SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, January 28, 2009

OKU

Aldusuni
http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/ CORETAN DARI NABALU
Rumah Jaibal Injap 2008

Coretan dari Nabalu merupakan ruangan khas yang ‘Tikung’ bagi untuk saya menyampaikan gagasan dan percikan fikiran. Kalau sebelum ini, saya hanya melihat panorama sekitar kaki gunung, tapi kali ini saya panjat puncak Nabalu untuk melihat betapa luasnya negeri Di Bawah Bayu dengan seribu satu macam peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Puas saya meneropong segenap penjuru, ke timur, barat, utara dan selatan tapi teropong saya masih juga melihat Kota Marudu sebagai fokus utama lensa minda saya.

Barangkalilah, teropong saya ini tahu Kota Marudu perlukan fokus serius, hehehe... Seminggu lebih lalu, ‘Tikung’ menghubungi saya dan memberi tahu bahawa OKU Jaibal Injab yang sebelum ini saya perjuangkan melalui badan NGO di samping liputan akhbar Utusan Malaysia beberapa bulan lalu telahpun mendapat bantuan rumah PPRT bernilai RM 44, 000. 00 ( Ringgit Malaysia empat puluh empat ribu sahaja ) . Rumah beliau sudah hampir siap ketika ini. Terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan membantu membina rumah kepada OKU Jaibal.

Namun, saya agak terkejut bila mendengar kononnya peruntukan membina rumah PPRT ini tidak mencukupi untuk melengkapi rumah Jaibal dengan tandas dan beberapa bahagian lain dalam rumah. Mentang-mentanglah rumah yang dia buat itu dimiliki seorang OKU, senang-senang saja kontraktornya kata peruntukan tidak cukup . Lebih dari itu, tuan kontraktor minta pula Jaibal memohon peruntukan tambahan kepada pihak kerajaan. Jenis manusia macamanalah agaknya tuan kontraktor kita ini.

Janganlah disebabkan ketamakan pihak-pihak berkaitan menyebabkan orang yang sudah sekian lama menunggu untuk mendapatkan haknya tiba-tiba, diambil sedikit demi sedikit pula hak itu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga akhirnya yang didapati oleh Si Empunya yang sepatutnya tinggal sedikit, ‘cukup pun tidak’ kata orang. Mana nilai kemanusiaan pihak-pihak ini? Nampak sangatlah sikap rakus menguasai mereka sehinggakan orang kurang upaya seperti Jaibal pun mahu ‘dimakan’ juga. Apapun, orang-orang seperti ini, hati-hatilah...kalaupun di tempat lain, anda biasa berurusan seperti ini, ‘makan-makan’ di mana ada kesempatan, tapi di kawasan kami, hati-hatilah sebab kami juga tahu di mana tempat yang sesuai untuk berurusan.

Sebuah lagi rumah PPRT di Kampung Salimandut nampaknya sudah siap tapi, dukacita, kerana lantai rumah yang disimen boleh dimasuki air ketika tanah dibasahi hujan. Pihak kontraktor mungkin tidak mengambil kira hal-hal seperti ini ketika menyiapkan rumah kerana yang penting bagi mereka ialah siap dan dapat wangnya. Tuan kontraktor....ini rumah orang kampung, tuan untung sedikit pun kira ok lah. Janganlah sebab buat rumah PPRT, tuan buat alah kadar saja. Hairannya lagi, di antara rumah-rumah PPRT ini, saiz dan bentuknya sama tapi zink berbeza-beza. Tidak percaya? Cuba tinjau-tinjau rumah PPRT sekitar Kampung Nolotan dan Kampung Salimandut. Tempat-tempat lain belum tahu lagi. Macam-macam pula masalah rumah PPRT ini. Jelasnya, jawapan untuk persoalan ini hanya boleh diketahui melalui pihak pejabat daerah yang bertindak sebagai pelaksana.

Terkilan dengan situasi ini, saya cuba menghubungi Pejabat Daerah Kota Marudu. Bagaimanapun, saya gagal bercakap dengan Tuan DO kerana menurut PA, beliau ketika itu sedang bermesyuarat. Saya kemudiannya, hanya sempat meninggalkan pesanan agar kontraktor berkaitan diberi pemantauan segera. Hingga kini saya belum mendapatkan maklumat terkini berkaitan perkara ini. Cerita lanjut mengenai OKU Jaibal boleh diikuti di http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/

3 comments:

SANGURU said...

Selepas menerima aduan drp yg empunya masalah, saya telah menghubungi tuan DO dan beliau sebenarnya telah berjanji akan menyiasat hal ini lepas cuti tahun baru cina. HARAP SEMUA YG SEDANG TENSION DAPAT SABARRR....hehehe...

Nazri Aldusuni said...

mungkin hari ini sya balik d km ... kana pusing2 dulu ruma2 PPRT

Umar al-Longobi said...

SAM buat pendedahan, rakyat yang akan menilainya. Syabas!