SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, January 20, 2009

Lagi Harapan Terhadap SAM. Bersama Kita Merealisasikannya!

Oleh,
Umar al-Longobi
Sidang pembaca yang dimuliakan, entri kali ini ringkas sahaja. Tapi, besar maknanya. Macam ini, kalau kita lihat komen-komen yang diberikan di dalam SAM ini... banyak yang membina dan tidak kurang juga yang perlu tindakan segera untuk ditonjolkan bagi tatapan umum (almaklumlah, ruangan komen ini jarang pengunjung tengok... hehe). Kalau saudara masih ingat, dalam entri saya bertajuk "Bila si baju hitam mula bicara...", ada seorang `pengomen` yang memberikan komen yang amat baik. Pada hemat saya, oleh kerana komen ini penting... maka saya terangsang untuk memaparkannya di sini. Bacalah komen beliau (Sdr. Tompinai), bersama kita renungkan dan bertindak merealisasikannya.
*****************************************
"Melihat kepada senario sekarang ini, SAM mempunyai peranan penting dalam usaha untuk mencelikkan minda penduduk di daerah ini. Satu tugasan yang telah diabaikan sekian lama. SAM harus mempunyai halatujunya sendiri. SAM mempunyai kekuatan dari pelbagai sudut dan dengan himpunan pemikir, pencetus idea dan juga yang mungkin akan menjadi peneraju dalam arus perubahan ini. Selama ini kita inginkan perubahan, jadi biarlah perubahan itu bermula dari yang paling asas iaitu minda, celikkan dulu minda warga kota marudu khususnya tandek. dari situ pasti akan terhasil perubahan yang akan menyatukan suara warga kota marudu. Pasti suara yang seirama dengan intonasi yang tepat akan menghasilkan satu lagu kejayaan.. Pemulanya tidak lain dan tidak bukan SAM."

****************************************

Terima kasih kepada Sdr. Tompinai atas komen yang membina. Staf-staf SAM, bersama kita mengambil tindakan dan bersedia menerima `komen membunuh` pula lepas ini, hehe. Pembaca SAM, doakan kami dan teruskan menyokong. Wallahua`lam...

10 comments:

SANGURU said...

tk sdr umar dengan post yang unik dan bermakna. Utk makluman, sdr Tompinai telah ditawarkan jadi sidang redaksi SAM. Mungkin beliau sedang fikir2 apa kolum mau tulis. SELAMAT DATANG TOMPINAI KAMI!

Little Mike said...

sejak awal tompinai tulis komennya dalam ruangan komen SAM, saya sudah terfikir supaya diketengahkan penulis ini, berkongsi dengan objektif SAM! Saya ingatkan mo post di chat box supaya SANGURU tawarkan tempat SAM kepada tompinai. Rupanya SANGURU lebih awal mengambil langkah ke depan..

Majulah SAM!

Umar al-Longobi said...

tahniah sanguru! oh... samalah kita mike. Tapi, rupanya sanguru lebih tajam derianya menghidu bakal-bakal `pendokong` SAM. tompinai... bila lagi?

selain itu, sy ada juga sms kakak sy (RO) di sek. psikologi & kaunseling UMS dan cousin sy di jab. pertanian agar buli berkongsi kepakaran masing2 dlm SAM. nda taulah samada diorg suda email sanguru ataupun belum...

JMimie Mabin said...

sukung penuh! bersatu kita teguh, bcerai kita roboh! pasti SAM tmbh mantap dgn khadiran org baru yg sntiasa bfikir dn memandang jauh ke dlm..

Umar al-Longobi said...

tq mimie. kau apa kurangnya... 1st posting pun dah meletup! buli jadi motivator yg berbakat besar. aik.. dapat iklan percuma si tompinai ni. ini mesti mau belanja ni bos? hehe, gurau..

JMimie Mabin said...

Umar, sy cuma skdr bkata2 bdasarkn naluri rasa yg ada, melalui pengamatan psektiran dn pglman hdup sndri yg sentiasa 'in pain'..klu itu di anggap mampu memotivasikn org lain, sy sgt bsyukur dn lbh bsmgt utk terus bkongsi 'kekuatan & kelemahan' dgn rakan2 SAM dan para pbaca yg setia demi kemajuan dan kebaikan bsama. terima kasih..majulah SAM utk bangsa dan negara!

tompinai said...

terima kasih atas jemputan anda semua... saya sangat menghargainya. Segala komen saya adalah berdasarkan kepada pengamatan saya. Itu adalah pandangan atau pendapat peribadi. secara ikhlasnya saya mahu melihat aura perubahan itu bermula dari Tandek..kenapa saya berkata seperti itu..ada satu sebab... Para ahli SAM, sedarkah kamu bahawa ada satu perkara yang ada pada warga Tandek tidak ada pada orang lain. Cuba para ahli SAM perhatikan dan perhalusinya..sesuatu yang selama ini pemimpin peringkat nasional pun cuba dan perjuangkan untuk diaplikasikan dalam masyarakat Malaysia.. Sebenarnya itulah yang akan menjadi tunjang kekuatan warga Tandek.. Kalaulah para ahli SAM dapat mempergunakan kekuatan ini pasti ia akan menghasilkan impak yang sangat besar... Para ahli SAM jangan biarkan ia menjadi sia-sia... pergunakannya sebagai senjata terbaik dalam mencelikkan minda warga Tandek.. SALAM UNTUK SAM.

SANGURU said...

adehhh....satu kelemahan saya - lambat buka peti e-mail. ada sudah mangkali tu. paling senang, suruh dorang follow ini blog baru saya msuk blog dorang. Pas (bukan parti PAS) tu saya "bawa mimpi" dulu...boleh pegang kunci SAM atau tidak, sebab...KUNCI itu nyawa SAM termasuk nyawa kita semua di dalamnya. (Tidak perlulah saya ulas lanjut...)

SANGURU said...

Tompinai, saya dah teropong kata-kata sdr dan saya dah faham. Siou, tulis/cakap mcm org semenanjung pula. DAH LAMA DAHHH...

Umar al-Longobi said...

mimie, sy memang termotivasi membacanya. sy yakin org lain pun rasa benda yg sama. sebab, kata2 itu datang `from the bottom of your heart`. hehe, batul kaitu sia punya urg puti. terussskan menulis!

sanguru,

yg kakak n cousin sy ini inda ada blog bah.. sy sudah suruh dorg buka blog walau x isi. supaya buli sign in. diorg berminat juga. harap2 siorg bertindak pantas. tq