SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, January 13, 2009

CORETAN DARI NABALU...

Oleh: Nazri Al-Dusuni
Orde Baru
Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Ranau petang tadi, hujan turun cukup lebat dan kabus tebal menyelimuti perjalanan. Inilah Daerah Ranau. Daerah sejuk dengan kabus yang membuatkan para pengguna jalan sedikit teruji melewati jalan berliku dan berbukit di kaki Gunung Kinabalu. Bagi pemandu yang mengalami masalah penglihatan, kesukaran memanglah berganda dan tumpuan mesti dilebihkan. Namun, sepanjang perjalanan saya menuju dan melewati daerah pergunungan ini, fikiran saya ligat beputar dan sukar di’brek’ untuk berfikir. Macam-macam perkara menyinggah masuk di kepala, termasuklah blog Suara Kota Marudu yang baru dilahirkan ‘cukup bulan’ oleh Sanguru dan Tompipiris. Mereka berdua ini wajar ditauliahkan sebagai ibu dan bapa kepada Suara Kota Marudu ( SAM ). Tahniah dan syabas kerana berjaya melahirkan satu lagi wadah untuk orang kita bergelanggang di pentasnya. Saya dan rakan-rakan lain menyokong 100% usaha ini dan marilah kita sama-sama mewarnakannya dengan corak daerah kita, Kota Marudu. Saya berbalik pada perjalanan fikiran saya semasa perjalanan berkabus tadi. Saya sebenarnya memfokuskan keadaan Kota Marudu yang sedang nazak. Ada ketikanya, kepala saya mendidih panas apabila melihat golongan miskin terbiar dan tidak diendahkan oleh pemimpin-pemimpin politik kita. Saya sering tertanya-tanya adakah mereka ini sengaja dilepas pandang atau mereka yang bergelar pemimpin benar-benar tidak tahu wujudnya golongan-golongan seperti ini? Saya percaya dengan lahirnya blog SAM, sedikit sebanyak golongan-golongan miskin tegar akan mendapat atau sekurang-kurangnya merasa sedikit hak mereka yang sepatutnya. Saya juga yakin dengan wujudnya SKM ini, para pemimpin politik akan mendapat pembantu baru yang bekerja memberi ingatan kepada mereka tanpa gajian. Dengan adanya jawatan-jawatan baru ini, saya pasti, mereka tidak akan terlupa lagi dengan tugasan mereka. Apalagi jika para pemblog khususnya anak tempatan Kota Marudu ini terdiri dari golongan profesional yang memiliki pelbagai kelulusan dan kepakaran tinggi ; Dr, Prof, Master, BA , pensyarah, ketua jabatan, guru-guru dan para pelajar yang cukup hebat buah fikiran mereka. SAM bakal mencipta order baru di abad ini sekali gus membawa Kota Marudu melangkah jauh ke depan, seiring dengan wawasan negara. Akhir sekali, saya menyeru anak watan Kota Marudu agar mengambil peluang mencurah buah fikiran di pentas SAM ini. Lontarkanlah gagasan fikiran anda agar suara SAM ini mampu berkumandang di persada dunia. Sesungguhnya, Kota Marudu kini tidak lagi seperti katak di bawah tempurung yang satu ketika dulu, disepak-sepak dijadikan lelucon. Wahai dunia, Ingin kami khabarkan padamu bahawa di Teluk Marudu ini masih panas bahang perjuangan Sharif Osman masih berdiri teguh kubunya. Dia seringkali datang dalam mimpi kami mengajar langkah-langkah perjuangan yang pernah bertapak di Teluk Marudu ini. Lalu, setelah sekian lama kami membaca dan mentafsir bait-bait karamahnya, maka, hari ini kami sepakat bertekad mendaulatkan kota ini agar sejarah kali kedua berulang aas tapak cemerlang, gemilang dan terbilang di bumi merdeka Aldusuni http://nazri-suaramualaf.blogspot.com

No comments: