SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, January 21, 2009

SECAWAN KOPI...

Oleh: Tekong SAM
SESUDAH BANJIR...
A: Bangunan SK Tandek dalam bahaya...
B: Jalan terjejas teruk akibat banjir (Lokasi: Kg. Talantang)
C: Landskap kampung Talantang berubah....

SEMALAM, tengah saya "siuk-siuk" (syok) minum kopi sambil menghadap laptop (baca SAM), sdr. Nazri al-dusuni sms minta dituliskan tentang Kisah "SESUDAH BANJIR". Kelmarin beliau ada "mengayau" menangkap gambar-gambar fenomena bahana banjir yang melanda Kota Marudu, khususnya Tandek (yang paling teruk terjejas kali ini). Maka, sambil meneguk kopi , saya menjawab sms - "k, tn..insylh" (okay tuan, insyaAllah).

Gambar (A) menunjukkan bangunan sekolah SK Tandek (dulunya dikenali GPS Tandek. Sekolah tertua di Kota Marudu). Pembaca sendiri boleh nampak betapa kritikalnya sekolah ini yang boleh berhadapan dengan kemungkinan runtuh menyembah bumi dan jatuh ke dalam air sungai Tandek. Adakah pembaca yang tidak bersetuju jika saya katakan bahawa sekolah bersejarah ini perlu diselamatkan dengan cara melaksanakan projek kilat mengukuhkan tebing atau lain-lain cara yang praktikal? Dan kalau pihak berwajib belum mengetahui, kini SAM sudah memaparkannya...
Gambar (B) menunjukkan kerosakan jalan raya (Kg. Talantang) akibat hakisan air banjir berhalaju tinggi. Menurut laporan penduduk kampung, kelajuan aliran air banjir ini berikutan limpahan air sungai yang berubah arah. Cuba perhatikan sang ibu dan anak kecilnya dalam gambar tersebut. Adakah sesiapa antara kita yang akan KETAWA terbahak-bahak? Tidak waraslah orang yang masih mampu buat lawak dalam hal-hal penderitaan sebegini. Sudahlah jalan di hampir keseluruhan Tandek masih belum berturap, tambah teruk lagi bila kena banjir begini. Kerosakan banyak jalan juga menyukarkan kenderaan-kenderaan persendirian dan bas sekolah melaluinya. Ini membawa impak dari segi keselamatan fizikal dan kestabilan psikologikal. Kelancaran perjalanan para pelajar ke sekolah turut terganggu.
Gambar (C) pula bukanlah diambil di tepian pantai. Sekilas pandang macam di kampung Taritipan atau Marasinsim, sebenarnya bukan! Ini gambar kesan banjir di Kampung Talantang. Landskap alam ternyata telah berubah banyak. Anak-anak Talantang yang berada di perantauan, mungkin tergaru-garu dahi. "Banar gia oi?" (slang Dusun Talantang). Sanguru jawab: "Banar boh gia. Okon koh milo oku diti mowudut (betul bah, tidak pandai saya berbohong).
Sebenarnya ada banyak lagi fenomena menyedihkan "Sesudah Banjir" di sekitar daerah Kota Marudu. Memadailah tiga gambar untuk tiga cerita sebagai perkongsian. Semoga yang membaca dapat menyokong suara rakyat di kampung-kampung yang mohon untuk dibela oleh pihak yang berwajib dan juga daripada badan bukan kerajaan (NGO)...
WAHAI RAKYAT: SAM TELAH IKUT BERSUARA! Suaramu Suara kami Suaramu jua... (http://yomogun@yahoo.com.my)

4 comments:

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Gambar (A).Kasi pindah la itu sekolah pigi lokasi lain..Merbahaya sama budak-budak kecil yang belajar di situ.. Peruntukan dan tempat baru diperlukan.

Gambar(B). Hayaa..Itu jalan macam kena pijak raksasa oo...Hancur sama sekali.. Kena juga kasi baik itu jalan, kesian urang kampung nanti tejatuh. SAM dedahkan masalah rakyat, pihak berkuasakan ambil perhatian seterusnya ambil tindakan sewajarnya..

Gambar (C). Ibarat padang jarak padang tekukur. Memabg kuat la banjir ni taun tau.. sampai pasir-pasir pun teikut naik.. Sistem perparitan perlu dimajukan.. KM ada jabatan air dan saliran, mintak diorang mainkan peranan.. Pandai-pandai la diorang mintak peruntukan sama kerajaan tu.. sayang itu juta-juta duit diorang merangkap duit rakyat habis bikin bekempen bagus lagi bagi kebajikan sama rakyat, baanyak faedahnya..

Little Mike said...

Harap pihak pengurusan sekolah termasuk PIBG mengambil inisiatif tambahan tambah dan tinggikan benteng di atas tambak tepi sungai utk menghalang limpahan air masuk ke kawasan sekolah SK. Tadek. sungai tu sudah la kawasan lengkungan air mengalir deras.

gambar lain menunjukkan memang sangat banyak yang perlu dilakukan/difikir2kan untuk mengatasi masalah ini.

Umar al-Longobi said...

YB, PKR, Tuan DO, JKR, JPS, NGO, Ketua2 Kg dll yg berkenaan...

gambar (A): memang perlu projek kilat. tidak payah panggil pakar kejuruteraan cerunlah, org kg pun tau kondisi tebing yg mcm itu amat berisiko utk runtuh bersama2 dgn bangunan sekolah. selain itu, kawasan + bangunan sekolah itu mesti digazetkan sbg Tapak Warisan Bersejarah KM, segera!

gambar (B) + (C): di samping badan berwajib, Ketua Kg + Pengerusi JKKK mesti proaktif menyuarakan masalah rakyat n struktur bumi di kg masing2. kalau pihak atasan tidak mau dengar, buat demonstrasi secara aman (pastikan dapat permit polis aaaah gaman). sy yakin, ketua2 kita ini hebat2 belaka. lebih byk makan garam, sampai ada yg kena high blood. fikir2kan.

SAM! tahniah... anda menjalankan tugas dgn baik, walau terpaksa menggunakan wang saku sendiri utk isi minyak kereta, bil. telefon, bateri kamera dll. anggaplah itu sbg sedekah. 1 kita bagi, 10 tuhan balas. amen..

SANGURU said...

ya. Semoga keihhlasan menjadi tunjang perjuangan SAM. kekal dan berterusan.