SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, January 28, 2009

KUTIPLAH PERMATA BANGSA WAIMAH IA DATANG DARI SERAMBI MEKAH (KELANTAN)...

Gambar: Kuliah jumaat sedang disampaikan.
Oleh, Umar al-Longobi http://geomotivator.blogspot.com/
Apa khabar rakan-rakan pembaca SAM sekalian? Ya... macam-macam khabar kan. Biasalah tu, namanya pun kehidupan. Apapun, moga-moga semua dalam keadaan sihat dan mendapat rahmatNya. Emmmm, dalam masa beberapa minit ini saya cuba berkongsi dengan anda semua tentang beberapa `petua kehidupan` yang saya kutip daripada bangsa di Serambi Mekah (Kelantan). Saya mengharapkan agar permata ini boleh kita jadikan panduan untuk membentuk permata yang lebih baik lagi di dalam diri anak bangsa Kota Marudu khususnya pada masa-masa akan datang. Baiklah, saya cuba ringkaskan. Sejurus sahaja disebut nama `Kelantan`, apa yang bermain dalam fikiran anda semua? Jawablah secara jujur... ha ha ha. Barangkali, apa yang terpacul dari kotak fikiran sesetengah kita adalah, `Kelantan, miskin`, `Kelantan kerajaan PAS-pembangkang`, `Kelantan, Islam`, `Kelantan, Tok Guru` dan bermacam-macam lagi tanggapan lain. Benar atau tidak tanggapan-tanggapan itu, perlu ruang lain untuk membahaskannya. Tapi, tahukah anda bahawa ramai pemegang jawatan tertinggi di mana-mana jabatan adalah daripada orang Kelantan. Ramai pelajar cemerlang seMalaysia pun datang dari negeri Kelantan. Ramai pemimpin yang hebat khususnya di kalangan bangsa Melayu juga datang dari negeri Kelantan. Lalu, apa sebenarnya rahsia mereka??? Berdasarkan pemerhatian kasar saya dan perbincangan informal dengan rakan-rakan kelantanese, rahsia mereka adalah seperti berikut:
  1. Konsep pemerintahan Kerajaan Negeri yang bersandarkan kepada keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Saya tidak kata, negeri lain tidak seperti ini. Tapi kebetulan saya memilih tajuk ini maka kita fokuskan diskusi dalam konteks Kelantan. Hasil daripada konsep pemerintahan seperti ini, maka kebajikan rakyat menjadi keutamaan, budaya ilmu dijulang menenggelamkan program-program hiburan melampau dan rakyat saling hormat-menghormati walaupun berbeza agama. Walaupun majoriti beragama Islam, tapi agama lain tidak rasa tersisih malah turut sama bergerak atas dasar kebebasan beragama. Bagi mereka yang dahagakan ilmu, Majlis Perbandaran Kota Bharu (Bandaraya Islam) menganjurkan Kuliah Mingguan. Setiap pagi hari jumaat. Yang menariknya, kuliah itu disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Kelantan. Terbuka untuk semua lapisan rakyat Kelantan/luar Kelantan tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Ribuan rakyat yang hadir. Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah, alangkah baiknya kalau konsep ini dapat kita amalkan di negeri Sabah amnya dan Kota Marudu khususnya. Berkenaan dengan kuliah itu, pilihlah tajuk-tajuk yang sesuai dengan hadirin tanpa mengganggu sensitiviti mana-mana parti politik, bangsa dan agama. Bagus juga buat kuliah mingguan setiap hari tamu di Kota Marudu. Sebagai contoh... YB. Max kah atau YB. Anita kah, atau Sanguru kah yang bagi kuliah. Atau Dr. Nellson kah. Atau motivator SAM sdri. Mimie kah. Atau pensyarah-pensyarah UMS kah dan lain-lain lagi yang saya fikir, kita tidak kekurangan golongan-golongan seperti ini.

  2. Makanan.............

Bersambung.....

5 comments:

SANGURU said...

Bangsa Jepun maju kerana buka mata, buka minda dan "buka pintu" kepada inovasi luar. Orang Jepun pintar meniru. Benda orang diubahsuai jadi MADE IN JAPAN...

Tulisan sdr bagus. Harap tidak disalahtafsirkan sebagai PROMOSI "PAS".

***Saya tidak layak bagi kuliah umum, tapi kalau ada yg mau ikut minum2 d kedai kopi berkongsi cerita, orait nopo...

JMimie Mabin said...

Saya prcaya setiap bangsa dan budaya mpunyai kekuatan dan kelemahan tsendiri..so, apa saja yg baik kita ambil sbg tauladan, yg nda brapa ngam jadikan smpadan..

Kalau org spt sanguru merasa diri tdk layak bagi kuliah umum..apalagi sya..lagilah tda kelayakan langsung. Apapun, thanks krn kasi list nama sya di entry ini Injoy (hehe..lama nda sebut nama ni oo..)

Umar al-Longobi said...

Tq komen sanguru & mimie. Komen yang menunjukkan bhw sebenarnya anak Marudu juga berfikiran cukup terbuka. Kalau SAM dah gagaskan `think big`, inilah antara cabaran2 kecil yg terpaksa kita hadapi. mampukah kita mempertahankan 'keterbukaan' kita itu? Jika mampu, tidak mustahil kita akan berjaya merealisasikan produk `made in kota marudu`.

Nota: Entri ini bukan utk mempromosikan PAS. Sebab itu saya cuma kutip yg baik utk dikongsikan kpd anak bangsa di KM. yg buruk di sini pun ada juga, hehe. tapi, buat apa kita ambil yg buruk kan. Harap maklum.

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Klu Bro mempromosi pun tiada salah bah itu.Saya sukung..Yang lain??Hehehe..Inda' bah.Gurau saja kita ya...

Pada saya, salah satu sebab kenapa orang kelantan lebih kedepan berbanding orang kita adalah kerana sikap pemimpinnya. Kebolehan pemimpinnya dalam membangkitkan & menyuntik semangat rakyat khususnya anak-anak muda memang tidak dapat disanggah.

Kesimpulannya, kita ambil apa yang baik bah..Itu saja, demi kemajuan kita berasma...

Umar al-Longobi said...

tq Muss... gurau ada makna tu, hehehe. macam ada arapan saja kau ini mau buka cawangan PAS di KM. hehehe... gurau ah bos. bagus! komen yg membina.