SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, January 30, 2009

SECAWAN KOPI...

Oleh: TEKONG SAM
"LUAR LAWA, PEDALAMAN?..."
Beberapa hari lepas saya dan keluarga bercuti di KK (Kota Kinabalu). Menginap di salah sebuah hotel yang digemari oleh golongan berpendapatan sederhana. Dari tingkap hotel itu saya melihat kepesatan pembangunan pesisir pantai. Mungkin inikah KORIDOR SABAH yang disebut-sebut sebagai pembangunan bertaraf MEGA?
Kemudian, saya "zoom in" pandangan mata saya. Kelihatan kampung air. Rumah-rumah usang dengan atap yang "batagar" (berkarat). Mengingatkan saya kepada pembangunan di KL dan senario di Kampung Baru. Amat ketara kalau kita "zoom out" dari bangunan tinggi.
Bila saya pejam mata dan "zoom" dari sudut yang lebih jauh, tergambar di benak saya satu dimensi - Sabah yang maju di pesisir pantai (khususnya bandar-bandar) tetapi amat daif bila masuk pedalaman. Seumpama "tubuh penuh kurap" yang ditutupi oleh "baju mahal yang lawa". Orang yang tidak tahu akan cakap: "Wah! lawanyaaa..."
Awal-awal lagi saya sudah rasa ada yang akan tidak kena dengan "KORIDOR SABAH". Ada seorang kawan saya (seorang duta dari Kota Marudu) pernah bergurau: " ...takut kalau-kalau orang kita hanya jadi JAGA di KORIDOR itu...". Ya, saya juga risau, KORIDOR saja yang lawa, dalam rumah , orang Sabah bilang - "di pisuk-pisuk"...bikin sedih.
Jadi pada hemat saya....LUAR dan DALAM kena dikasi lawa-lawa. Jangan abaikan di PEDALAMAN kerana penyakit biasanya bermula dari dalam...

7 comments:

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Salam Sanguru, Salam SAM..
Naa... Akhirnya terulas juga oleh Sanguru. Kita bukannya tidak mahu koridor Sabah sebenarnya. Bagus bah itu, buka peluang pekerjaan kepada urang tempatan, kasi cantik lagi KK, dan tarik lebih ramai pelancong.

Kami warga SAM, sangat mengalu-alukan pembangunan. Walaupun begitu, pembangunan itu biarlah tidak bertumpu kepada pusat bandar semata-mata. Yang di "pisuk-pisuk" pun mau juga tu.

Tapikan Sanguru, kalau kurap bagus lagi, sebab menggaru saja kerja. Tapi kalau badan penuh bisul, sakit tuuu. Naaa...Fikir-fikirkan lah..Hehe

azirulgcarl said...

Masa pigi di KK hari tu mmg pesat membangun oh. jalan raya pun sudah bertingkat2, banyak bangunan2 tinggi hampir siap dan baru mau buat. itu kali Koridor Sabah tu kan..mmg bangga bah.

dipedalaman tu masi kureng sikit. Sampai sekarang.. urang semenanjung masi fikir yg dipedalaman Sbh malah Swk itu dorang masih primitive...

B-Thinker said...

ADEY pinsan, ok ba pembangunan Negeri Sabah di bawah pemerintahan Kerajaan BN...kalau PKR atau parti baru, sabah mungkin muflis atau dijual p amerika. kalau semua orang kaya siapa mau buat itu karaja kontrek kasi bagus rumah di pisuk-pisuk.. tk kan ko pinsan yg mau karaja bangunan

Urang Kuat KM said...

B-Thinker,
Mcm mna kau tau klu PKR/parti baru sabah jadi muflis?? Bagus kau kasi basuh dulu pemikiran kau itu.. Memanglah di dunia ni bukan semestinya semua orang jadi kaya dan sudah jadi ayat ada yang susah ada yang miskin. Thinking mu ni terbasuh oleh duit sudah barangkali. Duit UMNO@Amuno..

Pandai2 saja kau buat andaian negara muflis kalau PKR yang perintah. Kiat muflis kalau pemimpin yang makan jalan bah..

Umar al-Longobi said...

tahniah atas suara yg amat berani! rakyat sabah mesti berani berubah. sebagai rakyat, kita ada kuasa utk menentukan siapa pemimpin yg kita mahu. utk permulaan ini, gunakanlah `kuasa` itu dgn bijak. biar diajar pemimpin2 yg mengkhianati amanah rakyat. ajar dgn apa??? ajarlah dgn `kuasa` anda. atau perlu dikasi kursus lagi ini bagaimana menggunakan `kuasa` dgn bijak????? adeh... bulih, tapi buat sementara ini bersamalah dgn SAM. SAM akan didik perlahan2 bagaimana menggunakan `kuasa` dgn penuh kebijaksanaan...

SANGURU said...

HMM...saya menulis entri ni bukan kutuk BN bukan sokong Pakatan Rakyat, cuma atas prinsip bahawa sebuah RUMAH yang baik seharusnya: LUAR (KORIDOR) DAN DALAM seharusya dikasi lawa2. Koridor memang daya penarik, tapi kalau dalam rumah cincai? - apa nanti komen pelawat?...

SANGURU said...

Umar....anda ada kebijaksanaan! Alhamdulilah. Itu sebab anda LULUS. Perjuangan yang baik: niat baik, lurus, bijaksana, hikmah, dan kesungguhan. Pejuang yang baik: tidak mengimpikan kejayaan pada eranya/ pada dirinya...kerana perjuangan yang baik: memakan masa...meskipun tidak merasai kejayaan itu, insyaAllah; pejuang sejati akan diingati dan dicontohi.