SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, February 2, 2009

As I See It...

Berhati-hati Dengan Urusniaga “Jual Kereta Sambung Loan”
Ada beberapa maklumat yang ingin saya kongsikan bersama dengan para pembaca SAM berkaitan dengan urusniaga “Jual Kereta Sambung Loan” – atau dengan kata lain, “menjual” kereta yang pinjaman sewa-belinya belum dilangsaikan sepenuhnya dengan pihak bank / institusi kewangan – yang mana dalam kes ini, empunya sebenar (penama perjanjian sewa-beli kenderaan sebenar) ingin “menjual “ kenderaan mereka kepada pihak ketiga secara “perjanjian luar” / External Agreement.
Ramai di kalangan kita mungkin sudah maklum dengan urusniaga sedemikian – apatah lagi kalau kita membelek akhbar harian tempatan (khususnya); sudah pasti apabila tiba pada halaman iklaneka – mata kita pasti terpaut untuk “browsing” pada kolum-kolum yang memaparkan urusniaga yang saya sebutkan tadi.
Sejauh mana ketelusan urusniaga berkenaan; bergantung kepada agen urusniaga yang “membantu” kita untuk “let go” kenderaan yang hendak di “trade”, dan sudah semestinya pihak ketiga juga harus diselidiki latarbelakang mereka – yakni “prospective buyer”.
Ini kerana, jika berlaku sebarang masalah terhadap kenderaan berkenaan, segala risiko dan liabiliti adalah masih di bawah tanggungan penama perjanjian sewa-beli kenderaan berkenaan (pihak pertama); maksudnya, risiko secara totalnya masih akan ditanggung oleh pihak pertama. Masalah yang saya maksudkan pada asasnya adalah tipikal – risiko kemalangan, kenderaan digunakan untuk tujuan jenayah, kenderaan telah disaman, dan paling kerap ialah kes ansuran bulanan tidak dibayar atau tertunggak berbulan-bulan lamanya – dan natijahnya, penama / empunya pertama akan menerima surat peringatan daripada pihak bank, dan jika sudah sampai ke tahap kritikal; surat peguam yang mewakili institusi kewangan berkenaan akan menyusuli, dan kemudian tahap seterusnya ialah tindakan mahkamah – yang mana penama / empunya pertama akan disenaraihitamkan oleh institusi kewangan jika gagal melangsaikan segala tunggakan yang gagal dibayar oleh “pembeli” / pihak ketiga.
Maksudnya, pihak “pembeli” ketiga, tidak akan mendapat sebarang implikasi daripada prosedur berkenaan – ini kerana sudah termaktub di dalam “hire-purchase agreement” bahawa perjanjian sewa-beli kenderaan berkenaan hanya sah diperakui diantara pihak institusi kewangan dan si pembeli / penama bagi perjanjian berkenaan sahaja. Kecuali jika prosedur pertukaran hakmilik kenderaan telah dilakukan – walau bagaimanapun, selepas tahun 2001, kebanyakan institusi kewangan tidak lagi membenarkan penukaran hakmilik / perjanjian sewa-beli kenderaan khususnya bagi kenderaan terpakai.
Bagi rakan-rakan SAM yang mungkin berniat untuk menjual kenderaan dengan cara yang saya sebutkan tadi; berikut beberapa panduan ringkas yang mungkin dapat membantu:
1. Pastikan agen yang urusniaga yang “deal” dengan “prospective buyer” adalah individu yang boleh dipercayai (berhati-hati dengan “conman” yang petah berkata-kata serta penuh dengan agenda tersembunyi); pastikan juga individu agen berkenaan senang dihubungi dan sebaik-baiknya individu yang anda kenal latarbelakangnya;
2. Pastikan anda tahu harga “jual sambung loan” yang agen berkenaan telah “charged” ke atas “prospective buyer” – ini kerana ada di kalangan agen berkenaan yang meletakkan harga tinggi dengan sewenang-wenangnya; yang mana mereka mendapat habuan “besar” dan penjual / empunya pertama hanya mendapat sedikit sahaja -bahkan tidak setimpal dengan jumlah yang munasabah;
3. Pastikan semasa kenderaan berkenaan “diserahkan” kepada “prospective buyer” , turut disaksikan oleh anda – ini kerana ada di antara agen yang suka mengambil kesempatan “mencabut” / “dismantle” beberapa aksesori kereta seperti “smart/ sport rim” (lazimnya akan ditukar ke rim biasa), CD / cassette player, spoiler dan lain-lain sebelum diserahkan kepada “prospective buyer” – natijahnya, “value” kereta akan jatuh;
4. Pastikan anda tahu kedudukan kewangan / financial standing “prospective buyer” anda – sebaik-baiknya bagi mereka yang mepunyai pekerjaan tetap atau kedudukan kewangan yang stabil. Tetapi perlu diingatkan bahawa, rata-rata yang membeli “kereta sambung loan” ini adalah di kalangan mereka yang telah disenaraihitamkan oleh institusi kewangan – maksudnya, mereka meletakkan empunya pertama sebagai “proxy” dan platform untuk mengelak kekangan prasyarat yang dikenakan oleh institusi kewangan. 5. Selain daripada mengetahui kedudukan kewangan “prospective buyer” anda; pastikan alamat kediaman tetap / terkini, dan tempat pekerjaan “prospective buyer” anda diperolehi selengkap-lengkapnya, dan dapatkan juga maklumat saudara-saudara terdekat “prospective buyer” berkenaan – agar senang anda menjejaki jika “buyer” cuba mengelak jika berlakukan sebarang masalah;
6. Yang amat penting ialah, kesahihan surat perjanjian sewa-beli berkenaan – jika anda membaca iklan yang disebutkan awal tadi, sudah pasti ada tercatat frasa, “Surat Perjanjian Disediakan”. Perlu juga diingatkan bahawa amalan yang lazim dipraktikkan oleh para agen berkenaan ialah dengan mendapatkan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah (yang telah dikurniakan gelaran Jaksa Pendamai / JP) – masalahnya ialah, dari segi perundangan, pengesahan JP memang diikitiraf, walau bagaimanapun rata-rata JP telah mengkomersialkan “tandatangan” mereka – dan tidak mendaftar surat perjanjian “Sewa-beli” berkenaan dengan pihak pendaftar mahkamah – salah satu strategi mereka untuk lari daripada menanggung liabiliti; dan yang terakhir sekali;
7. Sebaik-baiknya surat perjanjian jual-beli berkenaan / External Hire-Purchase Agreement hendaklah ditandatangani oleh kedua belah pihak – iaitu di antara penjual dan pembeli, dengan disaksikan oleh agen dan diperakui oleh Majistret (Second Class Magistrate is applicable) atau pun Pesuruhjaya Sumpah – dan, paling penting, pastikan perjanjian berkenaan didaftar dengan pendaftar mahkamah. Sebaik-baiknya surat perjanjian hendaklah diiringi /dibuat dalam bentuk “Statutory Declaration” / Surat Perakuan dengan stem hasil.

3 comments:

Little Mike said...

carl,

satu pekongsian yg sangat membeikan manafaat... kita harus memberikan kesedaan kepada oang akan kepentingan dalam uus jual-beli-loan yang bekait dengan aset besar, atau aset yang jika tidak diteliti dengan betul akan memberikan risiko perundangan yang menyukarkan masa depan individu berkenaan...

teruskan sebaang perkongsian yang bermanafaat...

Nazri Aldusuni said...

sya suda kalambatan ... tahun 80an sya kana tipu rm 5000 pasal kurita ni ... jadi ati2 bagi mereka yg blm kana

Little Mike said...

aii.. baru saya perasan keyboard sya ada masalah taip huruf 'r'... maaf atas kesilapan teknikal...

ainaa.. nazri, banyak tu rm5000 kalau tahun 80-an... pengalaman begini pasti menyakitkan...