SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, January 18, 2009

RINDU ANAK RANTAU

Setiap jalan kehidupan kita telah tersurat dan banyaknya tersirat. Terpulang kepada kita untuk melihatnya. Ada di antara kita yang ditakdirkan tinggal bersama ibubapa walaupun setelah berkeluarga sendiri. Mereka inilah anak harapan untuk menjaga ibubapa yang semakin tua. Ada anak yang tinggal berjiran dengan ibubapa atau senegeri, ada yang merantau ke negeri lain, tak kurang juga ke luar negara sebagai anak rantau. Jalan hidup yang telah kupilih nampaknya akan menjuruskanku untuk menjadi anak rantau. Aku mungkin akan berenggang dengan keluarga untuk tempoh yang agak panjang atau untuk selama-lamanya. Sebagai anak rantau, gelak tawa mesra keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan akan sering menjadi kerinduan. Namun, senda-gurau dengan sanak-saudara dan rakan-rakan ini yang kadang-kala boleh membawa kepada pertelingkahan kecil atau besar, dapat dielakkan. Bila lama tak jumpa, kerinduan itulah yang mengeratkan rasa kasih dan membungakan rasa sayang yang segar mekar.Hubungan kemesraan yang kekal. Manakala kehidupan anak rantau di perantauan ini seringkali disulami dengan dugaan. Dugaan kecil juga besar ini mendewasakan apatah lagi segalanya harus ditangani sendiri. Tiada lagi keluarga,rakan dan sebagainya yang boleh memberi pertolongan secara langsung. Setakat bersms meminta nasihat, bolehlah. Selebihnya, fikir dan harungilah sendiri. Pahit maung, bergantung harap pada tulang empat kerat dan beberapa orang rakan yang tidak berapa kerat. Mereka juga ada kehidupan dan masalah masing-masing. Jika bernasib baik mendapat jiran yang suka membantu, boleh juga dibuat rujukan. Namun, untuk menceritakan isi hati, harus pandai-pandai pula memilih. Kesunyian kadang-kala bertandang jua. Tetapi kelebihannya juga tetap ada. Kehidupan itu lebih menjurus kepada kesibukan mengharungi dugaan untuk menyesuaikan dan meneruskan hidup. Walaupun skopnya lebih kecil, ia juga lebih ringkas. Skop itu pastinya akan bertambah luas bergantung kepada bilangan orang yang dikenali, tempoh menetap di negara orang dan berapa banyak aktiviti yang dilakukan.Namun demikian dengan lahirnya blog SAM seakan-akan aku tidak lagi jauh dari tanah kelahiran.Kadang-kadang di blog ini aku semacam melihat lambaian tangan sanguru memanggilku untuk bersama-sama menghirup udara segar Tingkalanon kampungku.Kedengaran pula suara-suara nakal Little Mike,Nong,aman Al-dusini,Umar Al-longobi,LTM Muss,tody,carl,ison (sekadar menyebut beberapa nama) mengusik ku. Ahhhhh..aku mengelamun rupanya..kedengaran suara orang Jepun berkata.. ( 今日の一日も頑張ります= KITA HARUS MELAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK HARI INI ) Untuk saat ini SAM adalah pelepas rinduku. 

7 comments:

SANGURU said...

Terus terang aku bangga ada orang kampungku yang berjaya di perantauan. da juga boy2 kota marudu yang merantau di KL tapi kdg2 tak cukup makan! Sdr telah banyak kemajuan banding dulu2, kos melepas sang perantau ialah "RINDU" tpi dalam idup ini mesti ada kos melepas kalau mau kemajuan idup. jgn risau, SAM mendekatkan yg jauhhh...
TERUSKAN!

Dr. Nellson Maisin said...

Mungkin kita tidak selalu bersama secara fizikal dengan keluarga sendiri mahupun sesama kita di sini, tetapi di dalam blog SAM ini kita sudah menjadi satu keluarga besar yang hanya dijarakkan oleh 'tarian jari-jemari' pada 'keyboard' PC/Laptop/PDA masing2. Teruskan usaha tobpinee tompipiris. Hee...

Little Mike said...

GAMBATE illie!

Nazri Aldusuni said...

kada kosusa sino jipun aman ... ondomon nopo sejarah dang kodori. jipun momorinta tokou tapi syukur tidino ikau momorinta sino... nakanu dot sumandak jipun. ikau menjadi idola tulun tokouu...

Umar al-Longobi said...

sdr illie,

tahniah atas ketabahanmu berjuang di perantauan. jgn cakap di jipun, di semenanjung pun rasa rindu, risau dan runsing selalu bermain2 di dlm diri. apatah lagi di negara matahari terbit itu. selain SAM sbg pelepas rindu, gaji sdr pun buli mengubat rindu bah kan..hehe. mgkin belipat kali ganda banding kami yg memegang RM ini. hehe.. faham2 sajalah, mata wang di jipun.. motivasi juga tu bos, hehe. teruskan perjuangan...

azirulgcarl said...

arigato huzaimastu....hehehe...

sy selalu tengok drama2 japanese di web...semua best2. terus teringat pula Mr. Illie di sana.... :P

ni lah yg best ni SAM ni..merapatkan lagi yg belum rapat...sentiasa update berita di KM..

good...

NONG said...

Kadang2 bila berjauhan dari keluarga lebih2 bila menetap diperantauan barulah kita boleh berdikari dan mengenal kemampuan diri kita...
Itulah yg dikatakan pengorbanan dan rezeki Illie..
Ong sisiti ko mugupu diri, awasi ong irad dino kedupan nu makaa.. believe it or not?..

Koromou oku mambaca dilo entry nuh..dalam hal2 begini,sya memang sensitif..Itulah..hanya orang yang sejiwa dengan kita boleh memahami jiwa kita..SAM adalah kawan menangis dan ketawa kita.
Semoga dengan kelahiran SAM kita dapat berkongsi segala sesuatu yang baik..