SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, January 27, 2009

SECAWAN KOPI...

"Kongsi Raya..."
Oleh: TEKONG
Tadi pagi saya memenuhi undangan seorang sahabat Cina, yang kami suka panggil "cifu". Beliau terkenal di kalangan masyarakat Cina Kota Marudu. Bagaimana saya boleh rapat dan apa bentuk pertalian kami, tidak terlalu mustahak untuk dinukilkan kerana ia boleh mencuri ruang yang besar. Setelah beberapa lama duduk-duduk sambil pekena "Susu Kacang" (dalam tin) dan kuaci-kuaci, saya nampak sebuah kereta mewah masuk perkarangan "cifu" sahabat kami. Tak lain tak bukan taukeh besar di Kota Marudu.
"Aik, cikgu pun ada di sini?" terkezut isteri taukeh itu yang memang mengenali saya juga.
"Eya bosss..." jawab saya.
Point utama dalam "cerpen" ini ialah - Raya Memang Wajar Dikongsi Tanpa Perlu Mengubah Terlalu Banyak sehingga mengubah budaya bangsa. - Perpaduan tidak perlu dipaksakan. Perpaduan itu hendaklah disemai dengan ikhlas.
Saya dan "cifu" pun terus bercerita. Terungkit sikit pasal politik. Saya tertarik pandagan "cifu" cina ini, kata beliau: "...saya risau, kemasukan terlalu banyak parti dari seberang akan merosakkan keharmonian kaum dalam ini negeri kita..."
Yaaa....saya pun menyedari hal ini sudah agak lama...
(ANDA BAGAIMANA?...)

1 comment:

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Assalamualaikum dan OHAYOGOZAIMASU kepada sanguru dan warga SAM.

Pada saya, soal perbezaan fahaman politik perlu di ketepikan dalam membentuk keharmonian amtara kaum.

Saya sangat setuju dengan pernyataan Sanguru berkenaan kongsi raya. Satu hal yang telah lama dititik beratkan oleh pihak atasan terutama untuk memupuk sifat toleransi antara kaum.

Sekalipun, fahaman kita samada dari sudut politik, agama, kawasan dan bangsa adalah berbeza, namun itu bukanlah satu tembok pemisah untuk kita saling hormat-menghirmati serta lawat-melawat sesama kita.

Saya sangat memuji sikap Sanguru yang boleh dikatakan sebagai setia kawan serta lebih toleransi. Maksud saya boleh bergaul dengan bermacam2 jenis bangsa mahupun agama. Ini wajar dipupuk khususnya kepada anak-anak muda KM agar tidak wujud puak-puak yang sering bertelingkah kelak.

Domo Arigato