SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, January 15, 2009

ORANG KAMPUNG ...

Coretan Dari Nabalu http://nazri-suaramualaf.blogspot.com
Waktu, tempat dan keadaan yang tidak mengikat saya adakalanya membawa saya berjumpa dan melihat sendiri pelbagai jenis ragam dan keadaan manusia yang sibuk mengurus harian masing-masing. Kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman yang saya alami kira-kira jam 9.30 pagi tadi ketika saya berurusan di Pejabat Daerah Ranau. Saya sebenarnya datang untuk memberi sedikit penjelasan berkaitan pembinaan surau di kampung Silad, Ranau yang kelulusannya telah diminit oleh Pak Lah pada tahun 2007 lagi. Untuk tujuan ini, saya perlukan pengesahan tapak dari pegawai daerah sendiri. Insyaallah, tidak lama lagi, salah seorang kontraktor di Ranau akan memulakan pembinaan surau di kampung tersebut. Sambil menunggu giliran, saya perhatikan gelagat manusia yang juga sedang menunggu giliran masing-masing. Kebanyakan mereka terdiri dari orang-orang kampung yang mahu minta cop akuan sumpah, permohonan tanah, membayar cukai, permohonan lesen, pendaftaran kelahiran dan kematian dan macam-macam lagi. Apa yang mendukacitakan saya ialah, keadaan orang-orang kampung yang berwajah letih sambil menahan sejuk kerana terpaksa menunggu berjam-jam untuk menyelesaikan satu urusan. Masa menunggu yang terlalu lama kerana berurusan dengan pegawai-pegawai berkaitan menjadikan suasana ber ‘aircond’ di dalam semakin sejuk sementara di luar pula hujan terus turun dan rasa sejuk semakin sejuk. Orang kampung jadi seperti tiang dan batu. Terus menunggu giliran dengan muka ‘bikin kasian’. Kelaparan, kesejukan, kerisauan dan macam-macam perasaan yang tidak dizahirkan dengan perkataan, mungkin sedang berperang di hati mereka. Hendak mengadu, tidak tahu ke mana. Biasanya, apabila tahap keperluan orang kampung berurusan ke pejabat atau pekan sudah terlalu mendesak, barulah mereka berusaha sampai ke pekan. Jika tidak, minta maaf sajalah, mereka sanggup menunggu dan menyiapkan kerja rutin mereka di kampung saja. Bila sudah turun ke pekan, mereka ini bukan macam orang pekan yang biasa bersarapan di rumah atau di restoran. Untung-untunglah kalau sebelum keluar rumah mereka sempat ‘ mongintopod‘ ( makan nasi yang dimasak semalam ), biasanya mereka ni, ‘main jalan’ terus saja sebab takut ketinggalan kereta atau ‘pawong’ ( kereta sewa). ‘Betul-betul bikin kasian’..Ayat ini sajalah yang bermain dalam hati bila melihat keadaan seperti ini. Para pembantu pegawai sepatutnya memaklumkan sebab musabab yang menyebabkan kelambatan giliran berlaku atau sekurang-kurangnya prihatin dengan keadaan tempat duduk yang tidak mencukupi. Tidaklah orang-orang kampung yang datang berurusan dari jauh ini berdiri lama menunggu berjam-jam, menanti selesai urusan mereka. Amatlah mendukacitakan bilamana keadaan seperti ini ditambah dengan perangai segelintir pegawai yang bekerja ‘endah tak endah’. Rasanya tidak melampau jika keadaan itu diterjemahkan seperti ini kerana apa yang saya saksikan hari ini ialah ada pembantu pegawai berkaitan yang mengurungkan dirinya di bilik berhawa dingin dan dengan santai menghadap ‘computer’, sambil menarik tetikus ke sana ke mari. Bersantai dengan ‘kerja sendiri’. Mujurlah orang-orang yang menunggu hari ini tidak menuntut hak mereka sebagaimana piagam pelanggan yang sepatutnya terpampang di ruang menunggu. Sayangnya, saya tidak nampak piagam pelanggan itu. Saya cadangkan supaya, pejabat-pejabat awam seluruh Sabah menetapkan ‘masa siap’ sesuatu urusan agar memberi ruang kepada orang awam merancang dan mengatur masa dan jadual mereka berurusan. Ketika berurusan pula, janganlah melalut itu dan ini, menambah dan memanjangkan cerita ( terutamanya dengan kenalan pegawai ) atau bertanya perkara-perkara yang yang bukan menjadi keutamaan kepada urusan sebenar. Belajarlah mengasihani orang yang menunggu, yang kita tidak tahu berapa banyak urusan yang hendak mereka selesaikan hari itu. Usahlah juga mencuri waktu panjang untuk rehat. Kalau masuk jam 2. 00 pm, sebelum 2. 00 pm itu sangat cantiklah sudah waktunya mereka berada di kaunter dan bersedia menerima pelanggan. Melalui pengalaman saya berurusan di beberapa buah pejabat awam di Sabah, ada di antara pegawai-pegawai awam yang masuk jam 2. 10 pm atau lebih, baru ketapak…ketapak… bunyi tapak kasut menuju pintu pejabat. Ada juga yang terlebih pintar minta di’punch’ itu kad, walhal orangnya masih di luar pejabat. Pelik tapi benar. Tolonglah…kalau mahu bekerja, buat macam orang yang sedang bekerja. Kalau tidak, masih ramai penganggur keluaran ‘u’ yang sedang mengintai-intai pekerjaan. Kalau di Jepun, alamatlah pegawai tersebut dikenakan tindakan 24 jam. Kalau tidak percaya, tanyalah orang yang bekerja di Negara Matahari Terbit, saudara kita Si Tompipiris ….

3 comments:

Erieq said...

lagu blog nie best.,saya suka denga lagu proton saga kelabu huhuhu

kyro said...

Saya pun malas mau berurusan di pejabat kerajaan pasal ini lah terpaksa menunggu lama-lama nda tau kenapa...padahal yang diurus itu kalau dibuat betul-betul nda sampai pun 10 minit.Yang bikin panas lagi tu sudah pun kita duduk didapan-dapan boleh lagi tu pegawai becerita sama kawan dia di sebelah....nda pun dia peduli orang di dapan dia.Orang-orang kampung di Sabah ni telampau bagus bah nda pandai komplen.

MARUDU BLOGGERS said...

Al-dusuni, tahniah atas pendedahan yang bersopan. saya bersyukur kerana setakat ini masih jujur terhadap diri sendiri dalam perkhidmatan awam...dan "BEBAS RASUAH"...

* SANGURU.