SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, January 15, 2009

SECAWAN KOPI...

"BILA YANG MANIS MENJADI PAHIT..." Oleh: Sanguru (Tekong)
Marudu terus diselubungi hujan lebat. Cerita orang berkisar tentang banjir. Tahun ini nampaknya banjir BESAR dan PANJANG. Tapi syukurlah, keadaan masih terkawal, belum ada meragut nyawa, dan belum ada yang mati kebuluran. Bagaimanapun kita khususnya pihak yang berkenaan/ bertanggungjawab/ yang dipertanggungjawabkan janganlah tunggu ada yang hilang nyawa dan mati kehabisan stok makanan.
Tadi ada rakan dari Kg. Mosolog, sms. Mereka terkurung tidak dapat ke pekan. Keadaan memang tidak sampai ke tahap dipindahkan tetapi "terkurung" juga satu masalah besar bukan? Ada duit kalau tidak dapat beli beras, apa mau makan? Sedangkan bantun hanya kepada yang secara rasmi dipindahkan ke pusat pemindahan. Mungkin kes "terkurung" ini kita terlepas pandang akibat kesibukan kita di lokasi lain yang memang kritikal. Semoga ini menjadi satu pengajaran berguna di masa hadapan...
Bila memikirkan kesusahan kaum keluarga dan orang-orang kita ini...secawan kopi yang biasanya manis dan umphhh...tiba-tiba menjadi "pahit" dan "ughhh..."....

No comments: