SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, January 24, 2009

SELAMAT MAJU JAYA DR. NELSON MAISIN...

Tekong SAM bergambar kenangan dengan Dr. Nellson Maisin
di hadapan klinik ACS
Plak Kenangan Perasmian ACS
Penyampaian cenderahati oleh Dr. Nellson Maisin kepada YB
Helbert Timbun Lagadan, ADUN N7 Kadamaian (Pembantu Menteri Hal Ehwal
Pengguna dan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah), Sempena
Perasmian "Acacia Clinic Surgery"
_________________
Oleh: Tekong SAM ________________
Kota Belud, 24 January 2009 : 'Acacia Clinic & Surgery" (ACS) selamat dirasmikan oleh YB Helbert Timbun Lagadan ADUN N7 Kadamaian. Acara perasmian ini turut dihadiri oleh staf klinik ACS, ahli keluarga Dr. Nelson dan isteri, sahabat handai dan Tekong SAM (merangkap wartawan).
Kedudukan "ACS" begitu strategik kerana berhampirann dengan pasar Kota Belud, restoran Kota Raya yang terkenal serta beberapa premis perniagaan lain yang sering dikunjungi oleh orang ramai. Selain itu, ruang meletak kenderaan yang banyak juga boleh mendorong pengguna mendapatkan perkhdmatan rawatan kesihatan dengan mudah.
Dr. Nelson Maisin bukan nama baru di kalangan masyarakat khususnya penduduk Kota Belud kerana pernah menjadi Pengarah Hospital Daerah Kota Belud. Beliau dikenali dengan sifat peramah, prihatin dan penyayang kepada para pesakit. Ini juga merupakan satu aset yang besar kepada kemajuan ACS.
SAM berbangga kerana salah seorang ahli SAM berjaya "merealisasikan idea besar" selaras dengan motto "THINK BIG". Kami juga mendoakan semoga usaha niaga beliau berjaya disamping dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang memerlukan perkhidmatan berkualiti pada kos yang berpatutan. Akhirnya kepada anak-anak Marudu, contohi kejayaan anak kampung ini dalam bidang akademik dan kerjaya, sebagai sumber inspirasi dan pembakar semangat. MARUDU BOLEH!!!

12 comments:

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Satu liputan yang cukup menarik, seolah-olah warga SAM pun turut hadir dalam majlis perasmian tersebut. Satu usaha yang besar dari Tekong, kerana turun padang untuk turut serta dalam perasmian tersebut. Semangat setia kawan ini perlu dicontohi juga.

Kepada Dr. Tahniah sekali lagi. Selamat Maju Jaya. Kejayaan ini memang wajar untuk dicontohi, bukan sahaja oleh anak muda bahkan oleh segenap lapisan masyarakat.

Little Mike said...

Tahniah doc...

Semoga terus maju jaya. Dr adalah inspirasi keseluruhan SAM!!

ILLIE said...

Segala apa yang dicita-citakan telah pun tercapai..segalanya didepan mata...tahniah sekali lagi dan selamat maju jaya.

JMimie Mabin said...

Ya betul...we SAMs are so proud of u brother..Congratulations!

SANGURU said...

siou, gambar paling atas, saya pandang kanan, dr. nelson pandang kiri. Juru gambar yg lampau awal "katik" itu camera. hehehe...

MARUDU BLOGGERS said...

kalau tdk k'beratan masing2 kta iklankan tuan duktur punya perkdmtan .... dlm blog per'sdriann

Dr. Nellson Maisin said...

Hee... TQ kawan2. Saya cukup bangga dgn SAM yang turut hadir sempena perasmian klinik ACS, yang diwakili oleh Tekong sendiri dan beberapa saudara dan sahabat handai dari kg. Masolog.

Dalam setiap slaid presentation yang saya sampaikan, saya telah meletakkan foootnote pada setiap slaid dengan pernyataan "Powered by SAM http://marudublogger.com"

Semoga SAM terus maju, dan kita semua maju dalam segala bidang yang kita ceburi masing2.

Kepada Tekong, tq sebab hadir dan buat liputan khas ini.

Note: Di ACS ada bilik khas untuk rehat dan guess. Saya sudah bagi tau Tekong tu kalau perlu tempat untuk 'coffee table meeting', ACS sentiasa memberi ruang kepada SAM.

Umar al-Longobi said...

tahniah utk ke sekian kalinya tuan dr! sy sebagai org longob dan warga SAM berasa bangga dgn kejayaan beliau. ya, pastinya ia boleh membakar semangat utk kita terus berjaya. sekurang2nya menjadi org yg berguna kpd masyarakat. Tikung n the gang, liputan yg cukup baik. tahniah!

SANGURU said...

Hmm, kitorang ni dipisahkan oleh jarak, tapi diikat oleh rasa kasih, semangat, jati diri, iltizam dan impian yang sama. sayangi SAM melebihi diri kita kalau dapat atau setidak-tidaknya seiringan...

NONG said...

Tahniah Dr.Ison..
We proud of you..
Semoga usaha murni sentiasa mendapat limpahan kurnia dariNYA..

Anonymous said...

DR NELLSON MIASIN
Very well known name to me.even my father selalu puji2 anak si Miasin ni... i know him by name.saya juga berangan mau buka 'klinik' sendiri tapi lebih dikenali sebagai legal firm atau paling kurang pun syarikat sendirian berhad!hee...ada siapa2 mau sponser ka?

Anonymous said...

Saya amat seronok membaca berita kejayaan x-classmate.
Bila sampai Kota Marudu, gua cari lu bro.
~ross othman