapi bersedialah PRU akan datang "BENCANA DARI RAKYAT" akan melanda kepada YB berdua.


P/S: aman aldusuni..kasi print ni komen sia ah..nanti sia balanja koruk....hahaha

Nazri Aldusuni said...

sya rasa tdk menjadi dosa sya pd SAM kerana mempamirkan segala ulasan2 sdr d muka depan SAM bukan ... ? sya telah beri tahu tikung bhwa jika sekiranya ada pihak2 berknaan yg tdk sanang hati maka jngan cari rakan2 SAM.. carilah sya utk berkata benar pd mereka. ptg tadi sya hantar gambar2 tersebut d utusan malaysia ... utk d siarkan kebenarannya

Little Mike said...

Cari juga saya kalau ada org yang ingin mencari... Saya juga ingin berkata benar...

Dr. Nellson Maisin said...

Hee... 'basamangat' kawan2 ni. Teruskan segala usaha murni.

ming2elly said...

Pada bencana banjir yang pertama, seingat saya pada hari sabtu, tapi lupa tarikh. 1 mesyuarat tergempar untuk bencana banjir telah diadakan di pejabat daerah kota marudu, di mana saya turut hadir mewakili syarikat konsesi saya. mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh YAB Datuk Dr, Maximus. serta dibantu oleh D.O Kota Marudu, Puan Lovita Koisun.

Pada hari tersebut YAB & D.O telah melawat beberapa tempat pemindahan banjir. Dan dari pemerhatian saya, YAB & D.O telah mengeluarkan arahan untuk bantuan bekalan makanan & bantuan kenderaan serta bot dari jabatan-jabatan kerajaan di Kota Marudu. bilik gerakan banjir juga dibuka 24 jam bagi memantau bencana banjir serta laporan dari kawasan-kawasan banjir.

Cuma bagi pendapat saya, usaha telah dilakukan, cuma yang kurang adalah usaha yang lebih untuk membantu penduduk yang terlibat banjir khasnya yang berpendapatan rendah. usaha untuk mengelakkan banjir daripada berlaku lebih teruk juga patut dilipat gandakan bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar kepada penduduk pada masa hadapan. Kerajaan juga sepatutnya memperuntukkan lebih banyak dana untuk membaik pulih kawasan-kawasan yang dilanda banjir. seperti infrastruktur sekolah, masjid, balai raya, saluran perparitan & sungai dan jalanraya yang masih belum berturap. dana yang disalurkan sekarang masih belum mencukupi untuk menampung pembaikan-pembaikan ini.

diharapkan kerajaan dapat memberikan sumbangan dana yang lebih untuk kawasan-kawasan yang selalu dilanda banjir ataupun yang masih belum membangun sejajar dengan kawasan lain.