SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, February 8, 2009

As I See It...

Matured Society?
Minggu lepas semasa menghadiri satu sesi kuliah yang dikendalikan oleh seorang Profesor; terma di atas didebatkan dengan hangat pada satu sesi selepas kuliah Strategic Management kami - isu yang dikemukakan oleh profesor berkenaan kedengaran amat mudah - hanya dengan membuat kenyataan ini, "We are yet to reach the level of matured society..."
Seperti biasa dua orang rakan saya (Juga pelajar separuh masa seperti saya) yang memang dikenali sebagai individu yang cukup analitik mengemukakan hujah mengambil tempat terawal dalam ruangan "brainstorming" berkenaan - Sebelah pihak bersetuju dengan kenyataan profesor berkenaan - ini kerana beliau merupakan lulusan luar negara (Sekarang ini berkhidmat sebagai eksekutif dengan sebuah syarikat minyak di mana kerajaan memiliki ekuiti), dan memiliki ijazah Komunikasi Massa dan Sains Politik; saya mengandai pespektif beliau lebih "Westernized"; kerana secara relatifnya hujah beliau lebih terbuka, dan memberikan contoh dalam konteks politik dalam negara kita secara komparatif dengan senario politik di Amerika - sejengkal daripada kenyataan beliau berbunyi begini, "...Just look at how Obama is handling his lineup, he professionally does not look at his political rivals as the bitter enemies right after he has been appointed as the US president - rather he assembled several of them to be in his pact; and his very own State Secretary, that is Hillary Clinton was once of his very vocal and daring critic of him.." - Daripada kenyataan berkenaan, saya menyimpulkan bahawa persepsi beliau memberikan "implication" bahawa amalan politik di Malaysia masih belum boleh dianggap sebagai "Matured" menurut beliau (Masih perlu dihujahkan) - dan beliau juga turut mengaitkannya dengan isu dan senario "Melompat" dan pengamalan "ISA" di kalangan politikus kita. Seperti biasa, kenyataan beliau mendapat respon yang positif daripada Profesor berkenaan - kerana kedua-duanya berlatarbelakangkan pendidikan barat.
Di sebelah pihak pula, kenyataan balas lebih berbau "fundamentalist" dan sedikit "fanatik" - rakan saya ni merupakan pegawai kanan polis (lulusan pusat pengajian tinggi tempatan), ketegasan beliau lebih ketara apabila beliau mengemukakan kenyataan ini, "...Jangan samakan kita dengan orang Amerika; kepercayaan, pegangan nilai, dan adat resam kehidupan masyarakat kita tidak sama dengan 'diorang'...Politik Amerika lagi 'kotor' penuh dengan manipulasi, eksploitasi dan bersifat individualistik..."
Agak menarik juga, sehinggakan ruang masa kuliah berkenaan didominasi oleh mereka - bagi saya dan rakan-rakan yang lain - khususnya yang biasa mendominasi tempat duduk belakang; hanya menjadi pendengar yang pasif - diselebungi antara rasa kurang yakin dan "takut" untuk turut sama dalam ruangan "brainstorming" berkenaan.
Selesai kuliah, fikiran saya masih lagi berlegar-legar mencari intipati fakta dan fahaman tentang terma "Matured Society" - dan cuba untuk menyimpulkan "drama" pertembungan dua "kepercayaan" dalam sesi kuliah berkenaan.
p.s. Menarik melihat grafik perkataan "BERANI" pada paparan heading blog SAM. Ada satu dapatan kajian (lupa sudah sumbernya); yang menyatakan bahawa sudah menjadi 'trait' & 'character' orang Asia suka memendamkan perasaan, dan "accustomed" dengan budaya "Never mind" & "It's Okay".

4 comments:

JMimie Mabin said...

I believe there are times when we have to really stay passive n shut our mouth up but in many cases, successful communication is when we are able to express ourselves freely, directly, transparently AND MOST OF ALL COURTEOUSLY + SINCERELY + WISELY..gd luck Maruduians!

AIRMAS said...

Pepatah Melayu ada mengatakan:
DENGAR - jangan PERCAYA
NAMPAK - pun jangan PERCAYA
siasatlah dahulu.

SANGURU said...

bnykkan mendengar dan melihat kemudian memikir dan menimbang, kemudian cakaplah yang baik dan berfaedah. US bukanlah bangsa mithali yg mesti di copy n paste dlm tamadun bangsa kita. Pun begitu, banyak bnda kita perlu belajar dari mereka.

Umar al-Longobi said...

tahniah sdr carl! perkongsian yg amat dialu-alukan. sy copy & paste komen2 membina si mimie, airmas & sanguru. hehe.. tidak dinafikan barat lebih dulu membina tamadun berbanding kita. mereka juga sempat menjajah kita selama lebih 500 tahun. so, tidak hairanlah perasaan `mengagungkan barat` masih berakar di bawah minda sedar kita. bagus barat ni, cuma ketamadunan mereka dibina di atas asas kekuatan akal semata2 dan membelakangkan nilai2 ketuhanan. sebab itu, byk kerosakan berlaku sejak mereka memegang dunia. tq