SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, January 22, 2009

SECAWAN KOPI....

"MUHASABAH DIRI..." Oleh: TEKONG SAM http://yomogun@yahoo.com.my
Ini kisah di kedai kopi petang kelmarin. Sedang syok menikmati minum petang, seorang kawan kami bertanya: "ada joseph jumpa kamu dalam mimpi?". Saya sedkit terkejut. Saya kata tidak ada.
"Dia (mendiang Joseph) ada jumpa saya dalam mimpi. Dia kata, tidak rugi kau berkawan sama dia (sanguru). Dia tidak suka buruk-burukkan orang..."
Saya tidak kembang dikata begitu. Dan tidak terkejut. Cuma saya sayu bila mengenang "Joseph" (sahabat kami berbangsa Cina yang meninggal baru-baru ini. Ada saya ceritakan dalam blog saya - SUARA ORANG SABAH (http://yomogun.blogspot.com/).
"Hmm...sedih saya tengok anak bini kawan kita itu. Saat-saat begini, selalunya mereka sekeluarga akan tutup kedai dan turun shoping di KK. Tahun baru Cina." jawab saya....
Moral cerita ini simple. Dalam apa pun bentuk perjuangan atau dalam perkumpulan atau persahabatan, sedaya upaya elakkanlah memburuk-burukkan sesiapapun secara langsung. Tidak rugi mengawal diri pada saat kita boleh melakukannya. Manalah tahu, suatu hari nanti, kita mengisi "tempat" mereka, apakah kita mahu diburuk-burukkan secara terbuka walaupun misalnya kita memang buruk?...
Bersama kita renungkan: APAKAH KITA LEBIH BAIK DARI NABI MUSA DAN "DIA/MEREKA" LEBIH BURUK DARI FIRAUN?....

6 comments:

Umar al-Longobi said...
This comment has been removed by the author.
Umar al-Longobi said...

jangan dipenggal leher musuh itu kerana perasaan marah. tapi, penggallah lehernya kerana keikhlasan kita menegakkan kebenaran...

Little Mike said...

Buat baik di balas baik.. demikian la satu 'idea' yang simple tapi cukup mendidik

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Tiada manusia yang sempurna 100%. Nabi pun pernah buat kesilapan(contohnya Nabi Adam-mkn buah Khuldi)Namun kita bukan/tidak sama seperti nabi atau para Rasul yang Maksum, apatah lagi seperti malaikat yang sangat patuh pada perintah Allah.


Bagi yang Islam mempercayai bahawa selagi kita hidup, selagi itu pintu taubat sentiasa terbuka. Walau besar mana dosa kita kalau kita betul2 insaf/menyesal serta berhasrat untuk tidak sekali-kali mengulangi perbuatan terkutuk/tidak baik yang pernah dilakukan, dengan kuasa dan izin Allah akan mengampunkan kita..

"Agi idup agi ngelaban" bak kata orang Iban. Selagi kita hidup kita lawan hawa nafsu. Kita lawan nafsu yang tidak baik. Kita lawan supaya nafsu tak baik itu tidak menguasai kita. Demikianlah perkongsian ringkas dari saya yang tidak seberapa ini..

SANGURU said...

Hmmm...adapun tulisan hamba itu bukanlah ditujukan semata-mata kepada AHLI SAM bahkan sekalian pembaca. Idea tercetus secara spontan makanya ianya ikhlas. Saya juga terpanggil untuk menulisnya bila melayari blog-blog yang saya klasfikasikan sebagai MELAMPAU. Menurut pengamatan hamba, penulis2 SAM tidak tergolong MELAMPAU. Kekalkan. Semoga SAM menjadi contoh. Inipun antara matlamat kita seharusnya. BERI CONTOH...yang BAIK.

SANGURU said...

hmm...artikel ini ditulis setelah melawati blog2 yg MELAMPAU. Saya fikir SAM bukan blog yg melampau dan para penulisnya juga TERPILIH tidak MELAMPAU. SAM harus menjadi contoh yg baik. Pegang pantang larang, mudah2an SAM disayangi semua lapisan. Kalau kita lari dari landasan ini, SAM akan hilang suaranya...Ingat, SUARA SUMBANG tidak pernah menjadi LAGU TERBAIK...