SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, January 20, 2009

SECAWAN KOPI...

"KHUDRAT ORANG MUDA DIPERLUKAN..."
Oleh: Tekong SAM
Petang tadi sekali lagi saya gagal "punch card" di kedai kopi kami walaupun kawan sms ajak minum. Kelmarin saya ke Kg. Taritipan - kenduri arwah. Tadi petang saya balik kampung halaman - pangkat nenek kami si Odu Golumpis (Bidan besar) pula meninggal (meninggal pada malam 20 hb sekitar jam 10 pm). Tapi sebelah tengahari tadi, sempat jugalah minum kopi juga dengan Nazri Al-Dusuni di pekan Goshen. Beliau baru selesai mengambil foto-foto tentang macam-macam hal...
Oya, petang tadi juga saya terima sms daripada kawan lama yang pernah bertugas di Kota Marudu. Beliau puji SAM sebagai banyak informasi. Bagi saya pujian itu bagus ada "bikin takut" pun ada. Bagus sebab baguslah bah kena puji kan? Bikin senang-senang hati dan bikin kobar semangat. Tapi..."yang bikin takut", SAM mestilah berusaha keras untuk mengekalkan prestej dan prestasi dalam semua aspek. Tapi saya tidaklah takut sangat sebab pengalaman melahirkan Marudu Blogger's ini membuktikan bahawa tiada yang tidak boleh kalau dikasi "BOLEH". Lagipun SAM ada kakitangan orang muda-muda. Sebab bukan orang muda namnya kalau PENDEK dan TUMPUL. Maksud saya....pendek ikhtiar dan tumpul kreativiti...

7 comments:

tompinai said...

Kelihatan AURA SAM sudah mula dirasai.. Semakin ramai orang mula melawat blog SAM. SAM berjaya dalam langkah pertamanya menjangkau pemikiran pembacanya.. Mungkin ada dikalangan para pembaca beranggapan bahawa SAM terlalu bersifat KETANDEKIAN..mungkin ya tetapi apa yang diperjuangkan oleh SAM sebenarnya akan menjadi TITIK PERMULAAN kepada Daerah Kota Marudu...Perubahan ini sebenarnya sudah lama diidam-idamkan oleh warga Kota Marudu tetapi tiada yang berani memulakannya. Jadi tidak salah kalau kredit kejayaan ini bakal diperolehi oleh SAM. SAM berjaya menghimpunkan para pemikir generasi muda dalam ruangan mayanya. Generasi muda ini bakal menjadi barisan pemimpin akan datang. Jadi kepada warga Kota Marudu berilah sokongan anda kepada perkembangan dan usaha SAM ini. Hasilnya nanti biarlah kita sama-sama mengecapinya bukan sepeti dulu hanya segelintir saja yang menikmatinya. kata pepatah lembu punya susu kerbau dapat nama. kita mahu ia menjadi milik semua. biarlah kita menjadi seperti sekumpulan orang buta yang memberi persepsi berbeza tentang seekor gajah...yang pada akhirnya memastikan segala jawapan itu merujuk kepada gajah...( fikir dalam secara positif )

SANGURU said...

Tompini, Sdr benar. Mungkin sukar dipercayai, tapi dihati saya, Tandek terlalu kecil untuk saya ambil masa terlalu lama memikirkannya. Think big, kata Dr. Nelson. Bagi saya, saya memikirkan seantero negeri ini bahkan negara ini. Kebetulan saja ramai sidang redaksi SAM dari Tandek kerana biasa bertemu di alam maya (blog). Niat saya nak bikin SABAH TODAY...(blognya sudah lama saya bina) tapi terbantut sebab KELEMAHAN UTAMA SAYA - "PEMALU". Hanya apabila orang buka mulut baru saya cepat melupakan rasa malu saya...Tidak apalah, kita mulakan dengan Suara Anak Marudu dulu...bagus juga kalau semua daerah dalam ini negeri dapat inspirasi...SAYA TIDAK MEMENTINGKAN NAMA YANG BESAR, SAYA SUKA MELIHAT HASIL YANG BESAR.
Tk atas kesetiaan beri komentar yang bernas? Hmm...bila mula post artikel? Kan sudah dapat TAWARAN...hehehe...

SANGURU said...

Pembetulan: tk atas kesetiaan beri komentar yang bernas.
* maaf atas "typing error"

tompinai said...

Saudara Sanguru, memang betul apa yang Mr.Doc cakap Think Big... mungkin semua komen saya selalunya merujuk kepada kota maudu atau tandek..menjadikan ia kelihatan sempit atau think small... sebenarnya saya lihat ia sebagai titik permulaan atau pencetusnya... seperti virus...merebak... oleh itu kita jadikan SAM sebagai agen pencetusnya....

SANGURU said...

ya...kita sudah mulakan DI SINI sini, dan kita mampu meluaskannya DI SANA...tidak mustahil, kerana SAM sebenarnya boleh diakses seluruh dunia.

Umar al-Longobi said...

takziah diucapkan kpd sanguru n family atas perginya allahyarhamah Odu Golumpis. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin...

apabila org telah memberikan kepercayaan,maka di situ timbullah amanah yg mesti dipikul dgn segala kekuatan yg ada. bagi saya, buat masa ini tida perlu kita berjuang utk `rumahtangga` org lain. fikir dan ambil tahu itu sudah memadai.

perjuangan itu perlu ada fokus. so, kita fokus kpd `rumahtangga` kita Kota Marudu. tempat-tempat lain sudah ada pembelanya yg sy kira mantap-mantap. KM ini sahaja yg masih ada sedikit kekurangan. fokus itu penting. BIAR KECIL ASALKAN BERHASIL. DRP BESAR TAPI BUBAR.

Sanguru, teruskan `menikung`... kami org2 muda sokong di belakang! insyaAllah...

Little Mike said...

Saya juga suka dengan istilah 'think big' dan 'think out of box'...