SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, January 21, 2009

Coret-Coret dari Kuala Lumpur: Maruduian (Maruduan?) atau Tandekian? Panggilan Memperkasakan Objektif SAM (http://www.morionexpress.blogspot.com)

Letih-letih hari ini baru lepas balik dari kerja terus ke kedai mamak. Kebetulan bawa laptop dan langsung saja ke Marudu Bloggers sambil menikmati segelas Milo Ais dan sekeping roti telur buat pengalas perut yang kosong sejak pagi tadi. Sementara itu saya sedang memikirkan beberapa bahagian daripada kata-kata Sdr Tompinai dalam ruangan komen yang ada menyebut Marudu Bloggers seakan-akan bersifat lebih kepada Tandekian.

Pada mulanya saya akui kata-kata itu atas sebab hampir semua para bloggers adalah berasal daripada kawasan yang sama. Secara kebetulan hala tuju SAM seakan-akan diambil tempat oleh kerangka pemikiran orang Tandek. Sdr. Tompinai juga menyebut sejarah personaliti politik yang datangnya berasal daripada Tandek juga. Dengan sendirinya buat waktu ini, objektif SAM 'diurus' hala tujunya oleh blogger dari Tandek.

Namun SAM bukan mengkhususkan perjuangan Tandekian. SAM perlukan Kota Marudu. Kota Marudu perlukan SAM. Kita perlu memperkasakan segenap ruang SAM dengan mengidentitikan idea dan perjuangan yang lebih besar iaitu mewakili air mata dan cita-cita perjuangan seluruh Kota Marudu. Untuk menjayakan organisasi maya ini, SAM perlukan pemikir, pencetus, pemimpin, pengkritik bahkan harus memberikan ruang mengetengahkan keluhan-keluhan petani, nelayan atau tukang kayu juga orang-orang muda dari segenap Kota Marudu untuk mempertingkatkan inovasi selangkah lebih berwawasan dan lebih kompetitif. Dengan itu, SAM perlukan individu yang berketerampilan daripada pelbagai lapisan masyarakat agar Kota Marudu dapat mengakses wibawa minda mereka termasuk juga sebagai saluran menambahbaik kepada segala ketidakseimbangan dalam politik, sosial, ekonomi dan kemasyarakatan.

Tuntutan lebih besar selepas ini ialah SAM perlukan keterampilan idealisma anak jati Kota Marudu. Di mana pun mereka berada. SAM perlukan modal intelek untuk mengetengahkan informasi dan standard nilai yang memperkayakan intelektualism. SAM perlukan penyertaan individu yang mempunyai visi dan misi yang jelas berkaitan masa depan Kota Marudu. Dengan ini Kota Marudu boleh melangkah pergi jauh. Selain itu SAM perlu juga mengambil bahagian bergiat secara aktif dalam tanggungjawab sosial sama ada dalam bentuk kajian, penyelidikan, dokumentasi, mengumpul maklumat, memelihara dan memulihara kebudayaan dan warisan alam, mengetengahkan potensi pelancongan termasuk memperkenalkan Kota Marudu dengan pengetahuan teknologi dalam bidang berkaitan dengan mata pencarian warga desa serta mengambil inisiatif dalam memindahkan ilmu pengetahuan dan informasi terkini kepada generasi muda.

SAM juga tidak dapat melarikan diri daripada bercakap soal politik. SAM perlu aktif mendidik dan memberikan kesedaran kepada warga desa akan peri pentingnya kematangan berpolitik dan dalam membuat keputusan. Berani berubah jika tiada perubahan. Tidak semestinya ada keperluan untuk berubah arah perjuangan. Tidak juga saya katakan menidakkan ideologi lain mencelah. Perkara asas ialah kita ingin menikmati satu budaya kerja dan pengurusan yang beretika daripada orang politik. Bersuara bila orang politik tidak ikhlas berpolitik. Jika tidak, wujudkan kerjasama dan tuntut perubahan kepimpinan. Ketengahkan orang yang difikirkan sesuai demi survival dan kesinambungan tanah lahir kita.

Jangan lupa, SAM perlu mendekati anak muda. Di tangan mereka adalah nafas dan nadi Kota Marudu. SAM harus mengambil bahagian dalam merungkaikan masalah sosial yang mula meragut nama baik Kota Marudu. Bila alam mulai berbicara sehingga menggusarkan 'buminya', SAM juga perlu berorganisasi dan mengambil bahagian dalam kerja-kerja sukarelawan tanpa memikirkan apakah balasan atau habuan yang akan diterima.

MAJULAH SAM demi bangsa dan KHUSUSNYA KOTA MARUDU!

9 comments:

SANGURU said...

setuju. SAM - suara anak MARUDU. Bukan SAT - suara anak Tandek. Bagi saya Tandek ibarat rumah kelahiran, marudu umpama padang permainan. Keduanya dekat di hati. Umpama kanak-kanak, ada yang suka memerap di RUMAH, ada yang kuat main di PADANG (payah2 disuruh pulang RUMAH).

Usia SAM baru mau masuk 10 hari bah! TERLALU awal untuk membuat sebarang andaian. Kita tunggu dan lihat.

So, pembaca khususnya MARUDUIAN, saya yakin sdr/i faham apa maksud saya. KERANA ANDA JUGA BIJAK...

Umar al-Longobi said...

sy juga setuju. SAM... tapi, bukan SAT. cuma saja skrg ini, SAM baru dilahirkan. 10 hari??? akikah pun belum buat. kalau SAM ini diibaratkan manusia, 10 hari ini ada baby yang belum boleh buka mata lagi, hehe.

Apapun, tahniah kpd SAM (bukan isi bakul angkat sendiri aaaah, tapi realiti!) kerana bukan sahaja boleh membuka mata sendiri tapi hampir boleh berlari dan boleh pula membuka mata orang lain.

di 1 aspek yg lain, kita tau ada ramai lagi warga marudu yg `buli-buli` di luar sana. tapi, mereka belum bergabung dgn SAM atau masih ada yg belum tau kelahiran SAM. atau... mereka `rimas` bersama SAM yang memilih jalan sederhana ini (bukan ekstrim). atau lagi... mereka tiada darah seorg pejuang. cuma yg ada adalah darah seorg ahli `pertapaan`.

bagaimanapun, itu adalah hak masing2... SAM berjuang bukan membawa rakyat kpd kita (sidang redaksi SAM) tapi berjuang membawa mereka kepada perubahan yg hakiki, insyaAllah. kita buatlah yg termampu, selebihnya... serahkan kpdNya.

Little Mike said...

Ya, baru 10 hari.. hehe. Ada masanya saya 'terlajak' untuk menjadi sebahagian daripada cita-cita yang berpaksikan 'think big'..

Namun saya percaya, usia awal blog ini tidak bermaksud mengambarkan para bloggernya baru bertatih dalam dunia blog. Blog mungkin baru pada peringkat permulaan tapi kita sudah lama bermula. Sebab itu ada masanya saya terfikir seolah2 blog marudubloggers ini seakan-akan sudah lama wujud...

Saya sangat mengiktiraf kematangan semua staff SAM sehingga saya merasakan sudah perlu 'bersuara' lebih lagi namun seperti kata SANGURU dan Umar, harus bersabar dengan blog ini. Saya setuju. LANGKAH DEMI LANGKAH!

SAM rules!!!

JMimie Mabin said...

SAM vs SAT...hehe..klu ikut mana yg sedap mulut mo sebut..pasti semua setuju SAM lagi best bunyinya. mcm 'bida' pula klu sbut SAT..

Memang betul usia SAM masi baby tapi mentalnya da dewasa...pendek kata sy setuju dgn semua komen2 di atas. Apapun, sy tidak merasakan LM terlajak utk berkata atas dasar 'THINK BIG'..kerana dari segi teorinya mmg sgla sesuatu harus bermula dari satu visi yg besar (dlm minda)...cuma praktikalnya tu pastilah kena step by step...sikit2 lama2 jadi bukit urang bilang.. Dgn izin Yang Maha Kuasa pasti tercapai Visions itu!

tompinai said...

Salam bertemu kembali. Dalam sehari dua ini, saya cuba menahan untuk tidak memberi sebarang ulasan pada mana2 artikel. Bagaimana pun saya tertarik dengan artikel LM ini. Saya tidak menyangka komen saya telah menjadi satu bahan kupasan terutama berkaitan dengan istilah 'tandekian'.Tindakan saya menggunakan istilah itu telah menimbulkan rasa tidak senang pada beberapa ahli SAM.(kalau ada, saya minta maaf).Melihat kepada komen setiap ahli SAM, jelas sekali yang tidak ada satu benda pun yang boleh melenyapkan kekukuhan SAM. Ketegasan dalam mengetepikan istilah itu amat jelas. Ini menunjukkan kematangan setiap ahli SAM menilai,menapis sesuatu permasalahan. Cakupan minda yang luas dan kesatuan dalam pendapatan menjadikan SAM unik. Walaupun hanya dalam ruang maya tetapi masih dapat bergerak serentak dalam menyatakan jawapan sesuatu jawapan. Syabas dan tahniah.. saya pernah menyatakan yang warga Tandek mempunyai satu kelebihan yang menjadi perhatian dan tarikan,malah ia sebenarnya merupakan satu kekuatan. Ciri-ciri ini amat jelas dalam keluarga SAM. Keupayaan SAM dalam menggunakan kelebihan/kekuatannya ini pasti akan menghasilkan kejayaan yang lebih besar......

tompinai said...

maaf.. ada beberapa kesilapan ejaan dan ayat..harap maklum.
1. 'pendapat' bukannya 'pendapatan'
2.'bergerak serentak dalam menyatakan sesuatu jawapan'.

Little Mike said...

Tompinai...

Sebelum saya meneruskan hasrat saya menulis dengan rendah hati satu dua kata rantaian dari ufuk rasa, izinkan saya untuk memohon maaf jika sekirannya kupasan saya itu seakan2 'menidakkan' beberapa kata2 tompinai sebelum ini. Tegur saya jika pendekatan artikel saya tidak selari dengan hasrat ikhlas tompinai.

Sesungguhnya artikel saya itu tidak pernah bermaksud 'tidak senang' atau apa2 sahaja yang seakan2 satu pernyataan emosi yang bertentangan...

Yang ada cuma, mahu memperluaskan skop kerana saya seronok blog ini dilihat sebagai keseluruhan rasa dan gelora yang dikhaskan untuk Kota Marudu. Saya berkata begini kerana keinginan saya untuk melihat tompinai juga adalah SAM. Saya mahu penyertaan tompinai dalam SAM tidak di'terkekang' oleh konsep tandekian atas sebab kebetulan hampir kesemua bloggernya dari Tandek. Saya akan sedih kalau ada orang dari sekitar Kota Marudu yang sedia menawarkan bakti tapi mungkin 'tertahan' hasratnya kerana melihat konsep SAM yang tidak dapat melarikan dirinya daripada bercakap atau bersifat ketandekian..

atas sebab itulah artikel saya 'wujud' kerana mahu semua warga SAM, khususnya Kota Marudu dapat merasakan semangat 'kemaruduan'... ini hasrat saya..

Kepada saudara tompinai, saya ingin katakan saya sangat teruja melihat anda telah mengambil keputusan menjadi sebahagian daripada SAM! Terima kasih kerana bantuan penyertaan tompinai telah meluaskan beranda SAM sehingga ke tempat tompinai. SAM perlukan penyertaan dari segenap desa Kota Marudu..

Kesempatan ini saya memohon maaf jikalau saudara tompinai 'terusik' oleh artikel saya... SALAM SAM!! :)

GAMBATE SAM!

tompinai said...

kepada little mike,

Saya tidak sedikit merasa tersinggung malah merasa teruja kerana persoalan itu sebenarnya telah membuktikan 'keperkasaan minda ahli SAM'. SAM telah bertindak pantas untuk menghurai persoalan itu. Rumusan anda juga telah berjaya membuktikan yang SAM berjuang untuk semua...syabas.

nota: Little Mike, masih ingat saya.....?

Little Mike said...

Saudara tompinai...

Siapa yang tidak kenal nama Jesvi. Kita pernah 'bertembung' di goshen dengan pelbagai kenangan. Sebenarnya saya juga mahu letak nota ba tu tapi banyak masa saya ambil untuk 'tersenyum' kerana senang hati bertemu dengan ko lagi di ruang SAM!