SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, February 1, 2009

As I See It...

Apakhabar rakan SAM semua? Harap sihat walafiat hendaknya. Maaf kerana tidak begitu prolifik menghasilkan material untuk ruangan SAM ini - Sejak akhir-akhir ini jadual kerja semakin padat; ditambah lagi dengan komitmen lain yang semakin hari semakin menuntut perhatian sehinggakan kurang masa luang untuk melawat blog SAM - bahkan blog peribadi juga diabaikan sejak akhir-akhir ini.
Dalam kesempatan ini, mungkin belum terlewat agaknya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara kita, Dr. Nelson di atas "establishment" klinik beliau baru-baru ini - semoga sukses hendaknya - dan tentunya ia merupakan "impetus" kepada semua rakan SAM dan juga belia Tandek khususnya.
Kepada Sanguru dan juga Tekong kita, maaf kerana tidak dapat turut sama dalam seleksi logo SAM baru-baru ini. Selama seminggu saya berada di kawasan pantai timur menjelajah - the worst was that I forgot to bring along my lap top and camera - so there were no documented material for our SAM readers.
Baru sebentar tadi saya telah menerima panggilan telefon daripada saudara Collin Sunian (Kg. Masolog) - ada sedikit perkara penting yang beliau ingin bincang dengan saya secara peribadi. Jika ada kesempatan mungkin hujung minggu ini saya akan pulang ke Kota Marudu -Tandek; itu pun jika tiada komitmen kuliah. Mungkin juga jika ada kesempatan, boleh juga gunakan peluang tersebut untuk jumpa rakan-rakan SAM.

3 comments:

SANGURU said...

bah, sampai KM, try2 kontek sya. Klu ngam2 free, blh minum2 kopi.

Carl S. Adun said...

Okay Sanguru.

Little Mike said...

sayang sekali pengalaman menjelajah pantai timur tidak sempat dirakamkan untuk paparan SAM. Saya pasti saudara banyak perkara yang menarik untuk dikongsikan...