SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, January 18, 2009

MEMPERKASA SILOGISME ANAK MARUDU!

Oleh, Umar al-Longobi http://geomotivator.blogspot.com/
Adakah saudara pernah mendengar atau terbaca tentang Teori Silogisme? Sebenarnya, teori ini adalah salah satu teori yang tersohor di dalam bidang psikologi. Pada dasarnya, teori ini mengajar kita mengetahui, memahami dan menganalisa tindak-tanduk manusia di dalam kehidupan seharian. Ironinya, sikap manusia ini adalah pelbagai sehingga boleh dikatakan bahawa hampir mustahil ada dua manusia yang mempunyai persamaan sifat dan sikap 100%. Sedikit persamaan itu mungkin ramai. Apapun, perbedaan pendapat, pendirian dan sikap terhadap sesuatu perkara itu merupakan sesuatu yang amat positif malah boleh mendatangkan rahmat sekiranya terurus dengan baik. Di dalam mengupas teori ini, tiga kata kunci penting mesti diperhalusi iaitu, kepercayaan (belief), nilai (value) dan sikap (attitude). Secara mudah saya ingin katakan bahawa, kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu perkara akan melahirkan satu nilai yang kuat terhadap perkara tersebut. Kombinasi kepercayaan dan nilai yang kuat akan mencetuskan satu sikap yang kuat berkenaan perkara tersebut. Natijahnya, kejayaan yang kita harapkan di dalam perkara tersebut akan tercapai dan kita akan mendapat kepuasan yang amat mengagumkan.
Saudara, sebagai contoh dalam bidang perniagaan. Sila perhatikan kenyataan-kenyataan berikut:
  1. "9/10 sumber rezeki/kekayaan adalah datang daripada perniagaan. Perniagaan merupakan sebuah bidang pekerjaan yang mulia dan paling hampir kepada kekayaan." (Kepercayaan/belief).- Mencetuskan persepsi!
  2. "Seronoklah apabila memiliki sebuah perniagaan yang menguntungkan (macam yg ada klinik tu... hehe, gurau ah tuan Dr). Apabila duit banyak, lebih mudah kita bersedekah dan semua kesempitan hidup kita akan dapat diatasi." (Nilai/value).- Mencetuskan keinginan yg membara!
  3. "Saya akan berusaha sedaya-upaya untuk memulakan perniagaan. Sebagai permulaan, saya akan memilih jenis perniagaan yang akan saya ceburi. Selepas itu, saya akan mengikuti kursus berkaitan dan memulakan perniagaan kecil-kecilan terlebih dahulu." (Sikap/attitude).- Mencetuskan tindakan!

Sebagai kesimpulannya, jikalau kita ingin menjana satu kejayaan yang besar di dalam apa sahaja lapangan yang kita ceburi, kita mestilah mulakan dengan KEPERCAYAAN-Persepsi. Pastikan kepercayaan itu `besar`. Kemudian dikuti dengan NILAI-Keinginan yang `besar`. Seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini, kombinasi kepercayaan dan nilai yang besar akan menghasilkan SIKAP-Tindakan yang sudah pasti juga `besar`. Insya-Allah kejayaan yang kita perolehi juga kejayaan yang `besar`.

Tahukah anda bahawa kemenangan PAS (PR) dalam PRK-KT semalam menewaskan UMNO (BN) dengan jumlah majoriti besar 2,631 undi, adalah bermula dengan kepercayaan/belief- Persepsi di kalangan pengundi! Ya, ada benarnya kan... Tahniah kepada yang menang. Yang kalah cuba lagi, he he he! Baik... persoalan saya sekarang ialah, apa pula kepercayaan/belief- Persepsi kita dan pembaca sekalian terhadap anak-anak Marudu??? Khususnya, soal kebolehan/kemampuan anak Marudu memimpin tempatnya sendiri. Atau adakah Marudu ketandusan pemimpin yang adil dan berkarisma??? Langkah pertama itu penting... kerana, ia akan menentukan hala tuju Kota Marudu selepas ini. Wallahua`lam.

"Bersama kita memperkasa silogisme Anak Marudu"

[KEPERCAYAAN (K) + NILAI (N) ]+ SIKAP (S) = BERJAYA (B)

[K + N]+ S = B

5 comments:

SANGURU said...

saya bersetuju dengan saranan sdr. itulah tugas kita beri kesedaaran.

Little Mike said...

satu analogi yang diekspresikan melalui minda yg jelas.. saya percaya 'belief' sebagai nilai yang berkuasa mencetus kepada satu urus kerja yang memangkin permulaan kejayaan.

Umar al-Longobi said...

terima kasih tuan sanguru & LM, sy juga bersetuju dgn sdr berdua. sebenarnya sy ada persoalan yg sudah lama bermain2 dlm fikiran sy. apa yg perlu kita lakukan utk Marudu? adakah kita perlu ajar mereka mengenali politik terlebih dahulu. atau, kita ajar mereka bagaimana bermain politik??? sebab... org tua2 pernah cakap, "kalau belum kenal apa itu pedang, jangan cuba2 turun ke gelanggang". mgkin ada sesiapa yg boleh tulis ttg ini...

tompinai said...

Saya bersetuju dengan sanguru, beri kesedaran dulu, celikan dulu minda mereka. Apabila minda sudah terbuka baru mereka akan faham apa sebenarnya politik dan bagaimana cara untuk memainkan politik, ia berdasarkan kepada apa yang mereka mahu.Politik ini bermacam-macam. Oleh itu, SAM jalankan tugasan anda untuk menbuka minda warga Kota Marudu.

Umar al-Longobi said...

Baik... kalau macam itu, kita lancarkan perang `membentuk persepsi baru` anak Marudu. Ya, `Marudu Baru`... moga Tuhan berikan kekuatan kpd kita. amen...