SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, February 28, 2009

TAMU KM : Apa yang ada???????

Nenas tempatan....manis Si Inan sedang mengupas untuk mendapatkan umbut Buah Tarap...pasti menyelerakan Raja segala buah, Buah Durian..... Si Kecil dengan jualannya

Friday, February 27, 2009

INDAHNAYA DAERAH KOTA MARUDU DI MATA TOMPINAI

Pemandangan indah kawasan ladang kelapa sawit Teluk Marudu Bunga Liar Bunga liar Puncak Bukit Pemancar/Pancaran Kota Marudu 27 Feb, 2009: Petang kelmarin (26 Feb 2009) saya membawa para 'atlit' saya membuat larian mendaki. Lokasi kami ialah Bukit Pancaran yang terletak di kawasan Langkon. Lokasi ini memang menjadi tumpuan para pejogging kerana ia mempunyai laluan yang baik (beraspal) hingga ke puncak. Laluannya juga agak jauh, lebih kurang dalam 3 kilometer. Walaupun agak penat tetapi kepenatan itu hilang apabila melihat keindahan alam sekelilingnya.
Semasa kami sampai, keadaan agak berkabus kerana hujan turun rintik-rintik. Dari puncak, kelihatan di hujung sana, terbentang luas pemandang seluruh kawasan Kota Marudu. Teluk Marudu juga kelihatan dengan jelas. Walaupun kawasan itu di kelilingi oleh ladang-ladang tetapi di bahagian puncak jelas masih dalam keadaan terpelihara. Melihat panorama itu, hati bertanya kenapa pihak-pihak yang 'berkenan' tidak berusaha untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pemerhatian. Rasanya kalau ia dimajukan pasti akan menjadi tumpuan kerana tempat itu amat strategik. Keindahan alam flora dikawasan tersebut boleh dijadikan sebagai daya tarikan dan ia masih lagi boleh diperbanyakkan.
Mungkin ramai orang bertanya-tanya, apa lagi yang boleh dijadikan sebagai daya tarikan untuk daerah Kota Marudu. Sebenarnya soalan atau pertanyaan itu merupakan satu soalan yang diajukan oleh orang-orang yang hanya melihat dari luar sahaja atau pun yang tidak kenal langsung tentang daerah ini tetapi pura-pura kenal. Banyak tempat-tempat yang menarik di daerah Kota Marudu antaranya Taman Negara Sorinsim dan Gunung Tambuyukung (Gunung tertinggi di Malaysia), Taman Negara Nalapak, Kawasan Teluk Marudu , Air Terjun Kinumawali dan banyak lagi (sekadar menyebut yang diingat).
Kalaulah pihak yang berkenan ingin melihat Daerah Kota Marudu terkeluar dari senarai terbawah, ambillah inisiatif untuk memajukan dan mempromosikan tempat-tempat tersebut. Ini tidak, balik-balik pesta yang berkaitan dengan kebudayaan yang pengisiannya sama saja setiap tahun. Salah satu lagi pesta yang saya rasa tidak begitu menarik adalah pesta yang berasaskan sejenis tanaman. Sambutan orang ramai semakin lama semakin kurang. Kalau kawasan-kawasan yang dimaksudkan itu dimajukan, pasti ramai pengunjung yang akan datang ke daerah Kota Marudu. Secara tidak langsung ia akan dapat membantu meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga di daerah ini.
Selain itu, kenapa tidak diwujudkan satu tempat atau Pusat Budaya Kota Marudu atau Pusat Karftangan Daerah Kota Marudu? Pasti kewujudan tempat seperti ini juga akan menjadi daya tarikan. Kalau rasa susah sangat menarik pelabur-pelabur untuk membuka Kilang-kilang di sini, majukan saja tempat-tempat itu. Pasti ramai yang berminat dan kalau boleh minta bantuan dari agensi yang berkenan. Tak kan itu pun susah, Orang pasti akan dengar kerana ada kedudukan. KFC boleh buka cawangan di sini hanya kerana pelawaannya. Gunalah dengan sebaiknya keindahan alam sebagai pemangkin kepada kemajuan daerah ini, Daerah Kota Marudu yang tercinta.

Sepi engko' matai!! Yen Abar?

SUDUT BAHASA BAJAU/SAMA
Oleh: Lt M Muss
Salam. Iyen abar? Beta nyia lua'-lua' diom blog tu tau. Bau tu aku mole' kampung. Maklum no te' kam, ta' kampung nyiaun banga internet ta' ruma. Betiru tu, pelua' pedilaut pan daing nyia' laku. Nasib banga nelayan nyia' terati no pien. Patut kerajaan muan subsidi/bantuan khusus ta' banga nelayan tu. Daing nyia' laku sebab abar rumpai darag eh no jadi rasun amun mangan daing. Betiru aku ta' KK. Dilau tunang abangku ai posok emergensi. Tangan ni posok diom mesin. Iyo kerejo ta kilang ruti Hwa Tai kinarut. Alap pan tangan ni nyia bekat. Ngeri pan aku ngenda pergelangan tangan ni, hancur, terpaksa bineda ta kecemasan SMC Damai. Sanguru ai pan ngerekomen nuas nuas makai cara alternatif. Tapi ai o terlanjur mo'o pe ruma sakit. Insurans. Terimo Kasih atas keikhlasan Sanguru ingin nabang. Urusan demi urusan nyia' lagi selasai-selasai. Nganggur, itu no topik popular rakyat Malaysia. Sala dangan ni aku no. Muun pu' pitu. Peluang pasti un selagi nyia' putus asa. Sabar.!! Buka'-buka' ku entry diom SAM tu makin iko makin mantap enda' ku. Dikau perkembangan yang alap. Fikiran makin terbuka untuk perubahan laman keraatan pe kealapan. Ngam bana. Sticker? Alamak, dukum nyia' lumaan no perancangan eh tau. Pien Sticker eh? Sejak duo telunggelau tu sibuk bana aku memia kerejoan. Miki maap jo aku ta' banga se'e-se'e ku diom SAM tu. InsyaAllah amun un masa iko, rajin-rajin pan ngisi entry ta' blog tu. Bah bege'e no ah se'e-se'e un urusan nyia selasai lagi tu. Ensini aku laman JPN KK maku pengesahan salinan IC ko' Sijil Kelahiran. Selamat Maju Jaya Kiti semimon. Selamat maju Jaya SAM.

SECAWAN KOPI....

Oleh: Tekong SAM
Salam Jumaat yang berkat. Membaca artikel terbaru sdr. Umar al-Longobi memotivasikan saya untuk menulis perkara yang hampir sama iaitu - nasib para peniaga jalanan dikalangan ORANG KITA. Pernah beberapa kali dalam blog "SUARA ANAK SABAH" saya paparkan kartun sindiran tentang perkara ini, dan hingga kini...saban hari saya MINUM KOPI di kedai kopi, mata saya "dihidangkan" dengan panurama penjual-penjual sayur-sayuran di kaki lima. Ada orang kita dan yang paling ramai BUKAN ORANG KITA, tapi mereka tentunya senasib - miskin dan ingin mengubah kehidupan.
Begitulah rutin harian saya sebelah petang - minum kopi sambil tengok-tengok orang susah cari makan. Sambil menghirup kopi, sambil berjalan akal. Ada beberapa budak kecil begitu semangat berjualan. Menurut kawan saya (bukan BANGSA KITA) , budak itu kalau pergi sekolah memang malas tapi kalau berjualan rajin!
Nah, mungkinkah JUTAWAN SENYAP akan dilahirkan? Sayangnya....BUKAN ORANG KITA. Tapi saya bangga, orang miskin ada daya usaha menjadi kaya. Mungkinkah impian mereka lebih cepat tercapai kalau ada KERJASAMA (seperti yang dinukilkan oleh Sdr Umar dalam artikel sebelum ini?)....
Saya tidak punya kemampuan besar, apa yang mampu saya buat, selalunya, sebelum balik rumah, saya singah beli sayur ORANG KITA, jika harganya RM1.50, saya kasi RM2. Bila bakinya dikembalikan, saya kata; ambillah bah. Bila sampai rumah, bini ngomel - "aik, rajin juga beli sayur pakis. masih ada tu dalam ais box!..."
Hmm, malaslah mau bersoal-jawab. "LUPA!"...itu saja jawapan bela diri saya. Harap-harap "mereka" tidak cepat LUPA...asal usul, awal mula. Bukankah "DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT?"...

Wednesday, February 25, 2009

Lahirnya Seorang Jutawan Senyap!

Oleh, Umar al-Longobi http://geomotivator.blogspot.com/
Saya rasa tertarik apabila melihat gambar peniaga-peniaga jalanan di Tamu Pekan Kota Marudu yang diambil oleh Sdr. Nazri al-Dusuni. Tertarik kerana fikiran saya tiba-tiba diterjah dengan kenangan manis bersama peniaga jalanan hampir 5 tahun lalu. Baik, apabila melihat gambar-gambar itu, apa persepsi pertama anda? Mungkin ada di antara kita yang kasihan, malu, pandang rendah, bangga, geram dan bosan? Apapun persepsi anda, secara peribadi ada dua perasaan yang menggoncang kalbu saya. Pertama, kasihan. Kedua, bangga. Kasihan kerana peniaga-peniaga kecil ini tidak dibimbing. Kemudahan asas tapak perniagaan tidak disediakan. Dan, tidak ada sebarang pengiktirafan diberikan kepada mereka. Saya berasa bangga kerana mereka berani dan terpilih terjun dalam dunia perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Impak daripada pengabaian terhadap peniaga-peniaga jalanan ini, tanggapan masyarakat khususnya golongan belia/beliawanis di Kota Marudu terhadap perniagaan jalanan adalah negatif dan meleset sama sekali. Mereka lebih bangga menjadi `penanam anggur` daripada cuba berniaga walaupun secara kecil-kecilan dahulu. Mereka lebih rela menjadi sampah masyarakat. Mereka lebih selesa dinodai dengan kebejatan-kebejatan sosial. Hentikan semua ini orang muda! Jikalau orang bertanya, saya akan jawab "... majukan segera peniaga-peniaga jalanan ini. Bimbing mereka. Sediakan prasarana yang komprehensif. Bela mereka. Dan, angkat martabat mereka!".
Saya amat yakin, jika jawaban ini dilaksanakan tidak mustahil akan lahir Jutawan Senyap tidak lama lagi, sekaligus mengangkat ekonomi bumi Marudu ke satu tahap yang lebih baik. Siapa itu jutawan senyap? Mereka tidak terbilang, mereka tidak terpandang tetapi mereka jutawan. Ya, mereka adalah peniaga-peniaga jalanan yang sedang kita bicarakan. Berdasarkan pengalaman saya sebagai salah seorang kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dulu, saya amat memahami rintihan rasa peniaga-peniaga ini. Kebetulan saya juga dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Hanya si miskin akan faham penderitaan si miskin.
Saya masuk ke kampung mereka, saya cari mereka di kebun, saya berkongsi keperitan mereka dan saya ajak mereka menyertai Seminar Motivasi di bawah kendalian saya. Saya katakan kepada mereka, "... kamu sebagai petani dan peniaga kecil harus bangkit dari kemiskinan. Kamu mempunyai kemahiran dan produk. Ayuh! bangkitlah, gunakanlah kemahiran dan produk yang kamu ada untuk terjun dalam dunia perniagaan. Sebagai permulaan, jadilah peniaga jalanan. Saya cukup yakin insyaAllah, kamu salah seorang calon jutawan senyap!"
Mereka tercengang... akhirnya, mereka berbondong-bondong mendaftarkan diri sebagai calon jutawan senyap. Selepas itu, kami bimbing mereka. Kami berikan modal. Dan, Kami sentiasa memotivasikan mereka. Saya cukup bersyukur... kebanyakan di antara mereka mencapai kemajuan. Sedikit demi sedikit. Hari demi hari. Saudara, sebenarnya frasa `jutawan senyap` ini bukanlah sesuatu yang bersifat fantasi. Sudah ramai yang telah berjaya. Hanya seorang penjual minyak urut tetapi jutawan. Hanya seorang penjual aiskrim tetapi jutawan. Hanya seorang penjual ikan masin tetapi jutawan. Hanya seorang peniaga pasar malam tetapi jutawan. Hanya... hanya... dan hanya... tetapi mereka jutawan. Merekalah jutawan senyap!
Kesimpulannya, pertama janganlah mentang-mentang kita berjawatan, kita memandang rendah kepada peniaga jalanan. Ya... mungkin kita ada kereta besar, rumah besar dan isteri/suami besar. Tapi hutang pun besar juga, ha ha ha! Kedua, kita minta sesiapa sahaja yang berkemampuan agar dapat membimbing mereka. Tidak perlu jemput pakar ekonomi. Ajar mereka perkara asas dalam perniagaan sudah memadai. Ketiga, Berikan mereka pembiayaan modal dan sediakan kemudahan asas yang cukup. Keempat, bantu mereka di dalam pembikinan dan pemasaran produk. Terakhir, sentiasalah memotivasikan mereka.
Siapa yang perlu buat semua ini? Semualah kena bekerjasama. Wonder Pets dalam lagunya (Siri televisyen kanak-kanak di TV9) pun ada menyebutkan, "... kami tak besar dan kami tak kuat. Bila bekerjasama semua jadi mudah. Hei, Wonder Pets!". Kemudian disambung lagi, "... apa yang penting, kerjasama. Apa yang penting, kerjasama...". Jadi, siapa lagi kalau bukan kerajaan, badan berkanun, swasta, pembangkang, NGO, persatuan/kelab dan orang persendirian. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ayuh kita mulakan!
Nota: Kita berharap Jutawan Senyap yang bakal lahir itu adalah yang taat pada perintah Tuhan, merendah diri dan dermawan.

Tuesday, February 24, 2009

Torima Kasi

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com ' Lensa Minda '
Torima kasi dikau Dr
Tulun awasi tokou batarima kasi
Pakaraja
Tadau kumaraja
Kota Belud

Monday, February 23, 2009

YB2 YANG 'TERSAYANG'

Signboard Besar di pekan KM yang memuatkan gambar YB2 kita.
Sumber Foto: Nazri al-Dusuni, wartawan SAM.
ACS, 23 Februari 2009: Beberapa hari ini saya meneliti beberapa laman blog rakan2 dan juga membaca surat2 khabar tempatan untuk mendapatkan beberapa informasi terkini. Seperti biasa saya akan membuat analisa berdasarkan ‘teropong’ ’dari kaca mataku’. Saya fokuskan kepada pemimpin masyarakat di daerah kita, Kota Marudu. YB2 yang kita ’sayangi’. Apakah ’tangisan’ rakyat di daerah KM masih belum cukup jelas kedengaran? Memang ada banyak suara yang menentang, tetapi hakikatnya lebih ramai yang masih ’sayang’ kepada YB2 ini. Sebab itulah mereka masih menang dalam piliharaya. Persoalannya, adakah mereka benar2 membela nasib rakyat di Kota Marudu, tanpa mengambil kira samada mereka telah mengundi ataupun tidak. Adakah mereka benar2 menjadi pemimpin yang 'menjiwai' rakyat KM? Melihat kepada kedaifan hidup penduduk di daerah KM yang sudah sekian lama tidak banyak berubah, saya kira para pemimpin kita masih berada di bawah par minimum standard sebagai pemimpin yang berjaya membawa pembangunan kepada kawasan yang mereka wakili. Suka untuk saya sentiasa ingatkan di sini bahawa saya bukan pro kerajaan atau pembangkang. Saya pro kepada pemimpin yang benar2 membela nasib rakyat. Tak perlulah sesiapa pun berkata bahawa hanya parti atau pemimpin tertentu yang mampu membawa kemajuan kepada Sabah, dan lebih specifik lagi KM. Kata2 seperti itu sudah biasa didengar oleh rakyat sejak dari zaman USNO, BERJAYA, PBS, dan sampailah sekarang. Rakyat tidak kisah dengan semua ungkapan itu. Apa yang mereka kisah ialah, adakah nasib mereka terbela atau tidak? Melihat kepada kapasiti YB MP kita sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, saya berpendapat lebih banyak yang beliau boleh lakukan selain daripada hanya sekali-sekala berlegar di kawasan KM dan menjadikan KM sebagai salah satu pilot project untuk hi-fi wireless service, computer training and cyber-net browsing secara percuma, kononnya untuk mengubah minda rakyat luar bandar. Projek ini sangat baik, tetapi kelompok sasarannya terlalu kecil, silap dan saya kira tidak membawa banyak perubahan positif yang kita kehendaki. Kenapa tidak, contohnya, membawa pelabur2 untuk melabur memajukan pekan KM, pekan Tandek, dan pekan Matunggong? Dicanangkan sebanyak RM2b akan dilaburkan oleh Ideal Prestige Sdn. Bhd. bagi projek 5-bintang ’new heart of KK’, yang sudah pasti akan menambahkan ’kesesakan’ di KK. Sementara itu, kawasan2 sejauh 70-100km selepas KK terus mundur. Tidak pun sebanyak itu jika dengan pengaruh YB kita dapat membawa pelabur untuk melabur beberapa juta ringgit sahaja, sudah tentu wajah KM, Tandek, dan Matunggong jauh lebih ’elok’ berbanding yang ada sekarang ini.

Pemimpin berjiwa rakyat? Dari kiri: ADUN Matunggong, ADUN Tandek, DO KM.

Sumber Foto: Nong, wartawan SAM.

Banyak tempat2 yang menarik di KM, kenapa tidak ADUN2 kita guna kapasiti mereka untuk memajukan kawasan ini untuk industri pelancongan? Dunia semakin panas, tetapi pemimpin2 kita masih 'kesejukan' dan seperti tidak kisah sangat apabila ada petualang2 luar yang mencabuli hutan rimba dan tanah2 penduduk KM? Kenapa membiarkan anak2 Marudu tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya kerana kekurangan prasarana? Senarai persoalan terlalu panjang untuk dihabiskan... Bagi saya secara peribadi, sebenarnya tidaklah penting sangat samada YB2 di KM ni orang tempatan KM ataupun tidak. Orang tempatan sendiri pun yang naik kalau tidak melakukan tugas seperti yang sepatutnya, sama saja. Orang luar KM pun jika mereka membela nasib rakyat KM, apa salahnya. Lagipun bumi ini hak dan milik kita bersama. Cuma saya masih merindukan para pemimpin di daerah ini benar2 membela nasib rakyatnya. Telus, tulus, dan ikhlas ’dari kaca mataku’ ini.

SECAWAN KOPI....

Oleh: Tekong SAM
"MENCARI SEN SU..."
Tadi malam (sekarang sudah 01:23 am/23.2.09), saya sempat minum kopi di pekan Goshen dengan sahabat baik. Bual punya bual tak sedar mencecah 3 cawan juga tiap sorang. Dr. Nelson mungkin akan menasihatkan: kurangkan budaya minum manis-manis...nanti kena "kencing manis". Susah bah doktor, kalau mau lama-lama di kedai kopi (kerana banyak cerita) kenalah berteman kopi, jika tidak, pemilik restoran akan "jeling-jeling" minta erti...
Topik perbualan kami pelbagai. Yang penting ialah - hala tuju politik Sabah. Sahabat saya risau dengan kebobrokan masakini dan harapan rakyat khususnya golongan muda yang inginkan perubahan positif. Saya ada beberapa idea tentang "dilemma" beliau tetapi tidak boleh dipaparkan di sini.
....(saya terhenti menulis sekejap kerana melihat dokumentri tentang "khufu" (Firuan yang membina piramid agung...). Saya tertarik dengan tulisan pada terowong dalam piramid itu. Tercatit "sen su" iaitu "rakan". (Menurut pendapat penyelidik, pekerja binaan piramid dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Maksudnya, terdapat grup-grup (sen su) dalam membina piramid itu). Saya mendapat idea! kemudian saya segera menyambung artikel ini...
Berbalik kepada cerita kedai kopi tadi, seorang insan biasa bernama "malAKUt" sedang mencari dan mengenalpasti "sen su" (di seluruh ini negeri)...pastinya "sen su" yang tidak mengejar "sen" (wang ringgit), sebaliknya - rakan yang mempunyai "su" yakni "suluh" (bukan "susuk dan bukan orang "sumbung"). Suluh terbaik adalah ilmu, keperibadian/akhlak/iman/takwa, kebijaksanaan dan wawasan. Inilah yang boleh menyuluh JALAN KE HADAPAN sebuah bangsa....

Sunday, February 22, 2009

KM

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com ' Lensa SAM '
Mari kita tanya ...
Kulintangan ini mesti di pukul
' Gulupu ' milik kita ... Emas milik siapa ...
Sebuah kenyataan ...
Di pinggir jalan
Nasib di bumi merdeka
Menanti sebuah janji
Seringgit tidak mungkin menjadi sejuta
Warga Kota Marudu

Friday, February 20, 2009

SALAM DARI PERANTAU- VOTE FOR SIPADAN ISLAND!

Khamis, 19 Feb 2009 - Pulau Sipadan, Sabah, Malaysia telah terpilih dalam pencalonan 'The New 7 Wonders Of Nature' yang dikendalikan oleh The New 7 Wonders Foundation. Pulau Sipadan berada dalam 'GROUP B - Islands' dan ranking terkini berada pada kedudukan 17 dari 30 pulau ternama dunia. Seperti 'Tujuh Keajaiban Dunia' terkenal yang lain seperti Taj Mahal dan Tembok Besar Cina, jika Pulau Sipadan berjaya dalam pemilihan ini, ia sekaligus akan membawa masuk lebih ramai pelancong ke negara ini. Anda juga boleh membantu dalam 'Kempen Undian On-line' yang disediakan pada laman web rasmi 'New 7 Wonders' iaitu di http://www.n7w.com Pencalonan Pulau Sipadan untuk 'Tujuh Keajaiban Dunia Semulajadi' telah melepasi Fasa Pertama 'New 7 Wonders' dan kini kempen undian Fasa Ke-Dua sedang dijalankan sehingga 7 Julai 2009. Dalam fasa ke-dua ini terdapat 261 pencalonan 'tempat-tempat menarik alam semulajadi' dan hanya 77 calon sahaja layak untuk ke Fasa Ke-Tiga kelak. Namun setakat ini, Pulau Sipadan masih belum berada dalam ranking 77 ini. Sebagai anak jati negeri Sabah,kita di SAM harus bersatu untuk memberi undian kepada pulau Sipadan,kerana jika dipilih dan menjadi finalist,sudah tentu ramai pelancong2 dari seluruh dunia akan melawat negeri Sabah sekaligus menambah pendapatan ekonomi negeri. Saya harap SAM akan memainkan peranan penting dalam membantu merealisasikan impian anak-anak negeri Sabah.

Thursday, February 19, 2009

Jalak Tandek Masih ada harapan.

masih ada jalak di Tandek ni...
saiz 700 gram...
Catch & Release
Setelah beberapa hari saya menaikkan jalak di parit besar di Tandek ini, sampai ke hari ini masih lagi saya dapat jalak di sana walaupun hanya seekor atau 2 setiap kali berkunjung ke sana. Harapan masih ada, dan saya tidak bawa balik seekor pun jalak tersebut, kerana saya ingin jaga populasinya di sana dan dengan harapan saya juga agar kawasan tersebut boleh dipenuhi semula dengan ikan - ikan dari spesies yang lain. Saya juga amat berharap agar tiada lagi orang yang datang ke sana dan meracun parit tersebut. sebab dari info yang saya terima, parit tersebut pernah diracun oleh orang - orang dari kampung berdekatan. ikan yang telah diracun tidak juga di ambil kesemuanya, lepas orang kampung tersebut tidak lagi mampu ambil yang lain, mereka tinggalkan begitu sahaja dan ikan - ikan yang tertinggal itu mati begitu sahaja. Cukup lah dengan merambat dan memukat atau menahan rawai, jangan lah di racun parit besar tersebut. Harap orang - orang kita jangan lah lagi menggunakan racun yang boleh memusnahkan terus sesuatu habitat.

Nuggets Of Inspiration

"Don't fool yourself that important things can be put off till tomorrow; they can be put off forever, or not at all." ~Mignon McLaughlin, The Neurotic's Notebook, 1960 Tangani Sikap Suka Menangguh-nangguhkan Kerja
Agak lama saya tidak post apa-apa entry sini SAM. Agak lama juga kerja-kerja saya yang lain dibiarkan terbengkalai. Inilah dia akibat suka tangguh-tangguh, suka berlambat-lambatan dan membiarkan diri alpa, lalai dan leka dengan pelbagai perkara yang ‘lebih remeh’…lantas minda bisa hilang fokus. Hemm…siapa kata ‘motivator’ tidak perlukan nasihat dan motivasi dari orang lain…kan…kan…dan sesungguhnya, salah satu sikap yang ternyata sangat menguntungkan kepada psikologi kita ialah sikap berani mengakui kelemahan diri dan seterusnya terbuka dan tidak bersikap skeptikal mahupun prejudis terhadap teguran membina, nasihat dan apapun bentuk penambahbaikan dari sumber-sumber lain selain diri sendiri. Lagipula, proses pembelajaran adalah lifelong learning dan boleh berlaku di mana-mana. Semua orang pasti bersetuju bahawa sikap suka menangguh-nangguhkan kerja apalagi kalau itu sangat penting dan urgent amat dan teramatlah merosakkan diri, bangsa dan negara. Sikap ini membawa kepada kelalaian dan membuatkan kita suka berselindung di sebalik kata-kata “tunggu dulu bah”, “kejap lagi”, “lambat atau cepat, siap juga bah itu..” dan segala macam penangguhan lain yang seangkatan dengannya. Pemanjaan kepada sikap suka melengah-lengahkan kerja ini menjadikan kita masyarakat yang malas, terlalu banyak membuang waktu dan banyak dalih bodoh. Lebih membahayakan lagi kalau kita terus membiarkan diri selesa dan enak berada dalam kondisi “lama lagi bah itu…pelan-pelan..” sehingga sangat melambatkan malah menghentikan langkah perjuangan. Orang lain sudah boleh berlari, kita pula masih belajar merangkak…adeh…gawat bangat! Oleh itu, kesedaran yang tinggi dan membuang sikap suka menangguh-nangguhkan kerja haruslah diterapkan, diaplikasikan, dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat, warga Marudu khasnya, jika kita mahu memperkasakan dan mengangkasakan tamadun bangsa. Ini terutama sekali kepada golongan-golongan pemimpin (siapapun anda samada tinggi atau rendah pangkat anda dalam organisasi kepimpinan) kerana kalau pemimpin sendiri pun suka bergerak slow-motion, rakyat pula menjadi-jadi ‘alamas’(lemas) dan silap haribulan mati sebelum waktu yang sepatutnya. Cepat, tangkas dan efisien…ini yang kita mahu!

Tuesday, February 17, 2009

SECAWAN KOPI...

"ORANG KAYA DERMAWAN..." Oleh: Sanguru/Tekong SAM
Malam semalam, saya dan seorang kawan minum-minum kopi di Restoran Khamsiah, Pekan Goshen. Bagus tempat ini kerana dapat akses "WLAN" jadi sambil borak sambil tengok internet melalui handphone....uiiinaaa, syokkkk...
Sahabat saya ini mulia cita-citanya. Impiannya mahu jadi orang kaya yang dermawan. Orang kaya yang suka mengembara sana-sini dan bantu orang miskin tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik. Uiiinaaaa....saya ikut teruja kerana pernah juga saya terfikir begitu, bahkan SELALU sebenarnya.
Hmm...tapi Tuhan itu MAHA MENGETAHUI lagi MAHA MENGASIHI, ada orang "ditakdirkan" miskin sebab kalau jadi orang kaya, alamat mati orang miskin dizaliminya. Temberang sana-sini, "makan" itu ini. Demikian juga, ada yang "ditakdirkan" jadi pengikut saja sebab kalau jadi ketua, barangkali tidak mampu ia memimpin atau akan merosakkan organisasi. Demikian juga Kota Marudu jadi macam "begini", pun tentu ada hikmahnya. Jika tidak "begini" brangkali permata-permata bangsa (saya guna istilah sdr. Umar al-longobi) tidak muncul atau tidak digali.
Demikianlah hidup dan kehidupan. Banyak perkara perlu DIRENUNGI. Semua ini - UNTUK KITA RENUNGKAN ...

Penjawat Awam Dalam Dilema?

Oleh, Umar al-Longobi http://abuainulyasin.wordpress.com/
Semalam saya telah menghadiri satu mesyuarat berkenaan dengan Penyelarasan Projek RMK-10 Peringkat Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh YB. Dato` SUK Kelantan. Yang dijemput adalah semua wakil jabatan peringkat persekutuan dan negeri. Apa yang menariknya adalah, ahli mesyuarat terkasima seketika apabila pengerusi membuka mesyuarat dengan nada tegas mengatakan, "... kita jangan main politik. Kita bukan orang politik. Kita bekerja untuk rakyat demi mencapai matlamat DEB iaitu perpaduan kaum..."
Saudara, benarkah wujud perbezaan di antara Kerajaan (Cth: Kerajaan Malaysia, Kerajaan Indonesia dll.) dan Parti Pemerintah (Cth: BN-Persekutuan, PR-Selangor dll)? Di sini terdapat pelbagai pendapat dan timbul banyak persoalan. Realiti yang berlaku sekarang adalah, seolah-olah tidak wujud langsung beda di antara dua perkataan ini. Kerajaan adalah Parti Pemerintah dan Parti Pemerintah adalah Kerajaan. Kekaburan yang perlu dirungkai adalah, benarkah? Saya serahkan gelanggang perbincangan ini kepada pembaca SAM yang penuh bijaksana untuk memperhalusi tanda tanya ini secara ilmiah, tanpa dipengaruhi oleh rentapan emosi politik kepartian. Lilitan dilema ini perlu dilonggarkan agar tidak wujud kekeliruan di kalangan masyarakat, khususnya penjawat-penjawat awam. Jikalau ini tidak usai, natijahnya akan wujudlah prasangka-prasangka buruk sesama kita. Bobrok keharmonian. Akan kedengaranlah label seperti `anti kerajaan`, `tidak berterima kasih kepada kerajaan`, `penyalahgunaan aset awam untuk kegunaan parti/peribadi` dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.
Sebagai seorang penjawat awam dan warganegara Malaysia, pada saya kedua-dua perkataan itu memang saling berkait di antara satu sama lain. Akan tetapi, ianya sungguh berbeda umpama minyak dengan air. Ya, memang benar untuk membentuk sebuah kerajaan dalam negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan ini sudah digariskan bahawa mesti melalui pilihanraya di bawah kendalian SPR. Ekoran itu, lahirlah parti-parti politik (termasuk yang tidak berparti/bebas) bagi menyempurnakan pertandingan di dalam pilihanraya tersebut. Yang itu, tiada siapa boleh menafikan.
Bagaimanapun, apabila sesebuah parti itu mencapai kemenangan yang membolehkan mereka membentuk kerajaan, mereka perlulah tidak mencapur adukkan kepentingan parti di dalam urus tadbir sesebuah kerajaan. Walau apapun parti mereka, apabila mereka dalam kerajaan secara automatik mereka harus, mesti dan wajib meneutralkan diri. Sebab, kerajaan adalah hak semua rakyat tanpa mengira anutan politik. Sebagai kerajaan walau dari parti manapun, walau di negara manapun sepatutnya berkhidmat kepada rakyat seadilnya tanpa ada bibit prejudis, diskriminasi dan pengabaian. Gaji dan segala keistimewaan yang mereka perolehi adalah daripada `wang rakyat`, bukan wang parti. Justeru, apabila menggunakan `wang rakyat` menjadi kewajiban mereka mengembalikan hak rakyat di tempat yang sepatutnya.
Oleh itu, mungkin dapat disimpulkan bahawa Kerajaan dan Parti Pemerintah adalah dua perkara yang amat berbeza, bagi anda bagaimana?. Sebagai penjawat awam, sudah menjadi kewajiban untuk mempertahankan kerajaan. Kerana kita berkhidmat kepada kerajaan walau parti apapun yang menang. Parti boleh bertukar ganti. Tapi kerajaan hanya satu iaitu Kerajaan Malaysia. Amatlah malang dan menyedihkan sekiranya ada penjawat awam yang menggunakan jawatan yang 'diberikan' rakyat kepada mereka untuk menghentam parti yang dibencinya dan menyanjung parti yang dianggotainya.
Dengan hujah, mereka mempertahankan kerajaan. Sedangkan apa yang dibicarakannya adalah wacana dari parti yang dianggotainya, berdasarkan faham dan fikir senget bahawa kerajaan dan parti itu adalah satu. Ini silap! Sebenarnya, mereka menggunakan badan kerajaan untuk mempromosikan parti mereka. Bagi saya mudah, kalau mahu tunjuk hebat sangat lepaskan jawatan sebagai penjawat awam itu dulu. Kemudian, menyalaklah sehingga bergegar Gunung Kinabalu sekalipun, tidak ada orang yang kisah bah... Jawatan itu 'pemberian' rakyat dan rakyat bukan semuanya separti dengan kita. Mesti NEUTRAL!
Lainlah kalau kita wakil rakyat. Kalau tiada komitmen dengan mana-mana badan kerajaan, berjuanglah 24 jam sehari untuk parti. Jika kebetulan ada memegang potfolio dalam kerajaan, jangan rojakkan urusan parti dan kerajaan. Tapi, sebagai penjawat awam tidak usahlah kita berlagak seperti wakil rakyat. Bukan bermakna penjawat awam perlu tutup mata dan telinga terhadap politik. Tapi, jangan keliru dan salah faham. Jangan menganggap kerajaan itu adalah parti. Jangan cabuli badan kerajaan untuk mencapai cita-cita parti politik masing-masing. Kalau ingin bersuara, teruskan. Walau apa parti yang kita perjuangkan. Tapi jangan sama sekali, membawa jawatan dalam kerajaan sebagai 'pelaris' parti kita. Sebelum kita dapat kesimpulan yang tuntas, mungkin pembaca sekalian ada pendapat yang lebih baik. Silakan...
Possibly related posts:

Monday, February 16, 2009

SEDIKIT RENUNGAN

"Bila menitisnya air mata penyesalan seorang ibu"
Suatu hari seorang sahabat saya berkunjung ke rumah orang2 tua bersama teman2nya. Kesempatan ini mereka lakukan untuk berkongsi bahawa hidup ini akan lebih membahagiakan jika kita boleh berkongsi suka duka dan kesepian orang2 tua dalam kehidupan mereka. Cerita sahabatku..ketika dia sedang berbicara dengan beberapa orang tua di tempat itu, matanya tertumpu pada seorang ibu tua yang duduk menyendiri sambil menatap kedepan dengan pandangan kosong.
Lalu sahabat cuba mendekati dan mengajaknya berbicara. Perlahan namun akhirnya c ibu mau berbicara dengannya sampai c ibu menceritakan kisah hidupnya. Ceritanya dimulai dengan desahan nafas panjang. "Sejak muda, saya dan suami di samping menjaga anak2 dengan penuh kasih sayang, kami bekerja bersungguh2 untuk mengumpul sebanyak mana harta demi anak2 yang kami sangat2 cintai demi masa depan mereka. Syukur kepada Tuhan atas kehidupan kami yang baik. Demikian juga anak2, mereka berhasil bersekolah sampai ke luar negara malah memperolehi kerjaya dan keluarga masing2.
Tibanya masanya saya pencen kerana sudah tua, tiba2 suami tercinta yang selalu menemani, berkongsi suka duka dan sentiasa bersama2 saya sejak saya memulakan hidup ini meninggal dunia kerana sakit yang mendadak. Lalu sejak pemergian suami tinggallah saya seorang diri di rumah besar kami bersama pembantu rumah.Syukur juga saya memiliki pencen hasil dari pekerjaan saya yang lalu. Tidaklah saya menyusahkan anak2 untuk meminta itu ini bagi memenuhi keperluan saya.
Hidup saya betul2 sunyi dan sepi. Anak2 jauh sekali mau menemani saya lebih2 lagi mereka sudah punya kehidupan sendiri. Jangankan sebulan sekali mahu menjenguk saya, khabar melalui telefon pun tidak pernah dititipkan. Tiba2 anak sulung saya datang menyeru supaya saya menjual rumah besar itu dengan alasan mahu mengajak saya tinggal bersamanya.Lagipun saya sudah tua untuk tinggal sendiri katanya.Dengan hati yang berbunga saya menyetujuinya. Walaupun saya sayangkan rumah besar itu kerana disitulah terlakarnya segala kenangan bersama arwah suami, tapi kecintaan terhadap anak2 yang lebih besar dan lebih bermakna. Apa guna rumah besar itu tanpa orang2 yang saya kasihi di dalamnya. Justeru, saya mengikut anak sulung saya.
Tapi apa yang saya dapat? Setiap hari mereka sibuk sendiri.Kalau mereka di rumah pun tidak pernah mau menyapa saya.Semua keperluan saya diurus oleh pembantu rumah.Mujur saja dari dulu hidup saya ni memang teratur dan jarang sekali sakit2.
Lalu saya tinggal di rumah anak saya yang lain dengan harapan akan mendapat sukacita dengan mereka ini pula. Tapi rupanya tidak dan yang paling menyakitkan mereka melayan saya seperti pembantu rumah. Bukankah pembantu rumah juga seorang manusia? Demikian juga saya, ibu mereka sendiri.Di manakah hati nurani mereka? Sesungguhnya saya tidak pernah mengunjurkan ajaran sedemikian.
Akhirnya saya tinggal dengan anak bongsu tetapi terus mengalami nasib yang sama malah mereka ini telah menghantar saya ke pusat penjagaan orang2 tua dengan alasan supaya saya ada teman berkumpul dan berkongsi cerita. Malah mereka telah berjanji akan selalu mengunjungi saya. Saya hanya akur untuk mengelakkan perbalahan. Begini sekali anak2 permainkan takdir hidup ibu mereka.
Kadang2 saya menyesali diri mengapa saya punya anak2 yang demikian buruk. Walaupun saya di sini tidak pernah sunyi dari teman2 dan kunjungan sahabat2 yang mengasihi saya, tapi saya tetap merindukan anak2 saya.Kerinduan ini tidak akan pernah berakhir untuk mereka. Penantian juga tidak pernah berakhir kerana mereka adalah anak2 yang saya lahirkan dan besarkan sehingga berjaya demikian rupa, meskipun mereka sudah melupakan saya ibu mereka"...demikain cerita c ibu berakhir.
Sejak hari itu, sahabat saya selalu mengunjungi ibu tua itu. Keceriaan c ibu itu jelas terpancar bila sahabat itu mengajak sekali anak2nya berkunjung. Lalu, sampai hatikah kita membiarkan para orang tua kita kesepian dan menyesali hidupnya kerana kesibukan kita? Bukankah suatu hari nanti kita pun akan melalui usia tua dan keseian? Itu pun kalau berkesempatan menikmati hidup hari tua. Ingatlah bahawa tanpa ibu dan bapa, kita tidak mungkin ada di dunia ni dan menjadi seperti ini.
Jika anda masih mempunyai orang tua, bersyukurlah. Sayangi mereka dengan segenap kasih kerana banyak anak yatim piatu yang merindukan kasih sayang orang tua mereka. Jika anda sempat membaca posting ini bererti masih ada orang yang peduli kepada anda untuk mengingatkan jasa kedua orang tua kita. Sama2 kita renungkan sebalik kisah ini..Bila air mata seorang ibu gugur, hanya 2 perkara yang mencetuskannya. Sama ada tangisan SAKIT HATI atau tangisan GEMBIRA.
NOTA : Aku sayangkan ibu bapaku. Aku percaya kita semua pun begitu.

Lagi-lagi Jalak...

Catch & Release!
jalak ni kicil saja...
saiz ni masih kecil, jika saiz macam ini pun di bawa balik, maka di masa hadapan kita tidak lagi dapat melihat jalak yang berskala besar.
saiz 1.0 kg untuk rekod tahun ini, jalak ini juga saya lepaskan semula agar ia dapat membesar lagi dan membiak lebih banyak lagi.
jalak 1.0 kg, dengan set casting saya.
Hari ni seperti biasa saya pergi ke spot biasa saya untuk casting sekejap selepas waktu kerja. Sampai di tempat tujuan, saya lihat keadaan air adalah in the best time. dengan tidka membuang masa, saya terus melabuhkan gewang Bomber Bushwhacker saya. selepas beberapa minit cast, saya diberikan salam strike yang pertama! Jalak kecil yang naik. selepas photo siap diambil, saya lepaskan semula jalak tersebut ke parit tersebut. kemudian saya sambung lagi casting, kali ini menghala ke hujung parit tersebut. kemudian dalam relaks-relaks casting, tiba-tiba saya dikejutkan dengan satu strike yang kuat! dengan tidak memberikan peluang untuk jalak melarikan gewang, saya strike! kali ini saya ambil masa lebih kurang 2 minit untuk menaikkan jalak ini, berat dan besar! selepas ditimbang, ianya mencapai 1.0 kg! Nampaknya jalak di spot saya ini masih lagi ada dan malah besar. jalak 1.0 kg ini juga saya lepaskan semula setelah siap ditimbang, photo, serta ukuran nya saya ambil. ukuran panjangnya mencapai 18" boleh dikatakan spot ini masih boleh dijaga dan stok ikannya masih ada jika tidak diracun lagi oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

SALAM DARI PERANTAUAN(SAVE THE BORNEO)

Kelmarin 15hb Feb..seorang kenalan telah mengundang saya untuk sama-sama meraikan harijadi kawan dia.Dalam majlis ini saya terkejut apabila mereka adalah ajk-ajk NPO(Non-profit Organization) yang ketika ini amat aktif dalam aktiviti-aktiviti memelihara alam sekitar.Lebih mengejutkan saya apabila mereka memberi penerangan,kumpulan ini memberi tumpuan untuk memelihara hutan di Sabah.NPO ini amat sedih dengan keadaan hutan di Sabah.Penanaman kelapa sawit yang berleluasa serta penebangan kayu-kayu yang tidak terkawal mengancam hidupan-hidupan liar hutan. Sebagai anak tempatan Sabah,saya amat malu dengan kerakusan individu tertentu sehingga pihak luar boleh nampak dengan jelas.Apa yang menghairankan saya,mengapa tidak ada pihak dari kerajaan yang tampil untuk membawa isu ini.Mengapa pihak luar pula yang bertungkus lumus memelihara hutan di Sabah?apakah orang-orang Sabah tidak mampu untuk menjalankan tugas ini? NPO ini telahpun memulakan projek mereka iaitu penanaman semula hutan yang diterokai.Saya difahamkan sekitar tahun 1970 Sabah diliputi dengan hutan hijau sebanyak 80% tetapi pada tahun 2005 hanya tinggal 60%.Mungkin negeri kita akan kehilangan khazanah alam sekiranya tidak ada pengawalan.Penanaman kelapa sawit adalah contoh,syarikat2 terbabit dengan rakus meneroka kawasan-kawasan bukit tanpa menghiraukan masalah alam sekitar..haiwan2 terlindung turut menerima tempias dengan kerakusan ini. Saya sendiri sebagai wakil penduduk negeri Sabah,telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Borneo Conservation Trust(badan NPO) kerana usaha mereka memberi perlindungan kepada hidupan2 lindungan dan memelihara alam semulajadi negeri Sabah.Mereka tidak sangka ada orang Sabah di Osaka dan paling menggembirakan apabila BCT telah mempelawa saya untuk menganggotai pertubuhan NPO ini.Sudah tentu saya tidak menolak,mungkin dengan cara ini saya boleh berbakti kepada negeri Sabah.Bulan depan 13hb Mac,saya akan menghadiri persidangan BCT sebagai ahli NPO. Semoga usaha murni ini akan berjaya demi negeri kita yang tercinta.Saya sebagai wakil SAM berjanji akan berusaha untuk membantu badan NPO ini dalam apa jua aktiviti mereka di Sabah. sebagai rujukan sila klik link ini http://www.bctj.jp/index.html tapi semua dalam tulisan Jepun ..hehehe .

Sunday, February 15, 2009

Logo SAM dipilih menjadi cover majalah RICHES?

Nota: Suka-suka saja bah. Takkanlah soriuuuuus saja! hehe...

Hakikat Perjuangan Anak Marudu!

Oleh, Umar al-Longobi http://abuainulyasin.wordpress.com/
Jalan perjuangan ini tidak ditaburi dengan bunga-bunga yang harum tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang, kerana sesungguhnya antara jalan yang benar dan salah ada pertentangan yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan ketabahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera dan putus asa. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus menerus dan hasilnya terserah kepada yang Maha Esa diwaktu yang dikehendakiNya. Mungkin kita tidak akan dapat melihat natijahnya serta buahnya di dalam hidup kita. Sesungguhnya kita hanya disuruh beramal dan berusaha, tidak disuruh melihat hasil dan buahnya.
Nota: Bersama kita fikirkan...

Coret Kimaragang:Kota Marudu Miskin Kerana Kita Gagal Bersikap Ekstrem?

Saya sudah memikirkan perkara ini dalam diam dan dalam waktu yang cukup lama. Saya halusi lipatan sejarah mana yang mencatatkan bentuk perjuangan yang memilih sikap radikal dan menggunakan akal.

Ada sebahagian kita melihat ada keperluan untuk mengadakan demonstrasi sebagai satu bentuk luahan tidak puas hati kepada pihak tertentu yang gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin. Terus terang, anda dan saya berkongsi ketidakselesaan yang bersumberkan rasa tidak puas hati. Kita gagal menyembunyikan beberapa kata-kata keras kepada pemimpin kita. Kita gagal untuk menyembunyikan emosi kita terhadap kemelut prestasi buruk orang politik. Pemimpin tukar pemimpin tapi jejak politik mereka masih kontang idea, maka harga yang perlu dibayar ialah kebuntuan masa depan daerah tercinta .

Ada yang berpendapat kita terlalu bersikap baik. Tidak berani melakukan perubahan. Tidak tahu bertindak radikal dalam menyatakan bantahan. Masih memilih cara berhemah tanpa sikap ekstrem. Maka ada yang berpendapat, hasil daripada sikap ‘berlembut’, Kota Marudu menerima tamparan terlalu hebat kerana telah dihadiahkan dengan label daerah miskin. Fakta jelas merekodkan demikian Label ini menyakitkan. Benarkah Kota Marudu miskin kerana kita gagal bersikap ekstrem/radikal?

Fenomena kekerasan selalu menjadi senjata terbaik untuk memenuhi cita-cita perjuangan Ada yang berjaya tapi berdarah! Kerana kita semua tidak dapat memberikan jaminan sejauh mana keupayaan kita mengekang dan mengawal kuasa emosi. Kebijaksanaan dan keberanian kita tidak perlu ke arah itu. Minda intelek kita tidak kekurangan cara. Bukan memilih untuk terus ‘berlembut’ tapi kita tingkatkan keupayaan. Daripada perasaan BERSATU kepada BERSEPADU.

Saya masih memilih pendekatan bijak dan berhemah. Perlu ingat, masyarakat adalah agen perubahan kepada susunatur sistem politik. Inilah kuasa sebenar yang perlu kita sedar. Era milenium mencetus pemikiran baru anak tempatan. Kita sudah lebih tahu menilai. Semakin celik dalam hak-hak sebagai rakyat. Anak-anak muda mula berani bersuara menggerakkan kekuatan minda mereka. 3 perkara fokus: PEMIKIRAN, KEMATANGAN POLITIK dan TANPA KEKERASAN

PEMIKIRAN- membangun kesedaran memaksimakan idea melalui pelbagai opsyen sedia ada, mencambahkan kematangan minda kepada pelbagai reaksi menjadi tunas bangsa.

KEMATANGAN POLITIK- memperkasakan pemikiran menjadi satu pertarungan idea yang lebih kritis, sarat dengan pelan perlaksanaan termasuk bagaimana kita mengupayakan kekuatan kita membongkar dan memelihara kebijaksanaan intelektual yang terpendam di kalangan anak tempatan.

TANPA KEKERASAN- yakni tanpa melibatkan sebarang bentuk tindak-tanduk ekstrem. Kita usah tawar-menawar dengan cara yang tidak ‘harmonis’ kerana sekali kita memulakannya, kita akan dipertanggungjawabkan melahirkan satu kelompok baru yang tidak memberikan ruang kepada proses diplomasi melalui kekuatan akal.

Mungkin, kita boleh menjadikan sikap radikal (dalam konteks rasional) sebagai salah satu daripada pilihan reaksi kita kepada pemimpin yang tidak tahu ‘begruna’ kepada masyarakat. Namun kita perlu menterjemahkan pernyataan sikap sebegini melalui konsep matang, politik bistari yang tanpa kekerasaan yang dengan sendirinya kita memelihara perasaan harmoni bermasyarakat.

Fikirkan. Susah benarkah kita membuat penilaian 5 tahun pertama perkhidmatan mereka sebagai YB? Jika mereka gagal, mengapa terus ‘buta’ memberikan undi? 5 penggal perkhidmatan mereka lagikah kita terkapai-kapai membuat pertimbangan? Yang peliknya, mereka terus diangkat melalui peti undi. Jika demikian, apakah undi yang kita ‘setia’ berikan terdahulu berbaloi disudahkan oleh aktiviti berdemonstrasi? Kita sebenarnya bukan berdemonstrasi kepada pemimpin berkenaan tetapi terhadap diri kita sendiri! Pemimpin politik bukan lantikan yang boleh disamakan dengan kriteria Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. TANGAN kita yang MENGIZINKAN mereka berkuasa!! Tangan kita yang sebenarnya membenarkan kemiskinan terus membelengu Kota Marudu. Kita bukan setakat perlu bersatu tapi perlu BERSEPADU untuk singkirkan mereka yang tidak cintakan kemajuan.

Usah membalas kekerasan dengan kekerasan. Semua elemen kemasyarakatan harus kekal, kita sepakati dari bahu ke bahu, sama-sama tekad membangun tanpa merosakkan moral dan etika kehidupan kerana kekerasan itu bukan SATU-SATUNYA cara mengemukan pendapat. Dialog dan ‘pertarungan’ idea lebih menjadikan kita sebagai masyarakat kompetetif. Banyak sebab perjuangan, kita sanggup mati, tapi kita tiada sebab untuk melakukan perjuangan berdarah. Perjuangan begini sudah lama berlalu. Dulu kita mempertahankan tanah air. Demonstrasi sana sini untuk menunjukkan perpaduan bangsa. Era itu kita sudah lalui. Kini, yang kita perjuangkan ialah MASA DEPAN rakyat yang hidup di negara merdeka. Kekuatan LUARBIASA yang kita miliki sekarang ialah KITA SUSUN dan ATUR organisasi politik orang kita. Jika yang baik maka kekalkan kebaikan. Tukar jika perlu tukar. Angkat golongan yang berfikiran jelas terhadap aspirasi rakyat. Angkat dan kita pacu semangat ke cakerawala, beritahu kepada mereka yang sudah lama ‘berkuasa’ bahawa kita tidak kekurangan individu yang memiliki idea lebih baik daripada orang politik ini.

Mahatma Ghandi pernah mengatakan ‘KEBENARAN adalah senjata paling ampuh daripada apa jua senjata kemusnahan’.

Thursday, February 12, 2009

SECAWAN KOPI...

Oleh: Tekong SAM
Baru sebentar tadi pihak pentadbiran sekolah (SMK Tandek) bermesyuarat dengan AJK PIBG. Sesudah mesyuarat adalah makan minum sikit. Minum kopi. Antara yang mustahak untuk diketahui pembaca ialah kesukaran anak-anak kita mendapatkan pendidikan akibat kemiskinan dan faktor geografi. Tahun demi tahun, SMK Tandek menerima ratusan orang pelajar dari kawasan perbukitan. Kumpulan pelajar ini sangat memerlukan kemudahan asrama dan bantuan kewangan. Apa yang menyedihkan pihak kami, khususnya saya yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mengurus hal ehwal pelajar ialah - limitasi kemudahan asrama. Dengan kapasiti yang terhad, kami berhadapan dengan permintaan yang agak tidak terhad bahkan semakin meningkat. Saya terpaksa memperkenalkan sistem quorta untuk setiap kampung di perbukitan, sehinggakan ada pelajar yang tidak dapat tinggal di asrama. Memang menyedihkan, tapi apa daya.
Sehubungan dengan itu, dalam mesyuarat tadi saya ada mengusulkan kepada ahli PIBG khususnya yang ada "kapasiti" dalam parti-parti politik BN agar mengemukakan isu dan permasalahan ini kepada pihak yang berkenaan. Kemudahan asrama perlulah ditambah dan pada masa yang sama pembinaan sekolah menengah juga harus disegerakan. Pembinaan SMK Tandek II dan SMK Bandau seharusnya menjadi keutamaan. Inilah yang rakyat N5 Tandek mesti minta, kerana inilah jantung masa depan orang-orang Tandek. Dan inilah yang seharusnya menjadi keutamaan oleh para pemimpin kita. Tidak boleh dinafikan bahawa PENDIDIKAN adalah HARAPAN warga pribumi. Kalau bukan kerana PENDIDIKAN, saya pasti semua sidang redaksi SAM tidak akan menjadi seperti sekarang ini...

Rimas

Semenjak dua menjak ini, kita dapati keadaan sosiopolitik di Malaysia agak kucar-kacir. Sejak berakhirnya PRU ke-12 yang lalu, BN dan PR tidak henti2 saling bercakaran satu sama lain. Ada ketikanya BN kelihatan menang, dan ada waktunya PR yang menang. Siapa yang menang secara keseluruhan? Saya pun tidak tahu. Apa yang jelas, perbalahan ini menyseksa rakyat. Dalam PRU yang lalu, BN menang dengan kelebihan beberapa kerusi parlimen sahaja, tetapi jika dikira undi majoriti rakyat seluruh negara, PR yang menang. Kalau sistem pemilihan presiden di AS diamalkan di negara kita, mungkin wakil rakyat dari PR boleh jadi PM. Malangnya Malaysia bukan dan tidak sama dengan Amerika.
Kita di Sabah khususnya di KM, mungkin tidak begitu merasakan kehangatan suasana sosiopolitik tanahair, tetapi mereka yang berada di Semenanjung Malaysia, keadaannya semakin runcing. Apakah gelora di Semenanjung akan turut menghasilkan tsunami di Sabah? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Apa yang jelas bagi saya, kekusutan ini akan berterusan sehingga PRU yang akan datang. Inilah kelemahannya sistem berpolitik di negara kita. Jika kerajaan lemah dan pembangkang kuat, pentadbiran negara tidak terurus dengan baik. Jika kerajaan kuat dan pembangkang lemah pula menyebabkan 'mereka' goyang kaki dan mendabik dada. Lebih kurang sama juga. Saya fikir keadaan ini akan berterusan begini melainkan sistem perlembagaan di Malaysia berubah.
Ketaksuban terhadap perkauman dan agama juga turut menjadi minyak yang menyemarakkan api persengketaan di antara kaum dan parti. Ada yang berkata, "Ini Malaysia hak kami, kalau kamu tidak suka, kamu boleh lari." Tapi kalau difikir2 semula, siapakah yang lebih berhak di Malaysia? Orang2 Asli di Semenanjung pun hanya membisu seribu bahasa, atau mungkin mereka dibisukan, atau tidak tahu kepada siapa dan bagaimana untuk menyalurkan suara mereka. Kita, rakyat di negeri Sabah juga tidak begitu berminat dengan ungkapan2 seperti itu kerana kita sudah belajar lebih dulu erti perpaduan antara kaum. Kita sudah tahu awal2 lagi bahawa bumi ini hak kita bersama.
Tapi yang lebih merimaskan saya fikir ialah ada para pemimpin di negeri kita ini yang turut serta dalam gelangggang 'mereka' seolah2 (samada mereka sedar atau tidak) mahu membawa 'masalah perpaduan kaum' itu ke mari. "Come on man, what are you doing?" Tidak cukupkah dengan masalah kemiskinan di Sabah yang memalukan (sehingga YB Dr. Mohamad Khir Toyo sendiri pun muatkan artikel khas kemiskinan di Sabah dalam blog beliau)? Di 'sana' mahu berlagak seperti hero pula? 'Lebuhraya' KM ke KB pun tidak siap2 dari dulu. Sepanjang jalan melalui Kinabatangan pun tidak ada stesyen minyak. Projek keretapi di Tenom pun hangat2 tahi ayam. Malaslah senaraikan semuanya.
Semua ini buat saya rimas. Kamu tidak rimaskah? Kenapa para pemimpin kita (samada kerajaan mahupun pembangkang) begitu susah untuk duduk bersama dalam dewan parlimen dan DUN masing2 untuk membincangkan masalah rakyat dan bagaimana untuk menyelesaikannya, daripada sibuk untuk menaikkan nama dan kedudukan sendiri? Sifat manusia yang sukar dipuaskan begitu merosakkan fikiran mereka. Padahal semua itu boleh dikawal. Kenapa mereka sukar untuk mengaku kelemahan diri dan saling tolong-menolong satu sama lain? Egoistik manusia telah membutakan mata hati mereka. Padahal mereka tidak rugi apa2 kalau berlaku jujur, malah akan menerima pahala di bumi dan di akhirat.
Nota: Inilah yang buat saya rimas untuk turut serta dalam kancah politik tanahair.

Monday, February 9, 2009

Jalak Simpang Tiga

jalak dengan BERKLEY POWERBAIT soft plastic!
hasil pertama petang tadi...
hasil kedua dengan gewang BOMBER BUSHWHACKER!
kuat lawan juga ni jalak walaupun kecil...
Hari ni saya turun casting kejap sama clay di simpang tiga Langkon. Ada spot saya yang baru saja dibersihkan parit minggu lepas, parit besar ini mengalir ke dalam estate kelapa sawit samudera. Dulu memang ada cast sini juga, tapi mungkin waktu itu jalak sana malu2 mau strike gewang2 saya. Dan petang tadi, setelah ditinjau kembali spot ini, masih ada rise dari jalak2 yang menghuni parit tersebut, dan masih ada banyak ikan2 lain di sana. syukur, parit ini masih lagi ada ikan. dan hari ini juga saya telah dapat 2 ekor jalak saiz kecil dari spot ini. jalak pertama saya dengan menggunakan Soft Plastic Lure, boleh dikatakan plastic ini dibuat serupa seperti ulat ataupun beberapa bentuk ikan atau katak. malah penggunaan soft plastic ini boleh memberikan kita pelbagai cara untuk mempersembahkannya di dalam air. saya guna soft plastic jenama BERKLEY POWERBAIT. jenama ini sangat laris di kalangan caster yang sudah merasai karan daripada hasilnya dengan ikan. serta jenama ini mempunyai "SCENT" ataupun bau untuk menarik perhatian ikan. soft plastik berkley juga adalah bio-degradeable. yang mana ianya environmental friendly dan tidak menjejaskan persekitaran kita. jalak kedua saya pula menggunakan gewang BOMBER BUSHWHACKER. gewang ini adalah gewang spinnerbait yang mana merangkumi kekipas, bulu / janggut ( sebenarnya getah yang diikat menjadi seperti bulu2 ) frame serta hooknya. daya tarikan dari gewang sperti ini adalah pada bulu2 nya dan pada getaran kekipasnya. kekipas ini pula boleh didapati dari pelbagai bentuk dan saiz. bentuk seperti LEAF, COLORADO BLADE adalah kegemaran saya, kerana dari getaran dan warna gewang ini lah yang selalu menghasilkan tangkapan jalak buat saya. dengan sedikit info diatas ini, saya harap pembaca dapat lebih memahami erti pancingan gewang ini, yang mana kita tidak perlu menggunakan umpan hidup untuk memancing. cuma berumpankan ARTIFICIAL LURE. Akhir kata dari saya untuk kali ini, "PRACTICE CATCH & RELEASE WHENEVER POSSIBLE"