SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, January 14, 2009

SECAWAN KOPI...

SECAWAN KOPI
Oleh: Sanguru
Hmm....kedai kopi ibarat pejabat no.2 saya. Di kedai kopilah "orang jumpa orang" dan dengar macam-macam cerita. Ada cerita bohong alias temberang tapi banyak juga yang benar khususnya kesusahan rakyat dan ketidakpuasan hati. Namun sebagai orang yang rasional, tidak semua yang info itu "ditelan" terus...kebanyakannya mesti ditapis, diteliti dan difikir 2,3 kali...
Kebanyakan ahli politik merupakan "ahli kedai kopi". Bukan WAJIB tapi harus diterima hakikat bahawa kedai kopi adalah medium yang baik untuk cari kawan dan belajar jadi pendengar dan "juru bicara" yang baik...
Ada orang "menjauhi" kedai kopi kerana jaga kesihatan. Kata mereka : "kurangkan gula dalam minuman, banyakkan manis dalam senyuman". Ada pula yang takut duit keluar kerana belanja diri sendiri dan kawan-kawan. Hmm...orang macam ini biasanya KURANG SENYUMAN. Right?
Saya juga suka lepak kedai kopi tunggu "klien". "Klien" lebih gemar berurusan di kedai kopi. Selain itu saya suka tengok gelagat orang. Itu sebabnya banyak kartun saya berkisar di kedai kopi. Di siring-siring saya duduk, ramai "orang seberang" jual-jual rokok "free duty"...banyak yang saya belajar dari mereka sebenarnya....
"Hello, mahal na mahal kita!..." usik saya.
Opsss...sorry bos, saya kena lari...MDKM mari..." Jawabnya.
KAWAN, KALAU JUMPA, SAYA BELANJA MINUM KOPI!
Jumpa lagi...

2 comments:

Sang Kancil said...

sangguru, anda merupakan seorang yang sangat prihatin. teruskan dan terus jadi kapten kepada bloggers kota marudu. anda mampu membawa mereka menjadikan 'SUARA ANAK MARUDU' menjadi suara yang lantang.. kalau suara anak marudu tidak mau kamu sudah...biar kerajaan rimba tawarkan tempat untuk kamu. Kemahiran dan kebijaksanaan kamu amat penting untuk kerajaan Rimba.

MARUDU BLOGGERS said...

Hmmm...semangat, komitmen dan keikhlasan kawan2 membuat saya KUAT, YAKIN dan DIDIKASI. Tk sang kancil. Agaknya, "sang" nama yang baik kan? hehehe