SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, February 6, 2009

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com ' AKHBAR '
ARKIB : 04/02/2009 - Utusan Malaysia

Tertipu dapat baucar RM25,000 minyak Petronas

SAYA tak sangka menjadi mangsa penipuan SMS, kononnya saya menang baucar minyak RM25,000 daripada Petronas, baru-baru ini. Pada pagi hari kejadian, saya berada di rumah dan menerima SMS daripada nombor tidak dikenali. Penghantarnya menggunakan nombor 12 atau 13 digit dengan kod negara Indonesia.

Oleh kerana saya pernah menang baucar minyak RM500 daripada Petronas pada 2007, maka saya yakin SMS kali ini benar. Tidak lama kemudian saya dihubungi seorang lelaki bercakap Melayu tetapi loghat Indonesia. Dia maklumkan mengenai tawaran itu dan meminta nombor akaun bank saya.

Dia meyakinkan saya dengan memberi nama penuh dan nombor kad pengenalan. Dia minta saya masukkan RM1,000 ke dalam akaun Bank Rakyat bagi proses memindahkan wang RM25,000 itu pada pukul 4 petang.

Saya pula diminta memberi nombor akaun Maybank untuk proses memindahkan RM25,000 itu. Kami bertukar nombor akaun dengan peringatan jika RM1,000 gagal dimasukkan maka tawaran hadiah itu terbatal.

Saya tidak berfikir panjang lalu memindahkan RM1,000 seperti diminta.

Selepas pukul 4 petang, baru saya sedar ditipu apabila mendapati tiada wang dimasukkan ke dalam akaun saya. Lelaki itu pula gagal dihubungi selepas itu. Saya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Langkawi pada hari yang sama.

RAMLI SALIM,

Jalan Air Hangat, Langkawi

2 comments:

Little Mike said...

terkejut juga sya baca ni entry.. sya ingat ko kena lagi mcm penipuan kereta dulu2 tu..

adeehh.. banyak tu rm1000..

saya sudah banyak kali mendapat msg seperti itu daripada 'petronas'.. sya tidak teruja malah hati jengkel.. saya ada juga dihubungi oleh individu berkenaan tetapi saya langsung tidak layan permintaannya..

oleh kerana gangguan berterusan sms seperti itu, saya mengambil keputusan ke Celcom centre membuat laporan dan meminta mereka block no tu daripada mengganggu pelanggan...

akhirnya, sampai sekarang hp saya 'tenang-tenang' aja... hehe

Nazri Aldusuni said...

heheh inda suda kana tipu ....