SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, January 15, 2009

Sejarah PEnubuhan SAM

Saya "Tekong" yang diminta memimpin SAM. Asal mula blog ini agak unik. Ada 10 individu yang secara terbuka terlibat beri inspirasi. 1. Umar al-longobi, sekitar bulan oktober 2008, cadangkan grup blogger, dan syor saya jadi "Raja Blog" (sebab di semananjung sudah ada "Raja Petra). - saya kata nantilah. 2. Nazri Al-Dusuni juga selalu usulkan perkumpulan blogger Kota Marudu.- saya jawab nantilah... 3. Jaymon Musit (Illie) pada januari 2009, syor "Kimaragang Bloggers". - saya kata...ok tapi lebih sesuai "Marudu Bloggers". 4. Srixon sokong penuh "Marudu Bloggers", sebab kalau Kimaragang Bloggers, dia tak termasuk sebab dia bangsa Rungus. 5. Justina Tuyundo (Nong) - sokong penuh Marudu Bloggers. 6. Dr. Nelson komen - beliau pun terfikir. Setuju diadakan Marudu Blogger's. 7. Nazri al-dusuni cakap : syor sanguru jadi tekong, dan sarankan agar blog dibina sesegara mungkin (13/1/2009). 8. Little-Mike (Jalimik Sawatan), juga setuju dan terus mempromosikan hal ini dalam blog beliau. 9. Lt.M Musli juga setuju dan segera bertindak buat logo 10. Ajirul Jikal juga ikut membantu membuat logo. MAKA ....setelah merasakan bahawa grup yang komited sudah ada, maka saya kata : tengah malam ini (13/1/2009) blog itu akan siap! saya pun terus buat akaun e-mail dan blog tapi berhadapan dengan masalah talian Celcom Brodband. Untung ada sdr. Jaymon (di Kyoto, Jepun)...beliau yang bantu buat. Saya pula terus buat entri permulaan sebagai contoh. Saya anggap ianya "SULAP" permulaan. KEMUDIAN ....rakan-rakan pun terjun membantu dari berbagai lokasi (kerjasama maya). Dan kini...."SUARA ANAK MARUDU" (Marudu Blogger's) semakin berketrampilan... TIDAK ADA YANG MAMPU KITA UCAPKAN SELAIN "SYABAS & TERIMA KASIH" KEPADA RAKAN-RAKAN SESAMA KITA... "SEPAKAT MEMBAWA BERKAT" (Slogan Yang Memang Sesuai dan Benar Adanya)

No comments: