SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, January 14, 2009

SECAWAN KOPI....

Oleh: Sanguru (Tekong SAM)
Hmm...sedap! Saya menulis pun sambil-sambil minum kopi. Tadi di kedai kopi - dengar macam-macam cerita tentang banjir sana-sini. Hampir seluruh kampung di kawasan tanah rata kena banjir. Pitas lagi teruk sebab dekat dengan Sg. Bengkoka. Kelmarin CM Datuk Musa Aman ziarah kawasan terjejas banjir di Kota Marudu dan Pitas. Terima kasih. Para pemimpin kita pun sudah basah kuyup turun padang. Terima kasih. Para petugas dari berbagai agensi pun berkerja keras ke sana-kemari memantau dan membantu mangsa-mangsa banjir. Pun Terima Kasih. Demikian juga NGO's turut bertungkus lumus membantu apa yang terdaya. Juga terima kasih.
Kopi ini terasa lebih sedap bila tengok SAM semakin membesar dan "mewangi". Komitmen rakan-rakan blogger dan cita-cita serta rancangan yang menarik semuanya sangat menyenangkan hati sehingga lupa segala kepenatan. Kepada semua rakan blogger - KITA USAHAKAN YANG TERBAIK KEPADA PEMBACA. Usia SAM baru 3 hari tapi sudah mulai boleh berjalan. Saya yakin SAM boleh BERLARI ke hadapan...
"TERIMA KASIH KEPADA SEMUA"
Tidak dilupakan - para pembaca SAM!

No comments: