SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, January 20, 2009

SECAWAN KOPI...

"ERA ORANG MUDA..."
Oleh: Tekong SAM
(http://yomogun.blogspot.com)
Tadi petang saya tidak dapat turun di kedai kopi kerana menghadiri kenduri arwah di kampung isteri (Kg. Taritipan, Tandek). Tapi tetap juga dapat minum kopi. Kenduri kannn...mesti ada kopi...milo...kuih...
Saya seorang saja orang non-bajau dalam kelompok itu tetapi tidak pun terasa perbezaannya sebab saya memang tidak menganggap ADA PERBEZAAN. Maka saya pun "joint" golongan warga tua cerita pasal macam-macam. Mula-mula pasal banjir. Beralih kepada hal ehwal laut dan nelayan, kemudiannya ....apa lagi kalau bukan POLITIK!. Topik yang saya suka tulis tapi amat berhati-hati cerita di khalayak ramai sebab....di kalangan orang kampung kan ada macam-macam ideologi politik...manakala saya?...
"Apa macam cikgu, keputusan pilihanraya semalam?" tanya mr. X (bekas pesara tentera)
Maksud beliau, PRK KT yang dimenangi PAS.
"Rakyat Kuala Terangganu memilih calon PAS sebagai pemimpin mereka," jawab saya.
"Undi orang muda-muda habis lari kepada pembangkang!" mr. Y menyampuk sambil isap sigup.
"Orang muda sekarang, maklumat satu dunia diorang tahu. Pakai internet, blog, sms dan macam-macam!" ulas si Mr. X pula. (Mereka cakap Melayu, "sporting" sebab takut saya tergagap-gagap menjawab dalam bahasa Bajau?).
Cerita ini panjang tapi tiada yang relevan dengan tajuk artikel ini, jadi saya hentikan di sini saja. "Point" sudah ada.
Terus saya teringat dengan penglibatan golongan muda dalam Marudu Bloggers. Memang benar ulasan Mr. X (wakil golongan tua) bahawa ERA MASA KINI ADALAH ERA ORANG MUDA seperti Lt.M Musli, Umar Al-Longobi, Ajirul Zcarl, Carlmartin dan lainnya.
Golongan ini bukanlah pembangkang. Mereka adalah orang-orang muda yang patiotik dan ingin membuat/ membawa perubahan. Cuma saja orang muda memang "agresif". Its okay, bukan orang muda namanya kalau tidak berdarah panas, yang penting tidak cepat "MAMANAS"...
Kepada anak-anak muda: masakini memang era kalian. Kalian memang perlu proaktif dan memiliki minda kreatif juga kritis. Gunakanlah era ini sebaik-baiknya, sebab jika tidak digunakan atau disalahgunakan, golongan muda di era mendatang akan melenting dan berkata/bertanya: "Mengapa ikut "A" walhal "B" lebih baik, ATAU "Kenapa sokong 'B" padahal "A" masih baik?..."
YANG PALING MERISAUKAN SAYA KALAU KALIAN DITANYA: "KENAPA BERTAPA, TIDAK KELUAR BERJUANG?!..."
- MERDEKAKAN MINDAMU. ASAH AKALMU. BUAT PILIHAN TEPAT...

3 comments:

Umar al-Longobi said...

Sanguru,

terima kasih atas semangat dan nasihat berhikmah yang diberikan. ingat itu wahai golongan muda sekalian. berdarah panas itu biasalah bagi spesies mamalia. Tapi jangan memanas... hehe. Aiiik.. Sanguru pun mude lagi ape? handsome ape? kadi malayu.. hehe

Little Mike said...

Memang benar la. SAM benar2 satu wadah yang boleh mengasuh dan memacu semangat perjuangan.

SAM tidak sia2 kewujudannya...

SANGURU said...

ok, kita pelihara prinsip dan konsep SAM sebagai wadah mendidik minda, menanam patriotisme, menjaga bahasa dan budaya bangsa serta memartabat jua bahasa Malaysia dan tidak lupa jg bahasa Inggeris sikit-sikit.