SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, January 14, 2009

SALAM DARI PERANTAUAN Part 1

Sejak akhir2 ini..sia selalu balik agak lewat..urang bilang kira OT..start karja dari jam 8.30 am sampai jam 5 pm (kalu ikut jadual lah)..tapi 2-3 hari ini..kadang2 sampai jam 9 pm~10 pm.Macam sia rumah dekat sija dari tampat karja..kira2 10 minit pakai subway (keretapi bawah tanah) abis karja bulih balik rumah..sampat lagi baca blog..tapi ada kawan2 opis yang rumah jauh terpaksa tidur opis..sabap bisuk pagi kana karja lagi.. Kerja macam ini mimang suda jadi lumrah kalu di Jipun..tidak kira kerja dengan kerajaan atau swasta..kali pertama saya karja dengan kompeni Jipun..baru 1 minggu..sia terus jatuh sakit.Sewaktu di Malaysia..sia tidak pernah kerja lebih dari 12 jam sehari.Sia pun hairan kenapa orang jipun ni talampau suka kerja.Biarpun kerja agak susah tetapi kalu pasal kebajikan pekerja..sia rasa di jipun lah paling numbur 1.Contohnya: sesiapa yang ada anak..dalam gaji ada extra duit kana tambah untuk belanja anak2..Bayaran sewa keretapi di bayar penuh oleh majikan untuk setiap 6 bulan...Bonus dibayar 2 x setahun..1 bonus musim panas dan bonus musim sejuk..kalu yang kena kerja OT..biarpun 15minit buat OT..majikan tetap bayar.Tidak hairan lah pekerja2 dalam sesuatu organisasi begitu setia sehingga mereka pencen. Sekiranya seseorang syarikat itu mau berhenti..2 bulan selepas tarikh berhenti bekas pekerja tadi masih lagi dapat gaji dari syarikat.selepas itu sehingga dia dapat kerja baru tidak kira lah berapa lama menganggur..masih mendapat duit setiap bulan melaui jabatan buruh.Kerana sebelum ini semasa bekerja ada potongan gaji.Jadi tidak timbul masalah sekiranya tiba2 mahu berhenti. Jadual kerja pun teratur di jipun..dalam 1 bulan ada 8/9 hari cuti..sekiranya ada hal mustahak yang perlu dilakukan semasa hari bekerja..pekerja boleh mengambil cuti khas..sia kira perkara ini pun berlaku di Malaysia.Cuti tahunan dijamin pada setiap pekerja.. Cuma 1 yang amat penting di jipun ialah DISIPLIN!! pekerja2 disini tidak pernah "curi tulang" semasa waktu kerja..dalam kompeni sia sebagai contoh..hanya seorang sija yang berani curi tulang..tidak lain dan tidak bukan...sia lah..hahahaha..30 minit sebelum masa kerja pekerja2 sudah masuk opis..sehingga sampai waktu rehat dari jam 12-2pm tidak ada seorang pun yang sia tingu keluar pigi cari makan/minum ( di Malaysia..no komen)..tapi sia susah bah..misti pandai curi2 isap sigup..sambung nyawa..hehehe Mula2 agak susah sia menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling..tapi lama2 sia pun suda bulih ikut rentak diurang..kadang2 sia jadi sifu curi tulang..sia ajar diurang sikit2..kasian bah sia tingu..sampai ada staff sini mau botak suda rambut dia gara2 stress karja... Tidak hairan lah kenapa negara Jipun begitu maju...tidak sampai 50 tahun selepas kalah teruk dan kemusnahan dalam perang dunia ke-2..Jipun telah menjadi salah 1 kuasa ekonomi dunia..11 tahun bergaul dengan masyarakat ini..sia belajar serba sedikit sejarah kehidupan diurang... Entry akan datang..sia akan membawa pembaca mengenali serba sedikit adat dan kebudayaan masyarakat Jipun...

6 comments:

Sang Kancil said...

satu budaya kerja yang sangat baik, orang jepun terkenal dengan komitment yang tinggi, harap supaya budaya kerja ini akan dapat diaplikasi oleh orang-orang disini.

MARUDU BLOGGERS said...

orang bijak seperti sang kancil pasti bersetuju. SETUJUUU!!!! Kita mampu mencontohi malah bisa mengalahkan mereka jika kita usaha!

MARUDU BLOGGERS said...

Sdr. Umar, intan sebagai medium perubatan? tentu saja boleh dengan izin-Nya. Apa pun barang kalau sudah dikeehendaki-Nya punya "aura" , maka bergunalah ia adanya.

*MUFAKIRALAM*

Little Mike said...

Pendedahan illie tentang etika kerja di Jepun boleh kita timba sesuatu di sana. Kita boleh memindahkan 'budaya' ini ke dalam kehidupan kita terutamanya melibatkan komitmen dan daya kerja.. bagus tu illie.

Inilah kalau hikmah perantau. Blog Marudu jadi perantara yg baik utk semua perkara baik...

Umar al-Longobi said...

tahniah! satu perkongsian yg amat diperlukan. tahun lepas sy diamanahkan utk membaca perutusan Ketua Pengarah jabatan. dlm ucapan itu, ada 2 perkara yg pemimpin jipun mahu rakyatnya buat utk bangkit selepas perang dunia ke-2. pertama, disiplin masa. kedua, banyakkan makan makanan berprotien. betul tau tu sdr illie...

Sdr. Mufakiralam,

terima kasih. bikin pugai pun buli mangkali kan? ha ha ha... gurau bah.

MARUDU BLOGGERS said...

sdr umar, bikin pugai? sudah barang tentu boleh! kalau ada diamond besar itu, dan tayang pada pompuan, SAH TERBELIAK MATA. PUGAI ORIGINAL...ikut rumah terus kali.

* mufakiralam