SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, February 8, 2009

Bandau dalam kenangan

Hari demi hari pekan Bandau semakin maju.Beberapa deretan kedai baru dibina termasuklah gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan yang di usahakan oleh kaum bumiputra Bandau. Gerai-gerai ini dibina ditepi sungai Bandau berhampiran jambatan gantung yang menghubungkan pekan Bandau dengan kampung Ranau di seberang sungai. Kedai makanan melayu juga bertambah dan salah seorang pengusaha restoran baru masa itu juga bernama Ismail (Ismail Kambing).Beliau berasal dari Kunak kalau tidak silap saya dan beliau juga adalah antara rakan bapa saya yang sama-sama merantau dari Tawau ke Bandau dan kini sah menjadi jomo bandau. Sebuah resthouse turut dibina di pekan ini, diikuti dengan beberapa buah pejabat baru seperti Jabatan Kerja Raya, Pejabat Yayasan Sabah, rumah kerajaan untuk pegawai daerah dan banyak lagi.Untuk pelajar-pelajar sekolah yang tinggal jauh dari pekan disediakan asrama Yayasan Sabah. Sebelum asrama Yayasan Sabah dibina, kebanyakan pelajar sekolah menengah Bandau yang berasal dari Tandek membina sendiri asrama tempat mereka menginap.Asrama ini diperbuat daripada bambu (buluh) dan nipah.Asrama ini dibina berhampiran sekolah dan dilengkapi dengan dapur.Memang agak daif tetapi para pelajar yang tinggal di asrama yang mendapat gelaran istana hinggap ini sentiasa ceria dan tidak pernah merungut. Tidak ada bekalan air mahupun elektrik di asrama ini.Untuk mandi dan mencuci pakaian para pelajar penghuni asrama ini akan turun ke sungai berhampiran.Mereka juga memasak sendiri makanan mereka.Waktu malam asrama ini akan diterangi dengan cahaya lampu pelita. Pekan Bandau dulu-dulu walaupun kecil jika dibanding dengan pekan baru Kota Marudu yang ada sekarang; sentiasa happening.Hampir setiap tahun tamu besar diadakan.Di tamu besar inilah akan dipamerkan berbagai hasil kampung termasuklah kraftangan yang pelbagai bentuk dan rupa.Pertandingan masakan, pertandingan gubahan kraftangan, pertandingan nyanyian dan lawak jenaka serta pertandingan ratu cantik turut diadakan. Persembahan kugiran dan nyanyian turut dipersembahkan untuk hiburan pengunjung tamu besar ini.Saya masih ingat lagi bagaimana saya begitu terpegun mendengar suara seorang guru besar SMK Bandau iaitu Cikgu Sabli Muhidin ketika beliau mendendangkan sebuah lagu keroncong selamat tinggal bungaku. Waktu itu saya bersama mama (ibu saya) sedang menjaga gerai pameran wakil dari Tandek dimana digerai ini mama mempamerkan barangan hasil sulaman tangannya dan berbagai lagi barangan kraftangan hasil orang kampung Tandek.Astaka tempat persembahan dibuat terletak nun dihujung padang pekan Bandau.Tiba-tiba orang ramai yang sedang melawat gerai-gerai pameran dikejutkan dengan kemerduan suara Cikgu Sabli. Gambar diatas menunjukkan pemenang pertandingan ratu cantik yang diadakan di pekan Bandau lewat tahun 60an.Pemenang pertama ialah Dayang jomo bandau, pemenang kedua ialah Rubaya Binti Malingka jomo tandek dan pemenang ketiga saya kurang informasi tentang dia.Mungkin ada diantara anda yang mengenali beliau. Sebagaimana lazimnya bagi kanak-kanak, saya sangat gembira setiap kali diadakan tamu besar ini kerana dimasa inilah saja saya berpeluang membeli-belah makanan kegemaran yang jarang-jarang ada iaitu gulali.Saya memang gemar makan gulali ini kerana rasanya yang manis. Biasanya penjual gulali ini duduk menyediakan gulali ditepi padang pekan Bandau.Dia hanya menggunakan sebuah kuali dan kompor.Tidak ada peralatan canggih seperti mana hari ini. Apa yang saya lihat pada waktu itu, si penjual gulali akan memikul peralatannya kesana-sini dan duduk dimana ramai kanak-kanak berkumpul dan mula memasak gulali yang beranika warna. Rasa gulali yang disediakannya sangat sedap dan manis tidak seperti gulali yang disediakan menggunakan peralatan canggih hari ini yang kadang-kadang terasa pahit. Oooppss.....Lupa pula saya.Mungkin ada diantara anda tidak tahu apa itu gulali.Gulali dalam bahasa inggeris adalah Cotton Candy, air gula yang dimasak hingga kembang seperti kapas. Dulu di pekan Bandau Cotton Candy ini disediakan oleh orang Jawa sebab itulah ia di panggil gulali. Rasanya sampai disini saja dulu, akan saya sambung lagi kisah Bandau dalam kenangan ini di lain entri.Insya Allah. Salaaammmm.......

10 comments:

ILLIE said...

sia rasa parnah juga makan ni gulali..kami pangil gula2 kapas..macam2 warna..cuma bikin haus bah..ngam butul sambil minum lominit(siapa inda tau lominit?)

kyro said...

Hehehe....itu lominit memang best.sekarang kalau saya balik kampung saya mesti singgah digerai Langkon sebab disana saja ada jual lominit.Lain tempat tiada sudah.

AIRMAS said...

Wah, ini gambar aku biasa tengok, itu Ratu Cantek ialah anak OT Manggung. Gulali memang sedap bukan macam 'cotton candy' sekarang yang rasanya manis saja. Gulali manis dan lemak kerana mungkin ramuannya ada sedikit santan, entahlah. Waktu di Tawau dulu kami selalu beli gulali yang dibawa oleh penjual dengan mengangkat jualan berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Macam 'Pakistan' jual kain tu.

SANGURU said...

artikel sdr umpama "gulali" - manis, sedap dan dulu2 punya. Syok! Teruskan berkongsi kenangan lama tandek/kota marudu...ini yang pembaca muda suka.

Nazri Aldusuni said...

sy ktwa seorang baca certa ini...heheh apa tidaknya abg sya juga prna tingal d asrama tsbt .... mungkin kyro kanal ba abg sy ni bonat. sy sampat tngal d asrama y.sabah d dkat kimlau punya ruma ... masak sndiri... yg nakal2 cikit habis nasi pelajar perampuan d curi oleh pelajar lelaki .....kakakak inda buli d carita siapa yg buat parangai tsbt...

ILLIE said...

aman nazri..taun barapa ko tingal sana yayasan sabah? sia masuk taun 1984..warden dia si bulugu kan?..bagus bah kan di asrama yayasan sabah..bilik mandi ppuan sama lalaki sabalah sija..kana tutup pakai zink pula tu..banyak lubang2 sia tingu oooo..siapa punya karja tu ah..hehehe

Nazri Aldusuni said...

sya masuk asrama YS duluan cikit aman .. warden kami cikgu ishak zaman i2 pelajar suda d tangung makan oooo lubang2 i2 sedia ada aman tngal lagi kta tumpang melihat .... kakakak aikk na aman inda buli carita cini aman heheheh nanti bulan 10 kta usul i2 carita.

apa ko liat mangkali ada juga sy liat amannnnn ...

ILLIE said...

hahahaha..sannnnnaaa kita di blog sia bosorita aman..sia inda liat apa2 aman tapi kawan sia si Jualang yg.salalu bawa sia mandi time galap2..hahahaha.. pstttttttttttttt!!!

NONG said...

Ongo papalui kou bala'ai bo.. Awasi tu ongowawasi e kinowowoyo'on dikoo..heheheee
E Kuyuk(Prof.Madya Dr.Jualang Azlan Gnsau) nga apapalui no bala'ai bo dimula..
Oh ya..sy ada terjumpa sma c Jualang yg minggu lalu sni KM. Pasampayo ku iti salam rahsia dikoo bo Illie...heheheee (terek)

ILLIE said...

kada pogi nong..milom rumasang yalo dino..aso ih toh nokito dagai tu apandai it tongo tongondu..maan pisoko it lampu..ades kumerem iti tiyan ku mongirak...hahaha..