SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, January 22, 2009

SAM 'Dari Kaca Mataku'

Setelah berusia 10 hari sudah 69 posting dalam blog ini dan jika jumlah posting ini dijadikan ukuran, maka bolehlah dikatakan SAM (Suara Anak Marudu) merupakan laman blog yang paling aktif pernah saya temui, (tanpa menyebut nama) mengalahkan laman2 blog lain yang terkenal di Malaysia. Itu belum lagi mengambil kira komen2 yang diberikan pada setiap posting.
Walau bagaimanapun keaktifan seperti ini masih belum boleh dijadikan ukuran untuk menilai sejauh mana SAM telah berjaya dalam 'misi'nya. Pada masa yang sama juga, adalah tidak adil untuk menilai SAM sebagai gagal dalam 'perjuangan'nya. Pun demikian, usia muda ini tidak boleh dijadikan alasan pula untuk tidak menyerlahkan kredibiliti yang sebenar, sebab seperti kata 'little mike', ahli2 SAM sebenarnya sudah lama wujud dan mereka pun apa kurangnya berbanding pentadbir2 beberapa laman2 blog yang dikatakan 'hebat'.
Mungkin ada yang mempersoalkan SAM lebih bersuara untuk Tandek dan belum memperlihatkan fungsinya sebagai suara Kota Marudu dalam erti kata yang sebenar. Pada masa ini, saya katakan pernyataan itu benar. Namun SAM tidak perlu rasa bimbang atau menganggap keadaan ini silap. Kerana apa?
1. Jumlah pengundi parlimen Kota Marudu adalah seramai lebih kurang 27,500 orang, dan 52% daripada jumlah pengundi ini datangnya dari kawasan Tandek.
2. Pengundi2 dari kawasan Tandeklah yang telah memberikan kemenangan kepada MP kita sekarang.
3. Kawasan Tandeklah yang lebih memerlukan pembelaan dari segi kemajuan dan infrastruktur berbanding tempat2 lain di KM.
Berdasarkan alasan2 di atas, tidak perlu dihairankan kalau suara SAM buat masa ini kedengaran lebih seperti suara SAT (Suara Anak Tandek). Perlu diingat bahawa SAM ini mula diwujudkan oleh anak2 Tandek yang sudah semestinya lebih arif dan mahu memperjuangkan nasib rakyat dan kawasan Tandek terlebih dahulu.
Namun SAM sudah belajar suatu perkara yang kita pernah sebutkan sebelum ini iaitu 'Think BIG'. Tidak perlu disembunyikan kehendak kita untuk mahu berjuang untuk Tandek, tetapi SAM tidak mementingkan diri sendiri dan tidak buta politik. Kita sedar bahawa Tandek tidak akan ke mana2 jika kita 'berlegar2' hanya di kawasan Tandek saja. Kita ada perjuangan yang besar dan pada ketika ini yang besar itu ialah berjuang untuk kawasan parlimen dan daerah kita, Kota Marudu.
SAM sebenarnya istimewa. Pada masa ini walaupun semua penulis SAM berasal dari Tandek, tetapi tidak semuanya tinggal di Tandek. Kita juga masing2 mempunyai kelebihan tersendiri dalam bidang masing2, yang apabila digabungkan dapat menjadi satu pasukan yang mampu 'disegani' oleh orang lain. Perbincangan2 kita di sini juga berkisar tentang isu2 yang wajar dan serius untuk diambil perhatian, dan bukan hanya bergossip tak tentu fasal. Ahli2nya mempunyai pandangan politik yang tidak prejudis kepada mana2 parti politik, samada kerajaan ataupun pembangkang. Apa yang kita perjuangkan bukanlah nasib kita (ahli2 SAM) sendiri, tetapi nasib orang2 kita. Menjadi pendidik bangsa yang hampir dipinggirkan, dan mahu melihat Marudu maju, setanding dengan kawasan lain.
Nota: Perjalanan SAM masih jauh. Sejauh pandangan yang 'menerobos'. Sejauh pemikiran yang terbuka. Sejauh hati yang merindukan apa yang 'anak2 Marudu' kehendaki. Teruskan langkahmu SAM...

4 comments:

SANGURU said...

Kaca matamu ngam (20-20). Teruskan melihat dari kaca mata yang TULUS dan TELUS. SAM sentiasa terbuka untuk mengetengahkan isu, budaya dan kepentingan seantero MARUDU. Usia SAM baru 10 hari bah! Tunggulah 100 hari atau 1000 hari...baru nampak KEMARUDUAN bahkan KESABAHAN bahkan KEMALAYSIAANNYA. Think Big kita!

Umar al-Longobi said...

bahkan keasiaannya!bahkan... bahkan... bahkan keduniaannya! ha ha ha. dgn izin tuhan, SAM boleh. sptmana anda juga boleh... no pain no gain kadi mimie ri!

Little Mike said...

'Apa yang kita perjuangkan bukanlah nasib kita (ahli2 SAM) sendiri, tetapi nasib orang2 kita. Menjadi pendidik bangsa yang hampir dipinggirkan, dan mahu melihat Marudu maju, setanding dengan kawasan lain' - Dr. Nellson

Saya bersetuju dengan karekter minda begini. ini juga antara wawasan besar SAM...

SAM! jangan pandang belakang!

tompinai said...

'SAM sememangnya unik' saya suka dengan ayatnya. Ia melambangkan betapa tingginya nilai SAM. Ia tidak dapat di ukur ataupun di bandingkan dengan apa-apa pun.Pada pendapat saya, perubahan kepada 'THINK BIG' jelas menunjukkan komitment SAM dalam memperjuangkan nasib anak bangsa,terutama di kawasan kota marudu. tahniah SAM.